Anda di halaman 1dari 39

INTERVENSI AWAL DAN KHIDMAT

SOKONGAN UNTUK KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS
TUGASAN 1
Sebelum kanak-kanak berkeperluan khas memasuki
alam persekolahan, mereka perlu didedahkan
dengan beberapa kemahiran sebagai persediaan
untuk ke alam persekolahan.

a) Jelaskan dua kemahiran berbahasa yang perlu


diajarkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas
kategori cabaran intelektual (kerencatan mental)
tahap sederhana.
b) Bincangkan bidang-bidang kemahiran urus diri
yang sesuai diajar kepada kanak-kanak
berkeperluan khas kategori cabaran intelektual
(kerencatan mental) tahap sederhana.
Bagi murid pendidikan khas, pengurusan
diri merupakan satu keperluan utama
sebagai asas untuk menguasai bidang
kemahiran lain. Perkara ini penting untuk
menentukan penguasaan bidang-bidang
lain diperoleh dengan lebih lancar dan
sempurna.
Latihan dan kemahiran perkembangan
sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri,
perkembangan peribadi, dan pengurusan
rumah tangga perlu diberi kepada murid
bermasalah pembelajaran.
Komponen Pengurusan Diri membolehkan
murid dapat :

i. Berdikari dan mampu menjalankan aktiviti


seharian mengikut kemampuan diri sendiri.
ii. Menyediakan diri menghadapi situasi
sebenar.
iii. Mengamalkan kebersihan dan kesihatan
yang baik untuk diri serta persekitaran
mereka.
iv. Mengaplikasikan pengetahuan di dalam
bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar.
URUS DIRI
a) mengamalkan cara minum yang betul.
b) mengamalkan cara makan yang betul
c) membuka dan memakai pakaian tanpa
bantuan
d) mengenal jenis-jenis pakaian mengikut
situasi
e) berdandan
f) menguruskan diri semasa mencapai akil
baligh
KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

a) menyebut, menama dan melabel anggota badan


b) menyatakan fungsi anggota badan
c) membersihkan bahagian anggota badan
- Tangan : guna air & sabun (keringkan).
- Kaki : pakai kasut / selipar. Basuh & keringkan
(pakai stoking).
- Rambut : syampu & sikat.
- Kuku : potong.
- Badan : mandi bersabun, guna tuala yang bersih
- Gigi : berus selepas makan, sebelum tidur &
selepas bangun tidur
d) menama dan melabel alat penjagaan diri dan
fungsi

- Sikat : untuk menyikat rambut (jangan berkongsi


dengan orang lain).
- Sabun : membersihkan badan ketika mandi.
- Berus & ubat gigi : mjaga kebersihan gigi (3 kali
sehari).
- Syampu : mencuci rambut dengan syampu.
- Pembersih muka : segala kotoran & habuk
disingkirkan.
e) Berdandan.

Alat-alat dandanan :
- Sikat
- Bedak
- Minyak wangi
- Losyen
- Lipstik
- Minyak rambut
Kepentingan berdandan :

- Mendidik diri agar sentiasa suka kepada kebersihan &


menjaga penampilan diri.
- Dapat membina keyakinan diri seseorag individu.
- Menjaga kesihatan.
- Menjaga penampilan : penampilan yang baik membina
keyakinan diri.
- Keyakinan diri : sentiasa bermotivasi dalam menjalankan
aktiviti, juga meyakinkan orang lain.
- Menjaga hubungan : jika tidak jaga kebersihan akan
disisihkan & dihina.
- Kelihatan cantik & segak : sifat semula jadi manusia, orang
lain senang berdamping dengan kita.
PENGGUNAAN TANDAS DAN
BILIK AIR

a) mengenalkan simbol dan perkataan tandas


b) memaklumkan apabila perlu ke tandas
c) mengenalkan simbol dan perkataan tandas
d) menama dan memperkenalkan jenis-jenis
tandas.
e) menggunakan tandas dengan cara yang
betul.
f) menjaga kebersihan tandas/bilik air selepas
menggunakannya.
PENGURUSAN DALAM DAN LUAR BILIK
DARJAH

a) menyebut dan menyenaraikan alatan dalam


bilik darjah
b) mengamal kebersihan dalam bilik darjah.
c) menyusun benda-benda dalam bilik
darjah/ruang pada tempat yang sesuai.
d) menjalankan tugas harian di dalam bilik
darjah
e) menceriakan kelas
f) menamakan perkakas dan kegunaannya
g) alatan untuk membersihkan dan
PENGURUSAN TEMPAT TINGGAL

a) mengenal pasti dan membezakan jenis


ruang/bilik di rumah dan fungsinya
b) mengemas dan menyusun peralatan di
setiap ruang/bilik
c) menjaga kebersihan ruang / bilik
d) mematuhi peraturan penggunaan ruang /
bilik
Kepentingan Kemahiran Asas Untuk Berdikari

Mendidik supaya murid KKBK dapat berdikari.


