Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG TERATUR DAN BERKESAN SERTA BAHAN SOKONGAN KONKRIT YANG BAIK DAPAT MEMBANTU

PELAJAR MENINGKATKAN TAHAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan murid bermasalah pembelajaran.

Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur membolehkan guru : 1. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang dirancang 2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam jangka masa yang diperuntukkan

3. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar 4. Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan 5. Merancang aktiviti pelajar yang sesuai 6. Mengawal bilik darjah dengan baik 7. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
8. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid

9. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan 10.Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur 11.Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran 12.Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran 13.Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian merangkumi item-item yang perlu dinyatakan dengan jelas dan mudah dilaksanakan. Antara item yang perlu ada ialah Sebagaimana contoh berikut:
Format Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian

Tahun (Kelas) : Tarikh : Masa : Mata Pelajaran : Tajuk / Topik : Objektif : Hasil Pembelajaran :

Pengetahuan Sedia Ada : Alat Bantu Mengajar : Pemikiran Kreatif & Kritis : Nilai Murni : Pelaksanaan P & P Penyampaian Isi Pelajaran / masa Set Induksi ( 5 minit ) Langkah 1 ( minit ) Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan

Langkah 2 ( minit )

Langkah 3 ( minit )

Penilaian ( minit )

Penutup ( minit )

Refleksi :

PENENTUAN OBJEKTIF Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.

Kegunaan Objektif Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau objektif perlakuan adalah banyak. Antaranya : i. ii. iii. iv. v. vi. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan pengajaran yang sesuai dan relevan Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi pengajaran Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi vii. Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri viii. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan Penulisan Objektif Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu : i. Perlakuan Menyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh

perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih, merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain ii. Syarat Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan, bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan. Sebagai contoh dengan membaca petikan yang diberi. iii. Kriteria Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai perlakuan pelajar. Contoh, dapat memotong kayu dalam masa 10 minit, dengan 90% jawapan betul ,dengan tepat . Contoh objektif perlakuan : Di akhir pelajaran, pelajar dapat menjawab 5 dari 6 operasi tambah yang melibatkan nombor kurang dari 10.

Rumusan penulisan objektif Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas, jitu dan eksplisit Objektif mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan pelajar Objektif perlu ditulis degan menggunakan perkataan oerbuatan yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja, tetapi juga melibatkan domain afektif dan psikomotor.

MENENTUKAN ISI PELAJARAN Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah seperti yang dinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran . Walau bagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan pelajar dan prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun seperti berikut : Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks Dari senang kepada yang mudah Dari yang konkrit kepada yang abstrak Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu Relevan dengan objektif yang telah ditentukan Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan semasa dan Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk berfikir secara kritis, analitis dan kreatif PEMILIHAN SUMBER Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, tahap dan kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan keadaan setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun kepada penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik , berwarna, menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar. PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik digunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum. Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan sukatan pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi tersebut. Isi

pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran, inkuiri dan penemuan serta lakonan. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan. Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis dan mengira) perlu juga di ambil kira.

Berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan perancangan pelajaran adalah jelas menunjukkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang teratur dan berkesan akan dapat membantu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran pelajar terutamanya murid bermasalah pembelajaran.

BAHAN SOKONGAN KONKRIT Bahan sokongan konkrit adalah merupakan antara jenis bahan bantu mengajar. Bahan sokongan konkrit atau juga disebut bahan maujud banyak digunakan sebagai bahan bantu mengajar terutama dalam kelas pemulihan matematik. Ini kerana bahan konkrit dapat dilihat dan dipegang oleh murid dengan tangan mereka sendiri. Oleh itu, semua deria dapat mereka gunakan termasuklah mata, telinga, hidung dan tangan. Ini menggalakkan perkembangan psikomotor mereka. Contohnya lidi, batu kecil dan jari boleh digunakan bagi membantu mereka mengira dan membuat empat operasi asas. Manakala, model-model dua matra dan tiga matra boleh digunakan untuk mengajar tajuk bentuk-bentuk geometri.

Bahan sokongan konkrit amat penting dalam membantu pelajar dalam proses pembelajaran kerana bahan sokongan ini dapat menyediakan satu asas kuat untuk pelajar memahami sesuatu konsep. Ini akan dapat membantu pelajar mendapatkan

hasil pembelajaran yang lebih kekal. Bahan sokongan konkrit ini juga dapat menjadi daya penarik kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka. Di samping itu bahan sokongan konkrit dapat menyediakan pengalamanpengalama yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Dalam menyediakan bahan sokongan konkrit, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh guru : i. Guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. ii. Guru mesti arif dan tahu untuk mengendalikan bahan atau alat tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia. iii. Bahan atau alatan harus sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukan.

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan konkrit adalah penting kerana penggunaannya bukan sahaja pembelajaran menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di perkembangkan lagi, kerana pelajar yang belajar dan berintraksi dengan objek akan lebih memahami apa yang dipelajari dan pelajar-pelajar akan membina konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai