Anda di halaman 1dari 16

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEPTEMBER / 2019

ADSE1303

KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan..........................................................................................…...........2
1.1 Objektif.........................................................................................…...........2

2.0 Konsep Tulisan Jawi dan Huruf Hijayyah dalam Sistem Pendidikan Islam….2
2.1 Konsep Tulisan Jawi………………….……………………………....2
2.2 Konsep Huruf Hijayyah…………………………………………...….3

3.0 Faktor Peminggiran Tulisan Jawi……………………………...............…......6

4.0 Langkah-langkah memartabatkan tulisan jawi dalam masyarakat Islam.…..12

5.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH).................………....................….......16

6.0 Kesimpulan………………………………………………………………….

1
1.0 Pendahuluan
Tugasan ini bertujuan menjelaskan percambahan pengetahuan berkaitan konsep
tulisan jawi dan huruf hiyaiyyah yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan
Islam beserta kepentingan untuk mengetahui faktor peminggiran dan cabaran
memartabatkannya di kalangan masyarakat Islam khususnya. Ini kerana bidang
muamalat beroreintasikan aktiviti harian dan bukan dapat difahami dengan teori
semata-mata. Selain itu, tugasan ini juga membahaskan cara merangka
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi persediaan mengajar mata pelajaran
jawi di sekolah rendah dengan menggunakan kriteria standard RPH.

1.1 Objektif
Melalui tugasan ini, beberapa objektif digariskan bagi memastikan tugasan ini
tidak tersasar dari tujuan asalnya. Berikut adalah objektif khusus yang telah
dirangka bagi tujuan tugasan ini:

1.1.1 Memberi kefahaman tentang konsep tulisan jawi dan huruf hijaiyyah
yang digunakan dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia.
1.1.2 Menjelaskan faktor-faktor peminggiran penggunaan tulisan jawi dalam
kehidupan masyarakat Islam di negara ini dan membincangkan langkah-
langkah yang perlu dilaksanakan bagi memartabatkan kembali
penggunaan tulisan jawi.
1.1.3 Mengemukakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata
pelajaran Jawi Tahun 3 yang bertajuk “Kenali Huruf Jawi”.

2.0 Konsep Tulisan Jawi dan Huruf Hijayyah dalam Sistem Pendidikan Islam

2.1 Konsep Tulisan Jawi


Sejarah telah membuktikan bahawa tulisan jawi adalah nadi warisan yang
sangat bersejarah di Malaysia terutama ketika menemuan Batu Bersurat di
Terengganu. Pada asalnya penggunaan tulisan jawi adalah berasal dari abjad-
abjad arab dan penyesuaian dilakukan bagi membunyikan huruf-huruf bahasa
Melayu dengan menggunakan huruf parsi iaitu ca, ga, nya, nga dan pa. Ini
membuktikan bahawa tulisan jawi digunakan sebagai alat persuratan malah ianya

2
lebih penting daripada itu. Jelas di sini tulisan jawi berperanan sebagai wahana
ilmu keagamaan ke seluruh pelusuk dunia Melayu (Ismail, Fadzilah, Muzni,
Lizza, Zaini, Zamro & Ridzuan, 2012).
Bagi memudahkan pembelajaran jawi, ianya dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Lantaran itu, sistem
ejaan jawi dipecahkan kepada tiga huruf vokal iaitu alif, wau dan ya. Di mana
huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf-huruf vokal. Perkara ini
menjadi silibus bagi RPH di sekolah-sekolah rendah dan agama bagi
memudahkan murid-murid memahami dan mengenali tulisan jawi dengan cepat
dan tepat. Terdapat empat kaedah yang paling mudah dan berkesan yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran jawi iaitu:
i. Kaedah Huruf.
ii. Kaedah Mengeja.
iii. Kaedah Bunyi.
iv. Kaedah Pandang Sebut.

