Anda di halaman 1dari 15

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT)

WITH HONOURS

JANUARI / 2022

MPU3112

HUBUNGAN ETNIK
Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pendahuluan ........................................................................................…...........2


1.1 Objektif..........................................................................................…...........2

2.0 Perhubungan Nabi Muhammad SAW dengan Non-Muslim ……………..3


2.1 Interaksi Sosial…………………………………………………………….3
2.2 Kebijaksanaa………………………………………………………………4
2.3 Nilai Keadilan……………………………………………………………..5
3.0 Toleransi dan Harmoni Antara Muslim dan Non-Muslim.….......…..........6
3.1 Agama…………………………………………………………………7
3.2 Sambutan Perayaan……………………………………………………8
3.3 Semangat Kejiranan……………………………………………………9
4.0 Keteguhan Hubungan Antara Muslim dan Non-Muslim …………………9
4.1 Memperkasa Kunjungan Ziarah………………………………………10
4.2 Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi……………………………11
4.3 Menyantuni Kebajikan………………………………………………..12
5.0 Jihad Peperangan Masa Kini……………………………………………….13
5.1 Definisi Jihad………………………………………………………….13
5.2 Hukum Jihad…………………………………………………………..13
5.3 Perspektif Fuqaha Berkaitan Jihad……………………………………14
6.0 Penutup….……………………………………………………………….……15

7.0 Bahagian ii: Bukti Penyertaan Kelas Dalam Talian…………………………..17

1
1.0 Pendahuluan
Tugasan ini bertujuan dibahagikan kepada tiga bahagian tugasan iaitu tugasan
pertama pelajar perlu menilai dan memberikan penjelasan terhadap perbezaan agama
dan kepercayaan, peranan institusi masjid dan perbincangan isu-isu sensitive dalam
agama dalam kehidupan Masyarakat majmuk di Malaysia. Bahan rujukan utama yang
digunakan adalah berdasarkan Modul MPU3112 Hubungan Etnik dan bahan-bahan
rujukan lain seperti laporan penyelidikan dan sumber-sumber dari internet. Tugasan
kedua pula berkaitan laporan refleksi yang perlu dihasilkan oleh pelajar berdasar soalan
yang diberikan. Dan tugasan ketiga, pelajar perlu membuat hantaran komen yang
relevan dan menghantar lima (5) bukti penyertaan Kelas Dalam Talian.

1.1 Objektif
Melalui tugasan ini, beberapa objektif digariskan bagi memastikan tugasan ini
tidak tersasar dari tujuan asalnya. Berikut adalah objektif khusus yang telah
dirangka bagi tujuan tugasan ini:

1.1.1 Memberikan pencerahan terhadap perbezaan antara agama dan


kepercayaan.
1.1.2 Memberikan pemerhatian dan analisis berkaitan peranan institusi masjid
untuk mengatasi konflik agama di Malaysia.
1.1.3 Mengemukakan hasil perbincangan temu bual berkaitan isu-isu sensitive
dalam agama.

2
2.0 Perbezaan Agama dan Kepercayaan.
2.1 Agama.
Agama adalah peraturan yang menghindarkan manusia dari kekacauan
serta mengantar mereka hidup dalam keteraturan dan ketertiban. Agama juga
diertikan dengan hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan yang luar
biasa yang dianggap dapat memberi perlindungan. Dalam pada itu, menurut
Mohd Syariefudin, (2017) agama dan kepercayaan adalah perkara yang sama,
tetapi berbeza. Sungguhpun begitu, dua (2) perkara yang sangat penting dalam
membentuk kepercayaan beragama iaitu:
2.1.1 Agama Samawi.
Agama ini diturunkan melalui wahyu Tuhan kepada
penyandangnya yang dikenali sebagai Nabi dan Rasul untuk disampaikan
kepada umat lingkungan masing-masing. Perkara yang paling penting
dalam kepercayaan agama samawi ialah teguhnya keyakinan bahawa
Tuhan yang Maha Kuasa itu hanya ada satu, iaitu tiada Tuhan yang
disembah selain Allah SWT. Agama ini berkait rapat dengan Islam,
Kristian dan Yahudi di mana semuanya melibatkan Wahyu Illahi.
2.1.2 Agama Berbentuk Thabi’i.
Agama ini didefinisikan kepada kepercayaan yang wujud melalui
imaginasi manusia secara waras. Ianya terbentuk disebabkan dorongan
daripada sifat lumrah manusia yang inginkan agama atau ingin mencari
sesuatu dan memuja yang mereka sangka berkuasa ke atas dirinya.
Agama ini didasari oleh kepercayaan yang diberi nama agama alam
kerana permujaan lebih kepada benda yang berkaitan dengan alam seperti
memuja dewa-dewi dan berhala.
Dalam erti kata lain, agama langit sangat beza dengan agama
bumi kerana agama bumi adalah agama yang dicipta atau dibentuk dan
ianya menjurus kepada cabang kebudayaan. Sedangkan agama langit itu
datang dari Wahyu yang berasal dari Allah SWT dan ternyata ianya di
luar kebudayaan. Berdasarkan indicator penganutnya, agama berikut
dipecahkan kepada tiga (3) kategori iaitu (Mohd Syariefudin, 2017):