Supaya mereka dapat melaksanakan tugas harian dgn
sempurna, teratur, sistematik & tidak banyak bergantung
kepada orang lain.
Membiasakan mereka dengan khidupan yang sebenar &
menjalani kehidupan seperti orang lain.
Memberi peluang mengembangkan potensi diri dari
segi jasmani, emosi dan rohani.
Keupayaan terpendam dalam diri mereka dapat dilatih
untuk memenuhi keperluan mereka mlaksanakan tugas
harian.
Supaya guru-guru dapat mengkaji kebolehan &
kemampuan murid KKBK (utk merangka strategi & memilih
jenis kemahiran asas untuk berdikari yang diperlukan).
Contoh aktiviti yang perlu didedahkan
kepada murid KKBK
Aspek urus diri

Menyikat & mendandan rambut

Memilih & memakai pakaian

Menyediakan makanan dan minuman untuk diri

sediri
Mencuci & membasuh pinggan mangkuk

Menggunakan tandas

Membeli makanan di kantin

Mengemas beg sekolah

Melaksanakan kerja rumah tanpa disuruh

Menyertai PdP tanpa dipaksa


TUGASAN 2
Program-program intervensi awal diadakan oleh
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk
membantu golongan orang kelainan upaya
(OKU) seperti berikut :
Autistik
Palsi Serebral
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran
Kerencatan Mental
Masalah Pembelajaran
Pelbagai masalah
Pilih salah satu program intervensi awal untuk
OKU seperti yang disenaraikan di atas.
Berdasarkan program yang anda pilih, sediakan
rumusan berhubung dengan perkhidmatan
intervesi awal yang disediakan oleh pertubuhan
tersebut.
Pertubuhan dan Sokongan Untuk Palsi Selebral

Terdapat banyak agensi kerajaan dan NGO yang memberi perkhidmatan penjagaan,
pembelajaran dan pemulihan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy di Malaysia:

Pusat-pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) yang terdapat diserata Malaysia. Hubungi
1.
Jabatan Kebajikan Masyarakat setempat untuk maklumat lanjut.

The Cerebral Palsy (Spastic) Childrens Association of Penang, 425, Jalan Masjid Negeri,
2.
11600 Penang, Malaysia.

Spastic Childrens Association of Johor, 138, Jalan Dato Menteri, 80100 Johor Bahru. Email:
3.
spasticjohor@yahoo.com

Spastic Children Association of Selangor and Federal Territory (SCASFT), 14, Lorong Utara,
4.
PO Box 48,46700, Petaling Jaya

Persatuan Kebajikan Bagi Kanak-Kanak Cerebral Palsy Perak (Cerebral Palsy Children
5.
Welfare Association Of Perak), C/O Kpmg, C-1-3,1st. Floor, No.2, Persiaran Greentown 3,
Greentown Business Centre, Ipoh, 30460, Kinta, Perak

6. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) Jalan Padang Tembak, 16100 Kota Bharu,
Palsi Selebral dan Pemulihan
Carakerja
Intervensi Pemulihan Carakerja bagi kanak-kanak palsi selebral

bermula sebaik sahaja kelewatan perkembangan dikesan.

Perkembangan kanak-kanak palsi selebral dilihat dari 4 aspek iaitu :


Perkembangan pergerakan halus iaitu kebolehan kefungsian tangan untuk

mencapai, memegang dan bermain.

Perkembangan pergerakan kasar seperti duduk, bangun, berjalan.

Perkembangan personal-sosial seperti berinteraksi dan melakukan aktiviti harian.

Perkembangan bahasa dan percakapan.


Intervensi yang diberi adalah:

a) Program intervensi awal, iaitu bagi kanak-kanak


berusia 0-24 bulan (Early Intervention Program)

1. Posisi mengelakkan kecatatan semasa baring, duduk,


didukung.
2. Posisi memudahkan kefungsian semasa melakukan
aktiviti.
3. Rangsangan oral untuk yang mengalami masalah
menyedut/menelan dan air liur meleleh.
4. Rangsangan perkembangan motor kasar menggunakan
aktiviti permainan terapeutik.
5. Ransangan atau diet sensori bagi kanak-kanak yang
mengalami masalah memproses input sensori yang
diterima. Masalah ini dipamerkan dengan keengganan
menggunakan tangan untuk memegang, mencapai
atau terlalu sensitif terhadap sensori tertentu.
6. Aplikasi alat-alat ortosis ke atas anggota untuk
mengelakan kecacatan sendi dan memudahkan
kefungsian.
b) Latihan aktiviti kehidupan harian
Teknik khusus diajar untuk melatih kanak-kanak berdikari menjalankan aktiviti
harian dan penjagaan diri seperti memakai pakaian, makan/minum dan
membersihkan diri.

c) Latihan kefungsian tangan


Diberi untuk kanak-kanak yang mengalami masalah menggunakan tangan
untuk memegang barang/permainan, menjalankan aktiviti harian dan menulis.

d) Lawatan rumah dan sekolah


Dilakukan untuk menilai tahap kefungsian dan adaptasi kanak-kanak dalam
konteks sebenar di mana cadangan pengubahsuaian persekitaran dan aktiviti
diberikan untuk menghasilkan suasana harian yang merangsang
perkembangan dan kefungsian.

e)Cadangan alat bantuan dan pengubahsuaian


Alat-alat bantuan diperlukan bagi sebahagian besar kanak-kanak cerebral
palsy untuk membolehkan mereka berada di dalam postur yang betul.
Membiarkan mereka berada pada postur yang tidak betul secara
berpanjangan boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang,
dislokasi/sublaksasi sendi pinggul, kependekan otot dan kekejangan sendi.
The Cerebral Palsy (Spastic)
Childrens Association of
Penang
PERKHIDMATAN YANG SCAP TAWARKAN
Penilaian diagnosis dan kajian
Program Intervensi Awal
Pra-Sekolah dan kelas rendah (dengan mengarus
perdanakan ke dalam sekolah biasa apabila
mungkin).
Fisioterapi
Terapi pertuturan
Terapi pekerjaan
Kelas komputer
Hidroterapi dan renang
Program outreach
Pengangkutan (ke dan dari kebanyakan kawasan)
Spastic Childrens Association
of Johor
PROGRAM INTERVENSI AWAL (PRE-SCHOOL)

Kanak-kanak dimasukkan ke Program


Intervensi Awal apabila mencapai umur lima
(5).
Dalam program ini, kanak-kanak belajar
terutamanya melalui bermain dan menghadiri
sesi terapi biasa.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak yang
cenderung dalam bidang akademik dikenal
pasti.
Kanak-kanak yang berumur di antara lima
dan enam diletakkan di EIP untuk
menerima program yang direka dengan
keperluan masing-masing.
Mereka juga dilatih dalam kemahiran motor
kasar, kemahiran manipulatif, kemahiran
persepsi, kemahiran penjagaan diri dan
kecekapan sosial, pra-penomboran,
pewarna dan perkembangan bahasa.
Dalam kelas ini, sesetengah kanak-kanak
mungkin mengambil masa yang lebih lama
untuk membolehkan dan sesuai dengan diri
mereka dengan persekitaran sekolah.
Pengukuhan Kumpulan Pendidikan

Mengajar kanak-kanak bagaimana untuk


membeli barang di pasar raya dan buat
bayaran di kaunter.

Mengajar kanak-kanak tanda-tanda orang


ramai di tempat-tempat awam. Contohnya.
tandas, telefon, arahan dan tambahan.

Mengajar kanak-kanak bagaimana untuk


membeli dan makan makanan di kawasan
awam.
Perkhidmatan Fisioterapi

o Fisioterapi adalah teknik rawatan yang penting


yang membantu kanak-kanak Palsi Selebral ini
untuk berdikari dan tidak terlalu bergantung
kepada bantuan orang-orang di sekeliling
mereka.
o Terdapat 75 pelajar sekolah pergi dari yang
berumur di antara 5 hingga 17 tahun, 41
pelajar dari bengkel (18 tahun ke atas), 5 EIPIC
pelajar dan 11 pesakit luar yang diuruskan oleh
Ahli fisioterapi sebagai individu, dalam terapi
kumpulan dan dalam permainan rekreasi.
Aktiviti Terapi

o Facilitate Rolling
o Sitting Balance
o Sit to stand
o Group Therapy
o Passive Streching
o Crawling up
o Jumping
o Balloon Tennis
o Football
o Walking
Hidroterapi
Membantu dalam mengurangkan cacat
kerana penyakit
Meningkatkan kawalan pernafasan,
keseimbangan dan penyelarasan.
Diadakan dalam tempoh setengah jam 5 kali
seminggu, dijalankan pada Selasa, Khamis
dan Jumaat.
Hipoterapi

Dijalankan dengan 12 pelajar setiap hari


Rabu ganti di Horse Riding School, UTM
Skudai, Johor Bahru.
Terapi Pekerjaan Perkhidmatan

Terapi Carakerja membantu kanak-kanak


Cerebral Palsy untuk berdikari dalam aktiviti
yang melibatkan kemahiran kehidupan harian,
fizikal, kognitif dan kemahiran motor.
Meningkatkan harga diri dan pencapaian.
Terdapat 63 pelajar sekolah, 14 pesakit luar, dan
5 EIPIC pelajar yang terlibat dalam sesi terapi.
Sesi terapi deria melibatkan 25 pelajar sekolah
dan 3 pesakit luar.

Spastic Children Association of


Selangor and Federal Territory
(SCASFT),
TERAPI PERTUTURAN
Ahli patologi pertuturan-bahasa mempunyai peranan penting dalam
menyediakan perkhidmatan dan sokongan untuk keluarga dan bayi mereka atau
anak-anak kecil yang kurang upaya sebagai ahli pasukan intervensi awal.
Ucapan-bahasa patologi membantu kanak-kanak dengan cerebral palsy untuk
meningkatkan kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh merujuk
kepada mod lisan (bercakap), dengan menggunakan bahasa isyarat atau
menggunakan bantuan komunikasi. Bagi kanak-kanak yang dapat bercakap,
kebimbangan utama adalah untuk membuat ucapan yang lebih jelas dan lebih
mudah untuk difahami oleh ahli-ahli keluarga dan orang yang tidak dikenali. Bagi
mereka yang mempunyai masalah dalam komunikasi, fokus terapi akan
berdasarkan kepada keperluan individu untuk mencapai tahap tertinggi
kemerdekaan. Dengan bertindak dan kadar kemerdekaan; ia akan melegakan
tekanan untuk kedua-dua pihak; pesakit dan penjaga. Keperluan dan keupayaan
kanak-kanak akan berbeza dari Oneto lain. Oleh itu, terapi individu adalah
berdasarkan kepada keperluan pesakit dan masalah. Sebagai contoh; yang
patologis pertuturan-bahasa, ahli-ahli keluarga dan kanak-kanak sedang
bekerjasama untuk membina kemahiran bahasa kanak-kanak dalam
mempelajari perkataan-perkataan baru, mengamalkan perkataan dipanjangkan
dalam ayat, dan meningkatkan kemahiran kefahaman auditori.
Terapi pertuturan membantu pesakit gangguan
pertuturan betul, memulihkan pertuturan,
menggunakan alat bantuan komunikasi, belajar
bahasa isyarat, dan meningkatkan kemahiran
mendengar. Tempoh program terapi pertuturan
tertentu berbeza-beza bergantung kepada
tahap cerebral palsy yang dirawat, dan tindak
balas pesakit untuk terapi pertuturan. Terapi
pertuturan dilakukan oleh seorang pakar
patologi pertuturan, dan melibatkan mesyuarat
dengan ahli terapi dalam satu-satu atau
tetapan kumpulan, dan juga latihan rumah.
FISIOTERAPI
Tujuan utama fisioterapi adalah untuk: -
1. Mengekalkan tubuh kanak-kanak agar
mekanikal yang terbaik untuk mengelakkan
sendi dan otot dari mengetatkan dan
memendekkan daripada kekurangan
penggunaan atau tidak normal dan / atau postur
yang salah.
2. Memudahkan pergerakan pola perkembangan
normal.
3. Memudahkan dan meningkatkan fungsi untuk
mencapai kemerdekaan maksimum.
TERAPI PEKERJAAN
Terapi pekerjaan ialah penggunaan aktiviti yang
bertujuan untuk membantu orang yang kurang upaya
membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk
hidup seperti biasa dan bebas yang mungkin. Semua
individu mempunyai keperluan untuk mengambil
bahagian dalam kerja, riadah dan penjagaan diri aktiviti
sebagai sebahagian daripada hidup. Individu kurang
upaya boleh mempunyai kesukaran melakukan ini
kerana batasan fizikal, fisiologi, dan / atau kognitif.
Terapi pekerjaan bertujuan untuk mengajar dan melatih
individu kurang upaya bagaimana untuk mengatasi
atau memberikan pampasan bagi ketidakupayaan
mereka untuk meningkatkan fungsi mereka.
Melalui penggunaan khusus aktiviti yang dipilih
dan penuh makna, matlamat terapi pekerjaan
adalah untuk memaksimumkan keupayaan
seseorang untuk melaksanakan tugas sehari-hari
secara bebas. Ini dicapai dengan meningkatkan
fungsi fizikal dan kognitif dan dengan mencegah
upaya menengah.
RUJUKAN

http://
ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/kaedah-peng
ajaran-kemahiran-asas-untuk.html

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ba
yikanak-kanak/keperluan-kanak-kanak-
khas/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-
palsy

Anda mungkin juga menyukai