Anda di halaman 1dari 2

Dalam era globalisasi kini, pemikiran kritis dan kreatif adalah dua elemen penting untuk

aktiviti berfikir secara luas dan mendalam dengan menggunakan kemahiran individu itu
sendiri. Seseorang yang kreatif dan kritis mampu memberikan manfaat, nilai serta faedah
kepada semua orang. Pemikiran ini perlu ada dalam diri seseorang terutama individiu yang
bergelar guru.

Hal ini dapat dilihat apabila adanya pemikiran kreatif dan kritis dalam diri seorang guru, sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh, guru yang mengajar di
kawasan perkampungan orang asli melakukan inovasi seperti melakukan mionis tersendiri
untuk dirasai dan dilihat oleh murid. Hal ini bertepatan dengan pembelajaran kooperatif iaitu
pembelajaran berasaskan bahan maujud. Dimana pemebalajaran berasaskan bahan
maujud mampu memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada murid. Malah bukan
itu sahaja, apabila terdapat guru yang berfikiran kreatif dan kritis maka menjimatkan kos
sesuatu barang. Misalnya, guru menggukan bahan dan peralatan terpakai menghias
kawasan sekolah dan menjadikan salah satu peralatan yang digunakan di sekolah seperti
penyapu dan sebagainya.

Selain itu, melalui pemikiran yang kreatif dan kritis juga mampu membantu murid-murid yang
mempunyai masalah tertutamanya dalam menumpuh kehidupan norma baru ini. Contohnya,
murid mempunyai sukar untuk menyertai kelas secara dalam talian. Maka guru boleh
menghasilkan satu platform dimana platform tersebut boleh diakses menggunakan data
yang sedikit dan di dalam platform tersebut mempunyai bahan –bahan pengajaran yang
diajarkan oleh guru secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah murid yang
ketinggalan dalam pelajaran di dalam tempoh pandemik ini. Di samping itu, guru juga boleh
menggunakan kemahiran teknologi bagi menarik minat murid untuk belajar secara dalam
talian dimana guru boleh menarik minat murid dengan menghasilkan tugasan berbentuk
permaian maupun pembelajaran berasaskan tema yang diminati murid seperti tema-tema
yang terdapat di dalam permainan atas talian.

Dengan adanya guru yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis mampu melahirkan
individu yang berfikir di kelas pertama. Dimana, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni di
dalam diri murid dan menjadikan murid seorang yang berfikir secara kreatif dan kritis.
Misalnya, guru boleh menganjurkan pertandingan menghasilkan sesuatu inovasi daripada
barangan terpakai. Ini secara tidak langsung menerapkan nilai cinta alam sekitar di dalam
diri murid –murid dan menjadikan murid seorang yang kreatif dalam melaksanakan sesuatu
perkara. Pemikiran kreatif dan kritis mampu mendorong seseorang murid untuk menguji
kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau
keputusan yang salah, di samping keupayaan untuk memproses maklumat dan
menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.

Anda mungkin juga menyukai