Anda di halaman 1dari 15

Topik  Analisis

Isu-isu Akidah
10 dari Kajian
Orientalis
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan orientalisme;
2. Menjelaskan isu-isu utama tauhid menurut kajian orientalis;
3. Menjelaskan isu-isu al-nubuwwah (kenabian) Nabi Muhammad SAW
menurut kajian orientalis; dan
4. Menjelaskan isu i`jaz al-Quran menurut kajian orientalis.

 PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan beberapa isu berkaitan dengan akidah
menurut kajian orientalis. Tumpuan akan diberikan kepada tiga isu utama iaitu
isu tauhid, al-nubuwwah dan i`jaz al-Quran atau ciri-ciri keistimewaan al-Quran
yang menjadikan al-Quran itu sebagai salah satu mukjizat utama Nabi
Muhammad SAW. Topik ini juga, akan menerangkan pengertian orientalisme
secara ringkas.

AKTIVITI 10.1

Apakah yang anda faham tentang orientalisme?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS

10.1 PENGERTIAN ORIENTALISME


Sejak zaman berzaman, para musuh Islam melakukan pelbagai cara dan kaedah
untuk menghalang penyebaran Islam dalam khalayak masyarakat manusia dan
penghayatan nilai-nilainya yang unggul oleh kaum Muslimin di seluruh pelosok
dunia. Antaranya ialah menerusi gerakan kristianisasi dan orientalisme. Dua
gerakan ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk merosakkan binaan akidah,
syariah yang mengatur persoalan hidup manusia dan akhlak Islam dengan
memberikan gambaran yang salah dan meragukan tentang hakikat perkara
tersebut. Bezanya ialah gerakan kristianisasi ditujukan kepada orang-orang awam,
manakala gerakan orientalisme ditujukan kepada golongan intelektual dengan
berselindung di bawah syiar penyelidikan ilmiah (`Abd al-`Azim, 1993).

Menurut Edward W. Said, orientalisme ialah istilah berkenaan „Orient‰ (Timur)


yang mendapat satu kedudukan istimewa dalam pengalaman Eropah dan Barat.
Timur bukan sahaja merupakan tempat yang berdekatan dengan Eropah dari segi
geografi, malahan ia adalah sumber penjajahan Eropah yang terkaya dan terbesar
dan sumber bagi tamadun, bahasa dan kebudayaannya. Timur adalah tapak
pembinaan imej bagi Eropah dan Barat dan amat membantu dalam memberi
definisi yang tepat terhadap Barat yang mana Timur ialah sesuatu yang
bertentangan dengan Eropah atau Barat dari segi imej, idea, personaliti dan
pengalaman.

Menurutnya lagi, pengertian yang lebih bersifat akademik bagi istilah ini ialah,
„Sesiapa sahaja yang memberi pengajaran, menulis dan mengkaji mengenai
Timur; tidak kira sama ada ia seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah,
filologi dan lain-lain digelar ÂorientalisÊ dan hasilan daripada aktiviti-aktiviti
mereka itu disebut sebagai Âorientalismeʉ (Indriaty Ismail, 1998).

Menurut Mahmud Hamdi Zaqzuq (1997), orientalisme ialah suatu ilmu ketimuran
atau ilmu tentang dunia timur. Orientalis secara umum bermaksud semua ahli
Barat yang mempelajari dunia Timur sama ada bahasa, sastera, peradaban
ataupun agama (Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1997; Indriaty Ismail, 1998). Dari
pengertian ini, dapat disimpulkan bahawa kajian berkaitan dengan agama, yang
mana bidang akidah adalah sebahagian daripadanya, termasuk dalam kajian
orientalisme.

Dalam konteks ini, terdapat beberapa pandangan para orientalis terhadap isu-isu
berkaitan dengan akidah yang bertentangan dengan prinsip-prinsip akidah yang
suci dan murni. Antara nama-nama terkenal sarjana orientalis ialah A. J. Arberry,
Alfred Guillaume, Baron Carra de Vaux, H. A. R. Gibb, Goldziher, S. M. Zweimer,
G. Von Grunebaum, P. H. Hitti, L. Massignon, D. B. Macdonald, R. L. Nicholson
dan lain-lain lagi (Muhammad al-Bahi, 1981).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS  159

Sejarah kemunculan orientalisme dikaitkan dengan kesungguhan orang-orang


Kristian untuk mengkaji Islam hasil cetusan ketidakpuasan hati mereka terhadap
Islam selepas peperangan Salib yang berlaku dalam suatu tempoh yang amat
panjang.

Perang Salib merupakan motivasi terkuat kepada Kristian Eropah untuk


mempelajari Islam, pengajaran dan adat istiadatnya. Abad ke-19 dan ke-20 dianggap
sebagai zaman keemasan orientalisme. Ini kerana ketika itu para orientalis secara
sepenuhnya menerajui gerakan akademik dan penerbitan ilmiah mereka sendiri.
Perancis telah menumpukan sepenuh perhatian untuk menjadikan Paris sebagai
pusat pengajaran bahasa Arab yang utama dan menjadi tempat tumpuan pelajar
dan ulama untuk mempelajari ilmu (Indriaty Ismail, 1998).