2.2 Konsep Huruf Hijayyah


Menurut Ismail, Fadzilah, Muzni, Lizza, Zaini, Zamro & Ridzuan.
(2012). Huruf-huruf hijayyah dikenali sebagai huruf-huruf arab. Ianya berasal
dari kata kerja hajja yang bermaksud mengeja atau membaca huruf demi huruf
bersama harakatnya sepertimana yang digunakan dalam sistem pendidikan
negara. Jumlah keseluruhan huruf-hurufnya adalah 30 huruf namun ianya
ditambah enam huruf lagi bagi menepati fonem bahasa Melayu.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan bagi memudahkan untuk
mengenali dan menyebut huruf-huruf tersebut di antaranya adalah kaedah haraki.
Ianya teknik mudah yang digunakan bagi mengenal pasti dengan tuntas huruf-
huruf tersebut dan cara sebutannya. Dalam sistem pendidikan di Malaysia,
beberapa kaedah dan kemahiran yang digunakan bagi mengenal dan menyebut
huruf-huruf hijayyah seperti melalui aktiviti berikut:
i. Murid-murid didedahkan dengan lambang-lambang huruf
menggunakan gambar atau bentuk.
ii. Penggunaan kad-kad huruf yang berwarna-warni dan menyebutnya
secara latih tubi.

3
iii. Menulis mengikut urutan serta memadankan huruf-huruf.

Inilah silibus yang digunakan seperti mana yang terdapat dalam buku-
buku teks di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah (KBSR). Selain dari itu,
terdapat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bagi membantu dan meransang
murid mengenal huruf-huruf hijayyah dengan pantas seperti dengan nyanyian
dan permainan.

3.0 Faktor Peminggiran Tulisan Jawi


Arus kemodenan dan peredaran globalisasi telah banyak merencatkan dan
meminggirkan penggunaan tulisan jawi di kalangan masyarakat Malaysia. Ini
dikuatkan lagi dengan usaha sebahagian pihak untuk menggantikan tulisan jawi
dengan tulisan rumi yang banyak dipengaruhi oleh faktor politik dan logistik.
Sehubungan itu, antara faktor-faktor peminggiran penggunaan tulisan jawi dalam
masyarat Islam di negara ini adalah berlaku disebabkan oleh:

3.1 Kefahaman yang tidak menyeluruh berkaitan seni tulisan jawi.


Faktor ini diketengahkan kerana masih ramai lagi teruatamanya
masyarakat tidak mengetahui dan tidak berminat untuk mempelajari
tulisan jawi. Kefahaman yang tidak menyeluruh berpunca dari perkara-
perkara seperti berikut:
i. Tulisan jawi diajar melalui pelajaran pendidikan Islam
tetapi tidak diberi tumpuan khusus memandangkan guru-
guru agama terpaksa memberi keutamaan dari segi ilmu
yang perlu diselesaikan. Mereka tidak mempunyai waktu
untuk mengajar tulisan jawi yang dilakukan hanya secara
tidak langsung. Oleh itu kesannya tidak begitu
memuaskan dan kefahaman yang tidak menyeluruh.
ii. Di sekolah menengah rendah dan tinggi,murid-murid tidak
belajar tulisan jawi, hanya bergantung kepada kemahiran
di peringkat sekolah rendah.mereka sepatutnya mengikuti
pengajian pendidikan Islam dalam Bahasa Melayu tulisan
jawi kerana buku teks rasmi ditulis dalam tulisan jawi.

4
iii. Masyarakat tidak diberikan pendedahan dan kefahaman yang
sebaiknya kerana terlalu banyak perkara sampingan yang
meleburkan minat terhadap tulisan jawi. Dapat dilihat
bahawa peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat
penting bagi memberikan pendedahan secara langsung
kepada mereka. Contohnya mengadakan program-program
santai tetapi sampai maksudnya kepada masyarakat supaya
tidak meminggirkan tulisan jawi.

