Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah adalah penting untuk seseorang guru. Melalui pengurusan
bilik darjah yang berkesan barulah dapat mewujudkan pembelajaran yang kondusif
untuk murid-murid. Selain itu, kerjasama daripada murid-murid sangat penting untuk
seseorang guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Guru haruslah
mengetahui tabiat, tingkah laku dan personaliti setiap murid barulah dapat
menguruskan bilik darjah dengan baik dan berkesan. Guru perlu lebih peka terhadap
murid yang mempunyai masalah displin di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah
mengetahui cara untuk menangani mereka.
Melalui model-model pengurusan displin iaitu model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner, model Displin Asertif Canter, model Akibat Logikal Dreikus, model
Pengurusan Kelompok Kounin dan model Terapi Realiti Glasser dapat dijadikan
panduan kepada guru untuk menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner adalah menggunakan prinsip peneguhan
untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Dalam Model Disiplin Asertif Canter
menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Cara guru
mengaplikasikan dalam pengurusan disiplin untuk para murid iaitu, menetapkan
peraturan kelas, peneguhan, pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Model
Akibat Logikal Dreikus adalah menekankan kepentingan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga
disiplin di dalam bilik darjah. Model Pengurusan Kelompok Kounin adalah apabila
guru menegur seorang murid, murid lain turut berhenti daripada melakukan sesuatu
salah laku yang sama. Model Terapi Realiti Glasser adalah mengkehendaki setiap
individu bertingkah laku mengikut cara tertentu mengikut kehendak masing-masing.

MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER


Modifikasi tingkah laku bermaksud bidang psikologi atau suatu pendekatan yang
bersistematik untuk menganalisis dan mengubah tingkah laku seseorang melalui
aplikasi pelaziman. Manakala tingkah laku ialah tindakan seseorang dan katakan.
Model Modifikasi Tingkah Laku ialah dipelopori oleh Skinner. Burrhus Frederic
Skinner(1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada
tahun 1931 dalam bidang Psikologi. Beliau mendapati bahawa tingkah laku
seseorang mudah dipengaruhi oleh sesuatu situasi atau seseorang. Menurut

Skinner, modifikasi tingkah laku adalah langkah-langkah yang bersistematik


berdasarkan prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku dari negatif kepada
positif. Selain itu, elemen-elemen luaran juga mudah mempengaruhi tingkah laku
murid. Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip peneguhan
yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini.
Menurut Skinner pelbagai teknik yang sesuai dapat digunakan dalam modifikasi
tingkah laku murid- murid. Skinner mengemukan empat elemen utama berkaitan
peneguhan

iaitu

peneguhan

positif,

peneguhan

negatif,

denda

dan

penghapusan. Prinsip peneguhan dapat mempengaruhi tingkah laku murid dan


mengubah tingkah laku murid kepada tingkah laku yang diingini. Ciri-ciri peneguhan
positif ialah memberikan pujian, ganjaran, hadiah, penghargaan dan sebagainya.
Misalnya, semasa dalam pengajaran guru, murid yang berkelakuan baik seperti tidak
membuat bising dan mengganggu pembelajaran kelas, menyiapkan tugasan yang
diberikan secara tepat masa, melakukan kerja rumah dengan baik malah
memberikan kerjasama sehingga pembelajaran berjalan dengan lancar, guru boleh
memberikan peneguhan positif

kepadanya. Apabila seseorang murid mendapat

pujian atau ganjaran daripada guru, mereka akan mengekalkan tingkah laku baik ini.
Tindakan ini juga dapat mempengaruhi murid lain untuk menjadi lebih berdisplin.
Di samping itu, peneguhan negatif ialah tindakan yang diambil untuk menguatkan
tingkah laku positif dan mengelakkan murid melakukan hal-hal yang tidak diingini.
Peneguhan negatif kadang-kala boleh menyakiti murid. Contohnya, telefon bimbit
diambil semasa murid bermain dalam kelas kerana murid tersebut tidak memberi
penumpuan dalam pengajaran guru. Semasa murid sedang bermain telefon bimbit
juga menjejaskan tumpuan rakannya. Guru melakukan peneguhan negatif supaya
murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini iaitu memberikan perhatian
semasa guru sedang mengajar. Kesan peneguhan negatif ialah murid tersebut tidak
berani mengulangi tingkah laku tersebut kerana dia masih ingin telefon bimbitnya
dikembalikan.
Sementara itu, Skinner mendapati tingkah laku seseorang akan dijejaskan atau
dibentuk melalui peneguhan yang diterima. Melalui peneguhan yang tetap dan
diberikan setiap kali, murid tersebut akan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang
diingini atau membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Apabila tingkah laku yang
diingini telah ditunjukkan, guru boleh mengurangkan memberikan peneguhan dan
hanya menberi peneguhan apabila diperlukan.

Dalam pada itu, dendaan ialah tindakan diambil apabila murid melakukan tingkah
laku yang tidak diingini sehingga menjejaskan perjalanan kelas seperti membuat
bising dan mengganggu rakan. Dendaan yang diberikan tidak akan menyakitkan
murid. Ia hanya menyedarkan murid dan memastikan murid menumpukan perhatian
dalam kelas. Dendaan akan ditarik balik apabila murid tersebut mula mengubah
sikap kepada positif. Contohnya, semasa seorang murid membuat bising dalam
kelas atau mengganggu rakannya, guru boleh mengatur murid tersebut duduk di tepi
guru atau berdiri di hadapan kelas. Dendaan ini akan dapat mengubah tingkah laku
murid kepada positif dan tidak akan berulang lagi. Melalui dendaan ini, murid lain
juga tidak berani mengulangi tingkah laku yang tidak diingini. Walau bagaimanapun,
dendaan ini mungkin akan menyinggung perasaan murid tersebut.
Lain daripada itu, penghapusan dilaksanakan apabila murid melakukan kesalahan
di dalam bilik darjah seperti melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan
dipersetujui bersama guru dan murid. Contohnya, semasa waktu Pendidikan
Jasmani, kalau terdapat 3 orang murid tidak memakai baju sukan, kelas pendidikan
jasmani

akan dibatalkan.

Murid-murid akan

merasakan seperti kehilangan

keseronokan dan kesalahan seseorang menyebabkan seluruh kelas tidak dapat apa
yang diingini. Dengan ini, murid-murid akan sentiasa ingat hendaklah memakai baju
sukan untuk waktu Pendidikan Jasmani. Dendaan dan penghapusan akan dibatalkan
apabila semua murid menunjukkan tingkah laku bekerjasama dalam pembelajaran.
Kekuatan guru menggunakan model modifikasi tingkah laku skinner iaitu model ini
senang dijalankan. Guru haruslah mengenali tingkah laku murid-murid sebelum
menjalankan model ini. Penggunaan strategi modifikasi tingkah laku dapat
menjadikan guru menjadi lebih sedar dan peka tentang apa yang berlaku di dalam
bilik darjah. Malah, guru juga boleh memberikan peneguhan yang positif dan negatif
untuk murid yang spesifik. Namun, peneguhan positif lebih digalakkan untuk
menjalankan di bilik darjah. Guru akan menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian
dispilin dalam bilik darjah melalui model modifikasi tingkah laku. Murid yang sentiasa
aktif dalam pembelajaran dan berdisplin, guru boleh memberikan ganjaran supaya
murid tersebut akan teruskan tingkah laku baik. Melalui model modifikasi tingkah laku
skinner, guru akan lebih cepat mendapatkan hasil yang diingini. Murid-murid akan
membetulkan tingkah laku mereka kepada positif.
Kelemahan untuk menjalankan model modifikasi tingkah laku skinner ialah ia tidak
dapat kekal lama. Hal ini demikian kerana semasa murid tidak dapat peneguhan
positif yang berterusan dan ganjaran daripada guru, murid tersebut tidak akan

mempunyai tingkah laku yang positif secara berterusan. Tambahan pula, motif
belajar akan berubah iaitu murid menjadikan lebih mementingkan ganjaran. Model ini
agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang kurang peka. Hal ini kerana murid
akan menimbulkan rasa benci terhadap guru. Model ini juga kurang berkesan untuk
murid yang mempunyai masalah displin yang teruk dan murid dewasa. Guru juga
agak sukar untuk memastikan ganjaran yang diberikan selaras dengan keperluan
setiap murid.

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Konsep model Akibat Logikal Dreikurs ialah sebagai seorang guru haruslah
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk murid-murid bersama
menjaga displin di dalam bilik darjah. Dreikurs berpendapat bahawa kanak-kanak
sangat menginginkan dirinya diterima dan dipentingkan di mana-mana saja.
Sehubungan dengan itu, murid haruslah diberi autonomi untuk membincangkan
tingkah laku yang salah di dalam bilik darjah serta menguatkuasakan peraturan di
dalam bilik darjah. Dreikurs menekankan guru perlu mengetahui punca masalah
tingkah laku murid. Murid juga boleh dibimbing untuk mengetahui dan mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Semasa murid sudah dapat mematuhi peraturan,
mereka tidak akan mempunyai masalah tingkah laku.
Seterusnya, bilik darjah yang bersifat autokratik iaitu guru yang membuat semua
keputusan di dalam bilik darjah dan murid-murid tidak dapat memberikan
pandangan. Dengan ini, murid akan merasai bahawa dirinya tidak penting di dalam
kelas. Mereka akan melanggarkan peraturan atau menggunakan cara yang salah
untuk mendapatkan perhatian daripada gurunya. Dreikurs berpendapat displin
kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Displin yang
berkualiti dapat terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu
guru dan murid saling bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik
darjah. Selain itu, suasana bilik darjah yang autoratik dan permisif tidak dapat
membentukkan displin murid yang baik.
Dreikurs (1968) mendapati apabila terwujud tingkah laku yang bermasalah atau
murid gagal mendapatkan rasa kepunyaan, murid-murid tersebut ingin mendapatkan
perhatian, murid mencabar kekuasaan guru, membalas dendam dan mempamerkan
kekurangan. Apabila guru menemui masalah ini, guru haruslah memastikan murid
memahami tingkah laku mereka sendiri. Guru boleh memberitahu murid setiap

masalah yang ditimbulkan, mereka haruslah menerima akibat. Di samping itu,


mereka juga haruslah bertanggungjawab atas pilihan mereka dan menyedari
akibat yang terhasil.
Motif pertama berlaku salah laku dalam kalangan murid ialah mendapatkan
perhatian. Contohnya, semasa murid ingin mendapatkan perhatian daripada guru
dan rakan-rakannya. Murid tersebut akan membuat bising dalam kelas semasa guru
sedang mengajar. Dia akan mengganggu rakannya dengan membuangkan kertas
kepada rakannya atau mengetuk kerusinya. Dengan ini, barulah murid tersebut
dapat perhatian daripada guru. Apabila guru menghadapi masalah ini, guru tidak
haruslah terus memarahi murid tersebut. Guru haruslah memberitahu murid tersebut
perbuatannya adalah salah. Perbuatan ini tidak akan mendapatkan perhatian
daripada guru. Murid tersebut haruslah berdisplin dan aktif dalam pembelajaran,
barulah guru akan lebih memberikan perhatian untuk dia. Dengan itu, murid tersebut
akan mengubah tingkah lakunya kepada positif.
Begitu juga dengan ada sesetengah murid tidak dapat menerima peneguhan guru
atau mereka merasai tindakan guru tidak adil. Mereka akan mencari jalan untuk
membalas dendam dan mencabar kekuasaan guru. Contohnya, murid-murid akan
menunjukkan salah laku seperti mencuri, merosakkan benda-benda sekolah dan
lain-lain. Murid tersebut juga tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti p&p dan
mereka tidak akan menumpukan perhatian. Pada waktu yang sama, guru harus
mengambil pendekatan yang bijak, cuba mengawal dan memahami emosi murid
tersebut. Guru haruslah membantu murid untuk melihat matlamat tingkah laku
mereka adalah salah.
Seterusnya, apabila murid gagal mendapatkan perhatian dan pengiktirafan daripada
guru, mereka akan menunujukkan kekurangan. Misalnya, mereka akan mengelakkan
diri bekerja secara kumpulan, tidak akan bercampur dengan rakan sekelas dan
mendapatkan keputusan yang teruk dalam peperiksaan. Guru haruslah peka
terhadap murid jenis ini. Guru harus memberikan peluang untuk mereka memberikan
pendapat dan menghargai setiap usaha mereka. Peraturan untuk menyelia tingkah
laku di dalam bilik darjah perlu dibincangkan bersama guru dan murid. Bagi Dreikurs,
dendaan selalunya memalukan murid dan akan membawa kesan yang negatif. Ia
seharusnya diganti dengan akibat-akibat logikal yang telah dipersetujui bersama
antara guru dengan murid.
Dalam hal ini, guru boleh menangani salah laku murid-murid dengan berkomunikasi
dengan murid-murid. Guru juga boleh menggalakan murid untuk meningkatkan

tingkah laku positif bukan tujuan untuk mendapat perhatian atau mencapai
kesempurnaan tetapi untuk dirinya menjadi lebih disukai oleh orang lain. Guru juga
perlu membantu murid kenal pasti kelemahan murid dan hendaklah belajar daripada
kesilapan. Lebih-lebih lagi, guru harus mempercayai kebolehan murid dan
menggalakkan murid sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. Guru juga boleh
menunjukkan rasa bangga terhadap pencapaian murid.
Kekuatan model Akibat Logikal Dreikurs ialah dapat memupuk autonomi di antara
murid untuk bertanggungjawab atas perbuatan, tingkah laku dan pilihannya. Model
ini memanfaatkan guru permulaan. Hal ini demikian, guru tidak perlu memikir cara
untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang ditimbul kerana pelan displin sudah
disediakan. Ia juga dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
melalui komunikasi yang terbuka dan saling hormat-menghormati antara murid.
Kelemahan untuk model Akibat Logikal Dreikurs ialah agak sukar untuk guru
mengenal pasti serta memahami motif murid melakukan salah laku. Ia juga agak
sukar untuk mengenal pasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.
Model ini mewujudkan persekitaran autoritarian iaitu murid hanya akur permintaan
guru dan mereka terpaksa memikul tanggungjawab atas kesalahan yang timbul.

PERBANDINGAN ANTARA MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER


DENGAN MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS
Model modifikasi tingkah laku Skinner adalah langkah-langkah yang bersistematik
berdasarkan prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku dari negatif kepada
positif. Konsep model modifikasi Tingkah Laku Skinner ialah menggunakan prinsip
peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah
laku yang diingini. Konsep model Akibat Logikal Dreikurs ialah sebagai seorang guru
haruslah memberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk murid-murid bersama
menjaga displin di dalam bilik darjah. Dreikurs berpendapat bahawa kanak-kanak
sangat menginginkan dirinya diterima dan dipentingkan di mana-mana saja. Selain
itu, murid haruslah diberi autonomi untuk membincangkan tingkah laku yang salah di
dalam bilik darjah serta menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Dreikurs
menekankan guru perlu mengetahui punca masalah tingkah laku murid.
Dalam pada itu, Skinner mengemukan empat elemen utama berkaitan peneguhan
iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, denda dan penghapusan. Peneguhan

positif, peneguhan negatif, denda dan penghapusan juga merupakan ciri-ciri dalam
model ini. Prinsip peneguhan dapat mempengaruhi tingkah laku murid dan
mengubah tingkah laku murid kepada tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif
berlaku apabila seseorang murid mendapat sesuatu yang menyenangkan dan
menyeronokan seperti pujian, ganjaran, hadiah, penghargaan dan sebagainya.
Peneguhan negatif ialah tindakan yang diambil untuk menguatkan tingkah laku positif
dan mengelakkan murid melakukan hal-hal yang tidak diingini. Dendaan ialah
tindakan diambil apabila murid melakukan tingkah laku yang tidak diingini sehingga
menjejaskan perjalanan kelas. Dendaan yang diberikan tidak akan menyakitkan
murid. Ia hanya menyedarkan murid dan memastikan murid menumpukan perhatian
dalam kelas. Dendaan akan ditarik balik apabila murid tersebut mula mengubah
sikap kepada positif. Penghapusan dilaksanakan apabila murid melakukan
kesalahan di dalam bilik darjah seperti melanggar peraturan yang telah ditetapkan
dan dipersetujui bersama guru dan murid.
Seterusnya, Dreikurs berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana
bilik darjah yang demokratik. Displin yang berkualiti dapat terbentuk di dalam bilik
darjah yang mengamalkan demokrasi iaitu guru dan murid saling bekerjasama
membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Suasana bilik darjah yang
autoratik dan permisif tidak dapat membentukkan displin murid yang baik. Dreikurs
(1968) mendapati apabila terwujud tingkah laku yang bermasalah atau murid gagal
mendapatkan rasa kepunyaan, murid-murid tersebut ingin mendapatkan perhatian,
murid

mencabar

kekuasaan

guru,

membalas

dendam

dan

mempamerkan

kekurangan.
Apabila guru menemui masalah ini, guru haruslah memastikan murid memahami
tingkah laku mereka sendiri. Murid haruslah bertanggungjawab atas pilihan atau
masalah yang mereka timbul. Pada waktu yang sama, guru harus mengambil
pendekatan yang bijak, cuba mengawal dan memahami emosi murid tersebut. Guru
haruslah membantu murid untuk melihat matlamat tingkah laku mereka adalah salah
dan hendaklah belajar daripada kesilapan. Dalam hal ini, guru perlu menangani
salah laku murid dengan berkomunikasi secara baik dengannya. Lebih-lebih lagi,
guru harus mempercayai kebolehan murid dan menggalakkan murid sentiasa
bekerjasama antara satu sama lain. Guru juga boleh menunjukkan rasa bangga
terhadap pencapaian murid.
Kekuatan guru menggunakan model modifikasi tingkah laku skinner iaitu model ini
senang dijalankan. Penggunaan strategi modifikasi tingkah laku dapat menjadikan

guru menjadi lebih sedar dan peka tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah.
Namun, peneguhan positif lebih digalakkan untuk dijalankan di bilik darjah. Guru
akan menjadi lebih tekal dari segi penyelesaian dispilin dalam bilik darjah melalui
model modifikasi tingkah laku. Murid yang sentiasa aktif dalam pembelajaran dan
berdisplin, guru boleh memberikan ganjaran supaya murid tersebut akan teruskan
tingkah laku yang baik. Melalui model modifikasi tingkah laku skinner, guru lebih
cepat mendapatkan hasil yang diingini. Murid-murid akan membetulkan tingkah laku
mereka.
Kekuatan model Akibat Logikal Dreikurs ialah dapat memupuk autonomi di antara
murid untuk bertanggungjawab atas perbuatan, tingkah laku dan pilihannya. Model
ini memanfaatkan guru permulaan. Hal ini demikian, guru tidak perlu memikir cara
untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang ditimbul kerana pelan displin sudah
disediakan. Ia juga dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
melalui komunikasi yang terbuka dan saling hormat-menghormati antara murid.
Kelemahan untuk menjalankan model modifikasi tingkah laku skinner ialah ia tidak
dapat kekal lama kerana semasa murid tidak dapat peneguhan positif yang
berterusan dan ganjaran daripada guru, murid tersebut tidak akan mempunyai
tingkah laku yang positif. Tambahan pula, motif belajar berubah iaitu lebih
mementingkan ganjaran. Model ini agak merbahaya jika digunakan oleh guru yang
kurang peka. Hal ini demikian kerana murid akan menimbulkan rasa benci terhadap
guru. Model ini juga kurang berkesan untuk murid yang mempunyai masalah displin
yang teruk dan murid dewasa. Guru juga agak sukar untuk memastikan ganjaran
yang diberikan selaras dengan keperluan setiap murid.
Kelemahan untuk model Akibat Logikal Dreikurs ialah agak sukar untuk guru
mengenal pasti serta memahami motif murid melakukan salah laku. Ia juga agak
sukar untuk mengenal pasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.
Model ini mewujudkan persekitaran autoritarian iaitu murid hanya akur permintaan
guru dan mereka terpaksa memikul tanggungjawab atas kesalahan yang timbul.
Semasa dalam pengajaran dan pembelajaran, kalau terdapat murid yang
berkelakuan baik seperti menyiapkan tugasan yang diberikan secara tepat masa,
dan memberikan kerjasama sehingga pembelajaran berjalan dengan lancar, guru
boleh memberikan peneguhan positif iaitu ganjaran atau pujian. Guru boleh
menggunakan model modifikasi tingkah laku Skinner dalam pengajaran dan
pembelajarannya. Dengan ini, murid tersebut akan berterusan dengan tingkah laku
yang baik. Murid tersebut juga boleh menjadikan teladan untuk kelasnya.

Selain itu, juga terdapat beberapa murid yang ingin mendapatkan perhatian daripada
gurunya. Murid tersebut akan membuat bising dalam kelas semasa guru sedang
mengajar. Dia akan mengganggu rakannya dengan membuangkan kertas kepada
rakannya atau mengetuk kerusinya. Pada waktu ini, guru haruslah mengawal emosi
diri contohnya bersabar dan mencari punca murid bertingkah laku negatif. Guru pada
masa ini tidak boleh menggunakan dendaan yang ada dalam model modifikasi
tingkah laku Skinner. Guru haruslah menggunakan model Akibat Logikal Dreikurs
iaitu guru haruslah mencari punca masalah tingkah laku murid. Murid akan diberitahu
hendaklah bertanggungjawab atas perbuatannya. Tingkah laku ini tidak akan
mendapatkan perhatian daripada guru. Murid juga akan dibimbing untuk mengetahui
dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Semasa murid sudah dapat
mematuhi peraturan, mereka tidak akan mempunyai masalah tingkah laku.

RUMUSAN
Kesimpulannya, guru-guru boleh menggunakan model-model ini dalam pengajaran
dan pembelajaran. Guru haruslah peka terhadap tingkah laku murid supaya tidak
akan menggunakan model yang salah. Pengurusan displin yang berkesan akan
mewujudkan pembelajaran yang kondusif. Seorang guru digalakkan sentiasa
memberikan peneguhan positif untuk murid. Semasa seseorang murid berkelakuan
baik dan aktif dalam pembelajarannya, guru boleh memberikan ganjaran dan pujian
supaya murid itu akan berterusan tingkah laku ini. Guru haruslah mengenalpasti
tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah sebelum menggunakan model-model ini.
Hal ini demikian, barulah guru itu dapat mengetahui mana satu ciri atau teknik yang
dapat digunakan untuk mengawal murid yang mempunyai masalah berdisplin.

Anda mungkin juga menyukai