Para sarjana orientalis melakukan beberapa cara dan kaedah untuk menyebarkan
pemikiran mereka sama ada menerusi penulis buku, ensiklopedia, penganjuran
seminar dan persidangan, penubuhan institusi-institusi kajian, pengeluaran
majalah dan sebagainya (Muhammad al-Bahi, 1981).

Pandangan orientalisme terhadap Islam banyak dipengaruhi oleh matlamat


mereka melakukan kajian terhadap Islam itu sendiri dan ini merangkumi apa yang
dinyatakan oleh Mahmud Hamdi Zaqzuq seperti yang berikut (Mohamed Asin
Dollah, 1998):

(a) Menyerang Islam dan membayangkan kelemahan yang terdapat padanya,


berusaha meyakinkan orang lain bahawa Islam adalah ambilan daripada
agama Yahudi dan Nasrani (Kristian), merendahkan nilainya serta
menjatuhkan martabat nabinya;

(b) Memelihara penganut Kristian daripada cahaya Islam dengan cara menutupi
kebenaran Islam, meyakinkan kaumnya tentang kekurangan-kekurangan
Islam, serta memperingatkan mereka agar jangan menyerah diri kepada
Islam; dan

(c) Menegakkan misi penyebaran dan pengkristianan orang Islam.

Berdasarkan keterangan ini, dapat disimpulkan bahawa orientalisme adalah satu


gerakan intelektual yang didukungi oleh para ilmuwan Barat bertujuan untuk
memberi gambaran yang buruk tentang Islam, walaupun tidak dinafikan ada
antara mereka yang bersifat objektif terhadap Islam. Bahkan ada yang memeluk
Islam seperti beberapa tokoh orientalis kini seumpama Roger Garaudy, Murad
Hoffman, Martin Ling, Yahya Mishot dan T. J. Winter. Menurut Muhammad al-
Bahi (1981), mereka cuba menggambarkan bahawa Islam adalah agama yang
disebarkan dengan cara keganasan iaitu menerusi mata pedang dan pengikutnya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS

adalah terdiri daripada para pentaksub, gemar membunuh dan ketinggalan zaman
di samping dakwaan-dakwaan lain yang tidak berasas. Gerakan orientalisme
memberikan gambaran yang negatif terhadap Islam mencakupi setiap aspek yang
berkaitan dengan Islam seperti pandangan tentang al-Quran, nabi Muhammad
SAW, akidah Islam, sahabat Rasulullah SAW, sejarah Islam, nilai-nilai Islam,
syariat Islam dan lain-lain lagi (`Abd al-`Azim, 1993). Dalam huraian yang berikut
dinyatakan beberapa pandangan sarjana orientalis terhadap beberapa isu utama
menyentuh persoalan akidah Islam.

10.2 ISU-ISU TAUHID MENURUT KAJIAN


ORIENTALIS
Umum mengetahui bahawa para orientalis adalah terdiri daripada kalangan
penganut agama Kristian yang mempunyai pandangan berbeza dengan orang-
orang Islam terhadap persoalan tauhid. Konsep tauhid ini diterangkan secara jelas
di dalam al-Quran dan umat Islam memahaminya dengan mudah, sebagaimana
yang diterangkan Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas bahawa Allah adalah Esa,
Dia menjadi tempat tumpuan semua makhluk, Dia tidak beranak dan
diperanakkan dan tiada seseorang pun yang menjadi sekutu-Nya sebagai Tuhan.

Namun demikian, Zwemer, seorang orientalis menyatakan bahawa konsep Allah


SWT yang dinyatakan oleh al-Quran sebagai konsep pengesaan Tuhan yang
mandul (barren monotheisme of Islam). Anderson pula menyatakan bahawa
konsep tauhid yang ada pada orang-orang Islam sesuai difahami di padang pasir
(could be best understood in the desert). Ia terlalu luas (vastness), agung (majesty),
tiada perasaan belas kasihan dan diselubungi misteri (ruthlessness and mystery)
(Mohammad Khalifa, 1983).

