Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA
TEMA

EKONOMI

TAHUN

4 BESTARI

TAJUK

Sawah Padi Datukku

MASA

9.30 10.30 pagi

STANDARD
PEMBELAJARAN

2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan
dalam ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:

OBJEKTIF

AKTIVITI

i.

Membaca sekurang-kurangnya tujuh ayat yang mengandungi imbuhan apitan dengan


sebutan yang jelas dan betul.

1. Murid menonton video sawah padi dan mengikut seni kata lagu yang tertera.
2. Murid bersoal jawab berdasarkan salah satu gambar sawah padi yang ditunjukkan.
(2.16). (KBAT)
3. Murid mengikut guru membaca petikan yang dipaparkan pada skrin.
4. Murid membaca petikan yang diedarkan secara berkumpulan dan secara individu
(dipilih secara rawak) dengan sebutan yang betul.
5. Murid diminta mencari imbuhan apitan dalam ayat secara berkumpulan dan dipanggil
secara rawak untuk mewarnakan perkataan berimbuhan apitan dengan tetikus.(Abad
21)
6. Murid membaca perkataan tersebut dan diikuti murid-murid lain.
7. Murid menyenaraikan perkataan imbuhan apitan dalam peta bulatan dalam lembaran
kerja. (iThink)
Pemulihan
Murid membatang suku kata perkataan berimbuhan apitan.
Pengayaan
Murid membaca petikan.
Ilmu : Pendidikan Moral

PENGISIAN
KURIKULUM

Nilai : Rajin
EMK : TMK
KB

: Mengecam

BCB : Bacaan Mekanis


BAHAN BANTU
BELAJAR

LCD, gambar,video

PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Murid dapat membaca perkataan berimbuhan apitan dengan betul.

REFLEKSI

20 orang daripada 25 orang murid telah mencapai objektif P&P.


Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Soalan-soalan induksi:
1. Apakah yang dapat kamu lihat dalam gambar?
-

sawah padi

petani bekerjasama menanam padi

Aktiviti 1:

Murid-murid membaca petikan

Pada minggu lepas, saya dan keluarga mengunjungi datuk di kampung.. Kampung
datuk terletak di negeri Kedah Darul Aman.
Rumah datuk terletak berhampiran dengan sawah padi. Datuk telah membawa
saya dan abang mengelilingi kampung yang dipenuhi dengan sawah padi.
Pemandangan di kampung saya sangat indah. Saya melihat pesawah sedang
menanam anak padi yang baru dicabut dari tapak semaian. Sawah padi ditumbuhi anak
padi yang tumbuh subur. Anak padi tersebut ditanam di dalam petak sawah yang berair
secara berbaris.
Kemudian, saya melihat pesawah menaburkan baja pada anak padi. Menurut
datuk, aktiviti merumput dilakukan sehingga pokok padi berbuah dan dituai.
Saya berasa amat gembira kerana dapat memperolehi pengalaman tersebut.

Aktiviti

2:

Murid-murid membaca ayat-ayat di bawah dan mewarnakan perkataan


berimbuhan apitan dengan tetikus.
1. Pada minggu lepas, saya dan keluarga mengunjungi datuk di kampung.
2. Rumah datuk terletak berdekatan dengan sawah.
3. Datuk membawa saya dan abang mengelilingi kampung yang dipenuhi
dengan sawah padi.
4. Pemandangan di kampung saya sangat indah.
5. Sawah padi ditumbuhi anak padi yang tumbuh dengan subur.
6. Saya melihat pesawah menaburkan baja pada anak padi.
7. Menurut datuk, aktiviti merumput dilakukan sehingga pokok padi berbuah
dan dituai.
8. Saya berasa amat gembira dapat memperolehi pengalaman tersebut.

Aktiviti 3 :

Lembaran kerja: Peta Minda : Peta Bulatan

Imbuha
n
apitan

Aktiviti Pemulihan :
mengunjun
gi

me

ngun

ju

ngi

berdekatan

ber

de

ka

tan

mengelilin
gi

me

nge

li

li

ngi

memperole
hi

mem

per

le

hi

dilakukan

di

la

ku

kan

menaburka
n

me

na

bur

kan

pemandan
gan

pe

man

da

ngan

ditumbuhi

di

tum

bu

hi

Aktiviti Pengayaan :
Kesihatan yang baik penting dalam kehidupan kita. Kita perlu menjaga
kesihatan badan dengan bersenam dan mengambil makanan seimbang setiap hari.
Makanan seimbang terdiri daripada tiga kumpulan makanan, iaitu
karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat memberi kita tenaga. Antara makanan
yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, roti, ubi dan bijirin. Daging, ikan, telur
dan susu adalah makanan berprotein yang membantu dalam pertumbuhan kita.
Makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu kita
mencegah penyakit.
Di samping itu, kita perlu mengurangkan pengambilan makanan bergula dan
berlemak. Pengambilan makanan bergula dan berlemak yang berlebihan akan
menyebabkan penyakit diabetes dan obesiti. Oleh itu, kita perlu mengamalkan
pengambilan makanan seimbang untuk mendapatkan badan yang sihat.
Susun Atur Kelas 4 Bestari

Anda mungkin juga menyukai