Anda di halaman 1dari 7

KAEDAH KOMUNIKATIF

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan


murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti
meminta maaf, bercerita ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.Melalui
pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan

ini

wujud

kerana

didapati

pendekatan

lain

lebih

mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat


yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.Penguasaan
komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur
ayat yang betul mengikut konteks Bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh
guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam
berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang
dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar
murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru
perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat
berkomunikai secara berkesan.

Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu


seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu
yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan
tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh
sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran

KAEDAH AUDIOLINGUAL
Pada

peringkat

permulaan,

pengajaran

bahasa

yang

menggunakan kaedah ini bertujuan untuk ketenteraan iaitu satu


program pembelajaran bahasa bagi tentera-tentera yang akan
dihantar ke negara-negara luar.

kaedah audio-lingual adalah lebih sesuai serta praktikal


digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Dalam konteks pendidikan hari ini, kaedah ini amat berkesan


dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan yang
melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur.
Pengajaran dan pembelajaran lisan adalah kemahiran asas
berbahasa yang seharusnya dikuasai dahulu oleh pelajar
sebelum mereka dapat belajar membaca dan menulis dengan

sempurna.
Jadi, kaedah audio-lingual merupakan satu alternatif dalam
pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan
bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran
membaca dan menulis.

Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu


kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur
(lingual).

Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti


kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut
mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alatalat seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk
(audio), dan juga piring hitam.
Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah
seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana contohnya
suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan, berita, syair
dan lain-lain lagi.
Oleh itu, kaedah audio lingual yang dijalankan ini adalah
bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah mencadangkan
beberapa

kemahiran

kecil

dalam

kemahiran

lisan

iaitu

mendengar dan menyebut bunyi.


Dalam kemahiran ini, murid-murid dapat mengenal, membeza,
megajuk bunyi yang diperdengar di samping mengecam serta
menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah
audio lingual ini dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran
yang dinyatakan tersebut akan terus berkembang ke peringkat
yang seterusnya dan lebih baik.
Sebagaimana

yang

diketahui,

kaedah

audio-lingual

ini

menggunakan bahan bantu mengajar seperti rakaman berita


daripada radio.
Apabila kaedah ini digunakan terhadap murid-murid sebagai
salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar memahami serta
menghayati apa yang terkandung dalam berita tersebut
kemudian murid tersebut dapat menerangkan semula apa yang
difahami berdasarkan berita yang didengari tersebut.

Apabila murid dapat menguasai kaedah ini, secara tidak


langsung murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah apabila

murid tersebut mendengar berita di radio atau televisyen murid


dapat memahami serta memahami dengan jelas apa yang
terdapat dalam berita tersebut dan dapat memberitahu orang di
sekelilingnya mengenai berita yag didengarinya itu.
Ini menunjukkan kaedah audio-lingual ini memenuhi matlamat
yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut adalah mendengar
serta memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya
dalam konteks perbualan harian serta situasi formal.
Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan,
frasa, ayat yang didengar termasuklah nada serta intonasinya
secara latih tubi.
Kemudian, murid akan dilatih mendeklamasikan sajak dengan
rakan secara berpasangan ataupun secara berkumpulan.
Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih
mengingati apa yang didengar.
Selain itu, ingatan murid juga dapat diperkukuh dengan cara
mendengar semula apa yag dirakam serta berbincang dengan
rakan-rakan.
Selain itu, murid-murid juga akan mudah mempelajari bunyibunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan
yang diperdengarkan

TEKNIK LATIH TUBI


Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran
yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum
masihi.
Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar
agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan
mereka .

Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat
berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan
empat langkah berikut :
1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta
Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.
2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih
berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan
pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.
3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang
lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin
berlaku.
4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat
terakhir dalam proses menghafaz .
Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang
telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal.
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya.
Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran
bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai
sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut
perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang
penting.
Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini
juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia
mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif
pelajar.
Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan
ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan.
Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu

harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran


yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan
membosankan.

TEKNIK BERSOAL
Teknik bersoal jawab merupakan teknik yang paling lama dan
paling popular dalam bidang pendidikan.
Teknik ini mewujudkan interaksi guru dan murid secara
berkesan dan dilaksanakan dengan cara mengemukakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam pengajaran
ini memerlukan murid berfikir di samping menggerakkan minda
untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya.
Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan
perasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan
pelajar.
Kelebihan teknik bersoal jawab ini dalam pengajaran dan
pembelajaran akan mewujudkan interaksi guru dan murid
secara berkesan dan murid dapat bertindak balas dengan
segera.
Selain

itu

juga

teknik

ini

dapat

mengenalpasti

tahap

pengetahuan berbahasa murid dan menggalakkan pelajar


berfikir secara kreatif, inovatif, lojik dan kritis.

Anda mungkin juga menyukai