3
i. Agama Tempatan yang dianut oleh masyarakat tertentu misalnya
agama suku bangsa yang masih primitif di Afrika, Amerika,
Australia dan Irian Barat.
ii. Agama Nasional dipegang oleh satu-satu bangsa tertentu
contohnya agama Zoroaster, Shinto, Mesir Kuno, Yahudi dan
sebagainya.
iii. Agama Dunia dipercayai oleh pelbagai bangsa di dunia iaitu
agama Kristian, Islam dan Buddha.

2.2 Kepercayaan.
Kepercayaan diertikan sebagai pengakuan kebenaran terhadap sesuatu
perkara contohnya kepercayaan amalan adat dan pantang larang. Dalam tugasan
ini, terdapat beberapa kepercayaan yang dibincangkan bagi memberi gambaran
kepada kebezaan tersebut seperti:

2.2.1 Kepercayaan Animisme.

Animisme ialah istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan


pemujaan roh dan semangat alam semula jadi. Kepercayaan animisme
menganggap bahawa segala sesuatu di dalam alam ini termasuk benda
alam yang mati mempunyai jiwa dan dapat berfikir dan berkeperibadian
seperti manusia. Semangat dan kuasa luar biasa ini disifatkan sebagai
tuhan. Penganutnya menyembah dan memuja batu, pokok, sungai,
gunung, pokok, patung dan juga benda hasil buatan mereka sendiri
seperti keris dan tombak. Ringkasnya, animisme percaya bahawa:
i. semua objek di dalam dunia ini memiliki jiwa dan hidup;
ii. adanya makhluk halus seperti hantu dan jin di gunung, sungai dan
tempat keramat; dan
iii. bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa.

2.2.2 Kepercayaan Konfucius

Konfucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada


Dinasti Chou. Konfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang
berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.

4
Ajaran Konfucius menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang
lain dan harga diri. Apabila Konfucius disoal pengikutnya tentang makna
perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan
di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa,
kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."
Ajaran Konfucius dikumpulkan oleh pengikutnya dalam bentuk
buku berjudul lun-Yu atau Analekta. Ia berkenaan dengan li atau Rukun
Bangsa. Antaranya ajaran Konfucius ialah bagaimana keamanan dan
kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Ringkasnya, ajaran
Konfusius mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan
seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali
hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang
dituntut daripada penganut ajaran Confucius.

2.2.3 Kepercayaan Tao

Taoisme berasaskan ajaran lao Tze yang menyarankan supaya


manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara
mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang
merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut ajaran Tao ialah manusia
seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. lao Tze
mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya
bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Buku-buku ajaran Tao
merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan
kesusasteraan yang terkenal.

3.0 Peranan Institusi Masjid


Tugasan ini mengehendaki saya untuk menghuraikan cara yang terbaik
bagi mengembalikan peranan masjid untuk mengatasi konflik agama di
Malaysia. Menelusuri sirah, kita dapat melihat bahawa Nabi Muhammad SAW
bukan sahaja menjadikan Masjid Nabawi sebagai pusat ibadah, malah juga
sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Negara Islam Madinah. Masjid
Nabawi menjadi nadi pergerakan Islam, penggerak aktiviti masyarakat, malah
tempat rakyat menuntut hak dan keadilan.
5
Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah SAW telah berjaya
menggambarkan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai cara hidup melalui
fungsi-fungsi komprehensif yang dijana oleh institusi Masjid. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa masjid mempunyai peranan yang lebih luas atau boleh
dibiaskan sebagai suatu tempat untuk menyebarkan dakwah dari segenap aspek
dan sudut kerohanian kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
Namun, pada zaman moden dan teknologi ini, fungsi masjid bukan
sekadar tempat beribadat, malahan pelbagai konsep pengimarahan yang
diperkenalkan untuk memperkasakan peranan masjid sebagai peneraju konflik
agama di Malaysia. Masa kini, segala aktiviti seharusnya bermula dari masjid
dan dilabelkan sebagai one stop centre, yang mana masjid senang dikunjungi dan
mesra pengunjung.

