Anda di halaman 1dari 2

Kaedah pembelajaran yang boleh dipraktikkan dalam mengajar pelajar bermasalah

pendengaran adalah seperti menggunakan alat bantuan pendengaran, kaedah


bahasa isyarat orang pekak serta kaedah komunikasi seluruh kod tangan bahasa
melayu yang akan membantu para pelajar terbabit agar lebih yakin untuk
berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Kebolehan murid bermasalah
pendengaran yang mahir dalam menguasai sesuatu bahasa terutamanya bahasa
melayu merupakan satu kelebihan dalam pendidikan.
Guru berperanan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pegadogi
iaitu kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.
Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah.
Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga
interaksi guru dan pelajar. Konsep pegadogi ini akan
memberi kesan dalam keberkesanan pelajar bermasalah menguasai pengajaran
(http://ms.wikipedia.org/wiki/pegadogi).
Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu merupakan salah satu kaedah
pengajaran kepada murid bermasalah pendengaran. Kod Tangan Bahasa Melayu
merujuk kepada penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili
setiap kosa kata bm. Hal ini memberi keterangan bahawa guru menggunakan
pelbagai media seperti isyarat, lakon dan juga lisan semasa berinteraksi dalam
pengajaran dan pembelajaran bersama para pelajar yang terlibat untuk disesuaikan
dengan kebolehan murid yang pelbagai tahap pendengaran (Abdullah Yussoff,2004).
Komunikasi seluruh juga digunakan oleh tenaga pengajar bagi berinteraksi dan
seterusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini merujuk
kepada keadaan di mana guru menggunakan apa sahaja untuk membolehkan murid
memahami bahasa atau isyarat yang diberikan. Antara contoh isyarat yang
digunakan adalah mimik muka, lakonan serta pertuturan.
Kaedah lain yang digunakan adalah kaedah bahasa isyarat orang pekak. Kaedah ini
menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa kepada murid bermasalah pendengaran. Kaedah ini belum dilaksanakan
secara rasmi di Malaysia. Bahasa isyarat orang bermasalah pendengaran di Malaysia
dikenali sebagai Bahasa isyarat Malaysia (BIM). Kaedah ini menterjemahkan bahasa
melalui isyarat sebenar individu bermasalah pendengaran yang membabitkan
pergerakan badan seperti tangan, mimik muka dan kepala (Persatuan Orang Pekak
Malaysia, 2000).
Kaedah pertuturan juga dijadikan sebagai salah satu kaedah pengajaran murid
bermasalah pendengaran. Kaedah ini memerlukan murid-murid bertutur sepertimana
murid normal. Lazimnya. Latihan melalui kaedah pertuturan ini diberikan khas
kepada murid yang masih mempunyai sisa-sisa pendengaran. Kaedah ini diajar bagi
membolehkan mereka sedikit sebanyak membantu dalam memahami pertuturan jika
berinteraksi dengan murid normal yang lain. Murid-murid ini juga akan terpaksa
menggunakan bahasa lisan jika bertutur dengan orang
yang tidak memahami bahas isyarat mereka

Anda mungkin juga menyukai