Anda di halaman 1dari 7

PKU3073 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

TAJUK 5 KEMAHIRAN URUS DIRI

SINOPSIS

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mengaplikasikan


aktiviti pengurusan diri mengikut analisis tugasan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran, anda dapat;

i. Menghasilkan analisis tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri

ii. Mengaplikasikan aktiviti pengurusan diri mengikut analisis tugasan

KERANGKA TAJUK

Kemahiran Urus Diri

Menghasilkan Analisis Tugasan Mengaplikasikan aktiviti pengurusan


aktiviti-aktiviti pengurusan diri diri mengikut analisis tugasan

73
PKU3073 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

5.1 Menghasilkan Analisis Tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri

5.1.1 Analisis Tugasan

Analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan dan


pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memecahkan
sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-langkah kecil yang ringkas.
Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi mengikut urutan yang
bersesuaian. Pengajaran dilaksanakan mengikuti langkah-langkah kecil yang lebih
ringkas. Hal ini bermaksud bahawa murid berkeperluan khas akan diajar langkah
demi langkah sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran sasaran.
Kecekapan guru pendidikan khas adalah dalam menganalisiskan tugasan
tersebut supaya bersesuaian dengan  tahap keupayaan murid berkeperluan khas
mereka.

Proses melaksanakan analisis tugasan diringkaskan sebagai berikut: 

1. Nyatakan dengan jelas tugasan pembelajaran atau isi kandungan


2. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil yang
diperlukan untuk mempelajari kemahiran sasaran.
3. Letakkan langkah-langkah tersebut mengikut urutan pengajaran yang logikal
4. Uji secara tidak formal untuk menentukan langkah-langkah yang sudah
dikuasai oleh pelajar
5. Mulakan pengajaran mengikut urutan analisis tugasan

5.1.2 Aktiviti-Aktiviti Pengurusan Diri

- Amalan kebersihan tubuh badan


- Amalan menggunakan tandas
- Kemahiran memakai pakaian
- Kemahiran memakai kasut
- Berdandan

74
PKU3073 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

- Mengurus diri semasa kedatangan haid

a) Amalan Kebersihan tubuh badan

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:

a)       badan sihat


b)       tiada jangkitan kulit
c)       sentiasa cergas dan ceria

Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:

a)      Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.


b)      Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c)      Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d)      Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e)      Pakai pakaian yang bersih.
f)       Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g)      Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan  mulut
berbau busuk.
h)      Sentiasa memakai pakaian dan stoking yang bersih.
i)       Selalu memotong kuku yang panjang.
j)       Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k)      Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.

b) Amalan Menggunakan Tandas

Tandas adalah tempat untuk mengumpul dan menempatkan najis secara selamat
supaya tidak berlaku pencemaran. Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga,
supaya tidak berbau busuk dan kelihatan bersih.

Ciri-ciri Tandas Selamat Dan Sempurna

a. Aspek kesihatan

i Mencegah kejadian penyakit berjangkit seperti taun, demam kepialu (Tifoid),


cirit-birit, hepatitis A (demam kuning), jangkitan cacing dan lain-lain.

75
PKU3073 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

ii. Mencegah pembiakan atau gangguan serangga terutama lalat.

iii. Mencegah daripada gangguan bau busuk najis yang terbiar merata-rata.

iv. Meningkatkan tahap kebersihan kawasan rumah dan persekitaran.

Amalan-amalan Semasa Menggunakan Tandas

a. Aspek kesihatan

 Membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas.


 Membersihkan tangan dengan sempurna selepas menggunakannya.

b. Aspek agama Islam

 Membaca doa sebelum memasuki tandas.


 Mendahulukan dengan kaki kiri apabila memasuki tandas.
 Menutup kepala dengan kain ketika sedang berhajat.
 Mendahulukan kaki kanan apabila keluar dari tandas.
 Membaca doa ketika keluar tandas.

Panduan Penggunaan Dan Penjagaan Tandas

 Sediakan air bersih yang mencukupi.

 Sediakan sabun.
 Menggunakan selipar yang sesuai ketika ke tandas.
 Pastikan lantai tandas yang dibina tidak licin.
 Tandas perlu diselenggara secara berkala, jika rosak baiki segera.
 Gunakan tandas setiap masa.
 Tandas perlu dicuci setiap kali selepas digunakan.

c) Kemahiran Memakai Pakaian ( Rujuk Analisis Tugasan)

d) Kemahiran Memakai Kasut (Bincangkan)

e) Berdandan

Antara alat-alat dandanan yang sering digunakan ialah:

76
PKU3073 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

- Sikat;
- Bedak;
- Minyak wangi;
- Losen;
- Lipstik (Perempuan);
- Minyak rambut; dan
- Lain-lain lagi.
Murid-murid juga perlu diajar tentang cara menggunakan alat dandanan dengan
betul.
(a) Sikat hendaklah digunakan untuk menyikat rambut agar rambut terurus
dengan rapi dan kemas. Gunakan sikat yang bersesuaian dengan individu.
Diingatkan agar tidak menggunakan sikat yang terlalu tajam giginya. Ini
kerana ia boleh mencederakan kulit kepala.

(b) Bedak terbahagi kepada dua iaitu bedak badan dan bedak muka. Bedak
badan selalunya berwarna putih, berbentuk serbuk dan berbau wangi.
Manakala bedak muka berbentuk padat, berwarna coklat dan sebaginya
(mengikut warna kulit) dan tidak berbau. Bedak muka ini sering
digunakan oleh golongan wanita. Bedak badan digunakan sesudah mandi
agar badan kita berasa sentiasa segar dan selesa .

f) Menguruskan diri semasa kedatangan haid

Setiap murid yang kedatangan haid perlu diberitahu dan diterangkan bahawa
mereka perlu memakai tuala wanita atau tampon yang bersih. Pemakaian tuala
wanita juga harus ditukar setiap 3 hingga 4 jam. Mereka juga harus dinasihatkan
agar menggunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas.
Penggunaan tampon yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya “Toxic
Shock Syndrome “ yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa.
Di samping itu, penyakit yang berkaitan dengan haid adalah penyakit vagnitis
iaitu jangkitan atau ketumbuhan pada faraj. Gadis atau wanita mengeluarkan
sedikit sahaja darah haid. Ini adalah hasil keseimbangan asid-asid yang ada
dalam faraj. Jika keseimbangan ini terganggu, bakteria boleh membiak dan
menjangkiti dinding faraj.

77
PKU3073 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Menguruskan diri semasa kedatangan haid adalah penting. Anda juga harus
menerangkan kepada murid-murid tentang pembersihan diri selepas kedatangan
haid. Menjaga kebersihan diri selepas kedatangan haid adalah amat penting. Antara
perkara yang perlu disampaikan kepada murid- murid adalah:
(i) Jangan basah atau basuh kemaluan dengan sabun atau pun buih
(ii) Memakai pakaian dalam yang selesa
(iii) Sentiasa menukar tuala wanita atau tampon 3 hingga 4 jam sekali ketika
didatangi haid
(iv) Bahagian kemaluan hendaklah sentiasa kering
SEMAK KENDIRI

5.1.3 Contoh Analisis Tugasan

Analisis Tugasan 1
Nama Murid : ………………………………… Tahun : ……………………………….
Kemahiran: Memakai Pakaian

Tarikh Tarikh Tarikh


Bil
Aktiviti Mula Mula Mula Catatan
1 Pergi ke almari pakaian      
2 Mengenalkan pelbagai jenis pakaian
3 Mengenal fungsi pakaian
Mengenal bahagian pakaian
 zip
 butang
4  kancing
Membutangkan pakaian dengan bimbingan
5 guru

Mengenakan zip pakaian dengan


6 bimbingan guru

7
Mengenakan kancing baju dengan
bimbingan guru
Membutangkan pakaian tanpa bimbingan
8 guru
Mengenakan zip pakaian tanpa bimbingan
9 guru
10 Mengenakan kancing baju tanpa

78
PKU3073 KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

bimbingan guru
Menanggal pakaiaan dengan bimbingan
11 guru
12 Menanggal pakaian tanpa bimbingan guru

Disediakan oleh :
DBS : Dengan bantuan sepenuh
DBG : Dengan bimbingan guru
………………………………. TBG : Tanpa bantuan guru

Menghasilkan Analisis Tugasan aktiviti-aktiviti pengurusan diri


5.2 Mengaplikasikan aktiviti pengurusan diri mengikut analisis tugasan

- Amalan kebersihan tubuh badan


- Amalan menggunakan tandas
- Kemahiran memakai pakaian
- Kemahiran memakai kasut
- Berdandan
- Mengurus diri semasa kedatangan haid

Latihan

Bincangkan aktiviti-aktiviti pengurusan diri seperti di atas mengikut


analisis tugasan secara berkumpulan.
Amalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

79

Anda mungkin juga menyukai