Anda di halaman 1dari 21

TAHAP PENGUASAAN LITERASI JAWI MENGGUNAKAN MEDIA AUDIO DAN VISUAL

DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN





SITI SARAH BINTI IBRAHIM
D20111047908



PROPOSAL BAGI MEMENUHI KURSUS KAEDAH DAN PROJEK
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KHAS (KBR3013)



JABATAN PENDIDIKAN KHAS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
TANJONG MALIM PERAK


2014


KANDUNGAN
Pendahuluan
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang
1.2 Penyataan masalah
1.3 Objektif kajian
1.4 Persoalan kajian
1.5 Kerangka konseptual
1.6 Kepentingan kajian
1.7 Batasan kajian
1.8 Definisi operasional
2.0 Kajian literature
2.1 Pengenalan
2.2 Literasi Jawi
2.3 Kelemahan murid bermasalah pembelajaran dalam jawi
2.4 Kaedah pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pembelajaran menggunakan
audio dan visual
2.5 Persepsi guru terhadap penggunaan kaedah media audio dan visual dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
2.6 Persepsi murid terhadap media audio dan visual
2.7 Teori yang berkaitan
2.7.1 Teori Behaviorusme
2.7.2 Teori Kognitivisme
2.8 Kesimpulan
3.0 Metodologi kajian
3.1 Reka bentuk kajian
3.2 Sampel kajian
3.3 Instrumen kajian
3.4 Analisis data


BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Jawi sebagai salah satu bahasa di Tanah Melayu bermula dari abad kesepuluh Masihi lagi,
begitu juga ia merupakan aspek yang penting dalam mata pelajaran pendidikan islam. Pada hari
kini, literasi jawi kurang diberi perhatian kepada murid di sekolah, terutamanya dalam kalangan
murid bermasalah pembelajaran di sekolah. Oleh itu, keadaaan ini perlu diatasi agar murid dapat
menguasai kemahiran mengenal, mengeja, menulis, dan membaca jawi. Pada masa yang sama,
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik perlu digunakan bagi mengatasi
masalah tersebut, ini kerana mendidik murid bermasalah pembelajaran adalah berbeza dengan
murid tipikal. Murid bermasalah pembelajaran perlu menguasai literasi jawi untuk memperoleh
peluang dalam mendalami ilmu agama dengan lebih mudah, ini kerana kelemahan murid
mengenal huruf jawi telah menjadi penyumbang utama ke arah kegagalan murid bermasalah
pembelajaran dalam pembacaan al-quran . Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menguji tahap
penguasaan literasi jawi menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang berasaskan media
audio dan visual dalam kalangan murid bermasalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, penggunaan media audio dan visual salah satu bahan bantu mengajar
(BBM) yang dapat membantu murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran literasi jawi
dengan baik.

1.1 Latar Belakang Kajian
Isu pengajaran tulisan jawi bukan lagi perkara yang baru, malahan ia telah lama diperkenalkan
iaitu semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka. Begitu juga, sistem pendidikan awal di
Malaysia adalah bermula dengan penggunaan tulisan Jawi. Semua buku-buku atau teks-teks yang
telah menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada juga yang
ditulis dengan bahasa Arab (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007). Walau bagaimanapun, tulisan jawi
semakin dipinggirkan, ini kerana kurangnya persediaan masyarakat untuk mendalami tulisan
jawi. Begitu juga, guru yang mahir dalam membaca dan menulis jawi semakin berkurangan pada


hari ini. Lantaran itu, keadaan pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah semakin berkurang.
(daripada Ahmad Farid Abd Jalal dan Yaakob Isa 2005)
Penggunaan tulisan jawi bukan sahaja menjadi fokus kepada murid tipikal bahkan ia juga
perlu dititik beratkan kepada murid bermasalah pembelajaran untuk mempelajarinya. Oleh itu,
kemahiran literasi jawi ini juga perlu dititik beratkan kepada murid bermasalah pembelajaran, ini
kerana membolehkan murid tersebut mendalami pendidikan agama islam khususnya dalam
pengajaran bahasa al-Quran (Dato Dr Adi Haji Taha et. al. 2006). Bagaimanapun, murid
bermasalah pembelajaran telah menghadapi masalah dalam mengingat pembelajaran dengan
mudah iaitu berbeza dengan murid tipikal, ini kerana murid bermasalah pembelajaran ini
mempunyai tahap kognitif yang berbeza berbanding dengan murid yang tipikal. Selaras dengan
itu, murid pendidikan khas ini juga telah dilibatkan dalam program j-QAF yang mana telah
melibatkan guru yang khas dengan menggunakan kaedah dan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan murid pendidikan khas tersebut (Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail, 2010).
Meskipun program j-QAF dijalankan kepada murid bermasalah pembelajaran tetapi masih lagi
terdapat murid yang perlu dibantu dengan lebih efektif terutamanya inisiatif dari segi kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru hendaklah menjadikan pengajaran dan
pembelajaran literasi jawi sesuai dengan tahap kebolehan murid bermasalah pembelajaran
terutamanya dari segi pendekatan dan kaedah pengajaran yang berkesan.
Dalam pada itu, penggunaan media audio dan visual pada masa kini bukan lagi sesuatu yang
baru, bahkan ia telah menjadi satu tradisi penggunaannya dalam pelbagai mata pelajaran di
kebanyakan sekolah yang ada di Malaysia sekarang ( Khairul Anuar Bin Abdul Rahman dan
Norazrena Binti Abu Samah,2011). Tambahan pula, pembelajaran yang berunsurkan media
audio dan visual sedikit sebanyak menarik perhatian murid untuk belajar serta meningkatkan
penguasaan murid dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan media ini kurang
digunakan kepada murid pendidikan khas berbanding dengan murid tipikal. Hal ini berlaku
kerana, kurangnya pengajaran yang berasakan media bersesuaian dengan tahap murid pendidikan
khas untuk menggunakannya. Oleh sebab itu, kajian terhadap penguasaan literasi jawi
menggunakan media visual dan audio perlu dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap
penguasaan murid bermasalah pembelajaran mengusai kemahiran literasi jawi dengan
menggunakan bahan bantu mengajar tersebut.


1.2 Penyataan Masalah
Menurut Mohd Salleh (2011), telah mendapati bahawa penguasaan bahasa jawi dalam
pendidikan islam masih lagi belum berkesan dan lemah dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran. Masalah ini berlaku disebabkan oleh kurangnya murid dalam menguasai
kemahiran mengenal huruf tunggal jawi dengan baik. Ketidakbolehan murid untuk mengingati
huruf tunggal jawi akan menyebabkan murid akan ketinggalan dalam pembelajaran. Tambahan
pula, penerimaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah mengambil sedikit
masa serta memerlukan pengulangan untuk mengingatnya untuk tempoh jangka masa yang
panjang. Begitu juga, menurut Noor Aini Ahmad et. al. (2012), murid bermasalah pembelajaran
juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa. Selaras dengan itu, murid tidak boleh
membaca dan menulis jawi dengan betul (Akmariah Mamat dan sofiah ismail, 2010).
Di samping itu, kurangnya penguasaan literasi jawi dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran kerana persepsi yang diberikan oleh murid terhadap jawi juga kurang
memberangsangkan, ini kerana murid bermasalah pembelajaran beranggapan bahawa literasi
jawi agak sukar untuk dipelajari (Nik Rosila binti Nik Yaacob, 2007). Selain itu, menurut
(Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail, 2010) telah menyatakan bahawa seorang guru agama
hendaklah menggunakan pelbagai kaedah dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran, agar pengajaran yang disampaikan dapat diperoleh dengan baik. Oleh itu,
penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam mengajar bahasa jawi
hendaklah kreatif untuk menarik minat murid untuk mempelajari bahasa jawi dengan baik.
Justeru itu, penggunaan media audio dan visual semasa proses pengajaran guru merupakan
salah satu bahan bantu mengajar yang terbaik untuk membantu murid-murid yang bermasalah
tersebut serta dapat menjadikan proses pengajaran menjadi lebih lancar (Herkaya Maya Jatmika,
2005). Seperti mana yang telah diketahui, murid pendidikan khas ini cepat merasa bosan untuk
belajar, jadi dengan penggunaan media audio dan visual ini dapat membantu untuk menarik
perhatian murid serta dapat mengatasi masalah kebosanan, mengantuk dan lemah untuk belajar.