3.2 Kepupusan Generasi yang Mengenal al-Quran dan Asas Jawi

Kegagalan pendidikan akar umbi memberikan kesan yang sangat tidak


baik kepada keunggulan generasi muda. Kajian mendapati ramai golongan muda
terutama peringkat awal remaja yang masih gagal untuk mengenal al-quran dan
jawi dengan baik. Perkara ini sangat membimbangkan kerana sekiranya masalah
ini tidak dibendung pada peringkat awal, maka ianya akan menjadi malapetaka
kepada masyarakat dan proses peminggiran tulisan jawi sentiasa berlaku.
Sebenarnya pembelajaran di sekolah tidak mencukupi bagi memantapkan
quran dan tulisan jawi. Kepupusan generasi al-Quran adalah menjadi batu
loncatan kepada kegagalan menguasai tulisan jawi. Kebanyakkan mereka yang
lemah untuk menguasai al-Quran secara tidak langsung akan lemah dalam
tulisan jawi. Peranan dan penekanan ibu bapa di rumah juga adalah faktor yang
dapat membantu meningkatkan mutu kefahaman generasi muda. Contohnya, ibu
pada membantu mengajar di rumah atau menghantar anak-anak mereka ke kelas
mengaji al-Quran dan tulisan Jawi. Dewasa ini terlalu banyak kaedah-kaedah
yang mudah untuk mendalami ilmu al-Quran secara tuntas. Contohnya,
pembelajaran kaedah al-Baghdadi, Haraki dan sebagainya.
Menurut Shakila, Hussain, Rafiuddin, Midar & Hisyam, (2017) Tulisan jawi
diketepikan sehingga ramai dalam kalangan orang Melayu yang buta jawi dan
menganggapkan ia hanya sesuai digunakan dalam pembelajaran tidak rasmi.
Justeru huruf jawi akan dipelajar secara tidak langsung semasa mempelajari al-
Quran kerana bagi orang Melayu, belajar al-Quran adalah satu kewajiban bagi
setiap individu muslim. Sebenarnya kemahiran membaca dan menulis jawi
mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan menguasai pembacaan al-
5
Quran. Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
mendapati sejumlah 60% pelajar sekolah rendah gagal membaca al-Quran dan
daripada jumlah tersebut didapat bahawa ada kalangan pelajar yang tidak
langsung mengenal huruf jawi.

3.3 Kemajuan Teknologi Maklumat Tanpa Sempadan

Dewasa ini, kemajuan teknologi maklumat tidak dapat disangkal lagi


kerana ianya berkembang selaras dengan kemajuan globalisasi dunia. Oleh yang
demikian, generasi muda mula hilang rasa minat untuk mendalami ilmu secara
tradisional kerana gerak kerja yang berbeza namun kecanggihan ini sebenarnya
telah meminggirkan warisan tulisan jawi. Tulisan jawi juga berkait rapat dengan
tulisan seni khat yang tidak boleh dilakukan melainkan dengan cara tradisional
iaitu menulis dengan tangan.

Jelaslah kecanggihan perisian melalui komputer dan aplikasi yang terlalu


banyak di internet telah memusnahkan minat generasi muda terhadap warisan
seni tulisan Jawi. Walaupun banyak aplikasi dan perisian jawi di alam maya,
namun ianya tidak sehebat yang disangka kerana masih banyak kekurangan dan
perlu kepada penambahbaikan. Kemajuan teknologi perlu seiring dengan
kehendak warisan yang perlu dipertahankan bagi memastikan seni tulisan jawi
tidak dilupakan dan berkemungkinan akan lenyap ditelan zaman.