Tokoh orientalis seperti Goldziher pernah menyatakan bahawa akidah tauhid


yang dipegang oleh umat Islam mengalami proses pengembangan dari satu
peringkat ke satu peringkat dan ia bukannya sesuatu yang tetap. Ertinya, Islam
tidak didatangkan dengan akidah yang satu dan tetap, tetapi pegangan
kepercayaannya dibentuk oleh beberapa generasi yang terawal. Dasar-dasar
akidahnya terbentuk daripada unsur-unsur pengetahuan pelbagai yang sedia ada
dalam masyarakat Arab dan yang berkembang dalam persekitaran mereka ketika
itu. Akhir daripada gabungan pengetahuan ini terbentuk satu set kepercayaan
yang boleh menampung lompang ajaran-ajaran nabi terdahulu. Beliau juga
menyatakan bahawa adalah sesuatu yang sukar untuk mengeluarkan dari al-
Quran mazhab akidah yang satu dan sunyi daripada pertentangan (Muhammad
al-Ghazali, 1975).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS  161

Ini bertentangan dengan kenyataan yang sebenar tentang akidah Islam. Ini kerana
persoalan akidah atau ibadat dalam Islam adalah tetap dan tidak akan berubah
dan mengalami proses tokok tambah dan pengurangan dari semasa ke semasa.
Akidah Islam datang daripada Allah SWT dan apa yang terkandung dalam akidah
Islam hari ini sama sebagaimana ia mula didatangkan oleh Allah SWT kepada
manusia. Hanya al-Quran yang menjadi sumber akidah dan keyakinan umat
Islam. Manusia tidak boleh campur tangan untuk mengembangkannya dari satu
fikrah ke satu fikrah yang lain, sebagaimana yang berlaku dalam ajaran Kristian
dan agama-agama yang lain. Agama Kristian sebagai contoh pada peringkat awal
membawa ajaran mentauhidkan Allah SWT, kemudian setelah mengalami
beberapa proses perkembangan, maka muncullah fikrah tentang triniti iaitu ajaran
penigaan Tuhan yang terkandung di dalamnya tiga entiti terdiri daripada Tuhan
Bapa, Tuhan Anak dan Roh al-Quds (Holy Spirit). Semua ini berlaku hasil
daripada resolusi yang telah ditetapkan oleh beberapa persidangan anjuran pihak
gereja Kristian di seluruh dunia (Muhammad al-Ghazali, 1975).

Dalam isu yang menyentuh tauhid ini, tidak banyak pandangan para orientalis
dikemukakan terhadap pegangan tauhid umat Islam, kerana mereka banyak
mengambil pendekatan menyerang sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan sunah
dan pembawanya iaitu Nabi Muhammad SAW. Pernah ada kalangan orientalis
yang mendakwa bahawa orang-orang Islam menyembah (worshipped) Nabi
Muhammad SAW sebagai idola mereka, sebab itu penganut Islam dilabelkan
dengan sebutan „Mohammedans‰ (Muhammad al-Ghazali, 1975). Langkah
tersebut diambil atas justifikasi bahawa seandainya kedua-dua perkara tersebut
iaitu sumber dan pembawanya ditolak oleh umat Islam, maka segala ajaran yang
dibawanya sama ada yang berkait dengan akidah (tauhid), syariah dan akhlak akan
tertolak dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, kita dapati beberapa isu
berkenaan tauhid telah diperkatakan oleh golongan orientalis dan ini yang akan
dibentangkan seperti yang berikut.

Dalam iktikad umat Islam, mereka percaya bahawa Islam adalah agama tauhid
yang mengajarkan penganutnya supaya mengesakan Allah SWT. Dia adalah
Tuhan yang Esa, tiada anak dan tiada sesiapapun yang menyekutui-Nya dan
pegangan iktikad ini jauh berbeza dengan apa yang dipegang oleh orang Kristian.

Sebaliknya, para orientalis cuba menggambarkan kepada umat Islam bahawa


Islam bukan agama yang datang dari Allah SWT, yang mana Nabi Muhammad
SAW hanya insan biasa yang mencipta al-Quran dan juga dikatakan mencipta
dakwaan palsu tentang kebenaran Islam dan kedudukannya sebagai pembawa
risalah dari Allah SWT (Muhammad al-Bahi, 1981).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS

Menurut mereka, Islam terbentuk daripada kesan pengaruh peninggalan warisan


sejarah orang Yahudi-Kristian. Mereka juga mendakwa bahawa Islam merupakan
suatu gambaran yang tidak tepat dan keliru mengenai agama Kristian yang
sebenar, dengan maksud bahawa Islam adalah agama yang menyelewengkan
agama Kristian yang sebenar (Muhammad al-Bahi, 1981).

Isu tauhid juga diperkatakan oleh para orientalis secara tidak langsung ketika
mereka membincangkan tentang kedudukan Nabi Muhammad SAW yang
dikatakan mengarang sendiri al-Quran. Menurut mereka, maklumat tentang
agama Kristian dalam kalangan orang Arab pada zaman Nabi Muhammad SAW
adalah terbatas dan terhad. Tambahan pula, iktikad yang dipegang oleh orang
Kristian yang hidup dalam masyarakat Arab adalah tidak berdasarkan
kepercayaan yang sebenar yang ada dalam ajaran Kristian.

