Anda di halaman 1dari 4

Tarifan Agama

 Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan
sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan.
 Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia
kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan
daripadanya.
 Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur
hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. 
 Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang
diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi
respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci.
 Antara agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian,
Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan
Zoroastrianisme. 

Takrifan kepercayaan
 Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara misalnya
amalan adat dan pantang larang.
 Amalan yang diwarisi secara turun temurun.
 Contoh kepercayaan yang terdapat di negara kita: Konfucius, Taoisme
 Contoh lain: sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di
kawasan dunia yang berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan
sejarah antara satu sama lain seperti praanimisme, animisme, fetisyme,
shamanisme, dan totemisme.

Agama dalam konteks masyarakat Malaysia

 Rukun negara
 Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip
penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang
menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan
mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting
dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
 “Manusia tidak boleh lari daripada kehidupan ingin bertuhan dan akan menjadikan
kehidupan mereka ke arah kebaikan dan kebenaran. Bila ada amalan ini, manusia
akan rasa dipimpin, ada batasan dan sedar apa yang Tuhan suka atau tidak suka
dalam amalan seharian manusia. Secara tidak langsung, ia membuatkan seseorang
manusia bertimbang rasa, menjauhi kejahatan dan melakukan sesuatu tindakan bijak
dan sewajarnya,” (Dr. Zulkifli Al Bakri, 2020)
 Biarpun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama
Persekutuan, agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan
tenteram di mana-mana bahagian dalam negara ini, supaya perpaduan terus mantap
dalam kalangan rakyat Malaysia.
 Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai
asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama
sebagai alat mencipta permusuhan.
 Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip
penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang
menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan
mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting
dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
 “Manusia tidak boleh lari daripada kehidupan ingin bertuhan dan akan menjadikan
kehidupan mereka ke arah kebaikan dan kebenaran. Bila ada amalan ini, manusia
akan rasa dipimpin, ada batasan dan sedar apa yang Tuhan suka atau tidak suka
dalam amalan seharian manusia. Secara tidak langsung, ia membuatkan seseorang
manusia bertimbang rasa, menjauhi kejahatan dan melakukan sesuatu tindakan bijak
dan sewajarnya,” (Dr. Zulkifli Al Bakri, 2020)
 Biarpun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama
Persekutuan, agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan
tenteram di mana-mana bahagian dalam negara ini, supaya perpaduan terus mantap
dalam kalangan rakyat Malaysia.
 Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai
asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama
sebagai alat mencipta permusuhan.

Agama dan etnisiti


AGAMA ISLAM
 Di malaysia, agama Islam sangat sinonim dengan kaum Melayu.
 Agama Islam merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad
s.a.w. pada 6 Ogos tahun 610 M. melalui malaikat Jibril di Gua Hira. 
 Dalam proses penyebaran Islam, telah berlaku beberapa pertentangan daripada
orang Quraisy Makkah. Baginda menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah
untuk melindungi Islam daripada terus ditekan pada 12 September, 622 M.
 Terdapat dua teras dalam agama Islam, iaitu akidah dan syariah. 
 Akidah ialah keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah. Syariah pula ialah
undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis) yang
menjadi petunjuk kepada umat Islam. 
 Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah
Tuhan.
 Orang Islam juga wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam.

AGAMA BUDDHA
o Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya
sebagai Buddha. Kewujudan agama ini dirujuk sebagai penentangan golongan
Ksyatria terhadap dominasi golongan Brahmin dalam soal agama dan kehidupan.
o Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha
Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum
masihi.
o Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal
dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke
tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga
aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and
Vajrayāna.
o Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam
semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha
yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan
kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih.
o Tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan
dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus
membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat",
atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai
kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).

AGAMA HINDU
 Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai
Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua
India dan kawasan sekeliling yang berhampiran.
 Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab
yang lain juga yang muncul
 Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-
upacara amal yang amat berbeza.
 Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang
kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-
penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan
banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk
Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.
 Mempercayai Hukum Karma yang tersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup
dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada
karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya, iaitu kebebasan
mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap itu akan bersatu dengan Tuhan dan tidak
akan dilahirkan lagi ke dalam dunia ini.

NILAI KESEJAGATAN
 Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada masyarakat tanpa
mengira latar belakang agama.

 Nilai-nilai inilah yang merupakan tali yang menghubungkan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum agar dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai.
 Walaupun setiap agama mempunyai perbezaan mendasar terutama konsep
ketuhanan dan kepercayaan, nilai sejagat boleh dijadikan landasan memupuk
keharmonian dan perpaduan yang dianggap nilai dikongsi bersama dan titik
persamaan dalam aspek moral.

 Beberapa nilai diamalkan pelbagai kaum dan agama boleh diguna pakai untuk tujuan
pemupukan perpaduan antara kaum. Contohnya sikap toleransi, kesederhanaan dan
kasih sayang oleh Confucius; chun tze (keperibadian agung) dan kemesraan
hubungan manusia-alam oleh Lao-Tze serta nilai salam (kedamaian) dan kemuliaan
manusia oleh Islam.

 Nilai bersama yang relevan dikongsi bersama dalam masyarakat pluralistik ialah
kemanusiaan, kebenaran, kesopanan, kearifan, saling mempercayai dan
perdamaian.

TOLERANSI BERAGAMA
 Tolerasi   beragama   yang   diamalkan   di   Malaysia   adalah   berlandaskan
kepada  Perkara   11   (1)   Perlembagaan   Persekutuan  yang   mengariskan
bahawa “tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan
tertakluk   kepada   Fasal   (4),   mengembangkanya.   

 Ini   membawa   kepada terjemahan iaitu umat Islam dan penganut-penganut agama
lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya dengan tertakluk
kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran
mana-mana ajaran agama lain kepada umat Islam

 Dalam  membincangkan   kedudukan   agama   dan   toleransi  di  Malaysia,


kefahaman   tentang  sejarah   awal   pembentukan  Perlembagaan   Persekutuan
haruslah dirujuk dimana  permuafakatan  dan persetujuan kaum  Melayu  dan bukan
Melayu   pada   ketika   itu   telah   mengariskan   ‘unsur-unsur   tradisi’ dalam 
Perlembagaan   Perseketuan.   Unsur-unsur  ini  telah  dirujuk  sebagai kontrak
sosial.

Anda mungkin juga menyukai