4.0 Langkah-langkah memartabatkan tulisan jawi dalam masyarakat islam.


Suatu ketika dahulu sekitar abad ke-17, kemegahan tulisan jawi amat dirasai
kerana menjadi bahasa perantaraan dalam semua urusan pentadbiran, adat
istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat (YADIM, 2018). Dalam
pada itu, menurut Ahmad Farid & Yaacub, (2005) tulisan jawi juga lebih
cenderung kepada lambang atau simbol bagi Bahasa dan merupakan system yang
paling lama digunakan oleh Bahasa Melayu.
Kegemilangan tulisan jawi adalah satu warisan Bangsa Melayu yang dapat
direalisasikan oleh pendita Za’ba melalui karya agung beliau iaitu “Rahsia
Tulisan Jawi”. Namun, tulisan jawi juga mengalami zaman kejatuhan yang amat

6
ketara bila mana pelaksanaa Akta Bahasa 1963 iaitu tulisan rumi menjadi tulisan
rasmi yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan.
Oleh yang demikian, beberapa langkah bagi memartabatkan semula tulisan
jawi dalam masyarakat Islam seperti berikut:

4.1 Perluaskan Penggunaan Tulisan Jawi di semua Agensi Kerajaan,


Swasta, Media, NGO dan sebagainya.
Pelaksanaan bagi menghidupkan semula keunggulan tulisan jawi perlu
kepada tanggungjawab dan kerjasama semua pihak terutama Kerajaan
Malaysia. Namun ianya tidak dapat bertahan lama sekiranya peranan ini
tidak mendapat sokongan daripada semua pihak bagi memelihara dan
memulihara tulisan jawi supaya tidak berkubur begitu sahaja. Tugasan ini
membincangkan beberapa lontaran pendapat dan cadangan bagi pemerkasaan
semula tulisan jawi seperti berikut:
i. Kerajaan Malaysia perlu memperkukuhkan dan
memperluaskan peranan penggunaan tulisan jawi di
jabatan-jabatan kerajaan lantaran tertubuhnya Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM boleh
membawa hala tuju yang jelas untuk membawa tulisan jawi
lebih dekat di hati masyarakat dengan melaksanakan
program kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan seperti Persatuan Penulis Jawi (PENJAWIN).
Contohnya, merancang dan merangka program atau
bengkel atau garis panduan bagi pemerkasaan penggunaan
tulisan jawi.
ii. Semua pihak iaitu jabatan-jabatan kerajaan,badan-badan
berkanun,sektor swasta dan orang-orang perseorangan yang
mempunyai kepentingan dengan pembangunan tulisan jawi
hendaklah merangka strategi yang berkesan untuk
menerima atau melaksanakan penggunaan tulisan jawi
sebagai warisan budaya yang boleh diterapkan dan
diamalkan oleh semua golongan dan lapisan masyarakat.
Contohnya, penggunaan papan-papan tanda jawi atau

7
kepelbagaian info dengan menggunakan tulisan jawi di
setiap jabatan kerajaan, bank-bank, syarikat korporat dan
sebagainya. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat
masyarakat untuk mengetahui dan melestari semula tulisan
jawi.
iii. Pengukuhan gabungan setiap agensi yang berautoriti dalam
memurnikan dan mengenengahkan semula penggunaan
tulisan jawi kepada masyarakat seperti Dewan Bahasa dan
Pustaka, Malaysian Administrative Modernisation and
Management Planning Unit (MAMPU) dan sebagainya. Ini
dapat mencetuskan idea dan mengembangkan peranan
masing-masing dalam menjana penggunaan tulisan jawi.
Contohnya, mencipta perisian mudah alih sebagai pedoman
ejaan jawi yang boleh memberi manafaat kepada
masyarakat umum.
iv. Peranan media juga sangat penting dalam mempromosikan
penggunaan tulisan jawi di televisyen, radio, bahan-bahan
penerbitan dan sebagainya. Contohnya, Program Bijak Jawi
yang diterbitkan oleh Radio Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM) difrekuensi 91.5 Mhz (Lembah Klang).
Masyarakat boleh bertanya pelbagai permasalahan secara
langsung dan ini adalah satu inisiatif yang bermanafaat.