Lantaran itu, banyak tersebar dalam kalangan mereka kepercayaan bidaah yang
terpesong dari ajaran Kristian yang sebenar. Oleh sebab itu, masyarakat Arab
menolak penyaliban al-Masih (Isa) dan percaya bahawa doktrin triniti merujuk
kepada tiga entiti iaitu Allah SWT, Nabi Isa a.s. dan Maryam dan bukannya Bapa,
Anak dan Roh yang Suci (Roh al-Quds). Maklumat salah yang tersebar dalam
masyarakat Arab inilah yang diketahui oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka
mendakwa lagi, walaupun Nabi Muhammad SAW hanya mengetahui sedikit
tentang ajaran Kristian, tetapi Baginda mengetahui banyak tentang kelahiran Nabi
Isa a.s. dan tentang ibunya Maryam (Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1997).

Apa yang cuba diketengahkan oleh orientalis di sini ialah pemikiran bahawa
seandainya Nabi Muhammad SAW mengetahui banyak maklumat tentang ajaran
Kristian yang sebenar, tentu sekali Baginda tidak menolak ajaran Kristian,
termasuk doktrin triniti yang dipegang oleh orang Kristian hari ini. Ini amat
bertentangan secara jelas dengan dasar ajaran tauhid yang mengajar manusia agar
mengesakan Allah SWT dari sebarang sekutu; tiada Tuhan lain selain daripada-
Nya; Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Dia tidak pernah sama sekali
menempatkan zat-Nya dalam jasad manusia.

SEMAK KENDIRI 10.1

1. Jelaskan isu tauhid menurut kajian orientalis.

2. Huraikan beberapa pertentangan hujah orientalis dengan akidah


Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS  163

10.3 ISU-ISU AL-NUBUWWAH MENURUT


KAJIAN ORIENTALIS
Isu al-nubuwwah atau kenabian ialah antara isu utama yang dibangkitkan oleh
tokoh-tokoh orientalis. Mereka menolak kenabian Nabi Muhammad SAW dan
mendakwa bahawa Baginda bukan diutuskan oleh Allah SWT untuk menjadi rasul
terakhir bagi umat manusia. Orientalis dan para pendukung mereka seperti Abdul
Rahman al-Syarqawi dan Taha Husein cuba menggambarkan bahawa Rasulullah
SAW bukannya seorang rasul yang berperanan berdasarkan wahyu yang
diterimanya daripada Allah SWT, tetapi seorang utusan yang cuba membebaskan
masyarakat Arab daripada cengkaman penguasa besar seperti Rom dan Parsi dan
risalah Islam yang dibawanya hanyalah satu gerakan sosial masyarakat Quraish
untuk membebaskan mereka daripada cengkaman luar yang terpisah dari cetusan
wahyu yang diterimanya secara benar daripada Tuhan (Anwar al-Jundi, 1984).

Kenyataan ini turut dinyatakan oleh Renan yang mendakwa bahawa risalah
Muhammad adalah berpanjangan atau penerusan secara tabii daripada gerakan
keagamaan yang berkembang dalam masyarakat Arab pada zaman Muhammad
dan risalah yang dibawanya tidak mengandungi sesuatu yang baru (Mahmud
Hamdi Zaqzuq, 1997).

Keterangan yang dinyatakan tadi cuba menggambarkan bahawa risalah Islam


yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah berdasarkan daya usaha dan
inisiatif Baginda sendiri dalam berdakwah tanpa dikaitkan atau mempunyai
sebarang hubungan dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepadanya.
Mereka seolah-olah tidak meneliti fakta sejarah betapa peritnya Rasulullah SAW
berdepan dengan kaumnya sendiri dalam menjayakan gerakan Islam yang
dibawanya. Mereka lupa bahawa Rasulullah SAW terpaksa keluar dari rumahnya
pada waktu malam ketika masyarakat Quraish berkomplot untuk membunuhnya,
mereka lupa tentang peristiwa dia bersembunyi di gua Thur dan bagaimanakah
dia menerima wahyu daripada Allah SWT untuk memandu manusia ke jalan yang
benar (Anwar al-Jundi, 1984).

Kalaulah Rasulullah SAW membawa ajaran berdasarkan inisiatifnya sendiri bagi


membebaskan masyarakat Arab daripada cengkaman luar atau dalam yang
mencengkam kehidupan mereka, sudah pasti cabaran yang terpaksa dihadapinya
daripada kaumnya sendiri tidak akan seteruk itu. Maksudnya, sekiranya
perjuangan Rasulullah SAW adalah demi kebaikan masyarakat Arab, maka
mereka tidak akan menentang bahkan sebaliknya akan menyokong perjuangan
Baginda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS

Tambahan daripada itu, Mohammad Khalifa (1983) dan Mohamed Asin Dollah
(1998) juga menyatakan bahawa ramai orientalis mendakwa bahawa Nabi
Muhammad SAW adalah seorang penyair, seorang ahli fikir, seorang berpenyakit
gila babi atau ahli sihir, atau seorang yang bergantung kepada sumber-sumber
Yahudi dan Kristian dalam usaha mengarang al-Quran. Terdapat pula pendapat
yang mendakwa bahawa Rasulullah SAW bergantung pada kitab suci agama
terdahulu (al-kitab al-muqaddas), khususnya Perjanjian Lama (al-Ahd al-Qadim)
iaitu bahagian kisah-kisah dalam menulis al-Quran.

