Anda di halaman 1dari 4

Tugasan Projek

Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk
OKU iaitu program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan
penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama
rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.

Bahagian A: Individu

Penulisan Esei

(900-950 patah perkataan)

i. Anda dikehendaki membuat rujukan dari pelbagai sumber. Berdasarkan maklumat


yang diperolehi sediakan satu laporan lengkap berbentuk esei tentang konsep
kerja sosial dan pemulihan dalam komuniti dari aspek kompetensi etika kerja
sosial.
ii. Anda juga dikehendaki membuat analisis tentang peranan PDK dalam
meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya dari aspek pendidikan, sosial, dan
kesihatan.
iii. Setiap bahan yang dirujuk mestilah dari pelbagai aspek sama ada rujukan internet,
buku, majalah atau lain-lain bahan.
Orang Kurang Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka
panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai
halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta
Orang Kurang Upaya, 2008).

Terdapat banyak institusi-institusi kebajikan yang menyediakan perkhidmatan, sama ada


secara langsung mahupun tidak langsung kepada golongan OKU didirikan. Institusi-institusi
ini dikendali dan dibiayai, sama ada oleh pihak kerajaan mahupun badan-badan bukan
kerajaan dan tidak terkecuali orang perseorangan, termasuk Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK). PDK merupakan pilihan bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU
yang tidak dapat menyertai pendidikan formal di sekolah akibat ketidakupayaan yang lebih
serius berbanding anak-anak OKU yang bersekolah di sekolah pendidikan khas.

i. Anda dikehendaki membuat rujukan dari pelbagai sumber. Berdasarkan maklumat


yang diperolehi sediakan satu laporan lengkap berbentuk esei tentang konsep
kerja sosial dan pemulihan dalam komuniti dari aspek kompetensi etika kerja
sosial.

Kerja sosial merupakan profesion khidmat manusia. Kerja sosial sebagai profesion bergerak
dalam bidang kesejahteraan sosial dengan tugas mempertingkatkan kesejahteraan hidup
(DuBois & Miley, 1999). Aktiviti kerja sosial mengarah kepada peningkatan keadaan sosial
dan mengurangkan tekanan manusia dan masalah-masalah sosial. Kerja sosial profesional
bekerja dengan orang-orang untuk meningkatkan kemampuan dan kefungsian sosial mereka,
mengakses sumber-sumber dan sokongan sosial, membangun perkhidmatan manusia yang
responsif dan humanistik dan memperluaskan struktur sosial masyarakat yang memberi
peluang kepada setiap warganegara. Sejarah kerja sosial sebagai aktiviti pertolongan
profesional berkait rapat dengan perkembangan pemberian bantuan dan intervensi dalam
bidang yang sangat luas bernama kesejahteraan sosial (social walfare). Terma kesejahteraan
sosial yang digunakan di sini termasuklah dasar-dasar yang berkaitan dengan kesihatan,
pendidikan, perumahan dan pembangunan komuniti atau lebih spesifik lagi dinamakan
sebagai perkhidmatan sosial (Midgley, 1995).

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah program bagi mereka yang kurang upaya
yang praktikal dan mudah dirancang kerana ia berlaku di dalam komuniti di mana mereka
berada. Program ini adalah program milik komuniti. Pada prinsipnya, ia adalah usaha
menggembleng tenaga, kepakaran dan masa ibu bapa, isi rumah serta anggota masyarakat
setempat dengan anggota kurang upaya itu sendiri. Dalam lain perkataan, program ini
dirancang bagi menjadikan ia milik anggota masyarakat atau komuniti setempat. Inilah cara
menjadikan tanggungjawab mendidik mereka yang kurang upaya secara bersama sebagai
tanggungjawab bersama, (Mohd. Sharani Ahmad, 2006).

Memandangkan program ini adalah alat yang berkesan dalam menjayakan pendidikan
seterusnya, kementerian ini terus memberi sokongan moral dan kepakaran kepada ibu bapa
serta mesyarakat setempat secara tidak langsung. Ia dilaksanakan melalui program yang
dirancang di peringkat Kementerian, di peringkat JPN serta sekolah denan melibatkan ibu
bapa secara terus. Pendekatan ini difikirkan sebagai yang terbaik kerana bidang tugas
pendidikan tidak mencakupi mereka yang di bawah umur ataupun melebihi umur
persekolahan dan oleh kerana aktiviti itu adalah aktiviti di luar bidang kurikulum persekolahan
formal.

ii. Anda juga dikehendaki membuat analisis tentang peranan PDK dalam
meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya dari aspek pendidikan,
sosial, dan kesihatan.

Peranan Pendidikan Dalam Komuniti (PDK) adalah sebuah pusat untuk insan istimewa diberi
latihan dan bimbingan dari segi pengurusan diri dan kemahiran seperti sosial dan vokasional.
Ia bertujuan memastikan mereka dapat berdikari dan bergaul dalam masyarakat secara sihat
walaupun terdapat kekurangan. Tugas melaksanakan program pembelajaran dan pemulihan
ini hanya mampu dilaksanakan oleh individu terlatih, berkemampuan dan komited
menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. Sehubungan itu, perkhidmatan ini perlu
dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama tanpa mengambil kira perbezaan fahaman
politik mahupun latar belakang seseorang
(https://www.theborneopost.com/2015/09/24/peranan-program-pdk-perlu-dihebah-kepada-
masyarakat/).

Peranan PDK dalam meningkatkan kualiti hidup Orang Kurang Upaya (OKU) dari aspek
pendidikan merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merangkumi proses
pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap
individu tanpa mengira kelas sosial, kaum, umur dan juga jantina. Peluang pendidikan yang
diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetenis seseorang.
Aspek pendidikan menekankan kepada proses pembelajaran kendiri dan bukannya proses
pengajaran. Hal ini bererti bahan-bahan dan pedagogi yang digunakan adalah sesuai dan
mesra pelatih. Selain itu, waktu belajar perlu juga fleksibel dan kurikulumnya sesuai dengan
kemajuan teknologi dan keperluan semasa, Pendidikan boleh dilakukan sama ada secara
formal seperti di sekolah, institut pengajian dan pusat latihan vokasional, ataupun secara tidak
formal iaitu berdasarkan pengamalan dan latihan di tempat kerja masing-masing. Cara
pendekatan pendidikan ini boleh dipelbagaikan supaya mudah diakses oleh pelatih seperti
melalui, pembelajaran ataupun kursus secara pos.

Bagi peranan PDK dalam meningkatkan kualiti hidup OKU dari aspek sosial, kebanyakan
golongan OKU memerlukan aspek sosial untuk memudahkan proses adaptasi mereka pada
komuniti setempat serta penyertaan dalam konsep kekeluargaan. Aspek sosial diperlukan
adalah kerana faktor-faktor alam sekitar contohnya, apabila persekitaran tidak boleh diakses
oleh golongan OKU. Hal ini kerana, individu yang mempunyai ketidakupayaan kemungkinan
mempunyai masalah yang lain dan beberapa kesukaran yang menghalang mereka daripada
melakukan tugas harian mereka.

Seterusnya, peranan PDK dalam meningkatkan kualiti hidup OKU dari aspek kesihatan,
kesihatan bermakna berkesan dan langkah yang sesuai, termasuk melalui sokongan rakan
sebaya, bagi membolehkan OKU mencapai dan mengekalkan sikap mandiri yang maksimum,
fizikal dan mental yang lengkap, sosial dan keupayaan vokasional, dan rangkuman lengkap
serta penyertaan dalam semua aspek kehidupan. PDK ini menekankan tentang kesihatan
sesuai dengan tujuan PDK ini ditubuhkan. Aspek kesihatan yang dilakukan di PDK
merangkumi aspek pengurusan diri, tingkah laku dan juga sosial. Pengurusan diri penting bagi
membolehkan pelatih diterima dalam masyarakat dan sokongan daripada masyarakat dan ibu
bapa amat penting untuk mereka berdikari. Selain itu juga, PDK menggunakan terapi untuk
menggalakkan aspek kesihatan bagi pelatih. Antara terapi yang digunakan adalah terapi main
dan terapi muzik. Pelatih akan duduk dalam keadaan diam apabila lagu kegemaran mereka
dipasang. Hal ini menunjukkan terapi muzik menggalakkan kesihatan bagi perubahan tingkah
laku mereka.

Mohd. Sharani Ahmad. 2006. Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai