Anda di halaman 1dari 17

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

MEI / 2019

MPU 2412

KOKURIKULUM

NO. MATRIKULASI : 810106105391001


NO. KAD PENGNEALAN : 810106105391
NO. TELEFON : 019-994 1953
E-MEL : abuasna27@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN LEARNING CENTER


Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan...................................................................................................1
2.0 Aktiviti 1…………………….…….……………………………........…....1
2.1 Pendahuluan………………..……….…………..………………..1
2.2 Sejarah…………..…………………………………………….….2
2.3 Kemudahan dan Fasiliti……………..…………..……..…………2
2.4 Lakaran Taman…………………………………………………...4
2.5 Cadangan Penambahbaikan………………………………………5
2.6 Penghargaan………………………………………………………5
3.0 Aktiviti 2…………………………………………………………...............6
3.1 Rakaman Video…………………………………………………..6
4.0 Aktiviti 3…………………………………………...…………………..…..6
4.1 Transkip Temubual……………………………………………….6
4.2 Laporan Temubual………………………………………………..9
5.0 Aktiviti 4……………………………..……..……........................….....….11
5.1 Reflektif Jurnal………………………………………………… .11
6.0 Kesimpulan……………………………………………………….……….14
1.0 PENGENALAN
Tugasan ini bertujuan menghuraikan berkaitan taman rekreasi sebagai lokasi
terbaik bagi menjalankan aktiviti fizikal seperti berjoging, berjalan kaki dan
sebagainya. Objektif utama tugasan ini adalah menerangkan dan merakamkan
aktiviti fizikal iaitu berjoging yang dilakukan di Taman Tasik Shah Alam oleh
komuniti setempat serta dimuat turun di laman sesawang “Youtube”.
Dalam pada itu, laporan temubual daripada pengunjung dan komuniti juga
dimuatkan dalam tugasan ini bagi mendapatkan pandangan dan input aktiviti fizikal
di sekitar taman rekreasi ini. Seterusnya laporan Refleksi Jurnal sepanjangan aktiviti-
aktiviti tugasan ini dijalankan bagi merungkaikan dapatan secara terperinci.

2.0 AKTIVITI 1

2.1 Pendahuluan
Taman rekreasi merupakan lokasi yang strategi bagi melakukan aktiviti fizikal
atau bersenam. Aktiviti ini mudah untuk dilakukan dan seharusnya diamalkan
oleh setiap individu bertujuan mengeluarkan toksin dalam badan melalui kaedah
berpeluh. Melakukan aktiviti fizikal atau bersenam di kawasan persekitaran alam
semula jadi mempunyai banyak kelebihan dan manfaat. Antara kelebihan
bersenam di persekitaran semula jadi adalah ia bukan saja dapat mencergaskan
badan tetapi mampu menenangkan fikiran dan memberi kesejahteraan mental
kerana ditemani tumbuhan hijau dan udara segar yang bebas dari hiruk pikuk
pengguna lain. Berikut adalah maklumat berkaitan tugasan saya seperti berikut:
Tarikh : 29 Julai 2019
Masa : 5.00 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Taman Tasik Shah Alam
Komuniti Terlibat : Komuniti sekitar Seksyen 3, Seksyen 4,
Seksyen 5, Seksyen 7 dan Seksyen 8

1
2.2 Sejarah
Taman Tasik Shah Alam merupakan salah satu tasik yang tertua di Bandaraya
Shah Alam yang siap dibina pada tahun 1985 dengan keluasan 127.8 ekar di
mana 40 ekar darinya adalah permukaan air. Ianya meliputi tiga (3) rangkaian
utama iaitu Tasik Barat (62.6 ekar), Tasik Tengah (29.2 ekar) dan Tasik Timur
(36 ekar) dengan kedalaman air tasik di antara satu(1) hingga enam (6) meter
dan dasar tasik ini adalah konkrit (Yazid (Komunikasi peribadi, Julai 29, 2019).
2.3 Kemudahan dan Fasiliti
Taman Tasik Shah Alam adalah antara salah satu taman rekreasi yang terluasa di
Bandaraya Shah Alam dan ianya diurus sepenuhnya oleh Jabatan Lanskap,
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bagi menyediakan perkhidmatan yang
terbaik kepada pengunjung dan komuniti, pihak MBSA telah menyediakan
pelbagai fasiliti yang lengkap dan teratur. Berikut adalah fasiliti yang disediakan
seperti berikut:
i. Laluan Pejalan Kaki (Pedestrian Walkway).
Laluan ini dibina sepanjangan 3.817 km yang merangkumi 3
kawasan utama di tasik ini iaitu Barat (1870m), Tengah (1027m),
Timur (920m) dan lebarnya 3 meter dengan menggunakan bahan
binaan seperti interlocking pavers. Trek ini adalah tarikan utama
pengunjung dan komuniti yang ingin menjalankan aktiviti fizikal
seperti berjoging, berjalan kaki, bersiar-siar dan sebagainya.

ii. Restoran dan Kiosk.


Restoran juga adalah salah satu tarikan kepada komuniti yang ingin
beristirehat sambil menikmati pelbagai makan yang sediakan. Di
sekitar tasik ini terdapat 6 unit restoran dan kiosk iaitu Kedai Kopi
1&2, Restoran Terapaung, Restoran Antan Batura dan kiosk-kiosk
sekitar padang permainan.

2
iii. Tandas Awam.
Di sekitar tasik ini terdapat 12 unit tandas awam beserta tandas
Orang Kelainan Upaya (OKU) disediakan bagi keperluan para
pengunjung dan komuniti.
iv. Ruang Parkir.
Menyediakan lot parkir kereta, motor di setiap 3 kawasan (Barat ,
Tengah dan Timur) utama tasik ini.
v. Tiang Lampu.
Aktiviti di tasik ini tidak terhad pada waktu siang sahaja, malah
pada waktu malam juga terdapat mengunjung dan komuniti yang
melakukan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, pihak pengurusan
telah memasang 460 unit tiang lampu bagi menerangi kawasan trek
dan laluan di sepanjang tasik ini.

vi. Tong Sampah


Kawansan tasik ini menyediakan tong sampah di setiap lokasi
tumpuan bagi memudahkan pengunjung untuk membuang sampah.

vii. Jambatan Kayu (6 unit).


viii. Jambatan Batu (5 unit).
ix. Jeti (3 unit).

3
2.4 Lakaran Taman
Berikut adalah lakaran asas Taman Tasik Shah Alam:

4
2.5 Cadangan Penambahbaikan

Hasil penelitian dan responden daripada pengunjung dan komuniti, beberapa


cadangan telah dikenal pasti seperti:
i. Memperkasa program-program yang bersesuaian mengikut
keutamaan dan perpaduan masyarakat setempat seperti program
berjalan kaki, pertandingan fotografi, pertandingan memancing,
program kesihatan dan sebagainya.
ii. Meningkatkan kualiti kebersihan air tasik bagi kesinambungan
habitat dan spesis ikan yang terdapat di dalam tasik tersebut.
iii. Membina kemudahan aktiviti ‘flying fox’ merentasi tasik ini.
iv. Rock Climbing (beginner).
v. Membuat bacaan kalori bagi setiap langkah.

2.6 Penghargaan

Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan


limpah kurnianya dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Saya
menjulang setinggi penghargaan kepada semua komuniti yang terlibat di sekitar
Seksyen 3, Seksyen 4, Seksyen 5, Syeksen 7 dan Seksyen 8 Shah Alam terutama
empat orang pengunjung dan komuniti yang telah saya temuramah ketika
menyiapkan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Penolong Arkitek Landskap, Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA) iaitu Encik Yazid bin Othman yang telah banyak memberi penerangan
dan berkongsi pengalaman berkenaan tasik ini. Seterusnya kepada Tutor Encik
Kamaruzaid bin Abdul Karim, Tutor Online Encik Rosehan bin Hasim dan
sahabat-sahabat serta ahli keluarga yang banyak membantu saya secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini.