Sebahagian daripada kisah balasan buruk seperti kisah Aad dan Thamud adalah
berdasarkan sumber-sumber Arab, tetapi sebahagian besar sumbernya diambil
oleh Nabi Muhammad SAW daripada sumber-sumber Yahudi dan Kristian.
Peluang Nabi Muhammad SAW hidup di Madinah digunakannya untuk
mengetahui apa yang terkandung di dalam Perjanjian Lama daripada orang-orang
Yahudi yang tinggal di Madinah (Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1997).

Orientalis juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW mengarang al-Quran


berdasarkan pengetahuannya tentang agama-agama lain sebelum Islam seperti
agama Yahudi dan Kristian. Sebagai contoh, mereka mendakwa bahawa Nabi
Muhammad SAW mengumpul maklumat tentang agama Kristian, Nabi Isa a.s.
dan ibunya Maryam berdasarkan apa yang diketahuinya daripada masyarakat
sekitarnya.

Mereka juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW mengetahui tentang


agama Kristian menerusi Buhaira, rahib atau paderi Kristian yang ditemuinya
ketika mengembara bersama bapa saudaranya ke Syam (Syria) dalam rombongan
perniagaan ke sana. Nabi Muhammad SAW kononnya dikatakan mengamalkan
apa yang diajar oleh rahib tersebut dalam hidupnya, kemudian mengisytiharkan
agama barunya berdasarkan maklumat yang diketahuinya daripada rahib tersebut
dan daripada pengikut agama Yahudi kepada manusia. Semua pandangan ini
adalah tidak bersandarkan kepada asas sandaran hujah yang kukuh, sebaliknya ia
hanyalah sekadar tekaan dan andaian semata-mata (Mahmud Hamdi Zaqzuq,
1997).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS  165

Selain daripada itu, mereka juga telah menisbahkan kepada Nabi Muhammad
SAW dengan sifat-sifat buruk dan negatif bagi mencemarkan imej Baginda SAW
sebagai nabi yang mulia dan terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat.
Sebagai contoh, mereka mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai
seorang lelaki yang menjadi pemuja nafsu seks dan hanya memikirkan tentang
wanita (al-rajul al-syahwani). Ini berdasarkan fakta bahawa Baginda mengahwini
ramai wanita semasa hayatnya. Sandaran ini tidak benar kerana pada hakikatnya
kalaulah Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang memuja nafsu seks dan
mengutamakan perkara itu, tentu sekali dia tidak akan memilih dan mengahwini
Khadijah, seorang janda berusia 40 tahun yang pernah berkahwin dengan dua
orang lelaki sebelumnya.

Sebaliknya, dia pasti akan memilih gadis yang lebih muda dari usianya ketika dia
berkahwin dengan Khadijah pada usia 25 tahun, ataupun sekurang-kurangnya dia
tidak akan memilih gadis yang lebih tua daripadanya. Selain daripada itu, sebelum
Baginda berkahwin dengan Khadijah, iaitu ketika Baginda berusia 25 tahun,
Baginda masih terpelihara kehormatannya dan tidak pernah melakukan
perbuatan keji seperti berzina dan perkara-perkara maksiat yang lain. Sekiranya
Baginda SAW adalah seorang yang menjadi pemuja nafsu dan gemarkan wanita,
sudah tentu baginda SAW sudah terlanjur melakukan perbuatan-perbuatan yang
keji tersebut (Muhammad al-Buti, 2007).

Seterusnya, selepas berkahwin dengan Khadijah, Baginda melayari kehidupan


berumah tangga dengan Khadijah selama 25 tahun, iaitu sehingga Khadijah
meninggal dunia dalam usia 65 tahun dan Baginda pula berusia 50 tahun ketika
itu. Dalam tempoh tersebut, Nabi Muhammad tidak pernah berpoligami. Ini
membuktikan bahawa kalaulah Baginda adalah seorang pemuja wanita, tentu
sekali semasa dalam tempoh berumah tangga dengan Khadijah itu, Baginda akan
berpoligami kerana umur Baginda masih muda. Baginda hanya berpoligami
selepas kematian Khadijah atas sebab dan hikmah yang tertentu sesuai dengan
ketinggian kedudukannya sebagai seorang rasul serta demi tugas dan dakwahnya
dan bukannya bertujuan untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata. Tambahan
lagi, jikalau hawa nafsu merupakan matlamat dan tujuan hidup Baginda, pastinya
gerakan dakwah Islam tidak akan berjaya dan berkembang ke seluruh penjuru
dunia (Muhammad al-Buti, 2007).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Huraikan isu al-nubuwwah menurut kajian orientalis.