3.1 Masjid sebagai Pusat Rujukan Ilmu dan Dakwah.


Antara fungsi terpenting yang selalu diutarakan oleh pendapat
sarjana adalah fungsi masjid sebagai pusat keilmuan dan Pendidikan.
Peranan masjid sebagai pusat keilmuan ini sememangnya penting sejak
dari zaman Rasulullah lagi, namun sistem pendidikan pada masa kini
peranan masjid perlu lebih konfehensip untuk memberikan idea kepada
penyelesaian konflik agama. Pengajian yang ada sekarang perlu
diperluaskan lagi kepada dakwah bagi memberikan penjelasan kepada
kekeliruan dalam pengamalan kepercayaan di Malaysia.
Contohnya menjadikan masjid tempat rujukan agama Islam dan
agama-agama lain yang diamalkan di negara kita dengan mengadakan
dialog atau forum. Ini juga secara tidak langsung sebagai metodologi
dakwah secara terancang. Selain itu, mewujudkan sebuah perpustakaan
yang lengkap dengan buku-buku rujukan fardhu ain dan kifayah serta
bahan-bahan dari penganut agama lain boleh diwujudkan di masjid. Ini
bererti rujukan di masjid bukan hanya terhad kepada naskah al-Quran
tetapi turut dimuatkan dengan pelbagai buku agama dan buku mengenai
ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Seterusnya usaha mengintergrasikan ilmu juga perlu diperkasakan
lagi bagi menjadikan peranan masjid bukan sahaja untuk dinikmati oleh

6
umat Islam tetapi boleh digunasama oleh penganut lain secara sistematik
dan terkawal. Oleh itu pendidikan masjid yang bersifat realistik dilihat
penting dalam membangunkan masyarakat Islam di Malaysia.

3.2 Masjid sebagai Pusat Kaunseling Setempat.


Sebagai seorang manusia tidak dapat lari dari menghadapi
kesukaran dalam menyelesai atau mengendalikan pelbagai isu dalam
kehidupan seharian kita. Namun, kadang-kala hingga suatu tahap kita
buntu dan putus asa dengan ikhtiar kita. Di sini masjid boleh berperanan
sebagai pusat kaunseling setempat bagi memberikah khidmat kepada
mereka yang memerlukan kepada setiap lapisan masyarakat yang
berbilang kaum di negara kita. Seperti masalah yang selalu terjadi
misalnya masalah rumahtangga, masalah kerja, masalah kewangan dan
sebagainya. Peluasan peranan masjid dapat menjadi batu loncatan kepada
penyelesaian pada setiap konflik yang berlaku dalam kehidupan
masyarakat.
Ini bermakna, pihak masjid boleh menggunakan khidmat pakar
dalam bidang tersebut untuk duduk berkhidmat di masjid dengan
menyediakan ruang atau bilik yang sesuai bagi tujuan tersebut. Sebagai
contoh, pihak pengurusan Masjid As-Salam Puchong Perdana
mengadakan sesi kaunseling secara temujanji yang dilaksanakan oleh
pengurus masjid itu sendiri. Hal ini mendapat perhatian banyak pihak
seperti NGO yang mahu turun serta. Contoh lain seperti berlakunya
penderaan kanak-kanak atau golongan-golongan yang ingin memeluk
agama Islam.
3.3 Masjid sebagai Pusat Cakna Kebajikan.
Masjid sebagai pusat kegiatan sosial tidak hanya menekankan
hubungan manusia dengan Allah (habluminallah) namun juga berusaha
mewadahi dan membina hubungan sesama manusia (habluminannas). Isu
kebajikan bukan isu yang remeh tetapi hal ini sering mendapat perhatian
daripada setiap lapisan masyarakat sama ada Islam mahupun bukan
Islam. Dengan keadaan taraf kehidupan yang semakin tinggi dan tidak

7
semua golongan mampu untuk mendapatkan pendapatan bagi
menampung keperluan keluarga masing-masing.
Dengan adanya peranan ini, masjid boleh menyediakan
perkhidmatan food bank bagi membantu golongan yang memerlukan
tanpa mengira fahaman agama. Hal ini adalah melibatkan kemanusiaan,
peranan masjid pantas untuk menjadi institusi yang bertanggungjawab
walaupun bukan secara rasmi namun ianya lebih kepada entity yang
dekat dengan masyarakat. Bantuan kebajikan bukan semata-mata
berbentuk makanan, tetapi lebih luas lagi seperti bantuan kewangan,
pakaian dan perlindungan.
Bantuan perlindungan bencana alam juga boleh dijadikan target
peranan masjid itu sendiri seperti mana yang berlaku musibah banjir di
Selangor baru-baru ini. Contohnya Masjid Al-Madaniah, USJ 18,
menyediakan tempat pindahan banjir kepada semua mangsa yang terlibat
termasuklah golongan bukan Islam. Secara tidak langsung, sebenarnya
perkara adalah satu sebaran dakwah kepada mereka di mana peranan
masjid sebagai model akhlak dan tolong menolong antara satu dengan
yang lain.
3.4 Masjid sebagai Pusat Ekonomi.
Ekonomi merupakan salah satu fungsi yang boleh dimainkan oleh
masjid untuk tujuan pengimarahan dengan melaksanakan aktiviti
pengembangan ekonomi masjid. Oleh itu institusi masjid boleh menjana
ekonominya bagi memastikan kelangsungan aktiviti masjid dapat
diteruskan dan seterusnya memacu pembangunan ekonomi ummah
melalui penglibatan dalam kegiatankegiatan ekonomi yang produktif
(Ahmad Fauzi & Yusuf Marlon, 2016).
Sehubungan itu, masjid boleh menyediakan ruang kedai atau
bazar diluar masjid untuk menjual aneka keperluan masyarakat Islam
tetapi manfaat besar dari sudut dakwah juga kepada masyarakat bukan
Islam. Walau bagaimanapun etika Islam dalam berurusniaga dan berada
dalam kawasan masjid haruslah dijaga agar kesucian masjid tidak
terjejas. Suntikan kesedaran ini dilihat sesuai dimulakan di masjid dengan

8
fungsi dan peranan masjid itu sendiri sebagai pusat ibadah dan
pembangunan masyarakat.
Dengan adanya inovasi seperti ini dari pihak pengurusan masjid,
ianya bukan sahaja dapat memberi kemudahan kepada orang ramai,
bahkan menjadikan masjid semakin dekat dengan jiwa masyarakat tetapi
perlulah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan bagi menjaga
kesucian dan kehormatan masjid sebagai tempat ibadah agama Islam.

4.0 Sensitiviti Agama.


Hasil temu bual secara santai, saya dapat merasakan jiran berbangsa cina-
india ini lebih menyentuh berkaitan ketidaksamaan keistimewaan yang diberikan oleh
kerajaan berbanding bumiputera. Saya terpaksa bersemuka untuk mendapatkan lanjutan
yang seterusnya.
4.1 Isu rumah ibadat.
Ini antara isu yang dikemukakan oleh beliau. Penggunaan speaker
luar selain daripada azan dan mengaji al-Quran adalah sangat
mengganggu mereka. Ini kerana volum dipasang sangat kuat Ketika
ceramah atau syarahan di masjid. Ternyata memberikan kesan sakit hati
yang mendalam. Mereka tahu azan perlu kuat, tetapi selain itu, perlukan
pengawasan. Saya menyatakan itu berkemungkinan kecuaian pihak
penganjur dan memohon beliau bersabar.

4.2 Isu Kemahiran Berkomunikasi.


Perkara ini berlaku dalam group wasap ujar beliau. Terdapat sebilangan
mereka yang menegur dengan cara yang tidak hikmah. Tidak berlapik
apabila ingin menegur sesuatu perkara, contohnya ketika mereka bermain
mercun ketika tahun baru cina di hadapan rumah beliau. Beliau tahu
orang Islam perlu cakap baik-baik dan bukan cakap ikut suka sahaja.
4.3 Isu Kepercayaan.

5.0 Penutup
Dalam pengakhiran tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa contoh
tauladan yang terbaik adalah datang daripada Nabi Muhammad SAW kerana
9
akhlak Baginda adalah akhlak al-Quran. Kegemilangan dan kemakmuran dalam
negara ini dapat digilap dengan mencontohi Nabi SAW dari segenap aspek di
tengah-tengah keharmonian masyarakat majmuk. Menerapan konsep toleransi
dan keharmonian perlu digilap dan diterapkan pada generasi-generasi muda bagi
memacu persefahaman di dalam muslim dan non-muslim.

