Anda di halaman 1dari 19

Ringkasan Kitab

Ulum Al-Quran di Antara Al-Burhan dan Al-Itqan


Kajian Perbandingan

Ringkasan :
Hamdan bin Hamid As-Salmi
Datuk Bandar , kawasan Mekah
Moga Allah mengampunkannya

Diselaras dan disusun atur :


Muhammad bin Abdul Jawad As-Sowi
1430 – 1431 H
• Pelbagai Manfaat dari Muqaddimah Kitab

- Al-Harith bin Asad Al-Muhasabi ( wafat : 243 H ) merupakan orang terawal mengarang
beberapa ilmu Al-Quran di dalam kitabnya ( Fahmu Al-Quran ) .

-Penulis cenderung terhadap perkembangan Mustalah Ulum Al-Quran dari sudut makna
istilahi yang muncul pada seratus lima hijrah . Sebelum itu , penulis rancak mengarang Tafsir
yang mana Tafsir merupakan salah satu dari cabang Ilmu Al-Quran . Ia dinisbahkan sebagai
ilmu yang mengupas berkaitan Al-Quran .

-Kitab pertama yang dirajihkan penulis ada menyentuh beberapa perkara berkaitan Ulum Al-
Quran : ( At-Tanbil a’la Fadhli Ulum Al-Quran ) , oleh Abi Al-Qasim Al-Hasan An-Nisaburi
.

Kitab penting yang dikarang di dalam Ulum Al-Quran :

1-Funun Al-Afnan fi Uyun Ulum Al-Quran , oleh Ibnu Al-Jauzi .

2-Jamal Al-Qurra’ wa Kamal Al-Iqra’ , oleh As-Sakhawi .

3-Al-Iksir fi Ulum At-Tafsir , oleh Abi Ar-Rabi’ Sulaiman At-Tufi Al-Hanbali .

4-Al-Burhan fi Ulum Al-Quran , oleh Az-Zarkasyi .

5-At-Taisir fi Qawaid Ulum At-Tafsir , oleh Al-Kafiji

6-At-Tahbir fi Ulum Al-Quran , oleh As-Suyuti .

7-Al-Itqan fi Ulum Al-Quran , oleh As-Suyuti .

---------

• Bab Satu : Pembahagian Ulum Al-Quran di dalam Al-Burhan dan Al-Itqan


-Pembahagian bab Ulum Al-Quran oleh Az-Zarkasyi di dalam Al-Burhan : Empat puluh
tujuh bahagian .

-Pembahagian bab Ulum Al-Quran oleh As-Suyuti di dalam Al-Itqan : Lapan puluh bahagian
.

• Bab yang disepakati Az-Zarkasyi dan As-Suyuti :

-Pada Az-Zarkasyi : Tiga puluh sembilan bahagian , sebaliknya pula pada As-Suyuti : Lima
puluh empat bahagian .

-Terdapat tiga puluh bahagian yang mana tajuknya hampir sama di antara Al-Burhan dan Al-
Itqan .

-Satu bahagian di dalam Al-Burhan dinamakan : Aqsam Makna Al-Kalam , bertentangan


dengan Al-Itqan : Al-Khabar wal Insya’ .

• Keunikan Az-Zarkasyi dalam kitabnya Al-Burhan :

- Jumlah keseluruhannya ada sepuluh bahagian , dan dibahagikan kepada tiga pecahan :

a- As-Suyuti meletakkan pembahagian Kajian dan Permasalahan dalam satu bahagian khas di
dalam Al-Itqan . Manakala di dalam Al-Burhan ada enam bahagian :

1-Pengetahuan tentang berapa bahasa diturunkan .

2-Pengetahuan tentang cara bacaan .

3-Terdapat di dalamnya persoalan adakah dibenarkan mengguna sebahagian ayat Al-Quran di


dalam penulisan , risalah dan penyampaian.

4-Pengetahuan berkaitan hukum-hakamnya .