1.3 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu:
1) Mengenal pasti keberkesanan literasi jawi berasaskan media visual dan audio dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.
2) Mengenal pasti tahap penguasaan murid bermasalah pembelajaran dalam literasi jawi.
3) Meneroka persepsi guru dan murid terhadap penggunaan media visual dan audio dalam
literasi jawi.

1.4 Persoalan Kajian

Soalan kajian ialah:
1) Adakah pengaplikasian kaedah media visual dan audio dapat meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran?
2) Sejauh manakah penguasaan literasi jawi dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran?
3) Apakah persepsi guru dan murid terhadap penggunaan media visual dan audio dalam
literasi jawi?














1.5 KERANGKA KONSEPTUAL






























Media visual dan audio dalam
pengajaran literasi jawi
Murid bermasalah pembelajaran
Keberkesanan media visual dan
audio dalam pengajaran literasi jawi
Pencapaian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
literasi jawi
Persepsi guru dan murid terhadap
pengajaran media visual dan audio


1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi memberi manfaat kepada murid bermasalah pembelajaran dalam
menguasai kemahiran literasi jawi. Selain itu, murid telah didedahkan dengan pendekatan
yang baru dalam kemahiran literasi jawi. Begitu juga, membolehkan murid memperoleh
maklumat dengan lebih baik. Di samping itu, dapat membantu guru meningkatkan
pemahaman murid dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
Sehubungan dengan itu, mengenal pasti keberkesanan penggunaan media visual dan audio
yang mana telah disokong oleh pelbagai elemen seperti teks, animasi, bunyi dan sebagainya
dalam pengajaran literasi jawi dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini tertumpu kepada murid bermasalah pembelajaran di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Goh, Kuantan. Selain itu, fokus kajian ini juga ditumpukan kepada
seorang guru mata pelajaran pendidikan islam untuk melaksanakan penggunaan media audio
dan visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran literasi jawi. Bagaimanapun, media
visual dan audio yang dibangunkan hanya sebahagian daripada kemahiran literasi jawi iaitu
mengenal huruf tunggal jawi, dan membaca jawi dalam bentuk ayat. Begitu juga, kekangan
masa juga berlaku kerana kajian ini hanya dijalankan sepanjang praktikum berlangsung iaitu
selama empat bulan sahaja.

1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Literasi :
Kamus dewan edisi yang keempat (2008) telah menyatakan bahawa literasi bermaksud
kebolehan menulis dan membaca serta celik huruf dalam mengendalikan komputer. Keupayaan
seseorang untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
yang mudah dengan menggunakan kata hubung serta mengaplikasikan pengetahuan yang


dipelajari tersebut dalam pembelajaran dan kehidupan seharian untuk berkomunikasi dan
sebagainya.
1.8.2 Jawi :
Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf Arab. Kebanyakan
huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesesuaian lidah orang Melayu bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran. tulisan Jawi telah dijadikan sebagai medium asas untuk
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini,
terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an.

1.8.3 Murid bermasalah pembelajaran :
Murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang telah dikenal pasti oleh pakar profesional iaitu
telah mengalami permasalahan gangguan dalam proses pembelajaran seperti penguasaan
membaca, bahasa lisan,tingkah laku dan sebagainya. Permasalahan yang dialami oleh seseorang
murid tersebut dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam beberapa kebolehan
seperti fizikal, intelek, emosi dan sosial. Jenis kategori murid bermasalah pembelajaran ialah
sindrom down, autisme, hiperaktif, terencat akal, disleksia, pintar cerdas, masalah pertuturan,
masalah emosi, spina bifida, dan masalah tingkah laku. Bagaimanapun, murid bermasalah
pembelajaran ini mempunyai bakat yang tersendiri.

