Anda di halaman 1dari 14

HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

1.0 PENGENALAN

1.1 Agama dan Kepercayaan

Pelbagai definisi agama dikemukakan oleh para intelektual, bahkan


Wilfred C. Smith (1962) menyatakan betapa sukarnya mentakrifkan agama
secara tepat. Agama dari segi bahasa yang bererti mengikat. Masunda, agama
adalah ketentuan hidup manusia berdasarkan satu ikatan antara alam rohani
dengan alam ghaib yang berkuasa terhadap dirinya dan dunia yang
diketahuinya dan juga terhadap “siapa” yang ia rela memperhambakan
diri (Smith 1963:351). Agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara
manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat
memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa
kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya,
mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya.Sarjana klasik dan ahli
antropologi yang tersohor, E.B.Tylor (1903) mentakrifkan agama sebagai
kepercayaan kepada makhlu halus. Sementara Durkheim (1915: 47) pula
berpendapat, agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan yang
bersepadu berhubung dengan benda-benda suci. Dari perspektif antropologi,
agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan
kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem
keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok
atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-
apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci.
Secara ringkasnya agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu
substantif dan fungsional. Sudut yang pertama melihat agam dari segi bentuk
dan amalannya. Manakala sudut fungsional ialah melihat gama dari sudut
fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. Agama tersohor di Malaysia
ialah Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Manakala Kepercayaan beragama
ialah Taoisme, Konfusius dan animisme. Kepercayaan berbudaya pula ialah
petua, pantang larang, nilai, norma, mores dan folkways. Secara ringkas adalah
sebagaimana berikut.

1|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

1.1.1 Islam
Islam dari sudut terminologinya: Selamat, sejahtera, aman dan
damai. Istilah: Kepercayaan kepada “Tiada Tuhan Melainkan Allah
SWT dan Nabi Muhammad s.a.w adalah PesuruhNya” serta
kepatuhan kepada syariat Allah samada suruhan @ larangan.
Penganutnya terikat kepada konsep Iman, Islam dan Ihsan serta
Rukun Iman dan Rukun Islam.

1.1.2 Buddha
Buddha terminologinya; ‘Yang bebas dari kejahilan’ (awaken one).
Pengasasnya Siddharta Gautama Buddha. Ajaran; Empat Kebenaran
Mulia mengenai alam: Penderitaan, Penyebab Kepada Penderitaan,
Penamatan Nafsu dan Jalan Menuju Kebenaran iaitu Jalan Lapan
Lapis. Perayaan umumnya ialah Hari Wesak.

1.1.3 Hindu
Agama ini turut dikenali sebagai Sanathana Dharma’ (agama abadi). Ia
dirujuk sebagai budaya Vedik (kitab Veda; Rig, Sama, Yajur dan
Atharva), diamalkan sejak 3500SM. Terdapat tiga dewa utama agama
Hindu iaitu: Brahma, Vishnu dan Siva. Konsep utama amalan
penganut Hindu ialah: Dharma, Samsara, Karma, Mokhsa. Antara
ajarannya berkenaan tugas dan tanggungjawab setiap insan, kelahiran
semula, perbuatan yang baik dan kebebasan dari putaran kelahiran dan
kematian. Perayaan umumnya ialah Thaipusam dan Ponggal.

1.1.4 Kristian
Agama ini dibawa oleh Jesus Christ. Kitab sucinya ialah: Bible (Old
Testament dan New Testament). Empat prinsip utama dalam ajaran
Kristian ialah; terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam,
berpegang kepada konsep trinity, ajaran Jesus hendaklah diikuti
dan setiap orang akan diadili oleh Tuhan berasaskan tingkah
lakunya di dunia. Perayaan umumnya ialah Hari Krismas

2|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

2.0 PERANAN INSTITUSI AGAMA DALAM MENGATASI KONFLIK AGAMA


DI MALAYSIA.
2.1 Masjid
Masjid adalah salah satu syi’ar utama agama Islam. Ia membawa mesej
kesejahteraan dunia selari dengan konsep Islam Rahmatan Lil Alamin. Selepas
zaman kemuncak fiqh dan ijtihad, iaitu kurun ke-4 Hijrah, pendirian taklid
dalam memilih mazhab fiqh menjadi arus perdana umat. Kegairahan dalam
menegakkan pandangan mazhab fiqh masing-masing mencetuskan perbalahan
dan perpecahan sesama muslim. Antara perkara yang sering diperdebatkan
ialah permasalahan khilafiyyah dalam ibadah harian. Kertas konsep ini
bertujuan untuk meneroka peranan institusi masjid sebagai ejen penyatuan
terhadap permasalahan khilafiyyah dalam ibadah harian.

2.2 Khilafiyah

Khilaf atau ikhtilaf adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang
bermaksud berbeza atau tidak sependapat dalam sesuatu perkara. Ikhtilaf juga
membawa erti tidak sama sementara khilaf pula membawa maksud
pertentangan atau berlawanan (Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad, 2007). Ikhtilaf
di sisi fuqaha bererti berbeza tentang pendapat agama, jalan-jalan dalam
agama dan kepercayaan terhadap sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan
atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan akhirat.

2.3 Fungsi Masjid

2.3.1 Memelihara hubungan muslim dengan bukan muslim.

Pada zaman Rasulullah SAW, masjid dijadikan tempat pertemuan


rasmi antara delegasi dari luar dengan Rasulullah SAW. Selain itu,
orang kafir yang memerangi Islam ditawan serta dipenjarakan di masjid
(Bahagaian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor, 2019). Di
dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim, terdapat hadis yang menceritakan
kisah Thumamah bin Uthal, seorang pengintip yang ditangkap oleh
Rasulullah SAW dan diikat di salah satu tiang masjid Nabawi. Setelah
tiga hari ditawan, Thumamah memeluk Islam kerana tertarik dengan

3|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

keramahan para sahabat dan cara hidup Islam (Muslim, no date; Al-
Bukhari, 2001). Bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk,
masjid perlu menjalankan aktviti terbuka dalam memupuk nilai positif
kepada masyarakat umum termasuk bukan Islam (Nor et al., 2008).
Dengan itu, masjid berpotensi besar menjadi pusat dakwah kepada
bukan Islam dalam memberikan pencerahan yang sebenar tentang cara
hidup Islam (Arief Salleh Rosman, 2019). Ketiga-tiga fokus yang
disebutkan sebelum ini perlu diberikan perhatian sewajarnya. Selain
pengetahuan bahawa masjid sebagai tempat rasmi ibadah dan fungsinya
yang luas, masyarakat juga memerlukan kefahaman yang jelas tentang
konsep ibadah dalam Islam. Antaranya adalah konsep Thawabit dan
Mutaghaiyyirat.

2.4 Fungsi Gudhwara

Gudhwara adalah tempat di mana Sikh berkumpul untuk ibadat kongres. Ia


berfungsi dengan tujuan yang sama seperti gereja untuk orang Kristian dan
masjid untuk umat Islam. Gurdwaras tidak terhad kepada Sikh, tetapi orang-
orang dari agama lain dan mereka yang tidak mengaku agama apa pun
dibenarkan masuk. 

2.5 Fungsi Tokong


Tokong ialah sebagai tempat melakukan upacara keagamaan. Tokong
berperanan sebagai tempat untuk mejalani upacara penyembahan. Masyarakat
Cina melakukan pemujaan terhadap tuhan mereka dan penyembahan terhadap
nenek moyangmereka di sini.Selain itu, tokong berperanan sebagai tempat
upacara istiadat seperti upacara kematian dan perkahwinan. Upacara kematian
diadakan di tokong sebagai tandapenghormatan terakhir kepada si mati.
Upacara perkahwinan pula diadakan sebagai tandameraikan pasangan yang
baru berkahwin.Selain itu, tokong merupakan tempat penyatuan masyarakat
Cina. Dalam erti lain,tempat interaksi masyarakat. Mereka akan mengadakan
perbincangan dan perjumpaan bersama-sama di dalam tokong. Hal ini penting
dalam menyemai semangat perpaduan dan mengeratkan persaudaraan antara
mereka. Selain itu, tokong juga berperanan sebagai tempat memohon

4|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

perlindungan daripada Tuhan. Kebanyakan masyarakat Cina akan meminta


pertolongan dan perlindungan daripada Tuhan mereka di tokong semasa
mengalami masalah atau kekangan dalan kehidupan seharian. Tambahan pula,
Tokong berfungsi sebagai satu pusat kebajikan seperti sekolah, rumah anak
yatim, rumah orang tua dan klinik terhadap golongan yang
memerlukannya.Pelbagai aktivti sosial and kebajikan dijalankan di tokong.
Sebagai contohnya, terdapat tokong Cina di Pulau Pinang yang menyediakan
perkhidmatan klinik serta perubatan percuma kepada masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia. Tambahan pula, tokong Buddha yang menjadi
pusat pendidikan pula ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Buddhist Maha
Vihara. Tokong ini sering menyediakan kelas-kelas agama untuk kanak-kanak
serta sebagai pusat Latihan pelbagai lapisan masyarakat menimba ilmu atau
pengetahuan yang lebih kepada orang awam.

