Anda di halaman 1dari 15

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEPTEMBER / 2019

ADSE 1203

PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan.....................................................................................................2
1.1 Objektif..............................................................................................2

2.0 Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran……………........................3


2.1 Set Induksi Berkesan……………………………………………….3

3.0 Huraian Teori Personaliti………………………..........................................7


3.1 Apakah Personaliti?...........................................................................8
3.2 Personaliti Ekstrovert........................................................................8
3.3 Personaliti Instrovert.........................................................................9
3.4 Personaliti Ambivert.........................................................................10

4.0 Huraian Rajah 5.1 dengan Proses Pembelajaran dalam Video……………11


4.1 Proses Pembelajaran…………………………………………...….11

5.0 Penutup….....................................................................................................13

1
1.0 Pendahuluan
Tugasan ini bertujuan menghuraikan konsep-konsep dan teori-teori
tentang proses pengajaran dan pembelajaran dalam memupuk pemikiran kreatif
dan kritis murid-murid di dalam kelas. Kebolehan individu yang memiliki daya
pemikiran kreatid dan kritis dianggap memperolehi ‘the whole brain capacity’
(Azhar, 2004). Selain itu juga, membahaskan tentang jenis-jenis personaliti
murid-murid dalam video tersebut. Kebolehan kanak-kanak mengkoordinasi
pelbagai kaedah dan Cara berfikir untuk menyelesaikan satu-satu masalah adalah
salah satu kayu ukur bagi perkembangan intelek mereka (Nani Menon dan
Rohani, 2009).
Sehubungan itu, guru adalah pemangkin kepada objektif yang ingin
disampaikan dalam tugasan ini. Ini kerana guru adalah sebagai teladan dan kayu
ukur bagi memacu kejayaan murid-murid dalam pembelajaran dan secara
langsung mendidik kredibiliti personaliti (Nik Hasnah Ismail, 2014).

1.1 Objektif
Melalui tugasan ini, beberapa objektif digariskan bagi memastikan tugasan ini
tidak tersasar dari tujuan asalnya. Berikut adalah objektif khusus yang telah
dirangka bagi tujuan tugasan ini:

1.1.1 Memberi kefahaman dan penilaian tentang proses Pembelajaran dan


Pengajaran (PnP) bagi memupuk kebolehan murid-murid berfikif secara
kritis dan kreatif di dalam kelas.
1.1.2 Menjelaskan kaedah dan mengklasifikasikan personaliti murid-murid
dalam video yang diberikan mengikut metod Carl Jung iaitu Ekstrovert,
Introvert dan Ambivert.
1.1.3 Mengemukakan pemerhatian berkaitan ciri-ciri proses pembelajaran yang
dikaitkan dengan video serta Rajah 5.1 (Proses Pembelajaran).

2
2.0 Penilaian Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang berkesan boleh dicapai


dengan pelbagai kaedah dan Cara. Walau bagaimanapun ianya bergantung
kepada kaedah atau Cara guru tersebut dalam menyampaikan sesi pengajaran
dan pembelajaran agar objektif Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dapat dicapai
dengan jayanya. Sebagaimana tugasan ini adalah untuk mengupas proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang berlaku dengan mengaplikasikan
kaedah belajar melalui bermain. Belajar melalui bermain adalah kaedah
pembelajaran yang menawarkan skop perkembangan yang menyeluruh untuk
kanak-kanak. Termasuklah perkembangan kemahiran, sosial, emosi dan intelek
kanak-kanak. Pendekatan ini sangat berbeza dengan akdemik yang hanya
menumpukan kepada pendidikan formal dan khusus sahaja (Kamarulzaman,
2011).

Menurut Tan Wee Hoe, (2018) Bermain juga dapat merangsang


perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran berfikir secara inovatif, kreatif,
dan kritis kanak-kanak, Di mana ianya merupakan laluan yang membolehkan
mereka belajar mengenali persekitaran, melalui proses penerokaan, simulasi,
proses cubajaya, manipulasi bahan dan alatan dan sebagainya. Manakala bahan
yang digunakan sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) bersama murid
pula hendaklah dari segi menepati kriteria keselamatan agar sewaktu proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) tidak berlaku sebarang bentuk perkara yang
tidak diingini. Pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan seperti bahan dari
Blok binaan, bahan kitar semula, kad-kad bergambar dan sebagainya.