5-Terdapat hukum ayat mutasyabihat yang diturunkan mengenai sifatya .

6-Terdapat pembahagian makna kalam

b) Bahagian yang lebih banyak dikarang oleh As-Suyuti di dalam Al-Itqan dan kedua-
dua bahagian terdapat di dalam Al-Burhan :

7-Pengetahuan Tasrif .

8-Mengupas sokongan As-Sunnah terhadap Al-Quran

c) Beberapa bentuk yang dihubungkan oleh As-Suyuti di dalam Al-Itqan – dan ianya
ada dua bentuk di dalam Al-Burhan :

9- Balaghah Al-Quran .

10- Menyebut apa yang memudahkan uslub Al-Quran dan seninya yang ungg ul.

• Keunikan yang dibawa As-Suyuti di dalam kitab Al-Itqan .

- As-Suyuti memuatkan empat puluh dua bahagian Ulum Al-Quran di dalam Al-Itqan .
Tajuknya itu tidak terdapat dalam kitab Az-Zarkasyi . bahkan kesemua isi kandungannya
dipecahkan kepada dua pecahan :

a) Pecahan perkara dasar melalui bentuk pemisahan , perenggan mahupun faedah di


dalam Al-Burhan. Jumlahnya dua puluh sembilan bahagian .

b) Pecahan inovasi As-Suyuti yang tidak pernah ada sebelum ini , ada tiga bahagian :

1- Bumi dan langit .

2- Apa yang diturunkan Al-Quran melalui lisan sebahagian para Sahabat .


3- Apa yang diturunkan kepada sebahagian para Nabi di dalam Al-Quran dan apa yang tidak
diturunkan kepada seorang Nabi pun sebelum Nabi Muhammad s.a.w. .

c) Penambahan baru daripada As-Suyuti di dalam Al-Burhan tetapi topiknya telah


ditulis orang lain sebelum ini , iaitu :

1- Musim panas dan musim sejuk .

2- Tilam hamparan dan tidur .

3- Apa yang diturunkan secara terpisah dan banyak sekaligus .

4- Pengetahuan susur galur sanad ke atas dan ke bawah.

5- Pengetahuan mengenai hadith masyhur , ahad ,maudhu’ dan mudarraj .

6- Mengenai hukum Idgham , Izhar , Ikhfa’ dan Iqlab .

7-Apa yang terdapat di dalam Al-Quran dari sudut nama , kuniyah (gelaran) dan laqab (nama
jolokan) .

--------------

• Bab Kedua : Peranan Az-Zarkasyi dalam mengasaskan beberapa bahagian


Ulum Al-Quran .

- Di dalam Al-Burhan , Az-Zarkasyi telah mengkaji empat puluh tujuh bahagian Ulum Al-
Quran . Oleh sebab itu , Az-Zarkasyi membahaginya kepada dua pecahan :

Pertama : Pecahan di dalamnya ditulis pengkelasan Mufradat , dan jumlah


keseluruhannya : ( 41 ) bahagian .
Tetapi Az-Zarkasyi menyebut di dalam tulisannya : ( 22 ) bahagian , dan menggugurkan ( 19
) bahagian .

Kedua : Pecahan di mana Az-Zarkasyi tidak menulis pengkelasan tetapi isi


kandungannya membentangkan beberapa kitab Tafsir dan Ulum Al-Quran juga Kitab
Sunnah , Usul dan Qiraat . Pecahan ini dibahagi kepada enam bahagian . Az-Zarkasyi
merupakan penulis bagi bahagian ini , iaitu :

1-Penutup surah .

2-Apa yang awal diturunkan dan akhir diturunkan.

3- Pengetahuan wajib tawatir .

4- Pengungkap dan ungkapan di dalam Al-Quran .

5- Pengetahuan Tasrif .

6- Mengupas sokongan As-Sunnah terhadap Al-Quran .

-------------

• Bab Ketiga : Penambahan yang dilakukan As-Suyuti terhadap Al-Burhan .

-Terdapat lima pecahan :

• Pecahan Pertama : Penambahan pada beberapa bahagian , terdapat tiga cabang :

1) As-Suyuti mencipta beberapa bahagian di dalam Ulum Al-Quran yang tidak pernah
dibuat langsung sebelum ini , ia ada tiga :

a-Bumi dan langit .


b-Apa yang diturunkan Al-Quran melalui lisan beberapa para Sahabat .

c-Apa yang diturunkan kepada sebahagian para Nabi .

2) As-Suyuti menambah bahagian baru yang tidak terdapat di dalam Al-Burhan tetapi
mufradat asalnya diceritakan ketika menulis mengenai Ulum Al-Quran , jumlahnya :
sepuluh bahagian .

3) Penambahan bahagian baru di dalam Ulum Al-Quran yang asalnya di dalam Al-
Burhan , jumlahnya : ( 29 ) bahagian .

• Bahagian Kedua : Penambahan Kitab yang disebut oleh As-Suyuti dalam


menggambarkan bahagian berdasarkan ilmu Ulum Al-Quran tertentu yang
telah ditetapkannya .

• Bahagian Ketiga : Penambahan sumber rujukan di sisi As-Suyuti .

• Bahagian Keempat : Penambahan As-Suyuti terhadap Az-Zarkasyi berkaitan


Permasalahan dalam bab keunikan pada As-Suyuti, telah sampai : (24) bahagian .

• Bahagian Kelima : Penambahan As-Suyuti di dalam Permasalahan yang


disepakati dengan Az-Zarkasyi , penambahan bahagian ini telah sampai : ( 126 )
bahagian .

----------------
• Bab Empat : Penulisan As-Suyuti

- Jumlahnya : ( 17 ) penulisan .

Penulisan yang biasa digunakan oleh As-Suyuti berbeza dengan Az-Zarkasyi , kecuali pada
dua bentuk penulisan , yang mana pandangan asal kedua-dua mereka wujud di dalam Al-
Burhan . ( mungkin Al-Itla’ ‘alaiha lil Faedah , muka surat 535 ) .
--------------

• Bab Kelima : Nilai Ilmiah dari Kitab Al-Burhan dan Al-Itqan .

Kajian Pertama : Manhaj kedua-dua Kitab .

Pertama : Manhaj Az-Zarkasyi dalam kitabnya Al-Burhan :

1) Uslub :

Az-Zarkasyi memiliki uslub ilmiah disulami dengan adab , dan kebiasaannya dia menaqalkan
(mengambil dan memindahkan ) daripada orang lain .

-Mengenai uslub mufradatnya : Kadangkala beliau meringkaskan pendapat yang ingin


dihurai berdasarkan perenggan yang dihadkan kemudian meletakkan penambahan di situ .

- Memanjang dan menyempurnakan kajian : Uslub Al-Quran , dan memasukkan teknik Al-
Italah di dalamnya.

-Kadangkala sebahagian perbincangan terbentuk apabila tidak bertemu nas dari mereka
terdahulu , seperti permasalahan nama-nama surah adakah ia Tauqifi atau diletakkan
mengikut kemunasabahan ?

-Antara uslubnya : Ditulis sebahagian masalah kemudian dijawab dengan menaqalkannya


daripada ahli ilmu , dan menggunakan “ Al-Fanqalah “ iaitu : Fain Qalat … Qultu ( jika dia
berkata.. aku berkata.)

-Menggunakan sebahagian mustolahat mantiq seperti Kewujudan dan Ketiadaan .

-Menulis sesuatu tentang Al-Ghaz ( makna tersirat yang memerlukan kefahaman ).

2)Takrif :
- Az-Zarkasyi meninggalkan banyak takrif bahagian yang diperkatakannya . Dengan ini , Az-
Zarkasyi telah berjaya meletakkan takrif Al-Mutasyabah Al-Lafzi ( yang menyerupai lafaz ) .

-Al-Burhan mengandungi kumpulan mustolah balaghah yang besar .

3)Tafsir :

-Mentafsir beberapa lafaz quran yang asing , seperti : ( dhori’ , mughramun , tafakkahun ).

-Membolehkan menterjemah Al-Quran Al-Kareem kerana dharurat yang bertujuan beramal


dengannya .

-Memperlihat bahawa Al-Isykal (perkara yang memerlukan kefahaman) hilang dalam


sebahagian ayat apabila ditakdirkan menjadi huruf yang dihazaf (dibuang) .

4) Pendiriannya terhadap Qiraat :

- Az-Zarkasyi mempunyai pengetahuan mengenai Ilmu Qiraat , yang kuat hubungannya


dengan sumber asal . Tidak lain tidak bukan , ia dinasabkan kepada sebahagian qari yang
tujuh itu dengan bacaan yang tidak begitu masyhur di kalangan mereka . Kadangkala tidak
dinasabkan bacaan itu kepada pemilik qiraat tersebut .

- Az-Zarkasyi mempertahan qiraat Imam Ibnu Jinni dan beliau mendakwa sebahagian Qari
memilih qiraat tersebut tanpa riwayat .

5) Pendirian Az-Zarkasyi terhadap Hadith :

- Az-Zarkasyi dari kalangan para ulama’ yang mempunyai kepakaran ilmu hadith , dan sebab
itu dalam beliau menisbahkan sejumlah hadith dengan bahan sumbernya , beliau ada
mengeluarkan hukum bagi sebahagian hadith .

6) Pendirian Az-Zarkasyi terhadap Bahasa :

-Az-Zarkasyi ada menyebut berkaitan mazhab bahasa seperti mazhab Basrah dan Kufah .
-Membawa sebahagian kaedah nahu dan sorof , serta dijelaskan juga pandangan dari sudut
bahasa .

-Mengeluarkan isytihad melalui syair lama dan terkini . Az-Zarkasyi juga mempunyai ilmu
perumpamaan bahasa Arab .

-Az-Zarkasyi mempunyai pandangan balaghah yang meluas , dan mengkritik pendapat


mereka sebelum ini .

• Kedua : Manhaj As-Suyuti di dalam kitabnya Al-Itqan :

1) Uslub As-Suyuti disifatkan dengan gambaran pendek dan ringkas bagi sebahagian kajian .

2) Memberikan alasan dalam menghuraikan dalil nama-nama surah yang terkandung dalam
hadith dan athar .

3) Melaksanakan uslub penaqalan dan menghimpunkan pandangan tanpa kritikan mahupun


perdebatan .

4) Berlaku banyak pengulangan kajian dalam penulisannya .

5) Menggunakan kaedah penyelesaian terhadap permasalahan mendatang , atau yang akan


dikajinya .

6) Tidak melunaskan hak bagi beberapa permasalahan .

7) Mengambil pendapat sebahagian penulis beserta sanad mereka .

8) Mengeluarkan dalil dari beberapa baris syair lama menjadi hujah pendapatnya , dan
kadangkala dari sudut gubahannya .
9) Az-Zarkasyi bersepakat dalam permasalahan tertentu . Menurut apa yang disebutkannya ,
Al-Masyhur fi Al-Masahif Al-Murahhalah ila Al-Amsar ada lima , tetapi ia membelakangi
sumber rujukan .

10 ) As-Suyuti berani menisbahkannya kepada Athar dan Hadith yang dinaqalkan dari buku-
buku himpunan sunnah , tetapi kadangkala dia tidak menisbahkannya .

11) Mempamerkan kritikan : ( 179 ) Hadith dan Athar dalam kitab Az-Zarkasyi , dan
menghukum susur galur sanadnya samada Sahih , Hasan atau pun Dhaif .

---------------------

Kajian Kedua : Sumber Az-Zarkasyi dan As-Suyuti yang bernilai .

• Tajuk Pertama : Faedah kajian sumber .