5
3.0 AKTIVITI 2
3.1 Rakaman Video
Rakaman video telah dilaksanakan disepanjang aktiviti fizikal kecergasan
berjalan. Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah memuat naik rakaman video
tersebut di pautan (link) youtube. Berikut adalah pautan rakaman video tugasan
saya :
Tajuk : MPU 2412 Kokurikum Asnizam Md Resad.
Durasi : 6 minit 15 saat.
Pautan : https://youtu.be/jwSUdONfD_8

4.0 AKTIVITI 3
4.1 Transkrip Temu Bual
Bagi melengkapkan tugasan ini, saya telah menemubual 4 orang responden yang
terlibat dengan aktiviti fizikal yang dilakukan bagi mengetahui pandangan
mereka berkenaan aktiviti berjoging. Di bawah ini disertakan skrip temubual
responden satu dan tiga sebagai rujukan.
4.1.1 Responden 1
Laporan sesi temubual bersama responden pertama di Taman Tasik
Shah Alam.
Tarikh : 29 Julai 2019
Hari : Isnin
Masa : 5.30 petang hingga 6.00 petang
Peserta : Responden 1

Saya : Assalamualaikum dik, apa khabar?


Responden : Wa’alaikum salam, alhamdulillah baik sahaja.
Saya : Berapa pusingan petang ni?
Responden : Alhmdulillah 5 pusingan saja untuk petang ni.
Saya : Maafkan saya dik, saya student oum, “Boleh
saya temubual adik untuk beberapa soalan?”.
Responden : Boleh, tiada masalah, silakan.

6
Saya : Apakah pandangan adik berkaitan tasik ini?
Responden : Taman ini besar, ada tasik, environment cantik.
Saya : Mengapa adik suka melakukan aktiviti joging di
taman ini?
Responden : Fisilitinya dijaga dan pelbagai aktiviti banyak
disediakan.
Saya : Menurut adik, apakah perbezaan taman ini dengan
taman rekreasi yang lain?
Responden : Taman ni ada tasik dan disediakan aktiviti
berkaitan. Taman-taman lain takde aktiviti
berkaitan.
Saya : Adik ada cadangan tak apa-apa program yang
boleh menarik minat generasi muda?
Responden : Ada, contohnya paling ketara seperi Fun Run
sebab mereka suka nak berselfie nanti.
Saya : Ok dik, terima kasih banyak-banyak dan semoga
dikurniakan kesihatan.
Responden : Sama-sama

4.1.2 Responden 3
Laporan sesi temubual bersama responden pertama di Taman Tasik
Shah Alam.
Tarikh : 29 Julai 2019
Hari : Isnin
Masa : 5.30 petang hingga 6.00 petang
Peserta : Responden 3

Saya : Assalamualaikum cik, apa khabar?


Responden : Wa’alaikum salam, alhamdulillah baik sahaja.
Saya : Berjoging seorang petang ini?
Responden : Kadang-kadang saja, biasanya ada teman.

7
Saya : Maafkan saya cik, saya student oum, “Boleh
saya temubual cik untuk beberapa soalan?”.
Responden : Ya Boleh, tiada masalah, silakan.
Saya : Kenapa cik suka berjoging di sini?
Responden : Sebab udaranya segar dan nyaman walaupun di
bandar dan lagi satu trek yang bagus.
Saya : Mengapa ye golongan muda makin jarang di
taman ini?
Responden : Bagi saya la, sebab mereka suka aktiviti-aktiviti
yang lebih lasak dan mencabar seperti hiking dan
pergi ke gym.
Saya : Boleh cik beri contoh aktiviti untuk depa? (saya
tiba-tiba tukar loghat utara).
Responden : Tu diaaa.(berseloroh). biasa lelaki suka yang berat
mcm di gym atau flying fox. Dan perempuan pula
suka zumba.
Saya : Adakah gym wajar dibina di taman rekreasi?
Responden : Yup, wajar!
Saya : Emm.Apakah harapan cik kepada pihak berwajib
dalam merencana aktiviti di taman rekreasi?.
Responden : Saya simple aja, buat aktiviti yang bersesuaian
dengan semua golongan, lepas itu, war-warkan
melalui media, biar semua dapat informasi.
Saya : Ok terima kasih cik.
Responden : Baik, sama-sama.