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI

Marzali, A. (2017). Agama dan kebudayaan. Umbara, 1(1).


Wahab, N. A. A., Hamid, N. A., & Man, N. C. (2017). Pemerkasaan peranan masjid di
Malaysia era kontemporari. e-Academia Journal, 5(2)

Asir, A. (2014). Agama dan fungsinya dalam kehidupan umat manusia. Al-Ulum Jurnal
Pemikiran dan Penelitian ke Islaman, 1(1), 50-58.
Mariam dan Zulkefli. (2019). ABST1103 Sirah Nabawiyyah dan Akhlak (Edisi Kelima 2019).
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Muda, K., & Tohar, S. N. A. M. (2020). Definisi, Konsep dan Teori Toleransi Beragama:
Definition, Concept and Theory of Religious Tolerance. Sains Insani, 5(1), 194-199.
Muttaqin, M. (2012). Konsep Jihad dalam Perspektif Islam. Kalimah: Jurnal Studi Agama Dan
Pemikiran Islam, 11(1), 134-139.
Rahayu, S. U., & Ginting, E. B. (2019). Kerjasama Rasulullah dengan Non-Muslim
Membangun Kesejahteraan Umat. Jurnal Ushuluddin, 18(1).

10
Saidin, M., Kamal Azhar, S. M., & Razali, N. M. (2020). Peranan Institusi Kejiranan Ketika
Pandemik Covid-19 Menurut Perspektif Sunnah. (Malay). Ma’alim Quran Sunnah,
16(2), 48–68.

Sinar Harian ONline. (2020), Berkomunikasilah Cara Rasulullah. Dicapai dari


https://www.sinarharian.com.my/article/38578/LIFESTYLE/Sinar-
Islam/Berkomunikasilah-cara-Rasulullah-SAW
Y Yusefri. (2017). Syariat Islam Tentang Relasi dan Toleransi Antar Umat Beragama Dalam
Alquran. Al-Istinbath: Jurnal Hukum Islam, 2(1), 47–74. https://doi-
org.newdc.oum.edu.my/10.29240/jhi.v2i1.201
Zaeni, A. (2019). Interaksi antara Muslim dengan Non Muslim dalam Perspektif Islam.
Auladuna: Jurnal Prodi Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah, 1(1), 18-29.

11
Tugasan 2: Laporan Reflektif.
Pertama dan selamanya saya memanjatkan kesyukuran kepada Maha
Pencipta kerana telah memberi kesempatan dan masa untuk saya menyiapkan
tugasan MPU3112 Hubungan Etnik ini. Secara umumnya banyak yang telah saya
pelajari berkaitan kursus dan tugasan ini terutamanya perkara yang menjurus
kepada hubungan masyarakat. Saya juga telah membaca modul dan mengikuti
perkembangan forum di myinspire serta tutorial bagi mendapatkan kefahaman
yang jitu berhubung dengan pergerakan setiap etnik di Malaysia.
Dengan memahami apakah kepentingan beragama dan kepercayaan, saya
dapat mengetahui asal usul dan metodoligi yang dibawa oleh setiap agama dan
kepercayaan yang dianuti di Malaysia khususnya dan perkembangan agama di
seluruh dunia secara amnya. Dengan kefahaman ini, saya dapat rasakan setiap
manusia itu perlu diberi peluang untuk mengamalkan atau mempercayai apa
yang mereka rasakan boleh mendatangkan manfaat kepada mereka. Contohnya
agama-agama yang diamalkan di negara kita, agama Islam, Buddha, Hindu,
Kristian dan sebagainya merupakan adaptasi perpaduan yang terkandung di
dalam Perlembagaan Malaysia. Pengamalan sesuatu agama adalah pilihan, bukan
paksaan kerana ianya hadir dari kepercayaan individu itu sendiri.
Dalam pada itu juga, salah dapat pelajari tentang perkara-perkara yang
sensitive dalam agama lain dan dengan adanya toleransi dan keharmonian. Apa
yang kita rasakan baik pada kita, tidak semestinya baik pada agama lain dan
sebaliknya namun semuanya berpaksikan kepada kebaikan. Dalam kehidupan
masyarakat majmuk di Malaysia ini, perpaduan antara kaum adalah kunci yang
paling ampuh untuk diterapkan kepada semua generasi kerana ianya adalah
pemangkin kepada kedamaian dan keharmonian. Segala perselisihan perlu
diselesaikan dengan cara hikmah dan terpimpin agar ianya tidak menjadi duri
dalam daging sesebuah masyarakat. Apa yang penting, kita perlu terus belajar
untuk menghormati dan bertolak ansur untuk mendepani setiap ketidaksamaan
dalam agama mahupun kepercayaan. Isu agama perlu ditangani dengan penuh
hikmah agar ia bukan menjadi isu yang meruntuhkan keamanan dan kedamaian
yang dinikmati. Selagi dasar Rukun Negara masih dipegang oleh setiap
masyarakat di Malaysia, maka jati diri setiap individu akan terjaga dan terjamin.

