Anda di halaman 1dari 6

2017172340027 PKBK3123

SOALAN 1:

Pendekatan kolaboratif dalam kerja sosial bagi menubuhkan sesebuah Pemulihan


Dalam Komuniti (PDK) adalah memainkan peranan yang penting untuk merancang
dan menjayakan program yang dilaksanakan sesuai mengikut keperluan kanak-
kanak berkeperluan khas.

Kolaborasi yang paling utama dalam menjayakan kerja sosial ini adalah
diantara pihak PDK dengan ibu bapa pelatih yang bertujuan mendapatkan maklumat
keperluan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelatih seperti masalah
fizikal, komunikasi, penglihatan, pendengaran dan sebagainya. Hal ini supaya
intervensi, latihan, penilaian dan pentaksiran yang dijalankan menepati masalah
atau ketidakupayaan pelatih di samping dapat menyelesaikan masalah konflik.
Menurut Jasni Ramli (2012) “ibu bapa wajar tampil ke depan membantu pihak PDK
supaya golongan OKU ini diberi bimbingan dan latihan agar mereka dapat berdikari”.
Jelaslah bahawa kolaborasi antara ibu bapa dan pihak PDK dapat membantu
mereka malah kehadiran ibubapa juga adalah untuk turut belajar daripada tenaga-
tenaga pengajar bagi meneruskan sesi pembelajaran dan latihan setelah pulang ke
rumah.

Di samping itu, program kolaborasi bersama JKM dan KKM boleh diwujudkan,
sebagai contoh Program PDK Ku Sihat. Oleh kerana Encik A baru sahaja ingin
menubuhkan PDK yang baharu, pengenalan tentang kesihatan dan pemakanan
sihat perlu diberikan penekanan kepada petugas PDK supaya dapat menjamin
kesihatan pelatih. Program seperti ini telah memberi ruang kepada penyelia dan
petugas untuk membudayakan cara hidup sihat di PDK serta mendidik pelatih di
PDK mengamalkan pemakanan sihat dan menjadi lebih cergas dan cerdas melalui
aktiviti fizikal yang konsisten (Intan Hartini Ahmad Abidin, 2019). Aktiviti seperti
membasuh tangan, memotong kuku, penyediaan sarapan pagi dan sebagainya akan
membantu para pelatih untuk lebih hidup berdikari. Kolaborasi ini juga secara tidak
langsung, PDK akan mendapat pelbagai info kesihatan yang boleh ditampal bagi
tujuan maklumat penting kepada warga PDK.

Seterusnya, pihak yang turut terlibat dalam kerja sosial ini adalah kolaborasi
antara komuniti setempat dalam amalan kerja berpasukan. Amalan kerja
berpasukan yang berkonsepkan berkerja dengan harmoni untuk mencapai bagi
2017172340027 PKBK3123

mencapai matlamat yang sama mampu menjayakan perancangan kerja sosial bagi
sesebuah PDK. Sebagai contoh kolaborasi berpasukan dengan kerjasama komuniti
dapat membuka mata masyarakat setempat tentang kepentingan membantu
golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini. Peranan komuniti dengan memberikan
motivasi kepada mereka yang mempunyai anak yang berkelainan upaya sedikit
sebanyak telah memberikan satu kerjasama dalam sukarelawan membantu kepada
golongan ini. Penglibatan aktif dalam komuniti ini sesuai dengan objektif penubuhan
PDK yang menggalakkan sikap tanggungjawab masyarakat tempatan dalam
program pemulihan OKU (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2016). Sikap akauntabiliti
ini wajar diwujudkan oleh komuniti setempat untuk bersama-sama ‘ambil cakna’ bagi
mendatangkan kesan positif dalam jangka panjang kehidupan serta pendidikan
kanak kanak berkeperluan khas atau golongan OKU.

Akhir sekali, komunikasi memainkan peranan penting bagi pendekatan


kolaboratif dalam kerja sosial. Sebagai contoh, peranan badan bukan kerajaan
seperti NASOM adalah memberikan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan
terapi kepada kanak-kanak autistik serta membantu dari segi kepakaran tentang
proses pemulihan kanak autistik dalam kalangan petugas PDK. Oleh itu,
perbincangan diantara pihak-pihak ini perlu dijalankan supaya perkhidmatan yang
ditawarkan menjurus kepada objektif utama. Komunikasi yang berkesan dapat
menyelesaikan konflik sekaligus mewujudkan kepercayaan dan semangat
berpasukan. Oleh hal yang demikian, kerja sosial yang dirancang dan dilaksanakan
dapat dijalankan dengan berkesan melalui kerjasama diantara PDK dan badan
bukan kerajaan. Secara tidak langsung perancangan program seperti bengkel
kepada petugas-petugas PDK dapat dijalankan dengan bantuan pihak NGO untuk
memantapkan lagi perkhidmatan PDK yang baru ditubuhkan. Bengkel sebegini
bertujuan memperkenalkan teknik rawatan fisioterapi, cara kerja dan terapi
pertuturan, senaman efektif dan bantuan alat mengajar (Fatimah Abdullah, 2017).
2017172340027 PKBK3123

RUJUKAN

Fatimah Abdullah. (2017). Bengkel Intervensi Kanak-kanak OKU. Borneo Post


Online. Diakses daripada : https://www.utusanborneo.com.my/2017/04/01/58-
petugas-pdk-zon-selatan-sertai-bengkel-intervensi-kanak-kanak-oku