8
4.2 Laporan Temubual
4.2.1 Responden 1
Hasil temubual daripada responden satu menjelaskan beliau
memilik melakukan aktiviti berjoging di Taman Tasik Shah Alam
kerana suasana pemandangan tasik yang sangat cantik dan faktor
keluasannya. Menurut beliau lagi, perbezaan yang jelas taman ini
dengan taman rekreasi yang lain adalah kemudahan dan fasiliti yang
bersih serta teratur menjadikan tasik ini ramai pengunjung untuk
melakukan aktiviti fizikal dan sebagainya. Kekerapan aktiviti dan
program yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan taman ini boleh
dibanggakan kerana sentiasa menganjurkan aktiviti yang bersesuaian
terutama kepada golongan muda seperti ‘Fun Run’ dan sebagainya.

4.2.2 Responden 2
Dapatan daripada temubual Responden 2 mendapati reaksi beliau
menyukai melakukan aktiviti di taman ini kerana dapat melihat aktiviti-
aktiviti masyarakat sekeliling selain dapat menghirup udara yang segar
dan nyaman. Jelas beliau lagi, taman inilah tempat pilihan beliau
sekiranya ingin menenangkan kegundahan hati. Beliau bukan sahaja
melakukan aktiviti berjoging malah terkadang membawa keluarga
untuk berkelah di taman tasik ini memandangkan kemudahan dan
fasiliti yang mencukupi dan meyakinkan. Harapan beliau agar taman
tasik ini dapat mengekalkan kebersihan yang maksimum untuk
kesinambungan generasi pada masa akan datang dan berharap semua
taman rekreasi di Malaysia dapat memperbanyakan fasiliti bagi
kemudahan umum.

4.2.3 Responden 3
Hasil temubual Responden 3 menjelaskan perasaan beliau yang
tenang apabila menghidup udara segar di taman ini walaupun terletak di
tengah-tengah kesibukan Bandaraya Shah Alam terutamanya pada

9
waktu pagi. Taman ini menjadi pilihan utama beliau kerana mempunyai
trek laluan yang sangat sesuai bagi aktiviti berjoging di samping
keadaan permukaan trek yang menguji kekuatan fizikal. Beliau
mencadangkan supaya merangka aktiviti-aktiviti berat dan lebih
mencabar seperti kemudahan gymnasium, Flying Fox dan lain-lain lagi
bagi menarik minat golongan remaja lelaki seperti beliau dan aktiviti
berkumpulan seperti zumba bagi golongan remaja perempuan. Jelas
beliau lagi, semua program-program yang ingin dijalankan hendaklah
diwar-warkan melalui media supaya informasi dapat sampai kepada
semua.

4.2.4 Respondan 4
Hasil temubual Responden 4 menerangkan kekerapan beliau
melakukan aktiviti fizikal berjoging di taman ini kerana sangat
berdekatan dengan tempat kerja. Beliau menghabiskan satu jam setiap
hari di taman tasik ini untuk menjaga penampilan diri kerana beliau
adalah salah seorang pemain bola sepak. Saranan beliau, golongan
muda perlu berjoging bagi menjaga stamina dan mengawal berat badan
kerana semakin ramai golongan muda yang obesiti atau berat badan
berlebihan di negara ini. Beliau menekankan bahawa semua kemudahan
dan fasiliti telah disediakan di taman tasik ini dan sesuai untuk semua
peringkat umur. Tambahan beliau lagi, ibu bapa juga memainkan
peranan penting supaya menggalakkan anak muda mereka untuk
menggunakan semua kemudahan yang terdapat di taman rekreasi kerana
semuanya adalah percuma.

10
5.0 AKTIVITI 4
5.1 Reflektif Jurnal
Pertama kali menerima soalan tugasan berasa amat teruja walaupun pada
mulanya sangat tertanya-tanya bagaimana cara penyelesaian untuk melaksanakan
tugasan ini. Secara umumnya, pengetahuan saya berkaitan subjek Kokurikulum
hanya berkaitan dengan aktiviti-aktiviti persekolahan sahaja, namun setelah
diterangkan oleh Tutor, saya mula faham kehendak soalan tugasan tersebut. Saya
dapat belajar konsep sebenar kokurikum adalah interaksi dalam melaksanakan
aktiviti sama ada secara individu atau berpasukan.
Saya juga belajar untuk mencipta kerangka tugasan yang saya kira sangat
berlainan dengan tugasan-tugasan subjek sebelum ini. Hasil perbincangan dalam
kumpulan sangat berkesan dan membantu saya untuk membina idea dan menyusun
informasi berkaitan. Dengan dorongan yang kuat daripada Tutor, saya dan rakan-
rakan dapat memahami dan menelusuri gambaran sebenar tugasan yang akan
dijalankan.
Selain daripada cabaran untuk memahami dengan lebih terperinci, kesukaran
mula terasa dengan kekangan masa lantaran ketika itu bulan Ramadhan telah tiba dan
seterusnya sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal berkunjung tiba. Disini saya benar-
benar belajar cara pengurusan masa yang fleksibal dan teratur walaupun saya telah
memahami untuk membina kerangka tugasan.
Semasa memulakan tugasan ini, saya telah berkunjung di beberapa lokasi taman
rekreasi bagi mendapatkan tempat yang paling strategik. Saya memilih Taman Tasik
Shah Alam kerana taman rekreasi ini sangat berhampiran dengan tempat bekerja.
Saya mula memerhati segala bentuk aktiviti fizikal yang dilakukan di sekitar taman
ini dan saya memilih aktiviti berjoging sebagai input tugasan ini. Saya juga mula
berinteraksi dengan pengunjung dan komuniti yang berada di sekitar tasik sebagai
langkah permulaan dalam mencari informasi tugasan. Dalam keghairahan untuk
menulis tugasan ini, saya diuji dengan kerosakan komputer riba yang menyebabkan
segala persiapan untuk menulis tugasan ini terganggu dan sedikit sebanyak
mengganggu emosi saya ketika itu. Pengorbanan wang ringgit demi mencapai
komitmen saya untuk melaksanakan tugasan ini. Dengan erti kata lain, saya terpaksa

11
merangka semua nota-nota hasil perbincangan bersama tutor dan rakan-rakan. Di sini
pembelajaran memerlukan pengorbanan dan pendua atau ‘backup’ bagi memulihkan
semangat dan kepercayaan diri.
Pelbagai aktiviti fizikal yang dijalankan di tasik ini ketika hari bekerja dan
kebanyakannya adalah golongan pelajar dan kakitangan awam namum suasana itu
bertukar apabila saya mengunjungi taman tasik ini pada hari hujung minggu. Aktiviti
kekeluargaan sangat ketara di samping golongan-golongan mengikut peringkat umur
dan juga pelbagai bangsa. Dengan kerjasama dan sikap mesra pengunjung dan
komuniti di sini, saya telah menjalankan sesi temubual dengan soalan-soalan santai
yang berkaitan taman rekreasi dan aktiviti fizikal khususnya aktiviti berjoging. Ini
adalah pengalaman yang sukar dicari kerana dapat berinteraksi dengan pelbagai
golongan peringkat umur dan berlainan bangsa. Mereka banyak membantu dan
memberikan sokongan penuh dalam pelaksanaan tugasan ini.
Saya juga belajar bagaimana ingin mendapatkan maklumat berpandukan
prosuder yang betul terutama yang melibatkan agensi-agensi badan berkanun.
Setelah membuat temujanji dengan pegawai di Jabatan Landskap MBSA, saya
berpeluang untuk menemubual dan mendapatkan informasi tepat berkaitan Taman
Tasik Shah Alam. Cara tutur kata dan pergaulan juga adalah suatu pembelajaran
yang dapat mematangkan ketrampilan diri. Inilah salah satu kekuatan dalam
melaksanakan tugasan pada kali ini di samping melalui kaedah pembacaan.
Dalam waktu yang sama, penyaluran maklumat berkaitan tugasan ini oleh Tutor
Online sangatlah membantu terutama melalui ‘Live Forum’ yang diadakan sebanyak
empat kali. Saya mencadangakn waktu ‘Live Forum’ ini ditambah bagi memberi
peluang kepada semua pelajar untuk terlibat dan mendapat maklumat serta informasi
secara langsung. Tidak dinafikan penglibatan forum dalam myINSPIRE juga banyak
membantu semasa melaksanakan tugasan kerana banyak perkara yang ditekankan
dan sentiasa berkongsi pendapat serta ingat mengingati antara satu masa lain.
Penyediaan ‘Reflektif Jurnal’ adalah kali pertama buat saya dan sangat berbeza
dengan ‘Reflektif Report’. Saya perlu tahu pendetailan dan perincian setiap satu
persatu aktiviti yang dilakukan. Ianya sangat bagus dan peluang keemasan untuk
saya meningkatkan gaya bahasa dan penggunaan ayat yang betul dalam

12
menghuraikan kerangka tugasan. Penyediaan rakaman video juga merupakan
pengalaman baru yang mungkin tidak tercapai sekiranya saya tidak melaksanakan
tugasan ini. Banyak rakaman yang perlu diambil bagi mendapatkan rakaman yang
paling tepat mengikut kehendak soalan. Di samping itu juga, penggunaan aplikasi
untuk menyunting video sangat mencabar dan saya tidak pernah melakukannya
sebelum ini. Walau bagaimana pun, ianya sangat mengembangkan pengetahuan saya
dalam bidang teknologi maklumat. Ini kerana kehendak tugasan kali ini mewajibkan
semua pelajar subjek ini untuk memuat naik (upload) rakaman video tugasan di
laman ‘Youtube’. Di sini, secara langsung dapat membina keyakinan diri untuk
bercakap di khalayak ramai dan secara tidak langsung mengajar erti kesabaran dalam
menerima kritikkan atau teguran demi mencari kesempurnaan dan ketepatan.
Di samping kekuatan dalam tugasan ini, agenda kelemahan juga terpalit dengan
bebanan kehendak kerja-kerja hakiki di pejabat seperti kursus, mesyuarat, bengkel
dan sebagainya. Terkadang merasakan diri tidak mampu untuk menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna. Apabila keletihan mental lebih banyak, fizikal juga turut
merasakan kesengsaraannya dan di sinilah berlakunya pembaziran masa yang
merugikan. Namum ianya dapat diatasi apabila berkunjung di myINSPIRE kerana
kata-kata semangat dari rakan-rakan dan Tutor sangat membantu mencernakan setiap
masalah yang timbul.
Selepas penyiapkan ke semua aktiviti-aktiviti, perasaan seronok semakin
menebal kerana banyak perkongsian dan sokongan serta kerjasama baik daripada
semua pihak. Saya berharap aktiviti-akiviti seperti ini perlu diwujudkan mengikut
kesesuaian subjek-subjek pada setiap pengajian bagi memberi peluang kepada semua
pelajar untuk meningkatkan jati diri apabila berinteraksi di tempat awam. Ianya juga
mengembangkan daya kreativiti para pelajar dalam mencipta sesuatu yang baharu
dan mencabar. Pelbagai ilmu pengetahuan dapat dipelajari semasa menyiapkan
tugasan ini walaupun dilanda dengan bermacam cabaran dan dugaan.

13
6.0 KESIMPULAN
Dalam pengakhirtan tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat awam
khususnya komuniti setempat perlu mengambil langkah proaktif untuk menjadikan
taman rekreasi di seluruh negara sebagai pusat riadah bagi menjalankan aktiviti
fizikal serta program-program sampingan yang berkaitan. Ini kerana taman rekreasi
adalah medan mengeratkan silatul rahmi di samping tempat untuk menghilangkan
lelah kepenatan bekerja(Anonymous, 2017). Aktiviti-aktiviti fizikal seperti
berjoging, berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya dapat membantu meningkatkan
tahap kesihatan khususnya jantung. Di samping memberi galakkan dan sokongan
kepada komuniti setempat untuk menyertai segala bentuk program yang dianjurkan
di taman rekreasi berdekatan. Semoga dengan berakhirnya tugasan ini para pelajar
dapat mengambil semua pengalaman dan pengajaran yang sedikit sebanyak telah
membina jati diri.

(PATAH PERKATAAN: 2725)

14
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Anonymous. (2017, April 5) Taman Rekreasi Medan Erat Silaturahim: Berita Harian.
Dicapai dari https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-
malaysia/20170405/281921657895291
Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

15

Anda mungkin juga menyukai