Anda di halaman 1dari 5

Laporan Eksekutif

LAPORAN EKSEKUTIF MINIT CURAI KURSUS PENDIDIKAN KHAS

TAJUK : PENGENDALIAN MURID BEKEPERLUAN KHAS (MBK) DENGAN PENDEKATAN TERAPUTIK

SESI 1 : PENGURUSAN DIRI MURID BEKEPERLUAN KHAS


Tarikh : 03 - 04 June 2021 (Khamis - Jumaat)

Masa : 08.30 am – 01:30 pm

Tempat : Lokasi masing-masing

Kaedah : Google-meet

Anjuran : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Penceramah/Fasilitator : Pn. Roselind Sakai (Penganjur JPNS)


Pn. Arinita Bt. Alexius (PPM SK. Telupid Sabah Sesi 1 - 3 June 2021)

Pegawai yang hadir : Pn. Piluh@Mathilda Bt. Osong (Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pend. Khas)
Cik Rubby Dean bt. Paulus (PPM)
Cik Nurfazilah bt. Amsyir (PPM)
Intipati :

1. Agenda Sesi 1
a) Perkembangan kemahiran pengurusan diri g) Kebersihan diri
b) 6 komponen pengurusan diri h) Kemahiran untuk makan
c) 3 teknik pengajaran pengurusan diri i) Pendidikan Sosial
d) Kemahiran ke tandas j) Sokongan
e) Kemahiran memakai pakaian k) Pendidikan
f) Kemahiran memakai kasut

2. Perkembangan kemahiran pengurusan diri


a) Pengenalan - Kemahiran pengurusan diri amat perlu sebagai persediaan ke sekolah.
b) 12 Bulan - Boleh membantu menghulurkan anggota ketika dipakaikan baju dan seluar.
- Memberi kerjasama ketika memakai baju.
c) 18 Bulan - Memakai topi dan kasut, menanggalkan jaket, menolak seluar ke bawah & mencari lubang tangan
ketika memakai T-shirt.
d) 2-3 Tahun - (2 1/2 tahun) Cuba memakai stokin & menanggalkan pakaian yang longgar.
- (3 tahun) Memakai kasut dengan salah (terbalik) & boleh menarik zip ke atas dan ke bawah.
e) 4-5 Tahun - (4 tahun) Boleh memakai T-shirt tetapi kadang kala terbalik.
- (5 tahun) Boleh memakai dan menanggalkan pakaian sendiri dengan bantuan zip/buatang &
kadang kala terbalik.

3. 6 Komponen pengurusan diri


a) Aspek Keberdikarian - Berdikari sepenuhnya, Perlukan survicion (bantuan verbal & visual diberi) & Perlukan
bantuan penuh.
 Memakai baju / Dressing

Halaman
1
Laporan Eksekutif
 Pengurusan tandas / Toileting
 Mandi / Bathing, Showering
 Makan / Eating
 Penjagaan dan dandanan diri/Personal Hygiene & Grooming

4. 3 Teknik Pengajaran Kemahiran pengurusan diri


a) Role Model (Tunjuk Cara)
 Berikan demonstrasi yang betul
 Pastikan mata mereka memerhati pergerakan guru/ibubapa
 Minta mereka melakukan semula apa yang telah diperhatikan
 Posisi sesuai ialah berada di belakang kanak-kanak supaya mereka tidak keliru melihat pergerakan
tangan yang perlu dilakukan.
b) Backward Chaining Technique / Rantaian belakang
 Langkah awal dilakukan oleh guru / terapis
 Langkah akhir dilakukan oleh kanak-kanak tersebut
 Mereka melakukan langkah terakhir.
 Kemudian diikuti oleh langkah yang kedua terakhir, ketiga terakhir dan seterusnya
 Peneguhan positif diberikan untuk setiap langkah yang berjaya dilakukan dengan betul.
c) Foward Chaining Technique / Rantaian hadapan
 Berikan demonstrasi mengenai langkah yang betul
 Mulakan dengan langkah yang pertama-terakhir
 Terangkan setiap langkah dengan jelas dan langkah yang seterusnya.
 Untuk foward chaining, sentiasa mulakan dengan langkah yang pertama, naik hingga yang terakhir.