1.8.4 Bahan bantu mengajar :
Bahan bantu mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya
dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar terdiri
daripada tiga kategori antaranya ialah bukan elektronik, berbentuk elektronik dan Bahan
bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar (Norlihanahani,2013).




1.8.5 Media visual dan audio :
Media audio-visual adalah suatu alat yang dapat memaparkan gambar bergerak dan bersuara.
Gambar dan suara yang diwujudkan membentuk gambaran yang sama dengan objek asalnya.
(Sanaky, 2010). Selain itu, mempunyai ciri-ciri yang menarik dari segi muzik, warna, dan saiz
gambar.

1.8.6 Persepsi :
Menurut kamus dewan edisi keempat (2008), persepsi bermaksud gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan dan
tentang sesuatu perkara.















BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji membincangkan mengenai kajian yang lepas serta meneliti pandangan
yang terdapat dalam kajian tersebut bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Perbincangan
yang dilakukan dalam bab ini merangkumi pelbagai perspektif mengenai kajian yang dijalankan.
2.2 Literasi Jawi
Menurut Bc Hons Eng (2010), literasi bermaksud gejala celik ilmu yang mana telah dituntut
oleh agama Islam kepada semua manusia untuk mendalami pelbagai ilmu dalam kehidupan.
Selain itu, literasi juga bermaksud seseorang individu mampu membaca dan menulis yang
membolehkan individu tersebut berkomunikasi dan boleh berhubung serta bergaul dalam
masyarakat dalam pelbagai aspek. Kemudian, jawi menurut kamus dewan edisi keempat huruf-
huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa
Melayu. Penjawian ialah proses untuk mengalih atau mengubah kepada sesuatu kitab daripada
bahasa lain ke dalam tulisan Jawi.
2.3 Kelemahan murid bermasalah pembelajaran dalam jawi
Ramai dalam kalangan murid sekarang kurang pencapaian untuk membaca jawi dengan baik.
Demikian juga, terdapat murid yang masih lagi tidak mengenal huruf tunggal jawi dengan betul.
Secara tidak langsung, jauh sekali untuk murid menulis jawi dengan baik. Masalah yang
dihadapi ini akan menyebabkan murid kurang pengetahuan untuk mendalami mata pelajaran
pendidikan islam terutamanya dalam bacaan ayat al-quran (Affandi Ag Ghandi, 2006). Keadaan
ini berlaku kerana kurangnya keinginan murid untuk mempelajari bahasa jawi tersebut, ini
kerana murid telah memandang negatif kepada tulisan jawi dan beranggapan bahawa tulisan jawi
tidak penting dalam pembelajaran , sukar untuk mempelajari, tidak melibatkan dalam
peperiksaan serta tidak perlu digunakan dalam kehidupan seharian secara rasmi (Nik Rosila binti
Nik Yaacob, 2007). Oleh itu, kelemahan ini perlu diatasi dengan pelbagai inisiatif antaranya
ialah guru perlu melakukan perubahan dalam kaedah pengajaran jawi dan ibu bapa juga perlu
mempengaruhi anak-anak untuk melahirkan rasa cinta kepada tulisan jawi.