4.2 Pemerkasaan penggunaan tulisan jawi dalam pendidikan akar umbi


Sistem Pendidikan merupakan medium yang paling ampuh bagi
memartabatkan semula penggunaan tulisan jawi kerana merupakan task
force kepada kejayaan sesuatu bangsa dan negara. Wajarlah, pendidikan
di peringkat akar umbi perlu diperkasa dan diperkemas bagi
membangkitkan semula keghairahan masyarakat dalam kemahiran tulisan
jawi. Ini adalah tanggungjawab yang dipikul oleh Kementrian Pendidikan
dalam membangun bidang pendidikan dalam menjayakan tulisan jawi
dari peringkat awal. Jelaslah, pemerkasaan pendidikan akar umbi perlu

8
dipertingkatkan bagi menelusuri kesinambungan kemahiran tulisan jawi
melalui langkah-langkah berikut:
i. Pihak KPM perlu meningkatkan kualiti dan kaedah
pembelajaran mata pelajaran jawi khususnya di peringakt
Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Usaha pemantapan pendidikan akar umbi harus diperketat
agar menjamin kefahaman dan dapat diadaptasi dalam
kehidupan para pelajar. Contohnya menyediakan silibus
buku teks dan latihan yang lebih menjurus kepada gerak
kerja pemantapan.
ii. Peningkatan kefahaman bukan sahaja hadir dari para
pelajar bahkan guru atau tenaga pengajar juga perlu
menguasai sepenuhnya berkaitan ilmu-ilmu tulisan jawi.
Dengan ini, dapat membantu melancarkan Pembelajaran
dan Pengajaran dalam kelas mahupun diluar. Contohnya
seorang guru yang mempunyai kemahiran dan teknik yang
berkesan untuk memberikan kefahaman kepada
pelajarnya. Ini kerana latihan-latihan kemahiran tulisan
jawi sangat penting kepada guru-guru.
iii. Memanjangkan waktu pembelajaran mata pelajaran jawi
untuk memberikan ruang kepada guru-guru dalam
melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran dengan lebih
panjang. Ini dapat meningkatkan tumpuan guru-guru
kepada setiap individu murid tersebut. Pengukuhan akar
umbi memerlukan pendedahan yang lebih mendapat
dalam memahami sesuatu pelajaran. Contohnya, seorang
murid perlu mengenali dan memahami setiap huruf jawi
dengan kaedah yang betul dan tentunya perkara ini boleh
berlaku sekiranya masa yang diperuntukkan itu mencukup.

9
4.3 Mewartakan tulisan jawi sebagai sebagai tulisan kedua dalam
persuratan.
Kerajaan perlu memainkan peranan yang penting bagi
melunaskan pewartaan tulis jawi ini. Dibantu oleh agensi-agensi lain atau
pertubuhan bukan kerajaan bagi mengembeleng tenaga untuk
memberikan pandangan atau sokongan untuk mewartakan tulisan jawi
ini sebagai tulisan kedua dalam persuratan. Sekiranya semua pihak
berperanan dan memberikan kerjasama yang baik, maka tidak mustahil
perkara ini akan berjaya dilaksanakan. Ahli-ahli akademik dan para
cendiakawan agama perlu bersatu bagi merealisasikan impian ini kerana
mereka adalah harapan terakhir masyarakat untuk membawa perubahan
kepada sesuatu perkara.