Intan Hartini Ahmad Abidin. (2019). Program PDK Ku Sihat. Portal Rasmi Bahagian
Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Diakses daripada :
http://nutrition.moh.gov.my/program-pdk-ku-sihat/

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2016). Perkhidmatan Orang Kurang Upaya.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Diakses
daripada : http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=MlFzaH
BvQk9VQWpla E1vS1JlaDJwUT09

Jasni Ramli. (2012). Peranan ibu bapa amat penting dalam perkembangan anak
OKU. Borneo Post Online. Diakses daripada :
https://www.theborneopost.com/2012/09/30/peranan-ibu-bapa-amat-penting-
dalam-perkembangan-anak-oku/
2017172340027 PKBK3123

SOALAN 2:

Analisis tugasan ialah satu proses analisis dan pengajaran secara berturutan yang
mencerakinkan unit pembelajaran kepada kemahiran asas yang berkaitan untuk
mengenal pasti peringkat penguasaan atau pengetahuan atau kemahiran murid.
Proses ini bertujuan untuk memecahkan sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada
langkah-langkah kecil yang ringkas (Lee Lay Wah, 2009) Kaedah analisis tugasan
amat membantu guru dan murid Pendidikan Khas dalam menjayakan satu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contoh kaedah analisis tugasan bagi memakai dan menanggalkan


kasut bertali adalah termasuklah dari awal menyarungkan kaki ke dalam kasut
sehingga memberikan keselesaan kepada pemakainya. Langkah pertama dengan
mengenalkan jenis kasut iaitu kasut bertali. Kedua, mengenalkan kaki kanan dan
kaki kiri, kemudian mengenalkan kasut kanan dan kasut kiri. Ketiga, mengenalkan
peralatan keperluan asas memakai kasut seperti stokin, kasut dan tali kasut.
Peralatan tambahan seperti berus kasut, kapur kasut atau kiwi kasut. Keempat, cara
memasukkan tali kasut pada kadbod berlubang. Kenalkan bahagian atas dan
bahagian bawah kasut pada kad berlubang. Kemudian mengetahui jumlah lubang
kasut iaitu 5x2. Masukkan tali pada lubang kiri atau kanan bahagian bawah kasut.
Samakan kedudukan kedua-dua tali. Gerak ke lubang kedua sebelah atas secara
bersilang. Ambil lubang kiri bawa ke lubang kanan, lubang kanan bawa ke lubang
kiri. Ulang langkah sama sehingga habis semua lubang. Pada bahagian teratas
lubang buat simpulan riben. Langkah kelima pula memaikan kasut bertali pada kasut
sebenar. Ulang langkah seperti memasukkan tali pada lubang kadbod tadi dengan
menggunakan kasut sebenar sehingga siap. Ketatkan atau longgarkan tali kasut
mengikut keselesaan. Langkah untuk menanggalkan kasut adalah dengan membuka
ikatan riben kasut. Longgarkan sedikit kasut dengan menolak kedua-dua belah sisi
Kemudian menggunakan tangan kanan tolak kasut kanan dari bahagian belakang
2017172340027 PKBK3123

sehingga tertanggal. Ulang langkah ini pada kasut kaki kiri dengan menggunakan
tangan kiri.

Seterusnya, kaedah analisis tugasan langkah-langkah memakai baju


berbutang. Langkah pertama adalah petugas PDK memperkenalkan baju berbutang
seperti kemeja kepada pelatih PDK dengan menunjukkan butang baju dan lubang
butang. Kemudian langkah seterusnya adalah memakai baju berbutang pada diri
sendiri dengan bantuan guru. Pastikan baju bahagian hadapan menghadap
pemakai. Pelatih diminta memasukkan tangan kanan pada menyilang pada lubang
baju iaitu kiri kemudian masukkan tangan kiri pula. Pastikan pemasangan butang
baju dari bawah hingga atas kolar. Seterusnya, jari tangan kanan memegang
butang, manakala jari tangan kiri memegang lubang butang. Langkah diteruskan
dengan merapatkan kedua-dua butang dan lubang butang baju. Dengan
menggunakan jari tangan kanan, masukkan butang pada lubang butang dan butang
tersebut disambut dengan tangan kiri sehingga butang keluar dari lubang butang
tersebut. Ulang langkah memasukkan butang ke dalam lubang butang sehingga siap
pada kolar atas. Kemaskan pakaian dengan menarik sedikit ke bawah.

Langkah menanggalkan pakaian berbutang adalah jari tangan kanan


memegang butang baju, manakala tangan kiri memegan lubang butang. Keluarkan
butang daripada lubang butang menggunakan tangan kanan disambut oleh jari
tangan kiri. Ulang langkah ini dari atas (kolar) sehingga bawah. Keluarkan tangan
diri dari lubang lengan pakaian diikuti tangan kanan. Pakaian yang telah dipakai
diletakkan ke dalam bakul kotor.

Tuntasnya, kaedah analisis tugasan ini merupakan satu proses PdP yang
bersesuaian dengan tahap murid berkeperluan khas di PDK kerana menggunakan
pendekatan secara ansur maju, ringkas dan mudah difahami.
2017172340027 PKBK3123

RUJUKAN

Lee Lay Wah. (2019). Analisis Tugasan Pendiidkan Khas. Universiti Sains Malaysia.
Diakses daripada : http://epkhas.ses.usm.my/content/analisis-tugasan

Anda mungkin juga menyukai