2. Huraikan beberapa pertentangan pandangan orientalis tentang


al-nubuwwah dengan akidah Islam.

10.4 ISU-ISU I`JAZ AL-QUR’AN MENURUT


KAJIAN ORIENTALIS
Selain daripada isu tauhid dan kenabian, isu i`jaz al-Quran juga turut disentuh
dalam kajian orientalis. Mereka tidak menerima kedudukan al-Quran sebagai
kitab suci yang dijaga ketulenannya oleh Allah SWT sepanjang zaman. Mereka
juga menolak keistimewaan al-Quran dari segi bahasa, makna dan rahsia-rahsia
yang terkandung di dalamnya. Mohammad Khalifa (1983) menerusi bukunya, The
Sublime QurÊan and Orientalisme telah memetik beberapa pandangan negatif para
orientalis terhadap al-Quran. Beliau memetik pandangan tokoh-tokoh seperti
Menezes, Draycott, William Muir, Wollaston dan Lammens yang mengatakan
bahawa al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad SAW (Mohammad Khalifa,
1983; Mohammad Asin Dollah, 1998).

George Sale (1697-1736M) misalnya, seorang orientalis dari England yang pernah
menulis mengenai al-Quran dan menterjemahkan al-Quran secara langsung dari
bahasa Arab ke bahasa Inggeris pernah menyatakan bahawa al-Quran tidak
mengandungi apa-apa keistimewaan. Ia hanya karangan Nabi Muhammad SAW
dan penciptanya yang utama. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah orang
yang mengambil inisiatif mengusahakan penulisan al-Quran dengan bantuan para
pembantunya dan usaha tersebut bukan merupakan satu usaha yang mudah
(Mahmud Hamdi Zaqzuq, 1997). Malahan menurutnya juga, terdapat beberapa
istilah di dalam al-Quran yang diambil daripada agama Yahudi dan Kristian.
Sebagai contoh, istilah al-Quran „surah‰ adalah sama dengan istilah „sedarim‰
yang ada dalam agama Yahudi dan istilah „ayat‰ yang sama dengan istilah „ototh‰
yang bermakna „tanda-tanda‰ atau „keajaiban‰ (Mohammad Asin Dollah, 1998).

Beliau juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW telah meniru cara orang
Yahudi membilang perkataan dan huruf bagi kitab suci mereka. Dakwaan jahat ini
adalah berdasarkan dakwaannya bahawa terdapat tujuh edisi al-Quran yang
mempunyai bilangan ayat yang berbeza-beza, namun bilangan perkataan dan
hurufnya adalah sama. Tujuh edisi tersebut ialah dua di Madinah, edisi ketiga di
Mekah, keempat di Kufah, kelima di Basrah, keenam di Syria dan ketujuh edisi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS  167

umum. Beliau mengambil kesempatan di atas kewujudan tujuh edisi tersebut


untuk meragukan keaslian edisi-edisi tersebut. Menurutnya, edisi pertama di
Madinah mempunyai 6,000 ayat; edisi kedua di Madinah dan edisi kelima di
Basrah mempunyai 6,214 ayat; edisi ketiga di Mekah mempunyai 6,219 ayat; edisi
keempat di Kufah mempunyai 6,236 ayat; edisi keenam di Syria mempunyai 6,226
ayat dan edisi ketujuh mempunyai sebanyak 6,225 ayat. Sungguhpun edisi-edisi
tersebut mempunyai bilangan ayat yang berbeza, ia mempunyai perkataan yang
serupa iaitu 77,639 perkataan dan bilangan huruf yang serupa iaitu sebanyak
323,015 huruf (Mohammad Asin Dollah, 1998).

Pandangan orientalis yang menyatakan bahawa al-Quran ditulis adalah tidak


tepat berdasarkan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang
buta huruf dan tidak mampu untuk menulis sendiri al-Quran dengan tangannya
sendiri. Sekiranya Rasulullah SAW mengarang al-Quran dengan bantuan para
penyokongnya berdasarkan pengetahuan tentang agama-agama lain atau ilmu
pengetahuan yang berkembang dalam masyarakat Arab ketika itu, ia juga tidak
tepat kerana kitab-kitab agama lain dan ilmu pengetahuan asing ditulis bukan
dalam bahasa Arab dan gerakan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab
belum lagi berlaku ketika itu. Faktor ini tentu sekali menyukarkan orang-orang
Arab yang kebanyakannya buta huruf untuk memahami kandungan ilmu
pengetahuan asing untuk dimasukkan di dalam al-Quran. Dakwaan seperti ini
juga bukan merupakan dakwaan yang baru, tetapi pernah ditohmahkan oleh
orang-orang Quraish terhadap Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