5|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

3.0 PENGENALAN TEMU RAMAH BERSAMA RAKAN BERLAINAN AGAMA


Satu temu ramah bersama sahabat yang berlainan agama iaitu Chan Gie Hui
(bukan nama sebenar)telah diadakan pada 02 Mac 2022 melalui video call whatapps
yang berdurasi selama hampir 20 minit bagi membincangkan dan bertanya pendapat
berkenaan tentang isu-isu yang sensitif dalam agamanya serta sebab-sebab isu tersebut
dianggap sensitif bagi beliau yang berbangsa Cina.

Pada perbualan dan temu ramah tersebut pada mula beliau enggan memberi
sebarang komen atau ulasan berkenaan isu tersebut kerana dikhuatiri akan
menyinggung pihak tertentu. Namun, setelah diterangkan bahawa identiti beliau akan
dirahsiakan akhirnya beliau bersetuju.

Chan Gie Hui adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dimana beliau
berumur 32 tahun dan telah menceburi bidang perniagann permotoran hampir 12
tahun dimana perniagaan ni diwarisi daripada ayahnya yang telah meninggal dunia
hampir 4 tahun yang lalu. Beliau menetap di Kampung Air Kuning Selatan, Negeri
Sembilan dan beliau hidup dengan dekililingi jiran- jiran yang pelbagai kaum Melayu.
Beliau sering dipuji oleh pelanggan yang ingin membaiki motor kerana sikapnya yang
ramah dan sering membantu sekiranya pelanggan dalam kesusahan.

Sikapnya yang tidak sombong dan tidak memilih kaum dalam urusan
perniagaan menyebabkan bengkelnya sering dikunjungi pelanggan. Rumusan dan
ringkasan dari temu ramah ini dapat menerangkan dan menunjukkan sikap dan
pandangan Chan Gie Hui yang sebenar seperti yang diperkatakan oleh pelanggan dan
jiran – jirananya.

4.0 RINGKASAN TEMU BUAL


Menurut dari temu ramah tersebut Chan Gie Hui menerangkan bahawa
Malaysia adalah negara yang harmoni dengan pelbagai gabungan masyarakat dimana
ia terdiri daripada Melayu, Cina dan India serta pelbagai kaum lain.

Antara isu-isu sensitiviti agama yang muncul dalam kalangan masyarakat


sebagaimana yang dipaparkan sebahagian besarnya di media sosial ialah isu
berkenaan teologi, sosial, etika dan sebagainya. Isu-isu ini mempunyai tahap

6|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

sensitiviti yang berbeza mengikut persepsi penganut agama. Masyarakat Malaysia


ialah sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa,
bahasa dan budaya dengan keunikannya sendiri. Kemajmukan ini sekaligus
menjadikan Malaysia sebuah negara yang multi-agama dengan keunikan tersendiri.
Namun begitu, masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak tahu isu-isu sensitif
dalam agama yang berbilang kaum di Malaysia ini.

Isu ini menyebabkan sesetengah pihak tersinggung dan menjejaskan


keharmonian negara. Berikut antara isu-isu sensitif dalam agama-agama di Malaysia:

4.1 Isu Sensitif Dalam Agama Islam

Isu di Rohingya adalah satu isu yang besar, terutama bagi umat Islam. Pada
awalnya, ia adalah isu perbalahan etnik dan sifat rasis masyarakat
Myanmar daripada suku Rakhine yang membunuh penduduk Rohingya.
Tetapi, akhir-akhir ini, ia lebih bersifat perbalahan agama apabila ketua bikhu
Buddha Myanmar yang bernama Wirathu sudah mengisytiharkan perang dan
membolehkan bagi membunuh umat Islam di Rohingya.

4.2 Isu sensitif dalam agama Buddha

Perlu ditekankan bahawa Buddha bukan Tuhan. Ini adalah antara fahaman
masyarakat awam terhadap agama Buddha. Patung Buddha itu tidak
melambangkan Buddha adalah Tuhan. Mereka menyembah dan
bersembahyang di hadapannya adalah untuk berdoa bagi mengambil
berkat atas kehidupan Buddha yang mencapai tahap nirvana (Kemuncak
jalan Buddha). Ramai ilmuwan dan para alim ulama mengungkap tuhan

7|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

bermata sepet, perut buncit, bersila tidak bangun-bangun, dan sebagainya. Ini
adalah salah faham terhadap agama Buddha.

Mereka itu hanya patung Buddha dan orang alim dalam agama mereka yang
sudah meninggal dunia. Mereka membinanya bagi memperingatinya
kembali.Di setiap Wat dan Kuil akan disediakan sebuah patung yang istimewa.
Ia khas dituju kepada Gautama Buddha.

