Anda di halaman 1dari 3

Positif: Tamadun Islam dan tamadun Melayu _ Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan

kesan yang amat ketara melalui perdagangan. _ Kesan positif yang penting tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Interaksi Antara Tamadun Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. _ Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. _ Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. _ Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Tamadun China dan tamadun Melayu _ Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu melahirkan kesan positif dala kemahiran dan teknologi serta kebendaan. _ Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi Antara Tamadun _ Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.

Negatif: Tamadun India dan tamadun Islam _ Di India juga penganut Islam dengan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. _ Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid

dimusnahkan oleh raja-raja India yang Interaksi Antara Tamadun beragama Hindu. _ Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu dan kuilkuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. _ Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu. _ Aurangzeb merupakan raja Moghul yang Interaksi Antara Tamadun bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lainlain lagi.

Negatif:
Tamadun Islam dan tamadun China _ Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah Interaksi Antara Tamadun mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara China. _ Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. _ Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara Negara China telah bermusuh Interaksi Antara Tamadun

dengan orang Islam kerana iri hati kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan, pada 876M berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh. <<TAMAT>>

Anda mungkin juga menyukai