2.1 Set Induksi Berkesan


Dalam mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,
guru perlu bijak mengambil perhatian murid melalui set induksi yg mnarik.
Apakah itu set induksi? Berasal dari perkataan induction yang membawa mksud
'giving lise to something' iaitu membangkitkan, mewujudkan sesuatu kepada
perkara yang lain. Kemahiran set induksi berupaya membantu murid
meningkatkan minat menerokai sesi pembelajaran seterusnya.

3
Para guru harus tahu membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan
murid sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) lagi.
Menurut Khadijah Rohani Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan, (2012)
sebagaimana Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan 'penyusun awal'
(advance organizer) untuk menghidupkan sistem penerimaan murid. Guru juga
boleh memulakan pengajaran dgn mengemukakan sesuatu yang menghairankan,
menakjubkan atau mengembirakan (Khadijah Rohani Yunus, Mahani Razali &
Ramlah Jantan, 2012). Kaedah menayangkan video, memainkan audio atau
penceritaan kisah daripada pelbagai sumber seperti animasi kanak-kanak adalah
salah satu contoh Cara Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang sangat disukai
oleh murid-murid, yang boleh digunakn oleh guru seawal sesi pengajaran.

Sebagaimana contoh dalam video tersebut dappt dilihat melalui usaha


guru dalam mengikat fokus murid untuk terus berada dalam kondisi selesa dan
seronok dalam pembelajaran. Apabila guru menayangkan satu video pelbagai
jenis kenderaan, murid terus fokus memerhati video yang ditayangkan. Guru
pula mencuba untuk menambah perasaan ingin tahu murid-murid dengan
mempelbagaikan tingkah laku penyampaian seperti intonasi suara yang menarik,
menggunakan teknik bersoal jawab dan mengandungi unsur-unsur kejutan
dengan mengaitkan cerita animasi kegemaran kanak-kanak Upin dan Ipin.

Guru cuba menjelaskan video tersebut dengan alam realiti dan fantasi
animasi menjadikan murid memberi lebih tumpuan terhadap perkara yang
disampaikan dalam video tersebut. Malah murid bersemangat menjawap soalan
yang dilontarkan oleh guru, seperti soalan guru “ada tak Upin dan Ipin dalam
kenderaan tu?” Penelitian terhadap video memberikan kerjasama antara semua
murid dengan menjawap 'tidak ada'. Kebijaksanaan guru di situ tidak hanya
membiarkan murid leka dengan bahan yang dipertontonkan. Guru mampu untuk
mengawal keseronokan murid dengan soalan-soalan yang diajukan kepada murid
bertujuan untuk melihat adakah murid fokus pada sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PnP) atau pun tidak.

4
Berdasarkan pemerhatian murid seterusnya, akhirnya murid dapat
mengaitkan tajuk pembelajaran yang mereka pelajari dengan mudah setelah
mereka dirangsang dengan bahan audio visual yang ditayangkan oleh guru.
Sebenarnya bahan tersebut amat bersesuaian dengan tahap umur, kebolehan dan
pengalaman murid. Di samping murid sememang telah terdedah dengan
pengetahuan sedia ada dalam isu yang dipelajari dalam langkah Pengajaran dan
Pembelajaran (PnP) seterusnya.

Antara kaedah yang sangat disukai oleh murid ialah kaedah belajar
sambil bermain. Sebaiknya guru merancang aktiviti berbentuk permainan yang
berkaitan dengan pembelajaran sesuai dengan tahap kemampuan berfikir murid-
murid. Guru juga perlu bijak menangani permasalahan yang berkemungkinan
timbul semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) berlangsung. Kerana
itu guru perlu sangat jelas dalam memberikan arahan kepada murid tentang
perkara atau aktiviti yang harus dijalankan. Arahan yang jelas boleh difahami
dengan mudah oleh murid, serta dapat melestarikan aktiviti yang dijalankan.

Dalam langkah pembelajaran yang dirancang, guru membahagikan


tugasan yang berbeza kepada setiap kumpulan bertujuan mengelakkan setiap
kumpulan menghasilkan hasil rekaan yang serupa. Guru juga telah secara
berhemah mengingatkan agar murid membina daya usaha mereka sendiri dalam
menghasilkan rekaan yang berlainan dari meniru hasil kerja guru. Bermaksud
guru telah memberi rangsangan kepada minda murid untuk menjadi lebih kreatif
dan kritis dalam menghasilkan sesuatu yang lain dan baru. Aktiviti berkumpulan
seperti ini amat baik kerana setiap murid dapat memberikan sumbangan idea atau
buah fikiran mengikut kemampuan berfikir mereka. Daya imaginasi murid
adalah salah satu kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu
walaupun objek realiti itu tidak berada di hadapan mata mereka. Daya imaginasi
yang tinggi memudahkan seseorng murid itu memahami konsep yang abstrak.

Ini kerana setiap murid itu mmpunyai potensi diri yang boleh dizahirkan
melalui aktiviti yang pelbagai dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP).
Mereka sentiasa berminat untuk meneroka dan melakukan benda baru yang

5
mereka pelajari. Gemar kepada sesuatu yang menarik untuk dicuba jaya
menjadikan usaha gigih mereka membuahkan hasil yang sangat
lumayan. Bagaimana pun sewaktu aktiviti berkumpulan ini berlangsung, guru
hendaklah berperanan sebagai pembimbing kepada murid supaya aktiviti
berjalan lancar.

Proses pengajaran berkesan boleh ditekankan lagi dengan langkah


memberikan sedikit dendaan kepada murid dalam situasi yang menyeronokkan
murid. Harus dilakukan atas rasa tanggungjawab murid terhadap
pembelajaran yang mereka lalui semasa di sekolah. Justeru, Guru boleh
memberikan tugasan berupa kerja rumah berdasarkan apa yang ada dalam buku
kerja sedia ada atau pun lembaran kerja yg guru sediakan daripada sumber lain.
Cara ini bagi mengatasi masalah lupaan di kalangan murid-murid yang mungkin
ada dikalangan mereka sukar menyimpan maklumat yang dipelajari di sekolah.
Sebagaimana yang telah dilakukan oleh guru dalam sesi akhir pembelajaran,
guru telah mengedarkan kepada semua murid latihan kerja rumah berupa
lembaran kerja untuk disiapkn. Di smping ingatan daripada guru untuk
memyiapkan kerja sekolah, kerana setiap individu itu perlu kepada ingatan yang
berpanjangan bagi mengekalkan data maklumat yang berkekalan.

Sewaktu sesi pembelajaran berlaku, guru telah menyediakan semua aspek


kemudahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) berlangsung dengan baik.
Contohnya dalam penyediaan ruang dan suasana pembelajaran yang kondusif, di
mana sesi pembelajaran untuk melakukan aktiviti menonton video dan
melakukan aktiviti berkumpulan sangat selesa dan sesuai untuk murid dan guru.
Peranan guru dalam melangsungkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)
harus boleh diaplikasikan dan dijadikan contoh kerana dapat menggunakan
pelbagai bahan bantuan mengajar yang sesuai, setaraf dengan kemampuan dan
umur murid. Bahkan guru sentiasa memberikan ganjaran sebagai peneguhan
kepada murid berbentuk kata-kata rangsangan, dan ganjaran selepas sesi soal
jawap di antara guru dan murid. Langkah ini dikenali sebagai salah satu langkah
beli jiwa murid untuk sentiasa merasa diri mereka diberi perhatian daripada
guru-guru mereka.

6
Menurut Khadijah Rohani Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan,
(2012) Hukum pembelajaran Thorndike telah menggariskan tiga (3) jenis
hukuman iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Hukum
kesediaan itu apabila seseorang itu mmpunyai kesediaan dari segi psikomotor,
efektif, kognitif sebelum boleh belajar. Manakala Hukum Latihan pula boleh
meningkatkan kemahiran seseorang dalam bentuk latihan yang diulang-ulang.
Hukum Kesan pula ialah kesan dari tindakan yang memberi impak
menyeronokan dapat meningkatkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas
(Khadijah Rohani Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan, 2012).

Berdasarkan kepada tiga (3) hukum tersebut, maka guru amatlah


disarankan dapat menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan
untuk guru merangka strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Antara strategi yang dapat disimpulkan di sini ialah seperti mengadakan
pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan, memberi ganjaran atau peneguhan untuk tindak balas murid
yang betul, serta menentukan persekitaran yang sesuai unutk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Disamping itu guru hendaklah sentiasa menilai tahap kesediaan
murid untuk belajar dan guru hendaklah memulakan pengajaran setelah beliau
mendapati semua murid bersedia untuk menerima pelajaran dari aspek kognitif,
fizikal dan afektif (Nani Menon dan Rohani, 2009).

3.0 Huraian Tentang Teori Personaliti


Setiap manusia mempunyai personaliti yang tersendiri. Berdasarkan personaliti
dapat melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang seperti ada individu yang
pemarah, pendiam, peramah atau pandai berkawan mahupun bijak menyesuaikan
diri dalam kalangan masyarakat lain. Dalam perspektif Islam, Imam al-Ghazali
menyatakan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi personaliti setiap manusia
iaitu hati, akal dan nafsu yang mana ketiga-tiga komponan tersebut mempunyai
kaitan dengan personaliti Ekstrovert, Introvert dan Ambivert (Jamaluddin Al-
Qasimi, 2013)

7
3.1 Apakah personaliti?

Berasal dari perkataan 'persona' yang bermakna topeng muka.


Tafsiran kepada topeng muka ialah orang yang ingin menonjolkan
perilaku yang baik-baik sahaja dengan menyembunyikan perilaku yang
tidak baik dari diketahui manusia lain. Menurut Khadijah Rohani Yunus,
Mahani Razali & Ramlah Jantan, (2012) Adler (1948) mendefinisikan
personaliti sebagai tingkah laku atau stail hidup seseorang manusia.
Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai penyusunan sistem
psikofizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri
dan penyesuaiannya dengan persekitaran.

3.2 Personaliti Ekstrovert

Carl Jung pula membahagikan personliti kepada ekstrovert,


introvert dan ambivert (Khadijah Rohani Yunus, Mahani Razali &
Ramlah Jantan, 2012). Dalam sesi pembelajaran dari awal sehingga akhir
berlangsung, terdapat juga murid yang kelihatan sangat teruja kepada sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang dijalankn seperti murid
bernama Afina. Apabila guru menyoal dan meminta sumbang saran dari
murid tentang jenis kenderaan darat yang tiada dalam video, Afina
dengan pantas mengangkat tangan untuk mencuba memberi jawapan
dengan betul.

Sebenarnya individu yang mempunyai daya keinginan untuk


sentiasa manipulasi sesi pembelajaran seperti Afina lah yang dapat
memberi kesan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang berjaya. Afina
boleh dikategorikan dalam individu yang mempunyai personaliti
ekstrovert kerana sentiasa menonjolkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PnP).

8
Dapat disimpulkan disini, individu yang mempunyai personaliti
ekstrovert dalam video tersebut mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i. Murid-murid mudah berinteraksi dan bersosial.
ii. Murid-murid bersemangat dan antusias bila menjawab
soalan guru.
iii. Murid-murid memberikan jawapan secara spontan dan
cepat bertindak.
iv. Murid-murid tampil dengan keyakinan dan kepercayaan
diri. Contohnya bila guru menyoal, murid segera bangun
untuk melakukan tindak balas.
v. Namun murid-murid ini perlu dikawal perlakuannya
supaya tidak menjelaskan suasana pembelajaran.

3.3 Personaliti Introvert


Introvert pula adalah individu yang mempunyai personaliti yang
bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang bersosial. Mereka lebih
suka melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa
mengharapkan bantuan orang lain. Mereka mempunyai sifat serius,
pemalu dan tidak mempunyai cita-cita yang tinggi serta kurang
mengambil inisiatif. Mereka juga kurang selesa tehadap sesuatu
perubahan tetapi suka kepada tingkah laku hidup yang bersistem dan
teratur dan lebih sistematik. Demikian itu, mereka selalu mengikut
peraturan yang telah ditetapkan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
Murid yang mempunyai personaliti Introvert lebih berbakat dalam
aktiviti penulisan, sensitif dan berhati-hati dalam mmbuat tindakan
tambahan.
Sewaktu kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh guru, terdapat
juga beberapa orang murid yang agak suka mengelak dari menonjolkan
diri mereka. Dalam aktiviti berkumpulan, iaitu membina kenderaan
menggunakan bahan binaan, guru telah menyoal Mikhail tentang jenis
kenderaan yang telah dibina bersama ahli kumpulan. Mikhail
mempamerkan ciri-ciri personaliti Introvert di mana riak wajahnya

9
seperti terpaksa dan agak tidak menggemari kepada soalan yang
diberikan oleh guru sehingga guru terpaksa menyoal untuk kali kedua.
Secara umumnya, murid-murid yang mempunyai personaliti
introvert lebih cenderung untuk bertindak seperti:
i. Murid-murid lebih cenderung untuk meninggalkan situasi sosial
dan agak riuh.
ii. Murid-murid kurang berbicara dalam kelas.
iii. Murid-murid lebih suka melakukan aktiviti secara bersendirian
seperti membaca buku dan kurang menikmati suasana yang
melibatkan ramai orang.

3.4 Personaliti Ambivert


Manakala jenis personaliti yang ketiga ialah Ambivert. Ambivert
menjurus kepada seorang individu yang aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi
suka memilih bekerja secara perseorangan, bertutur dengan lancar tetapi berfikir
sebelum melontarkan kata-kata atau dalam memberi pendapat.
Seorang Ambivert memiliki ciri kepribadian introvert dan extrovert yang
seimbang. Dengan demikian seseorang yang ambivert cenderung merasa nyaman
dengan kondisi yang penuh dengan interaksi sosial. Ciri-ciri murid dalam video
tersebut dapat diimplikasikan seperti justifikasi berikut:
i. Murid-murid yang mempunya ciri personaliti ini dapat
mengaitkan atau kombinasi kedua-dua ciri ekstrovert dan
introvert.
ii. Murid-murid suka bersosial tetapi masih menginginkan untuk
bersendirian.
iii. Murid-murid tahu bila waktunya untuk mempercayai seseorang
iaitu samaada rakan-rakan atau gurunya.
iv. Murid-murid selesa dalam kebanyakan suasana persekiran.
Contonya, terdapat murid yang selesa bila sesi soal jawab atau
ketika sesi penerangan.
v. Murid-murid berpersonaliti ini sangat pandai berkomunikasi.
Contohnya ketika guru membahagikan kepada kumpulan bagi
menyiapkan tugasan yang diberi.

10
4.0 Huraian Rajah 5.1 dengan Proses Pembelajaran Dalam Video

4.1 Proses Pembelajaran

Proses pembelajaran ialah di mana manusia menggunakan organ


deria untuk memperolehi maklumat dan pengetahuan di sekitar mereka.
Ianya bermula daripada rangsangan yang diterima oleh pancaindera.
Organ digunakan untuk memilih rangsangan di persekitaran kemudian
diproses dalam otak manusia untuk dijadikan pengalaman atau ilmu
pengetahuan. Ilmu pengtahuan akhirnya diamalkan dalam situasi yang
sepadan. Proses ini dianggap sebagai perubahan tingkah laku
(pembelajaran).

Dalam proses pembelajaran akan berlakunya perubahan tingkah


laku yang kekal. Perubahan tingkah laku ini berlaku kesan dari mendapat
kefahaman daripada maklumat baru, latihan, pengalaman, celik akal atau
Cuba jaya. Sebagai contoh, apabila guru menyoal murid tentang jenis
kenderaan yang ditayangkan dalam video semasa proses awal Pengajaran
dan Pembelajaran (PnP). Murid yang telah didedahkan kepada video
dengan mudah menjawap dengan betul. Bahkan murid turut memberikan
input beberapa jenis lagi kenderaan yang tiada dalam video, seperti bas,
ambulan dan keretapi yang juga merupakan kenderaan darat yang mana
semua jenis kenderaan itu tiada maklumat tersebut dalam video.

Adakalanya pembelajaran berlaku secara manusia sedari atau


tidak disedari. Kerana pembelajaran merupakan satu proses yang
berterusan sepanjang hayat seseorang. Guru bertanya tentang fungsi
kenderaan darat (Lori sampah) kepada murid sebagai satu merangsang
minda murid untuk mengingat jenis kenderaan bersama fungsi kenderaan
tersebut.murid dapat membezakan setiap jenis kenderaan, bentuk dan
fungsinya.

11
Berdasarkan rangsangan dapat membentuk pengalaman dan
pengtahuan dalam ingatan manusia. Kemudian individu dapat
mengamalkan pengalaman atau pengetahuan yang mereka ketahui dalam
satu-satu situasi yang sesuai dan sepadan dengan kehendak. Di sini
berlaku sekali lagi perubahan tingkah laku iaitu pembelajaran.

Dalam pada itu, Guru menunjukkan kad bergambar, bersoal


jawap dengan murid jenis dan fungsi kenderaan, kemudian guru meminta
murid membuktikan maklumat yang diterima melalui cubajaya membina
kenderaan di darat menggunakan bahan binaan. Ingatan murid menerima
dan menyimpan maklumat yang telah diterima telah diaplikasikan dengan
mencipta beberapa jenis kenderaan di darat seperti kereta, trak, dan
sebagainya. Pemikiran kreatif murid telah menjadikan proses
pembelajaran berlaku dalam situasi yang sangat baik.

Dapat disimpulkan di sini, lazimnya dalam proses pembelajaran,


kesediaan belajar mengutamakan petingkat perkembangan intelek,
psikomotor, emosi dan kematangan murid menerima dan menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Proses pembelajaran dalam video
tersebut melalui beberapa proses seperti (Khadijah Rohani Yunus,
Mahani Razali & Ramlah Jantan, 2012):
i. Ransangan daripada persekitaran.
ii. Ransangan yang sesuai melalui pergerakan orgen deria.
iii. Ransangan ke otak untuk diproses kepada penterjemahan
makna.
iv. Perkembangan pengalaman dan pengetahuan dalam
ingatan.
v. Menterjemahkan pengalaman dan pengetahuan mengikut
keadaan yang paling sesuai.
vi. Perubahan tingkah laku (Pembelajaran).

12
5.0 Penutup

Dalam pengakhiran tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa guru sangat


berperanan untuk membina kebolehan berfikir murid-murid secara kritis dan
kreatif yang diterapkan dalam Pembelarajaran dan Pengajaran (PnP) di dalam
kelas. Ransangan tersebut boleh dipraktikkan dengan melakukan sesuatu dengan
langkah yang unik atau berfikir di luar kotak dan melihat sesuatu daripada
perspektif baru.

Dalam pada itu, kemahiran guru untuk mengenal pasti personaliti murid-
murid dalam kelas juga memberikan kelebihan dalam mengawal dan
memberikan kefahaman kepada mereka. Video tersebut memberikan gambaran
yang menyeluruh bahawa guru-guru perlu mahir dengan teori personaliti seperti
yang diutarakan oleh Carl Jang bagi mengawal situasi dan emosi serta tingkah
laku murid-murid ketika Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) dijalankan. Guru
juga perlu memberikan nafas yang beza dalam kelas supaya murid-murid tidak
bosan seperti kreativiti ‘Sense of Humor’ dan bukan semata-mata menerapkan
konsep Stereotaip atau Birokrasi (Azhar, 2004).

Semoga dengan munculnya pelbagai jenis bahan bacaan, garis panduan


dan lawan web yang berasaskan Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) dapat
meningkatkan lagi kualiti proses pembelajaran di peringkat awal persekolahan
seterusnya ke peringkat lebih tinggi. Contonya, melakukan aktiviti sains
berasaskan tema seperti iaitu bertemakan ‘Diri Saya’ yang bertajuk ‘Jantung
Saya’. Secara tidak langsung ianya membina kretiviti murid-murid dalam
melaksanakan implikasi pembelajaran tersebut.

(PATAH PERKATAAN: 2856)

13
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi. (2013). Mutiara Ihya’ Ulumuddin


Imam Al-Ghazali (Cetakan Kelima 2013). Shah Alam: Illusion Network.
Berita Harian Online. (2014, Ogos 15). Guru Ejen Pengubah Masyarakat. Dicapai dari
https://www.bharian.com.my/node/722
Kamarulzaman Kamaruddin. (2011). Psikologi Perkembangan Panduan Untuk Guru (Cetakan
Kedua 2011). Batu Caves: Smart Print & Stationer Sdn. Bhd.
Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Kreativiti Konsep Teori dan Praktis (Cetakan Pertama 2004).
Johor Bahru: Cetak Restu Sdn. Bhd.
Nani Menon & Prof. Madya Dr. Rohani Abdulllah. (2009). Panduan Kognatif Kanak-Kanak
Prasekolah (Cetakan Keenam 2009). Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn
Bhd.
Nuffnang. (2014). Klasifikasi Personaliti. Dicapai dari
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/klasifikasi-personaliti_24.html#
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2012). ADSE1203
Psikologi Pendidikan (Edisi Pertama, April 2012). Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
Tan Wee Hoe. (2018). Gamifikasi Dalam Pendidikan (Cetakan Ketiga 2018). Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

14

Anda mungkin juga menyukai