12
Saya boleh mengaplikasikan perkara-perkara yang dipelajari dalam
kehidupan saya dengan mengamalkan prinsip-prinsip Islam iaitu Rukun Islam
dan Rukun Iman. Hal ini bagi saya sudah cukup untuk saya menjadi seorang
yang muslim yang Berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Saya juga faham
kehidupan pelbagai etnik dan agama ini perlukan satu prinsip asas dalam
menjaga perpaduan hidup bermasyarakat iaitulah Rukun Negara. Saya akan
mengamalkan apa yang saya anuti dan saya menghormati apa yang dianuti oleh
orang lain yang berlainan agama. Kerana mereka juga sama seperti saya
mempunyai pegangan, adat, prinsip dan pantang larang yang harus dijaga.
Contohnya keharmonian duduk di Kawasan perumahan yang saya diami
sekarang juga merupakan satu praktik kepada apa yang saya pelajari melalui
kursus ini. Sikap hormati menghormati, berlapang dada, tolong menolong,
tanggungjawab sosial adalah sikap yang perlu saya amal dan peduli bagi
memastikan semua orang dapat manafaatnya. Bagi saya, Rasulullah SAW adalah
contoh yang terbaik dalam segala hal yang wajib saya ikuti kerana Baginda
sangat cakna kepada semua makhluk termasuk non-muslim berdasarkan
petunjuk dari Allah SWT.
Saya juga perlu mengambil bahagian dalam masyarakat untuk saya
implimentasikan ilmu kehidupan dan memastikan peranan institusi agama di
Malaysia berjalan lancar. Sikap mementingkan diri sendiri hanya akan
merugikan negara kerana ianya memberikan gambaran yang tidak baik kepada
generasi akan datang. Saya perlu berperanan untuk memperkukuhkan nilai-nilai
murni dalam setiap masyarakat yang beragama agar saya dapat membantu ke
arah kemajuan intelektual.
Kepelbagaian masyarakat di Malaysia arus difahami bukan sahaja boleh
dipecah dalam kelompok etnik berbeza-beza, tetapi juga membabitkan
pembahagian kelompok agama yang pelbagai. Oleh itu, saling memahami antara
agama dapat mengurangkan salah faham, contohnya memahami nilai murni
antara agama, perayaan serta kepercayaan agama lain. Selain itu, saling
menghormati kepelbagaian agama juga salah satu cara mengatasi konflik agama.
Apa yang lebih penting semua pihak perlu mencari penyelesaian berbeza
terhadap agama, iaitu pendekatan yang tidak dikuasai elemen kontroversi. Kita
perlu mencari pendekatan yang mempromosi pemahaman, toleransi, bahkan

13
kesatuan antara orang beragama. Justeru, sangat penting untuk mengakui bahawa
budaya agama sebahagian besarnya dipengaruhi beberapa elemen ini. Dalam
masa yang sama semua pihak menjadikan elemen itu sebagai ekstrem, namun
setiap pihak yang bertoleransi dalam hal ini akan memberi sumbangan untuk
mempertahankan budaya umum.
Contoh yang saya cadangkan ialah seperti dialog antara agama. Kerana
ianya dapat meneruskan kesinambungan hubungan etnik, perpaduan,
keharmonian, tolak ansur, saling hormat dan juga menghindarkan konflik dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap orang haruslah memuliakan
tanpa mengambil kira perbezaan kebudayaan serta saling menghormati
perbezaan agama. Dengan itu, masyarakat dapat menjamin keamanan dan
kedamaian supaya setiap orang boleh hidup dengan selesa.
Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan
demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan
semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama
rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali
dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi
kesefahaman antara kaum dan agama. Semoga kita semua mendapat pertolongan
daripada Allah dan sama-sama menggembling tenaga tanpa mengira
kepercayaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

14

Anda mungkin juga menyukai