5. Kemahiran ke Tandas
a) Mengapa latihan ke tandas penting?
i. Pengurangan kos lampin pakai buang
ii. Pengenalan kepada pendidikan seks
iii. Mengajar murid berdikari
b) Sukar untuk ajar anak khas ke tandas?
i. Masalah Fizikal/masalah perubatan
 Mohon ibu/bapa berbincang dengan doktor jika murid sukar ke tandas atas sebab perubatan/fizikal.
ii. Masalah Motor kasar
 Murid sukar untuk membuka / memakai pakaian
iii. Kiun Badan (Body Awarness)
 Murid tidak sedar untuk ke tandas walaupun sudah basah
iv. Bahasa & Komunikasi
 Kurang kefahaman dan anak tidak dapat meminta untuk ke tandas
v. Emosi
 Anak takut untuk duduk / takut bunyi flush
vi. Keperluan Rutin
 Memperkenalkan rutin baru selalunya makan masa.

Halaman
2
Laporan Eksekutif
c) Bila boleh mula latihan ke tandas?
i. Murid rasa tidak selesa ketika lampin basah / kotor.
ii. Murid boleh kekal kering untuk tempoh 2 jam.
iii. Murid boleh menunjukan reaksi untuk membuang air kecil/besar.
iv. Tiada halangan untuk ke tandas .
v. Murid boleh membuka/memakai baju & seluar sendiri.

d) Jom kita mula ke tandas.


i. Perbincangan antara Guru, PPM dan Ibubapa perlu diadakan. Latihan ke tandas sekiranya bermula
serentak di rumah dan sekolah.
ii. Gunakan Social Story .
iii. Pastika murid tidak memakai pampers semasa latihan.
iv. Tetapkan bilangan lawatan ke tandas.
v. Pada setiap lawatan perlu ajar murid untuk duduk di mangkuk tandas.
vi. Jangan tanya. Beritahu. Dan terus bawa murid ke tandas.
vii. Jadikan latihan ke tandas sebagai rutin. Buat jadual & tetapkan masa pada setiap hari.
viii. Gunakan ayat ringkas, isyarat badan, gambar dan jadual visual.
ix. Teruskan mencuba. Latihan perlu konsisten setiap hari.
x. Kenal pasti ganjaran yang spesifik (sticker / makanan kegemaran).
xi. Selepas murid berjaya buang air kecil/besar di tandas, beri ganjaran pada murid.
xii. Jangan beri ganjaran jika murid gagal buang air kecil/besar.

6. Kemahiran memakai pakaian.


 Memilih pakaian & Aksesori sesuai acara, waktu & cuaca.
 Mendapatkan pakaian dari tempat penyimpanan.
 Memakai pakaian mengikut urutan & keselesaan.
 Mengenakan & mengikat kasut.
 Menggunakkan & menanggalkan alat peribadi.
 Prinsip kemahiran memakai pakaian.
i. Kemahiran menanggal lebih mudah daripada kemahiran memakai.
ii. Ajar kemahiran menanggalkan pakaian terlebih dahulu.
 Kaedah Mengajar
i. Aktiviti membutang, zaip & mencangkuk.
ii. Menggunakan anak patung sebagai alat bantuan melalui permainan.
iii. Aktiviti duit syiling & tabung.
iv. Aktiviti manik lubang dengan tali.
v. Aktiviti memadankan pakaian yang betul

7. Kemahiran memakai kasut.


 Gunakan sudut antara 2 dinding, berbentuk L untuk murid memakai kasut.
 Jika tidak menggunakan dinding, PPM/Guru duduk di belakang murid sebagai sokogan.