4.3 Isu Sensitif Dalam Agama Hindu

Zaman persekolahan adalah zaman paling kreatif mengolah nama panggilan


kepada sahabat. Sekiranya sahabat memiliki bibir yang tebal, Maka dipanggil
sahaja dengan nama bibir sehingga nama sebenarnya tenggelam disebabkan
nama gelarannya. Gelaran dan panggilan ini kebanyakan adalah sensitif dan
menyakitkan hati.

Rutinnya anak-anak Melayu suka memanggil anak India dengan


panggilan Keling dan Paria. Perlu diingatkan bahawa panggilan ini sensitif
kepada kaum India.

8|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

Perkataan Keling berasal daripada bahasa Sanskrit dan


ldquo;Kalingga” yang merujuk kepada sebuah daerah di India
Tenggara.

Perubahan istilah ini mungkin juga disebabkan orang India sendiri memandang
rendah mereka yang berasal dari India Selatan dan tidak mahu dikaitkan
dengan panggilan Keling. Daripada segi sejarah, kebanyakan pendatang dari
India yang awal bekerja di ladang dan dikenali sebagai Keling. Oleh itu,
apabila mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi,

Mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang mempunyai stigma kelas
bawahan. Orang yang beragama menggunakan agama untuk kepentingan
kelompok yang menyebabkan wajah agama itu rosak di mata masyarakat.
Agama itu rosak bukan disebabkan orang awam, tetapi orang yang beragama
itu sendiri yang merosakkannya.

9|Page
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

5.0 CADANGAN DAN PANDANGAN

Chan Gie Fei berpendapat bahawa pemeliharaan keharmonian antara agama di


Malaysia memerlukan satu usaha yang jitu daripada semua penganut agama
memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat multi-agama. Kepelbagaian
agama yang wujud di Malaysia boleh membentuk dua keadaan sama ada konflik atau
kedamaian. Sekiranya titik persamaan antara penganut agama tidak dapat dicapai,
masyarakat akan berdepan dengan pelbagai konflik agama.
Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat Malaysia perlu menunjukkan,
sikap tidak menjaga sensitiviti agama yang berlaku di Malaysia sehingga timbul
pelbagai isu-isu sensitif agama adalah atas faktor media sosial. Kekerapan berita-
berita ketegangan antara agama dipaparkan di platform utama masyarakat zaman ini
iaitu media sosial, telah menjadi penghalang utama dalam mengamalkan sikap
menjaga sensitiviti agama kerana berita-berita tersebut telah mendorong kepada
wujudnya prejudis antara agama. Masalah ini boleh di atasi dengan memurnikan
paparan media sosial dengan berita-berita perpaduan, kesepakatan, dan persefahaman
antara agama melebihi berita-berita realiti ketegangan antara agama.

10 | P a g e
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

3.0 PENUTUP DAN KESIMPULAN


Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan harmoni. Sebagai rakyat Malaysia
dengan pelbagai identiti agama, etnik dan budaya kita mesti berusaha untuk
menangani perbezaan kita dengan rendah hati, kewajaran dan keadilan. Masyarakat
perlu menyokong kerajaan dalam tindakan menguatkuasakan Kedaulatan Undang-
Undang dan menggalakkan secara aktif perpaduan negara dengan mengambil
tindakan segera terhadap kenyataan pembakar dan tindakan yang provokatif dan
boleh membawa kepada konflik dan ketegangan dengan kesan-kesan yang serius
yang menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara.

11 | P a g e
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

RUJUKAN

i. Arief Salleh Rosman


(2019) Tanggungjawab
Masyarakat Dalam
Mengimarahkan Masjid.
ii. Johor Bahru
i. Arief Salleh Rosman (2019) Tanggungjawab Masyarakat Dalam
Mengimarahkan Masjid. Johor Bahru
ii. Durkheim, E. 1915. The elementary forms of the religion life. terj. Joseph Ward
Swain, London: Allen & Unwin
iii. Muslim, I. (no date) Sahih Muslim. Beirut: Dar At-Turath Al-Arabi
iv. Nor, S. S. M., Mustaffa, S., Zulkiflee, A. H. and Anwar, M. R. S. (2008) ‘Masjid
Sebagai Pusat Kecemerlangan Minda Islam’, in Fungsi Dan Peranan Masjid
Dalam Masyarakat Hadhari. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
v. Wilfred C. Smith (1962). The Meaning and End of Religion: A New Approach to
the Religious Traditions of Mankind
vi. Smith, Wilfred, C. 1963. Memburu makna agama. Terjemahan Landung
Simatupang. Bandung: Mizan.
vii. Taylor, E.B. 1903. Primitive culture, research into the development of mythology,
philosophy, religion, language, arts and customs.London: John Murray

12 | P a g e
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

LAMPIRAN

13 | P a g e
HUBUNGAN ETNIK (MPU3112)

14 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai