Anda di halaman 1dari 11

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

Tajuk 1

Bahasa dan Komunikasi

SINOPSIS
Tajuk ini menghuraikan tentang pengenalan kepada bahasa (definisi dan konsep bahasa,
komponen bahasa dan penguasaan tatabahasa), jenis bahasa (penerimaan/reseptif dan
penglahiran/ekspresif), serta masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan muridmurid bermasalah pembelajaran (masalah bahasa dan linguistik, masalah artikulasi dan
masalah kefasihan dan rentak).
Hayati sub-sub tajuk berikut agar anda lebih faham tentang skop pengajian anda.

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan hubungkait antara bahasa dan komunikasi.


2. Menjelaskan definisi dan konsep bahasa.
3. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam bahasa dan penguasaan
tatabahasa.
4. Membezakan antara jenis-jenis bahasa penerimaan/reseptif dan bahasa
penglahiran/ekspresif.
5. Mengenal pasti masalah komunikasi dan masalah bahasa dalam kalangan kanakkanak bermasalah pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

BAHASA DAN KOMUNIKASI

Pengenalan Kepada Bahasa

- Definisi dan Konsep


Bahasa
- Komponen Bahasa
- Penguasaan Tatabahasa

Jenis Bahasa

- Penerimaan / Reseptif
- Penglahiran / Ekspresif

Masalah Bahasa Dan


Komunikasi Dalam
Kalangan Murid-murid
Bermasalah
Pembelajaran

- Masalah Bahasa dan


Linguistik
- Masalah Artikulasi
- Masalah Kefasihan dan
Rentak

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

KANDUNGAN

1.0

Pengenalan Kepada Bahasa

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam konteks perhubungan
sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung
di antara satu sama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal
atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu
berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.
Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah
dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti
pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami
masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
1.1 Definisi dan Konsep Bahasa
Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa
akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi
bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah
seperti berikut:
Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus
untuk mewakili sesuatu.
(Reed, C.A., 1994)
Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun
secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat
untuk berhubung.
(Simanjuntak, 1978)
Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan
dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.
(Bloom, 1988)
Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang
pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa
(1964), arbitrari bermaksud sebagai no necessary connection between the symbol and that
which is symbolized
4

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

1.2 Komponen Bahasa


Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan. Komponen
bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen kandungan terdiri
daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam komponen penggunaan.
Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasa interaksi.
1.2.1 Bentuk bahasa
a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang
menentukan kombinasi bunyi.
b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan
pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).
c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan
perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam
lingkungan ayat tersebut.
1.2.2 Kandungan Bahasa
a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan,
kehendak, dan makna perkataan dan ayat.
1.2.3 Fungsi Bahasa
a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa
dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan.

1.3 Penguasaan Tatabahasa


Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan grammar.
Perkataan grammar ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang memberi
gambaran makna suatu seni bacaan dan penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan
sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa.
Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun secara mudahnya
dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji
dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan,
proses pembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat (Raminah Hj.
Sabran dan Rahim Sham, 1987).
Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah pembelajaran, ternyata
ianya merupakan suatu masalah yang sangat rumit dan membelenggu kehidupan mereka.
5

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

Ciri-ciri kemahiran bahasa dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi


ketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan memproses
bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa ekspresif.
Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran
termasuklah ;
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Mengingat kembali perkataan


Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa)
Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar
yang berbeza
Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.

AKTIVITI
Dalam usaha menjalankan intervensi terhadap permasalahan bahasa dan komunikasi
murid-murid bermasalah pembelajaran, cadangkan beberapa prinsip asas ke arah tujuan
tersebut.

1.4 Jenis Bahasa


Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa
penglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses
berbahasa seseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah
dari segi penguasaan kedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah
pembelajaran ianya merupakan suatu masalah yang amat merumitkan.
1.4.1 Penerimaan / Reseptif
Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan Bahasa Penerimaan
(Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai Reseptive Aphasia.
Gangguan ini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan
pendengaran dan sukar mengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami
oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai
masalah dalam bahasa reseptif ini.
Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut
6

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

arahan, bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk


konsep, memahami jenaka atau gestures dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.
1.4.2 Penglahiran / Ekspresif
Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan Bahasa
Penglahiran (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai
Expressive Aphasia. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah Dysnomia atau Anomia iaitu
kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan Apraxia iaitu
kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untuk motor alat
artikulasi.
Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan
kata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari
perkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan
menyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan
penulisan
1.5 Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah
Pembelajaran
Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid bermasalah pembelajaran
memerlukan bahasa untuk mereka dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup
bermasyarakat. Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek berbahasa
menjadikan kehidupan mereka agak janggal pada pandangan masyarat sekeliling. Masalah
mereka tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasa agar
mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan bermasyarakat.
1.5.1 Masalah Bahasa dan Linguistik
Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak bermasalah
pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukaran dalam memahami arahan,
masalah dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan
bahasa penglahiran, masalah dalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam
bacaan, ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau komponen berikut;
i.

Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi
masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink
untuk drink.

ii.

Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan
7

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

iii.

yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang
salah (bahasa Inggeris).
Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan
tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan
menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv.

Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata
yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.

v.

Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak
memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.

1.5.2 Masalah Artikulasi


Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang
abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar
difahami atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkaraperkara berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

penggantian
pengguguran
pengubahan, dan
penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan
bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan, dan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini
sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi
konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan,
misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain.
Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan
maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip
disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan
angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya
sssyusyah
8

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut
bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.
1.5.3 Masalah Kefasihan dan Rentak
Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan aliran pertuturan yang
mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan
kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut
sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak.
Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot
pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan
normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

AKTIVITI
Anda pasti biasa berhadapan dengan individu yang mempunyai masalah gagap. Pada
pandangan anda apakah punca masalah gagap yang dihadapi oleh individu tersebut?
Anda diminta berbincang dalam kumpulan anda untuk mengesan masalah tersebut.
Anda juga dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah atau panduan untuk membantu
individu gagap ini.

Rumusan
Setelah mengikuti dengan teliti bahan pelajaran dalam tajuk ini, anda sepatutnya telah dapat
menguasai kesemua hasil pembelajaran yang telah digarapkan. Ini bermakna anda telah
sepatutnya menguasai tajuk ini dan dapat menterjemahkannya dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Segala input
dalam tajuk ini adalah sebagai asas pengetahuan untuk anda menangani masalah
pemerolehan dan langkah melaksanakan intervensi bahasa ke atas kanak-kanak khas ini
seterusnya.

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

diserahkan kepada

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan


pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah & menengah:
Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1993. Perkaedahan pengajaran
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin. 1990. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman.
Kuder, S. J. 2003. Teaching students with language and communication disabilities.
Boston: Allyn & Bacon.
Lerner, J. 1993. Learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching strategies.
(6th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.
Martin, D. 2000. Teaching children with speech and language difficulties. London: David
Fulton Pub.
Mercer, C.D. & Mercer, A.R. 1985. Teaching student with learning problems. Columbus:
Chales & Merrill.
Owens, R. 2001. Language development : An introduction. (5 th ed.). Boston : Allyn &
Bacon.
Polloway, E.A., Patton, J.R. 1993. Strategy for teaching learners with special needs. New
York: Maxwell Macmillan International.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. 1987. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Reed, V. A. 2005. An introduction to children with language disorders (3rd ed.) Boston:
Allyn & Bacon.
Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Universiti Terbuka Malaysia. 2007. Kaedah pembelajaran khas Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
10

PKB 3104 Kaedah Pengajaran Khas Bahasa

11

Anda mungkin juga menyukai