2.4 Kaedah pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pembelajaran menggunakan
media audio dan visual
Pencapaian yang rendah dalam pembelajaran sering dihubung kaitkan dengan murid yang
bermasalah pembelajaran, bagaimanapun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang
memberangsangkan sedikit sebanyak mempengaruhi murid bermasalah pembelajaran tersebut.
Oleh itu, menurut Mayer (1993), telah menyatakan bahawa kaedah pengajaran menggunakan
media ini didapati lebih berkesan kepada murid yang rendah dalam proses pembelajaran, ini
kerana ia dapat membantu untuk menghubungkan pengetahuan pembelajaran yang baru dengan
pembelajaran yang lepas. Begitu juga, dalam model ASSURE (2002) juga telah menekankan
mengenai panduan dalam merancang dan mengendalikan pengajaran yang mana memerlukan
penggunaan media dalam proses pembelajaran. Bagaimanapun, sebelum menggunakan media
dalam pembelajaran hendaklah menganalisis murid terlebih dahulu agar pengajaran yang
berasaskan media sesuai dengan situasi dan tahap murid tersebut.
Tambahan pula, pengajaran yang berunsurkan media ini menjadi pengantara antara guru
dan murid dalam meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu pembelajaran. Oleh yang
demikian, guru harus memilih media audio dan visual yang bersesuaian dengan tahap murid
bermasalah pembelajaran dan topik pembelajaran yang disampaikan. Oleh itu, berdasarkan
konsep media mengikut Torkelson (1972), telah menyatakan bahawa media terbahagi kepada
tiga komponen iaitu saluran mesej, bentuk mesej, dan mesej. Tambahan pula, bentuk media
terdiri daripada gambar-gambar (visual), audio manakala mesej ialah maklumat-maklumat yang
disampaikan iaitu guru menyampaikan mesej melalui satu medium pengajaran yang berasaskan
media kepada murid. Selain itu, menurut kajian Zakaria Kasa et.al. (2009), telah menyatakan
bahawa penggunaan gambar, animasi dan bunyi dalam media sedikit sebanyak dapat membantu
murid dengan lebih menarik untuk menghubungkaitkan pembelajaran yang lepas dengan
pembelajaran yang baru.
Begitu juga, ciri-ciri gambar yang menarik dari segi warna yang terdapat dalam
pengajaran yang berbentuk media lebih memudahkan murid bermasalah pembelajaran untuk
memahami sesuatu pembelajaran. Tambahan pula, penggunaan audio dalam media pengajaran
membolehkan bunyi yang sebenar diaplikasikan dalam audio tersebut dengan jelas. Dengan ini
memudahkan murid bermasalah pembelajaran tersebut mendengar dan memahami sebutan


dengan jelas. Di samping itu, jenis huruf yang diwujudkan dalam pengajaran media dan visual
juga lebih menarik dari segi bentuk, saiz dan warna juga dapat membantu meningkatkan
kefahaman murid bermasalah pembelajaran terhadap huruf-huruf tersebut. (Fadwa AlRowais et
al, 2013).
Di samping itu, kelebihan media pengajaran yang berasakan media ialah menjelaskan
penyampaian maklumat. Maklumat yang disampaikan dalam bentuk perkataan lebih jelas apabila
disertakan dengan gambar, simbol, animasi, bunyi serta muzik yang menarik. Secara tidak
langsung ia memudahkan murid bermasalah pembelajaran memahami sesuatu pembelajaran
dengan mudah. Selain itu, penggunaan media secara bervariasi juga dapat mengatasi masalah
sikap murid bermasalah pembelajaran yang pasif, ini kerana melalui media pengajaran yang
bervariasi ini dapat membantu menarik minat, meningkatkan interaksi serta yang paling utama
dapat meningkatkan kefahaman dan kejelasan murid bermasalah pembelajaran.
Oleh sebab itu, penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan
kerana ia mampu untuk mempermudahkan murid dalam memahami sesuatu pembelajaran yang
sukar kepada yang lebih mudah serta dapat melahirkan motivasi murid bermasalah pembelajaran
keinginan untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih baik. (Muhammad Mansyur et. al. (nd).
2.5 Persepsi guru terhadap penggunaan kaedah media audio dan visual dalam pengajaran
dan pembelajaran
Hasil pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif sekiranya guru
menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan. Bagaimanapun, masih lagi terdapat guru-guru
yang kurang memberi perhatian terhadap kaedah pengajaran yang sesuai dengan murid dan topik
pengajaran yang diajar. Demikian pula, guru masih mengekalkan pengajaran yang berasakan
tradisional seperti hanya berpandukan buku teks sahaja (Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail,
2010). Menurut kajian Lai Kim Leong et. al. (2001), telah menyatakan bahawa peratusan guru
menggunakan media audio dan visual adalah sangat rendah dan hanya segelintir guru sahaja
yang menggunakan media audio dan visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi
ini berlaku kerana kebanyakan daripada guru ini menyatakan bahawa kekurangan bahan bantu
mengajar yang berasaskan media audio dan visual tersebut di sekolah.


Walaupun begitu, menurut kajian Rafiza Abdul Razak dan Maryam Abdul Rahman
(2013), telah menyatakan bahawa kini terdapat guru yang berkemahiran dalam teknologi yang
mana membolehkan guru menyediakan bahan bantu mengajar yang berasaskan media visual dan
audio dengan sendiri tanpa berharap kepada sumber yang disediakan oleh Kementerian
Pengajaran Malaysia sahaja. Selain itu, telah didapati daripada kajian yang lepas guru-guru telah
mereka bentuk perisian multimedia dan mendapati proses pengajaran tersebut dapat
menwujudkan hubungan interaksi sosial dan kognitif murid terhadap pembelajaran (Mitchell,
Kelleher dan Sundry, 2007).
2.6 Persepsi Murid Terhadap Media Pengajaran Audio Dan Visual
Murid bermasalah pembelajaran ini terdiri daripada pelbagai kategori, demikian juga murid
bermasalah pembelajaran mempunyai perasaan yang berbeza-beza berdasarkan persekitarannya.
Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran juga hendaklah menggunakan kaedah
yang berbeza yang bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran tersebut. Lantaran itu,
dengan penggunaan media visual dan audio dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
pengulangan dapat memberi rangsangan kepada murid bermasalah pembelajaran dalam membina
persepsi yang sama terhadap media visual dan audio iaitu minat untuk belajar kerana dilengkapi
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan media.

2.7 Teori yang berkaitan dengan kajian
2.7.1 Teori Behaviorisme
Teori ini menitik beratkan kepada perubahan tingkah laku akibat pengalaman yang pernah
dilalui. Namun begitu, perubahan tingkah laku dapat dilihat, diukur, dan dikawal. Oleh itu,
pengaplikasian teori behaviorisme dalam pendidikan adalah berasaskan kepada andaian bahawa
pembelajaran berlaku apabila berlakunya perubahan tingkah laku. Oleh yang demikian,
pengajaran harus direka bentuk supaya dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang
diharapkan. Di antara tokoh yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam teori ini ialah Pavlov,
Thorndike, dan Skinner. Lantaran itu, dengan penggunaan media visual dan audio dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu rangsangan untuk memastikan pembelajaran


beraku dengan berkesan, ini kerana dengan penggunaan media visual dan audio ia dapat
membentuk tingkah laku yang berdisiplin dan secara tidak langsung ia dapat menarik perhatian
murid kepada pembelajaran.
2.7.2 Teori Kognitivisme
Apabila proses pengajaran dan pembelajaran media visual dan audio digunakan, seorang guru
hendaklah memainkan peranan yang penting untuk menganalisis mental murid. Setelah murid
menerima pengetahuan baru ia akan bergantung sejauh mana maklumat yang sedia ada dalam
minda murid dapat distrukturkan. Begitu juga, teori ini sangat menekankan kepada pemprosesan
maklumat yang telah diterima, kerana berlakunya proses dalam minda murid. Oleh yang
demikian, dengan penggunaan media visual dan audio ini dapat menggalakkan murid berfikir
secara aktif dan boleh menghasilkan pengetahuan baru dengan membuat perkaitan dengan
pembelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan media visual dan audio dapat memudahkan penyampaian maklumat sekiranya dalam
bentuk konkrit kepada abstrak, ini kerana dengan kaedah ini lebih senang untuk murid
bermasalah pembelajaran untuk memahaminya dan mengaplikasikannya.
2.8 Kesimpulan
Dalam bab ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan media
visual dan audio masih lagi kurang dipraktikkan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya dalam literasi jawi. Melalui kajian ini pengkaji ingin melihat sama
ada tahap penguasaan murid dapat ditingkatkan melalui pengajaran media visual dan audio.








BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini membincangkan mengenai reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian
dan analisis data. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ialah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Goh, Kuantan, Pahang.

3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Maka, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah
soal selidik. Kemudian menggunakan kaedah eksperimen iaitu ujian pra dan ujian pasca kepada
murid bermasalah pembelajaran.

3.3 Sampel Kajian
Seramai 9 orang murid pendidikan khas kategori bermasalah pembelajaran Sekolah Kebangsaan
Bukit Goh, Kuantan yang dipilih untuk menjadi sampel dalam kajian ini. Kemudian, seorang
guru mata pelajaran pendidikan islam untuk menggunakan media visual dan audio dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3.4 Instrumen Kajian
Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik. Jenis borang selidik tersebut terbahagi
kepada beberapa bahagian antaranya ialah:
Bahagian 1 : Latar belakang responden
Bahagian 2 : Terdapat 10 item soalan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan


media visual dan audio dalam pengajaran literasi jawi yang menggunakan skala
likert 5 poin iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS),
setuju (S) dan sangat setuju (ST).
Bahagian 3 : Satu soalan struktur untuk guru menyatakan pendapat mengenai penggunaan media
audio dan visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemudian, alat kajian yang digunakan untuk mengumpul data responden ialah dua set
instrumen yang diberikan kepada responden iaitu soalan ujian pra (sebelum) dan ujian pasca
(selepas) kajian dilakukan. Soalan ujian ini merangkumi pelbagai jenis soalan antaranya ialah
menguji kemahiran menulis huruf jawi dan membaca jawi.

3.5 Analisis Data
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan dua instrumen untuk membuat pengumpulan data
iaitu kaedah soal selidik dan ujian pra dan pasca. Pertama ialah soal selidik yang mana akan
dijalankan kepada guru. Borang soal selidik ini akan diberikan setelah selesai kajian ini
dijalankan. Begitu juga, soal selidik yang digunakan adalah berbentuk skala likert. Analisis ini
juga dapat membantu mengetahui umur, bangsa, penempatan dan sebagainya. Data yang
dikumpul ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian excel, dengan menggunakan perisian
ini akan dapat mengira peratusan min skala likert.
Seterusnya, bagi kaedah ujian pra pula dijalankan sebelum kajian dilakukan untuk
memperoleh maklumat dan gambaran mengenai tahap kemahiran murid bermasalah
pembelajaran dalam jawi. Ujian tersebut dilakukan secara tidak langsung untuk melihat sejauh
mana kebolehan murid bermasalah pembelajaran dalam jawi tanpa bantuan guru. Selepas itu,
membuat semakan untuk mengetahui keputusan tersebut. Selepas kajian dijalankan, ujian pasca
diberikan kepada murid bermasalah pembelajaran. Ujian pasca dilakukan untuk melihat tahap
penguasaan murid setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan media
visual dan audio. Hasil daripada ujian pra dan pasca boleh dibuat perbandingan untuk mengenal


pasti keberkesanan penggunaan media visual dan audio dalam proses pengajaran dan
pembelajaran literasi jawi serta tahap pencapaian murid bermasalah pembelajaran.


BIBLIOGRAFI
Affandi Bin Ag Ghani (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Teks Jawi
Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Tingkatan Empat,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai, Johor Bahru (PDF). Diperoleh pada April
6,Mei 2014 daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2006_6651_b53e75d2da6a4
db1a542cd21516262cf.pdf

Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail (2010). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru
Pemulihan Jawi Di Malaysia (PDF). Diperoleh pada April 6,Mei 2014 daripada
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-
UPSI/2010/Book_2/KAEDAH_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_GURU_PE
MULIHAN_JAWI_DI_MALAYSIA.PDF


Azura Ishak,Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat et al (2012). Perbandingan Pengajaran
Berasaskan Multimedia Dan Tradisional Ke Atas Pencapaian Matematik Dan Sikap
Matematik Di Kalangan Pelajar Berisiko (PDF). Diperoleh pada April 20,2014 daripada
http://journalarticle.ukm.my/3510/1/1.pdf

Dewan Bahasa dan Pustaka (2008). Kamus Dewan Edisi Keempat
Diperoleh pada April 1,Mei 2014 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=persepsi

Elearnmap (nd). Teknologi Pengajaran (PDF). Diperoleh pada April 5,Mei 2014 daripada


http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/eduPPG/bahan/Modul%201.pdf


Fadwa AlRowais,Mike Wald dan Gary B Wills (2013). An Arabic Framework For Dyslexia
Training Tools (PDF). Diperoleh pada April 27,2014 daripada
http://umkeprints.umk.edu.my/2328/1/Conference%20Paper%201.pdf

Herkaya Maya Jatmika (2005). Pemanfaatan Media Visual Dalam Menunjang Pembelajaran
Pendidikan Jasmani Di Sekolah Dasar (PDF). Diperoleh pada April 6,Mei 2014 daripada
http://eprints.uny.ac.id/4845/1/pemanfaatn_media_visual.pdf


Ikacahya (2014). Makalah audio visual dan animasi (Blog). Diperoleh pada April 6,Mei 2014
daripada http://ikacahya94.blogspot.com/2014/01/makalah-media-audio-visual-dan-
animasi.html


Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena binti Abu Samah (2011). Perisian Matematik
Bagi Tajuk Pecahan Untuk Pelajar Berkeperluan Khas (PDF). Diperoleh pada April
25,2014 daripada http://educ.utm.my/norazrena/files/2012/10/2011-JTPMjun2011.pdf


Liyana Ahmad Afip, and Nurul Fatihah Hanapi, and Khuzaiton Zakaria (2013). Persepsi dan
Pengalaman Guru Pendidikan Khas Dalam Menghadapi Permasalahan Disleksia dalam
Kemahiran Literasi (PDF). Diperoleh pada April 26,2014 daripada
http://umkeprints.umk.edu.my/2328/1/Conference%20Paper%201.pdf


Mohd Ridhwan Bin Nagib (2010). Interactive Jawi For Dyslexia Children


(PDF). Diperoleh pada Mei 4,2014 daripada
http://eprints2.utem.edu.my/3822/1/Interactive_Jawi_For_Dyselxia_Children_-
___LB1028.55_.M74_2010..pdf

Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas.


Nik Rosila Nik Yaacob (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam (PDF).Diperoleh pada April 6,Mei 2014
daripada
http://web.usm.my/education/publication/JPP%20Nik%20Rosila%20ART%2010%20(16
1-172).pdf


Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod, Zahara Aziz (2012). Pengajaran Kemahiran Komunikasi
Bagi Murid Murid Bermasalah Pembelajaran Teruk(PDF). Diperoleh pada April 18,2014
daripada http://www.ukm.my/jpbm/pdf/11-18%20Noor%20Aini%20et%20al.UPSI.pdf

Norlihanahani (2013). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Bahasa Arab (Blog).
Diperoleh pada April 25,2014 daripada
http://norlihanahani.blogspot.com/2013/08/penggunaan-bahan-bantu-mengajar-
dalam.html

Norshahizan Binti Mustapha (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan
Modul Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Topik Alkil Halida
Diperoleh pada April 1,Mei 2014 daripada
http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=eSRH7wVyvl5y0mZZT
gFqdJ4mZME3B5kU20090701123950422

Prof Madya Dr Hj. Wan Mat bin Hj. Sulaiman (nd). Pendidikan Jawi Baru : Kajian Terhadap


Persepsi Para Pelajar Dalam Pembelajaran Dan Penulisan Jawi Baru (PDF). Diperoleh
pada April 25,2014 daripada file:///D:/USERS/DATA%20USER/Downloads/13754-
39402-1-PB.pdf


Rafiza Abdul Razak dan Maryam Abdul Rahman (2013). Pembinaan Media Pengajaran
Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru ICTL (PDF). Diperoleh pada April 6,Mei
2014 daripada http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4559/Bil1_2_Artikel3.pdf

Mohd Salleh (2011). Kurikulum,Metodologi, Dan Pedagogi Pengajian Islam Edisi Kedua.

Anda mungkin juga menyukai