1) Pengenalan sebahagian kitab Tafsir dan Ulum Al-Quran yang ditulis mahupun yang
hilang :

-Az-Zarkasyi menaqalkan daripada : ( 53 ) tafsir , dan ( 75 ) daripada kitab Ulum Al-Quran .

- As-Suyuti menaqalkan daripada ( 47 ) Tafsir , dan ( 101 ) daripada kitab Ulum Al-Quran .

2) Berpegang pada nas bagi kitab yang hilang .

-Melalui kitab : Al-Ifrad wal jama’ oleh Al-Akhfash dan kitab Al-Kasyaf Al-Qadim oleh Az-
Zamakhsyari .

3)Kemampuan membuat gambaran isi kandungan dan susunan dari kitab yang hilang.

Melalui : Kitab Al-Masahif oleh Al-Asbahani , dan kitab : Al-Burhan fi musykilat Al-Quran
oleh Abi Al-Ma’ali .
4) Penambahan nas yang kurang bagi kitab peninggalan yang dicetak .

5) Mentashih sebahagian karya yang dicetak bergantung pada pindahan pegangan Az-
Zarkasyi atau As-Suyuti

6) Penambahan kitab untuk kata nama yang sumber terjemahannya tidak disebut.

7) Merupakan jalan untuk mengkaji kebenaran sebahagian kitab bersama pemilknya .

• Topik Kedua : Perbezaan sumber kedua-dua kitab :

1) Pembahagiannya .

Melalui sumber kata-kata manusia , seperti syeikh Az-Zarkasiyi dan As-Suyuti , juga sumber
yang dinaqalkan merangkumi sebelas ilmu .

2) Meluas bilangannya .

-Sumber Az-Zarkasyi mencapai ( 332 ) sumber .


-Sumber Az-Suyuti mencapai ( 550 ) sumber

3) Sebahagian sumber rujukan beserta karangan penulisnya .

- Az-Zarkasyi terpegun dengan kitab : Rihlah Ibnu As-Solah melalui tulisan tangannya .

-As-Suyuti terpegun dengan kitab Jamal Al-Qurra’ oleh As-Sakhawi melalui tulisan
tangannya .

4) Kedua-dua mereka ada menyifatkan sebahagian sumber rujukan terdapat keindahan yang
menonjol dan merungkai yang tersirat .

- Az-Zarkasyi menyifatkan Kitab Al-Mufradat oleh Ar-Raghib Al-Asfahani mempunyai


susunan terbaik dalam bab keganjilan Al-Quran .
- As-Suyuti menyifatkan Kitab Al-A’jab oleh Ibnu Hajar yang mana Al-Hafiz mati ketika
melakar draf, maka beliau tidak dapat menyempurnakannya .

• Tajuk Ketiga : Cara Az-Zarkasyi dan As-Suyuti bertoleransi dengan sumber .

-Az-Zarkasyi sangat hebat beramanah dalam menaqal kitabnya Al-Burhan , selain menyebut
dengan jelas senarai nama penulis dan kitab tulisan mereka .

-Manakala As-Suyuti tidak seperti Az-Zarkasyi bersikap amanah menaqal dan menelitinya .
As-Suyuti menaqalkan sebahagian nas dengan makna tanpa konsisten dengan pendapat
penulis .

Manhaj As-Suyuti dalam menaqalkan sumber daripada Az-Zarkasyi :

-Menyebut jelas nama Az-Zarkasyi atau nama Al-Burhan atau kedua-duanya sekali dalam (
43 ) tempat .

-As-Suyuti menaqal dari Az-Zarkasyi secara samar-samar pada ( 61 ) tempat .

-As-Suyuti menaqal nas dari Az-Zarkasyi dan tidak menisbahkkan kepada sumber yang
dinasabkan oleh Az-Zarkasyi .

-Kadang-kadang, As-Suyuti menaqal dari Az-Zarkasyi secara samar .

-Melakukan aktiviti penaqalan daripada Az-Zarkasyi .

- Kadangkala mengurangkan aktiviti menaqal dari Az-Zarkasyi , atau menambah gambaran


dari apa yang disebut oleh Az-Zarkasyi .

Kajian Ketiga : Perbezaan dua kitab .

• Pertama : Perbezaan Kitab Al-Burhan oleh Az-Zarkasyi :


1) Az-Zarkasyi teliti dalam menaqalkan dari orang lain dan beramanah dengannya .

2) Kitab Al-Burhan mengandungi sebahagian hakikat ilmu Az-Zarkasyi . Seperti


memastikan bahawa Iblis bukan dari unsur Malaikat , bahkan baginya mereka itu nyata .

3) Az-Zarkasyi mementingkan sejumlah besar kumpulan tafsir .

4) Az-Zarkasyi menolak pendapat tafsir yang lemah .

5) Az-Zarkasyi melihat pada waqaf ( berhenti ) dan ibtida’ ( mula ) .

6) Terdapat kedudukan yang membela Al-Quran di dalamnya .

7) Az-Zarkasyi ada beberapa pilihan ilmu , seperti Surah Al-Ikhlas menyamai sepertiga
Al-Quran .

8) Az-Zarakasyi menentang kumpulan yang sesat , melalui menentang Al-Jahmiah (


golongan Khawarij ), dan saudara As-Safa .

9) Memandang kritikan .

---------------------

Kedua : Perbezaan Kitab Al-Itqan oleh As-Suyuti :

1)As-Suyuti mencipta tiga bahagian ilmu Al-Quran yang tiada beza dengan sebelum ini
.

2)Penulisan yang berjaya dalam beberapa bahagian yang dipersembahkannya , seperti


bahagian tahap para pentafsir .

3) Al- Itqan terbaik dalam menghimpunkan sejumlah besar riwayat tafsir bagi
beberapa tafsir yang hilang , seperti Tafsir Al-Faryabi dan Ibnu Mardawiyah .
4) Kitab As-Suyuti mengandungi enam pilihan dalam pelbagai permasalahan, iaitu :

a- Memilih lafaz Al-Quran yang tiba-tiba tidak diletakkan hamzah , menurut As-Syafi’e.

b- Berpendapat susunan surah dalam Al-Quran adalah Tauqifi , kecuali Surah Bara’ah ( At-
Taubah ) dan Al-Anfal , menurut Al-Baihaqi .

c- Percaya bahawa Al-Iqtibas terbahagi kepada tiga pecahan : ( Diterima , Harus dan Ditolak
).

d- Memilih lafaz bukan bahasa arab di dalam Al-Quran , kerana ia mengandungi ilmu orang
terawal dan terdahulu .

e- Melihat pembukaan surah mengandungi rahsia yang tidak diketahui sesiapa melainkan
Allah .

h- Cenderung kepada permasalahan yang mendorong hubungan yang erat .

5) As-Suyuti mementingkan ketinggian tahap permasalahan , dan mengabaikan yang


sia-sia .

6) Ikut-ikutan : As-Suyuti membezakan beberapa pandangan dan pendapat yang disebut di


dalam Al-Itqan berdasarkan satu bahagian perbezaan, sama ada pendapat yang lemah , atau
diringkaskan . As-Suyuti juga mengikut Az-Zarkasyi dan ada berselisih pendapat dengannya .

7) Mengeluarkan lebih banyak kajian berdasarkan kitab karangan utama yang


berkaitan dibawahnya .

8) As-Suyuti berkebolehan dalam mempelbagaikan jenis ilmu Al-Quran dan


meringkaskan pendapat ahli Ilmu melalui gambaran mudah .

------
-Kajian Keempat : Kedudukan antara Al-Burhan dan Al-Itqan dengan Kitab Ulum Al-
Quran .

- Tiada keraguan bahawa Kitab Al-Burhan oleh Az-Zarkasyi tidak dapat ditandingi mana-
mana kitab Ulum Al-Quran yang merangkumi pelbagai maklumat yang mendalam isi
kandungannya. As-Suyuti berpegang dengan Al-Burhan lalu membangkitkan dirinya menulis
kitab Al-Itqan .

- As-Suyuti mula menulis kitab Al-Tahbir , kemudian menghasilkan Kitab Al-Itqan selepas
beliau meneliti Kitab Al-Burhan oleh Az-Zarkasyi

- Al-Itqan menggambarkan ringkasan jelas bagi Kitab Al-Burhan bersama susunan dan
penambahan .

--------

Kajian Kelima : Manhaj kedua-dua kitab : Az-Zarkasyi dan As-Suyuti .

• Pertama : Manhaj kitab Al-Burhan oleh Az-Zarkasyi :

1) Kesamaran pada ayat .

-Az-Zarkasyi menyebut bahawa kisah Ibrahim tidak diturunkan dalam surah As-Syuara’ , dan
ianya diragui .

-Menyebut bahawa lafaz : ( ‫ ) ظلمناهم‬ada di empat tempat dalam Al-Quran . Dan yang
betulnya , ia datang dalam tiga tempat sahaja .

-Didatangkan firman Allah Taala : ) ‫ ( يضرعون‬dengan idgham diturunkan dalam surah Al-
An’am , dan yang tepat bahawa idgham diturunkan dalam surah Al-A’raf .

2) Meninggalkan takrif beberapa bahagiannya : seperti meninggalkan takrif mubham (


kesamaran ) dan perdebatan Al-Quran .
3) Menyentuh pandangan yang ditolak dalam Ulum Al-Quran

4) Menyebut pendapat yang dhaif dan lemah dalam tafsir .

5) Meninggalkan Tarjih .

6)Bercanggah : Seperti menghalang dipisahkan penambahan beberapa huruf dalam Al-


Quran , tetapi ianya disambung dan disebut penambahan pada sebahagian huruf Al-Quran .

• Kedua : Manhaj Kitab Al-Itqan oleh As-Suyuti :

1) As-Suyuti merupakan seorang hafiz , dan mengetahui Ilmu Hadith , tetapi di dalam
Kitab Al-Itqan beliau menyebut pelbagai riwayat lemah yang membolehkan dia
berhukum dengannya , juga menaqalkan kata-kata cendakiawan Nuqqad ( pengkritik )
di dalam kitabya .

- Selain itu : Kadangkala , As-Suyuti berpegang pada riwayat lemah di dalam tafsirnya .

- Sebahagian kisah Israiliyat dimasukkan secara meluas , terutama sekali dalam kajian Al-
Mubhamat .

2) Memasukkan beberapa kesalahan :

Sepertimana As-Suyuti merasakan bahawa di dalam Al-Quran ada kisah kaum yang berjalan
bebas di atas muka bumi ke Negara China .

3)Mengumpulkan tanpa mengesahkannya :

- Contohnya , As-Suyuti memasukkan hadith Imam Ahmad dalam sejarah , bahawa malaikat
Israfil menemani kenabian Nabi s.a.w. selama tiga tahun , mengajar baginda perkataan dan
benda , dan ini bertentangan dengan hadith permulaan wahyu yang terkandung di dalam Al-
Bukhari .
- As-Suyuti menyebut beberapa pandangan yang disebut oleh Ibnu Hibban di dalam Tafsir
Al-Ahraf As-Sab’ah .

- Menaqalkan daripada Al-Karmani bahawa Al-Quran turun sekali dengan makna , dan sekali
dengan lafaz dan makna .

4) Bercanggah :

- As-Suyuti mengkritik Ibnu Al-Jauzi terhadap usahanya mengasingkan separuh ,


sepersepuluh dan sepertiga Al-Quran kemudian menyebut bahawa di dalam Al-Quran ada
dua ayat yang menghimpunkan huruf mu’jam dalam setiap satu ayat .

5) Meninggalkan susunan :

Seperti mendahulukan takrif bahagian . Kemudian faedahnya diikuti sejarahnya . Selepas itu ,
mengistinbat dan mempecahkannya dan diakhiri dengan kajian .

---------------

• Bahagian Enam : Sejauh mana Al-Burhan dan Al-Itqan memberi kesan dalam
karangannya .

- Kitab Al-Burhan dan Al-Itqan merupakan dua permata yang sangat besar dalam Ulum Al-
Quran semenjak bermula penulisan mengenai kajian ilmu ini .

- Al-Burhan tidak dipelihara sebagaimana yang diperoleh Al-Itqan , kerana beberapa


sebab :

1)Kajian Al-Itqan yang meluas , dan mengandungi banyak bahagian Ilmu Al-Quran di
dalamnya .

2) Kemasyhuran As-Suyuti , menjadikannya lebih banyak penyusunan .


3)Al-Burhan lewat dicetak , hanya selepas seratus enam tahun daripada Al-Itqan
dicetak.

Kitab As-Suyuti menggambarkan bahawa lingkungan keemasan dalam perjalanan penulisan


ilmu ini , semua yang datang selepas itu berpegang pada sebahagian besar yang ditulisnya .

Penulisan berkaitan ilmu ini semakin kurang jelas selepas penulisan Al-Itqan . Umumnya apa
yang ditulis berdasarkan sesuatu yang diperoleh dari pemilik Al-Burhan dan Al-Itqan dalam
bentuk yang jelas dan meluas . Antara kitab yang masyhur pada zaman itu :
1-( Az-Ziyadah wa Al-Ihsan fi Ulum Al-Quran ) oleh Ibn Aqliah Al-Hanafi ( Wafat : 1150
H ) , merupakan kitab karangannya yang mengandungi seratus lima puluh empat bahagian
Ulum Al-Quran . Ia bersandar kuat dengan Al-Itqan . Kitab ini tidak tersusun dalam
menceritakan bahagiannya seperti yang disusun oleh As-Suyuti , bahkan dikedepankan dan
diakhirkan , dan berpegang dengan manhaj As-Suyuti – walaupun pada awalnya mengikut
Az-Zarkasyi – dalam beberapa permasalahan . Beliau memetik dari Az-Zarkasyi juga , dan
turut bergantung pada sumber rujukan lain selain dua kitab ini .
2- ( At-Tibyan li Ba’dul Mabahith Al-Muta’alliqah bil Quran ‘Ala Toriq Al-Itqan ) oleh
Tohir Al-Jaza’iri ( Wafat : 1338 H ) . Kitab ini dikira ringkasan daripada Al-Itqan .
Penulisannya banyak dipengaruhi kitab Al-Itqan , dan amat jelas dengan apa yang dipetiknya
itu .
3- ( Manahil Al-Urfan fi Ulum Al-Quran ) oleh Az-Zarqani ( Wafat : 1367 H ) . Kitab ini
lebih terkini dan menarik dalam kalangan Kitab Ulum Al-Quran pada kurun lalu ,
penulisannya mengandungi tujuh belas kajian Ulum Al-Quran , isi kandungannya tidak
terkeluar dari apa yang ditulis oleh Az-Zarkasyi dan As-Suyuti dalam kedua-dua kitab
mereka . Uslubnya yang mempunyai inovasi menarik dalam memperkenalkan kitab ,
menjadikannya indah dan bernilai .
4- ( Mabahis fi Ulum Al-Quran ) oleh Doktor : Subhi As-Soleh ( Wafat : 1407 H ) ,
meletakkan di dalam penulisannya empat belas jenis Ulum Al-Quran yang diperkenalkan
oleh Az-Zarkasyi dan As-Suyuti dalam kedua-dua kitab mereka .

Allah berselawat ke atas baginda s.a.w. dan memberkati nabi kita Muhammad , serta seluruh
ahli keluarga dan para sahabat .

Anda mungkin juga menyukai