ρâ™!%y` ô‰s)sù ( šχρãyz#u™ îΠöθs% Ïμø‹n=tã …çμtΡ%tær&uρ çμ1utIøù$# î7øùÎ) HωÎ) !#x‹≈yδ ÷βÎ) (#ÿρãxx. t⎦⎪Ï%©!$# tΑ$s%uρ

∩⊆∪ #Y‘ρã—uρ $Vϑù=àß

Maksudnya:
„Dan orang-orang kafir berkata: ÂAl-Quran ini tidak lain hanyalah pembohongan
yang diada-adakan oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaumnya yang lain
(iaitu para sahabatnya yang telah memeluk Islam); maka sesungguhnya mereka
telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar.ʉ

(Surah al-Furqan, 25:4)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS

Adapun kewujudan beberapa versi al-Quran, ia adalah merujuk kepada bilangan


versi corak bacaan atau bentuk qiraat al-Quran yang tujuh dan cara pengiraan
huruf-hurufnya adalah berdasarkan ijtihad para ulama Islam. Al-Quran hanya ada
satu versi sahaja yang diterima oleh seluruh kaum Muslimin kecuali segelintir
pendokong mazhab Syiah melampau yang berpandangan ada lagi mushaf
Fatimah yang berbeza dengan mushaf Uthmani yang ada kini. Ini berbeza dengan
versi Bible yang pelbagai yang jelas menunjukkan bahawa kitab tersebut telah
ditokok tambah dan diubah dari kitab Injil sebenar yang telah diturunkan kepada
Nabi Isa a.s. Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW hanya ada
satu dan ia sentiasa dipelihara ketulenannya oleh Allah SWT sebagaimana firman-
Nya:

∩®∪ tβθÝàÏ≈ptm: …çμs9 $¯ΡÎ)uρ tø.Ïe%!$# $uΖø9¨“tΡ ß⎯øtwΥ $¯ΡÎ)

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami
benar-benar memelihara (kesucian dan kemurniannya).‰

(Surah al-Hijr, 15:9)

Firman-Nya lagi,

÷βÎ) ∩⊂∪ #“uθoλù;$# Ç⎯tã ß,ÏÜΖtƒ $tΒuρ ∩⊄∪ 3“uθxî $tΒuρ ö/ä3ç7Ïm$|¹ ¨≅|Ê $tΒ ∩⊇∪ 3“uθyδ #sŒÎ) ÉΟôf¨Ψ9$#uρ

∩⊆∪ 4©yrθム֩óruρ ωÎ) uθèδ

Maksudnya:
„Demi bintang ketika ia terbenam, sahabatmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak
pula keliru. Dan tiada yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa
nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
(kepadanya).‰

(Surah al-Najm, 53:1-4)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS  169

Sebilangan orientalis juga cuba menolak i`jaz al-Quran berdasarkan isu naskh atau
pemansuhan sesetengah ayat al-Quran terhadap ayat yang lain. Bagi mereka,
apabila berlaku hal ini membayangkan bahawa Allah SWT mengubah minda-Nya
(God changing His mind), kerana itu berlaku unsur tidak konsisten iaitu apa yang
Dia buat hari ini, Dia boleh ubah esoknya (what He does today He may recall
tomorrow). Ini dibuktikan berdasarkan terdapatnya ayat-ayat yang berlawanan
dengan ayat-ayat yang telah dimansuhkan di dalam al-Quran. Sepatutnya sesuatu
yang kekal iaitu ayat al-Quran yang diturunkan, ia akan terus kekal tidak berubah.
Mereka cuba membayangkan atau mentafsirkan bahawa penasakhan (abrogation)
ayat al-Quran bermaksud pembatalan (cancellation) ayat terdahulu dan
penggantiannya (its replacement) dengan ayat (baru) yang bercanggah itu dan ini
merupakan satu penisbahan sesuatu yang tidak wajar bagi Tuhan iaitu Allah SWT
mengubah minda-Nya. Dakwaan ini tidak tepat kerana Allah SWT tidak pernah
mengubah „minda-Nya‰.

Manakala penghujahan yang disandarkan kepada sangkaan wujudnya keterangan


yang dilihat sebagai bercanggah dalam nas-nas wahyu sebelum ini tidak sama
sekali menyokong dakwaan tersebut. Ini kerana, segala perintah-Nya kepada
manusia adalah berdasarkan kehendak-Nya sendiri, sesuai dengan kebijaksanaan-
Nya. Semua yang berlaku adalah sebahagian daripada perancangan jangka
panjang yang telah ditentukan sejak azali oleh Allah SWT (a part of a long-term
plan predetermined by God). Hal ini juga diterima oleh orang-orang Yahudi,
Kristian dan Islam bahawa pada peringkat awalnya Allah SWT memerintahkan
Nabi Ibrahim a.s. agar mengorbankan anaknya Ismail dan perintah itu
ditunaikannya dengan mempersiapkan anaknya untuk disembelih. Kemudian,
perintah tersebut dimansuhkan dan seterusnya dia diperintahkan menyembelih
seekor binatang iaitu biri-biri (Mohammad Asin Dollah, 1998).