5.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran Jawi Tahun 3
1 Mata Pelajaran Pelajaran Jawi
2 Kelas 3 Abu Bakar
3 Tarikh 4 November 2019 (Isnin)
4 Masa 3.00-3.25 petang (25 minit)
5 Bilangan Murid 31 orang (20 orang Lelaki, 11 orang perempuan)
6 Bidang Pembelajaran Jawi
7 Tajuk Kenali Huruf Jawi
8 Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah mendengar dan membaca huruf jawi
9 Objektif Pembelajaran 1. Menghafal huruf-huruf jawi.
2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 huruf jawi
iaitu FA, PA, QOF dan KAF.
3. Menyebut dengan lancar dan mengenali bentuk huruf-
huruf jawi.
10 Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
1.Menghafal huruf-huruf jawi.
2.Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 huruf jawi.
3.Menyebut dengan lancar dan mengenali bentuk huruf-

10
huruf jawi.
11 Kemahiran Berfikir Membanding beza, mengklasifikasikan, sebutan yang
tepat
12 Nilai yang Diterapkan Berusaha bersungguh-sungguh, bertanggungjawab,
sabar
13 Set Induksi Pamer kad imbasan huruf (FA, PA, QOF dan KAF)
14 Alat Bantuan Mengajar Kad huruf, kad bergambar, papan tulis
16 Penutup/Rumusan

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Catatan


Pendahuluan Bacaan doa belajar 1.Guru meminta murid Penerapan Nilai:
(2 minit) (Lafaz doa belajar) membaca doa belajar -Bekerjasama
bersama-sama. -Bertanggungjawb
2.Murid membaca doa -Khusyuk
belajar bersama-sama
Set Induksi Mempamerkan kad 1. Guru mempamerkan kad Kaedah :
(5 minit) huruf (fa,pa,qof, Kaf) imbasan huruf Pamer huruf dan
2. Guru mengemukakan penerangan.
soalan kepada murid bentuk
huruf dalam kad Penerapan Nilai:
3. Murid menjawab dengan -berusaha
betul soalan yang dikemukan bersungguh-
oleh guru. sungguh.
4. Guru mengaitkan jawapan -Sabar
murid dengan tajuk
pembelajaran. Bahan Bantuan
5. Guru menulis tajuk Belajar:
pelajaran: Kenali Huruf Jawi Kad Imbasan huruf
(fa,pa,qof dan kaf)

11
Langkah 1 1. Sebut huruf. 1. Guru pamerkan kad Penerapan Nilai:
(10 minit) 2. Tulis huruf imbasan huruf kepada murid. -berusaha
(fa,pa,qof,kaf) 2. Guru meminta murid bersungguh-
sebut huruf yang tertera sungguh.
dalam kad bersama-sama. -Sabar
3. Murid menyebut huruf
yang dipamerkan oleh guru Bahan Bantuan
bersama-sama. Belajar:
4. Guru memberi peluang Kad huruf, kad
kepada beberapa orang bergambar, papan
murid untuk menuliskan tulis
bentuk huruf jawi fa, pa, qof
dan kaf di papan tulis.
5. Beberapa orang murid
menuliskan bentuk huruf fa,
pa, qof dan kaf di papan tulis
dengan betul.
6. Guru menunjukkan kad
bergambar kepada murid
dan meminta murid
menyebut gambar tersebut.
7. Murid menyebutkan
gambar yang telah
ditunjukkan oleh guru.
8. Guru menjelaskan kaitan
kad huruf dengan kad
gambar.

12
9. Guru meminta murid
mengulang sebutan huruf
dengan padanan gambar
dalam kad.
10. Murid mengulang
sebutan pada padanan huruf
dengan gambar dengan
lancar.
Langkah 2 Contoh-contoh 1. Guru mengarahkan semua Kaedah:
(10 minit) kalimah setiap huruf murid mengeluarkan alat Penerangan, latih
(fa, pa, qof, kaf) tulis dan warna pencil dan tubi.
Finjanun meletakkan di atas meja.
Padi 2. Murid mengeluarkan Penerapan Nilai:
Quran alatan seperti yang diarahkan -Bersungguh-
Keladi oleh guru. sungguh.
3. Guru mengedarkan -Sabar
lembaran kerja dan meminta -Bertanggungjawab
murid menulis semula
contoh-contoh kalimah yang Bahan Bantuan
mempunyai huruf jawi fa, pa, Belajar:
qof dan kaf. Lembaran kerja
4. Murid menulis semula
beberapa perkataan yang
mempunyai huruf fa,pa, qof
dan kaf dalam lembaran
kerja.
5. Guru meminta meminta
murid mewarnakan
beberapa gambar yang
dimulai dengan huruf
fa,pa,qof dan kaf dengan

13
betul.
6. Murid mencuba
bersungguh-sungguh
mewarnakan gambar yang
dimulai dengan huruf fa, pa,
qof dan kaf dengan
sempurna
7. Guru memantau hasil
kerja beberapa murid dan
memberikan komen
terhadap hasil kerja mereka.
Penutup Rumusan pengajaran 1. Guru merumuskan isi-isi Penerapan Nilai:
(3 minit) pelajaran pada hari ini. -Rajin
2. Guru mengucapkan terima
kasih dan tahniah atas
kerjasama yang baik dari
semua murid.
3. Guru mengingatkan agar
murid-murid sentiasa rajin
membuat ulangkaji pelajaran
di rumah.

6.0 Penutup
Dalam pengakhiran tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat
Islam khususnya perlu mengambil langkah proaktif untuk mempelajari dan
meningkatkan ilmu berkaitan penggunaan tulisan jawi bagi memartabatkan seni
warisan tersebut yang semakin pudar oleh era kemodenan. Berazam untuk
sentiasa memartabatkan tulisan jawi sebagai seni warisan yang bernilai tinggi
dan perlu dikekalkan selamanya. Sejarah membuktikan bahawa tulisan jawi
adalah lambang keagongan Bangsa Melayu dan ianya perlu diperluaskan
penggunaannya agar generasi akan datang dapat menyambung seni warisan ini.

14
Penyediaan perancangan pembelajaran harian haruslah lebih tepat dan
sempurna bagi meningkatkan kefahaman terhadap murid-murid. Para guru
disarankan sentiasa memperluaskan ilmu pengetahuan khususnya mendalami
mata pelajaran jawi bagi mendepani cabaran yang mendatang serta
meningkatkan kompetensi diri. Semoga dengan persediaan yang rapi, dapat
memberikan kelebihan kepada guru dan murid dalam menguasai tulisan jawi
secara tuntas yang diredhai oleh Allah SWT.

(PATAH PERKATAAN: 2824)

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Yaakub bin Isa (ed.) (2005), Tulisan Jawi: Warisan Budaya Tidak
Nyata, Tulisan Jawi: Sejarah, Seni dan Warisan, Pahang: Lembaga Muzium Negeri
Pahang
Arkib Negara Malaysia. (2019), Surat Khabar Jawi. Dicapai dari
http://www.arkib.gov.my/web/guest/surat-khabar-jawi-peranakan-1888
Dr. Makmur Hamin, Firman dan Muhamad Yafri Yahya. (2016). ABMS3203 Jawi Dan
Kajian Manuskrip Melayu (Edisi Pertama Ogos 2016). Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.
Dr.Ismail Abas, Fadzilah Mustapha, Abu Hisham Yusof, Muzni Borhan, Noor Lizza Mohd
Said, Mohamed Zaini Yahaya, Mohd Zamro Muda dan Prof Madya Moha Ridzuan Awang.
(2012). ADSE1303 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam (Edisi Pertama Ogos
2012). Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Hashim Musa (2006), Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Edisi Kedua, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
https://www.yadim.com.my/v2/martabat-kembali-tulisan-jawi/
Muhammad Bukhari Lubis, Fatimah Salleh, Husniyati Ali, Huzaimah Ismail dan Siti Fatimah
Sudin. (2006). Tulisan Jawi Sehimpunan Kajian. Kuala Lumpur: Pusat Penerbitan
Univerisiti (UPENA) UiTM.

15

Anda mungkin juga menyukai