Halaman
3
Laporan Eksekutif
8. Kebersihan Diri.
a) Mandi.
 Mendapatkan & menggunakan produk mandian.
 Menyabun, mencuci, menggosok, membilas & mengeringkan tubuh badan.
 Mengekalkan & menyeimbangkan posisi badan ketika mandi.
 Perpindahan masuk & keluar dari bilik mandi.
b) Memotong kuku.
 Latihan memotong kuku menggunakan straw slurpee (7 eleven). Gunakan pengetip kuku besar.

9. Kemahiran untuk makan


i. Proses menyusun & mengatur makanan/cecair atas oinggan, mangkuk, cawan/gelas.
ii. Mencedok/menyuap makanan.
iii. Membawa makanan dari inggan/cawan ke mulut.
iv. Merujuk kepada kebolehan untuk menyimpan makanan dalam mulut.
v. Manipulasi makanan dalam mulut (mengunyah).
vi. Menelan makanan.

10. Pendidikan Seksual.


a) Ambil masa untuk berbual.
b) Guna perkataan yang tepat merujuk kepada alat sulit.
c) Cerita tentang penjagaan kebersihan.
d) Cerita tentang sentuhan.
e) Guna bantuan visual untuk terangkan.
f) It is normal - fitrah.
g) Terangkan 5 peringkat berkaitan ‘purberty’ mengikut jantina.
i. Hormon.
ii. Perubahan fizikal.
iii. Pertumbuhan bulu/rambut pada alat sulit (haid/pecah suara).
iv. Alat sulit & perbezaan jantina semakin ketara.
v. Menjadi dewasa.

11. Sokongan.
a) Fizikal.
b) Emosi.
c) Kehendak asas.

12. Pendidikan.
a) Pendidikan untuk MBK.
 Bolehkah mereka bersekolah seperti rakan sebaya?
 Bagaimana mereka belajar di program pendidikan khas?
 Apakah pekerjaan yang sesuai untuk mereka?
b) 8 syarikat yang menerima OKU sebagai staf.
 Giant  Digi
 KFC  Aeon
Halaman
4
Laporan Eksekutif
 Allianz  Tesco
 Starbuck  Mydin
c) Job Coach Program.
 Contact Giant HQ (incharge) dalam Job Coach Training Giant.
 Sediakan resume ringkas murid OKU, bagaimana hendak buat resume ringkas menggunakan komputer
& set up emel peribadi.
 Pihak Job Coach akan hubungi untuk sesi interview ringkas bersama murid OKU tersebut.
 Ada Buddy person yang akan bersama murid OKU tersebut semasa dia bekerja.
 Peranan Buddy Person ini adalah untuk memantau & meminimumkan kesalahan yang dilakaukan oleh
pekerja OKU semasa bertugas.
 Masa/syif kerja staf OKU juga dihadkan kepada waktu siang sahaja.
d) Institut Pendidikan Tinggi (IPT) yang menerima murid bekeperluan khas dalam kursus mereka
 .
 Kolej Vokasional  Universiti Awam (UA)
 Politeknik  Universiti Swasta
 Kolej Komuniti
e) Senarai Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk MBK.
 Hotel & Katering  Pembinaan
 Rekabentuk fesyen & pakaian  Penyelenggaraan mekanikal
 Rekabentuk grafik

Refleksi :
Hasil daripada Kursus Sesi 1 iaitu pengurusan diri murid bekeperluan khas ini dapat disimpulkan bahawa ilmu &
pengetahuan yang dalam adalah sangat penting,cara-cara kita hendak mengurus murid-murid MBK ini dalam
menguruskan hidup yang mana dapat membantu mereka dalama aktiviti seharian menguruskan diri mahupun berada di
rumah. Terapi ini dilakukan untuk apa-apa aktiviti yang membantu murid menjadi lebih berdikari dan meningkatkan
tahap kefungsian murid.

Taklimat PLC PPKI ditangguhkan sehingga 11:10am bagi sesi 1

Dilaporkan oleh: Disemak oleh:

( RUBBY ) ( )
Rubby Dean Penyelaras PPKI Smk Sanzac

Halaman
5

Anda mungkin juga menyukai