Berdasarkan keterangan ini, dapat dirumuskan bahawa gerakan orientalisme


adalah satu gerakan untuk meruntuhkan asas binaan Islam dan memberi
gambaran yang mengelirukan tentang isu-isu yang berkaitan dengan tauhid,
al-nubuwwah dan i`jaz al-Quran. Dalam isu tauhid, para orientalis yang
sebahagian besarnya berlatarbelakangkan agama Kristian cuba menggambarkan
bahawa konsep tauhid yang difahami oleh umat Islam sebagai konsep yang sukar
difahami dan bertentangan dengan konsep yang ada pada mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS

Manakala dalam isu al-nubuwwah, mereka cuba menggambarkan bahawa Nabi


Muhammad SAW bukanlah seorang nabi yang berperanan dalam membawa misi
risalahnya berdasarkan panduan wahyu yang diterima daripada Allah SWT, tetapi
berdasarkan himpunan pengetahuan yang diketahuinya daripada sumber-sumber
manusiawi. Manakala dalam isu i`jaz al-Quran pula, mereka cuba
menggambarkan bahawa al-Quran adalah karya yang dikarang oleh Nabi
Muhammad SAW yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan mukjizat
yang unggul.

Pada hakikatnya, apa yang diusahakan oleh orientalis dalam kajian mereka dan
dalam gerakan orientalisme bagi mengelirukan umat manusia tentang isu-isu
akidah Islam ini sebenarnya telah mengesahkan apa yang dinyatakan di dalam al-
Quran bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan reda
dengan agama Islam dan kerana itu mereka akan melakukan pelbagai cara dan
pendekatan untuk menghancurkan ajaran Islam sama ada menerusi kaedah
ketenteraan ataupun menerusi gerakan intelektual yang digerakkan di pelbagai
institusi kajian ketimuran di negara Barat.

SEMAK KENDIRI 10.3


1. Huraikan pandangan orientalis dalam isu tauhid,
al-nubuwwah dan i`jaz al-QurÊan.

2. Jelaskan secara ringkas pertentangan pandangan orientalis


dengan akidah Islam.

• Orientalisme adalah bertujuan untuk meruntuhkan asas-asas akidah Islam


dengan berselindung di sebalik tabir kajian ilmiah.

• Sejarah kemunculan orientalisme adalah susulan kegagalan Barat dalam misi


ketenteraan untuk menghancurkan dan meruntuhkan umat dan agama Islam.

• Pandangan orientalis dalam isu tauhid, al-nubuwwah dan i`jaz al-Quran


adalah bertentangan dengan hujah-hujah ilmiah yang meyakinkan dari
perspektif akidah Islam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ANALISIS ISU-ISU AKIDAH DARI KAJIAN ORIENTALIS  171

IÊjaz Orientalis
Mushaf Uthmani Perang Salib
Nasakh Perjanjian Lama
Nubuwwah Triniti

`Abd al-`Azim, Ibrahim Muhammad al-Mu`ti. (1993). Awrubba fi muwajahah


al-Islam: Al-wasaÊil wa al-ahdaf. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah.

Anwar al-Jundi. (1984). Sumum al-istisyraq wa al-mustasyriqin fi al-`ulum


al-Islamiyyah. Kaherah, Mesir: Maktabah al-Turath al-Islami.

Indriaty Ismail. (1998). „Orientalisme: Pengenalan ringkas‰ dalam Islam dalam


persepsi orientalisme. Bangi, Malaysia: Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahmud Hamdi Zaqzuq. (1997). Al-istiyraq wa al-khalfiyyah al-kriyyah li


al-sira` al-hadari. Kaherah, Mesir: Dar al-Ma`arif.

Mohamed Asin Dollah. (1998). „Persepsi orientalis terhadap Quran: Rujukan


khusus kepada pandangan George Sale ( 1697-1736)‰ dalam Islam dalam
persepsi orientalisme. Bangi, Malaysia: Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Khalifa. (1983). The sublime Quran and orientalisme. London & New
York: Longman.

Muhammad al-Bahi (1981). Al-fikr al-Islami al-hadith wa silatuhu al-isti`mar


al-gharbi. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah.

Muhammad al-Ghazali. (1975). Difa` `an al-`aqidah wa al-syari`ah didd mata`in


al-mushtayriqin. Kaherah, Mesir: Dar al-Kutub al-Hadithah.

Sa`id Ramadan al-Buti, (2007). Fiqh al-sirah ma`a mujaz li tarikh al-khilafah
al-rasyidah. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr al-Mu`asir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai