Anda di halaman 1dari 8

Aplikasi Model Disiplin Canter dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Model Disiplin Asertif membantu guru mengajar dan menguruskan bilik darjah secara efektif

sekaligus memastikan setiap murid dihormati di dalam kelas tersebut. Model ini merupakan sebuah

model penegasan pengurusan tingkah laku dan merupakan salah satu model yang sangat diminati

oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan.Menurut

Marlene Canter, guru mempunyai hak untuk menentukan dan mengamalkan peraturan dan

mengarahkan murid untuk mematuhinya. Model ini memberikan garis panduan kepada guru

untuk memberi pengukuhan dan tindakan yang wajar bagi menangani masalah tingkah laku murid-

murid. Hal ini kerana tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif

ketika mengawal kelas.

Guru boleh merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid

mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Setiap ganjaran dan peneguhan mempunyai impak

tersendiri bergantung kepada tindakan guru tersebut. Contoh peneguhan positif adalah seperti

pemberian hadiah kecil manakala peneguhan negatif muncul dalam bentuk dendaan. Canter juga

memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, guru asertif menggangap murid

mereka sebagai pesalah. Oleh itu, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan

berkesan mereka hendaklah sentiasa bersifat tegas walaupun perbuatan guru seperti ini memberi

rasa tidak tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka. Oleh itu, guru

boleh mengalihkan perhatian murid-murid dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang

baik sebagai mengimbangi ketegasannya terhadap murid supaya mereka selesa dengan guru

tersebut. Dengan ini guru dapat memperlihatkan sikap kebertanggungjawaban terhadap murid

disebalik ketegasannya. Murid juga dapat menilai rasional tindakan guru mereka itu yakni bukanlah

bertujuan untuk mendera mental dan fizikal mereka melainkan untuk mendidik mereka.

Guru mengamalkan ciri disiplin asertif ini apabila menetapkan peraturan dalam kelasnya

sendiri. Guru boleh mengeluarkan kenyataan seperti Saya yang berkuasa di kelas itu dan semua

akan mengikut cara saya. Apabila guru tegas dalam hal disiplin tetapi dengan berpandukan

peraturan yang adil lambat laun murid-murid akan menurut apa yang guru hasratkan. Ini kerana jika

guru itu jujur dengan murid-muridnya, maka mereka juga akan jujur dengan guru mereka. Seperkara

lagi, model Canter member panduan kepada guru untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran

yang positif. Guru asertif akan menjadikan bilik darjah di bawah kawalan guru yang tegas adalah

52
yang terbaik untuk murid-murid mereka. Dengan adanya disiplin asertif, interaksi di antara guru

dengan murid adalah positif dan secara berhormat apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku

yang sesuai dalm bilik darjah. Guru juga perlu mengelakkan daripada timbulnya situasi tegang apabila

perlu menghukum murid kerana guru dan murid mempunyai hak masing-masing. Hak tersebut adalah

seperti hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Jadi, guru perlu menyediakan persekitaran

pembelajaran positif yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Hak murid pula

memilih unutuk belajar dalam persekitaran kondusif . oleh itu, murid perlu memilih dalam bertingkah

laku. Seorang guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif sekiranya mereka

gagal mengambil tindakan ke atas tingkah laku yang mengganggu pembelajaran.

Salah satu elemen penting dalam memupuk disiplin yang baik adalah pengiktirafan.

Pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan

tingkah laku yang diingini. Ia perlu digunakan dengan kadar yang kerap untuk meningkatkan

keyakinan diri murid dan memastikan konsep kendiri murid berada di tahap yang sewajarnya.

Pengiktirafan juga bertindak sebagai mangkin yang menggalakkan tingkah laku yang diingini

disamping menjadi rencah dalam membina persekitaran pembelajaran yang positif. Bentuk

pengiktirafan adalah pelbagai mengikut pilihan guru. Terdapat guru yang memberikan pengiktirafan

dalam bentuk galakan, memberikan komen yang membina serta memaklumkan tingkah laku murid

yang baik kepada ibu bapa semasa hari menandatangani buku rekod pencapaian murid. Begitulah

sebaliknya jika murid menjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Berlawanan dengan pengiktirafan,

imbuhan yang diterima adalah berbentuk tindakan pembetulan khas bagi murid-murid yang

mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.

Berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah disiplin sememangnya tidak dapat

dielakkan. Apabila berlaku salah laku dalam darjah, hal ini perlu ditangani dengan segera. Oleh itu,

guru harus mengusahakan supaya murid yang berkenaan menyedari tingkah lakunya sebelum

perlakuan murid tersebut sebelum murid-murid lain terpengaruh dengannya. Guru boleh mengambil

langkah membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan yang akan

dikenakan. Setiap tindakan pembetulan semakin serius mengikut aras kesalahannya yang terdahulu.

Untuk menjalankan hierarki disiplin secara berkesan, guru perlu menyimpan rekod kesalahan murid.

Hal ini penting sebagai rujukan untuk tindakan yang bakal dikenakan sama ada ringan atau berat.

Selain itu, rekod ini berfungsi sebagai bahan bukti. Hal ini berikutan sikap ibu bapa masa kini yang

53
lantang bersuara di dada akhbar dan membawa tindakan guru ke muka pengadilan dek kerana

tindakan guru menghukum anaknya walhal murid itu sendiri sememangnya bersalah. Kehadiran rekod

disiplin murid dapat dijadikan sebagai bahan bukti utama sekiranya kesalahan murid perlu dirujuk

kepada pihak atasan dan tiada sesiapa dapat mempertikaikannya. Berikut merupakan contoh

bagaimana Hierarki Tindakan Pembetulan Canter berfungsi :

Rajah : Hierarki Tindakan Pembetulan Canter

Canter turut menekankan bahawa pengurusan disiplin yang berkesan bermula dengan

bimbingan kepada murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk. Matlamat

pengurusan disiplin yang cemerlang tidak dapat dicapai dengan hanya membaca peraturan kepada

murid-murid atau memaparkannya di papan kenyataan sahaja. Murid-murid terutama sekali yang

berada di sekolah rendah sukar memahami apa yang guru mereka inginkan. Oleh itu, guru harus

menyalurkan hasrat yang diinginkan dengan jelas. Berikutan itu, guru perlu menerangkan pelan-pelan

pengurusan disiplin seperti berikut :

54
Semak
Penerangan Cara tindakan
kefahaman
peraturan pembetulan
murid

Cara Penerangan
pelaksanaan tentang tindakan
peraturan pembetulan

Malumkan
Semak tentang
kefahaman ganajaran
murid

Rajah : Langkah-langkah pelan pengurusan bilik darjah

Kesimpulannya, model Canter mewujudkan persekitaran yang bersifat autoritarian di mana

pelajar hanya akur kepada kehendak guru dan murid perlu bertanggungjawab atas sebarang salah

laku yang timbul. Namun begitu, model ini mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat

berkesan tambahan pula teknik-teknik yang diberikan dapat membantu hampir keseluruhan murid

untuk bertanggungjawab terhadap tigkah laju mereka. Model ini juga jelas, tegas, teguh dan tidak

merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir murid yang

sukar dibimbing selalunya terdiri dalam ketegori gemar memberontak, mengganggu murid lain,

memerlukan perhatian dan tidak bemotivasi. Kelompok ini seringkali mencabar kewibawaan guru dan

sengaja menaikkan kemarahan guru degan melanggar peraturan. Oleh itu, guru haruslah bijak

menangani kemarahan dan mengawal stress apabila berhadapan dengan murid seperti ini. Sikap

putus asa harus dielakkan kerana mereka inilah yang memerlukan perhatian dan pertimbangan yang

maksima daripada guru. Guru bolehlah mencari jalan untuk berkomunikasi dengan lebih kerap

bersama mereka agar dapat menanamkan kepercayaan mereka terhadap guru mereka sekaligus

memberi ruang kepada guru untuk mendekati mereka.

55
Aplikasi Model Disiplin Kounin dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Model pengurusan kelompok Kounin yang diasaskan oleh Jacob Kounin (1971) seorang

pakar Psikologi Pendidikan menyatakan dua fokus utama iaitu

a) Disiplin

b) Pengajaran

Disiplin di sini membawa maksud usaha guru untuk mengekalkan tingkah

laku yang baik dalam bilik darjah. Manakala, pengajaran pula bererti usaha membantu pelajar

memperoleh maklumat dan kemahiran. Kounin telah berusaha dengan cuba untuk mengubah corak

pemikiran dengan mengintegrasi nilai pengajaran dan disiplin. Menurut Kounin faktor utama dalam

menguruskan disiplin di dalam bilik darjah berkait dengan kebolehan guru mengekalkan keharmonian

bilik darjah sepanjang sesi P&P berlangsung. Oleh itu, guru sebagai pendorong dalam darjah boleh

mengamalkan teknik-teknik pengurusan bilik darjah berpandukan model Kounin.

Teknik yang boleh diaplikasikan dalam model Kounin adalah withitness . Guru harus

berkebolehan mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa.

Oleh itu, guru harus sentiasa peka terhadap bunyi-bunyian dalam bilik darjah supaya tidak ada

sebarang perlakuan yang tidak diingini berlaku di luar pengetahuan guru. Dalam konteks ini, susun

atur perabot di dalam kelas memainkan peranan yang penting. Guru juga perlu menyusun atur kerusi

dan meja murid supaya tiada yang terselindung daripada pandangannya. Oleh itu, meja guru biasanya

diletakkan dihadapan kelas. Meja murid pula sebaiknya menghadap ke arah guru. Seorang guru yang

baik sudah pasti mengenali sikap murid-muridnya dengan terperinci. Oleh itu, mudah bagi guru untuk

menentukan pelan tempat duduk murid-muridnya. Murid- murid yang nakal dan suka bercakap akan

ditempatkan di barisan hadapan bagi membolehkan kawalan guru terhadap kumpulan murid jenis ini

berada di tahap maksima. Selain itu, saiz badan murid juga boleh dijadikan panduan untuk menyusun

tempat duduk murid. Murid yang berbadan kecil tidak septutnya berada dibelakang kerana dikhuatiri

terlindung oleh rakan-rakannya yang berbadan besar. Hal ini menghalang pandangan guru dan murid

terdorong untuk tidak menumpukan perhatian kerana guru tidak dapat mengawasi perbuatannya.

Semasa memberi bimbingan peribadi terhadap murid pula guru perlu memastikan dirinya tidak

membelakangkan murid yang lain.

56
Selain itu, model Kounin juga membantu meningkatkan kebolehan guru untuk menangani

dengan berkesan dua peristiwa pada satu masa yang sama. Kaedah ini menguji kecekapan guru

dalam mengendalikan situasi bilik darjah kerana seorang guru biasanya perlu mengawasi bukan

seorang dua murid tetapi puluhan orang murid yang tiap seorang dariapda mereka mempunyai

karekter yang berbeza. Sambil menumpukan perhatian kepada satu kumpulan, guru perlu juga

prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling, misalnya gerak-geri murid yang duduk di barisan

belakang. Biasanya, murid-murid di bahagian belakang kelas akan mengambil peluang ini untuk

berbual-bual dan bermain sesama rakan. Hal ini berkaitan dengan teknik overlapping . sebaik sahaja

terdengar bunyi-bunyian yang mengganggu di dalam kelas, guru akan bertindak pantas dengan

memberi amaran kepada murid yang berkenaan dan minta murid tersebut menghentikan

perbuatannya. Kemudian, guru meneruskan perbincangan dengan murid lain. Melalui tindakan ini

murid-murid tahu dan sedar bahawa mereka sentiasa berada dalam kawalan guru tersebut dan

mereka akan menjaga tingkah laku mereka supaya tidak menaikkan kemarahan guru tersebut

Kelancaran pula merujuk kepada kebolehan guru menjalankan P&P tanpa sebarang

gangguan. Guru bolehlah membuat perancangan awal agar dapat proses P&P berjalan dengan

lancar. Sebagai contoh, guru merancang setiap langkah-langkah penyampaian bagi mengelakkan

mengulang sesuatu yang telah diajar itu berulang kali kepada murid-murid. Guru juga telah bersiap

bersedia dengan latihan penggayaan yang dikhususkan sebagai aktiviti tambahan untuk murid-murid

yang telah berjaya menguasai sesuatu tahap pembelajaran . Dengan ini, murid-murid yang telah

menyiapkan kerja yang diberikan boleh mendapatkan latihan yang lain dengan aras yang berbeza

tanpa mengganggu guru menjalankan kegiatan pemulihan terhadap murid murid yang

memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Oleh itu, keadaan kelas

terkawal kerana guru membuat persiapan rapi terhadap aktiviti untuk murid-muridnya mengikut tahap.

Di samping itu,terdapat kajian Kounin yang menarik mengenai pengurusan disiplin iaitu

Kesan Gelombang (Ripple Effect). Kesan Gelombang didefinisikan sebagai tindakan guru ke atas

mana-mana murid yang kemudiannya turut memberikan impak kepada murid-murid lain. Disiplin

murid-murid akan terkawal kerana apabila terdapat murid yang melakukan salah laku disiplin dalam

Bagus! Saya dapati ramai murid dalam kelas ini sudah menyiapka kerja yang saya
berikan. Teruskan kerja kamu . Sambil memandang ke arah beberapa orang murid yang
berbual kosong tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru menyambung, malangnya,
57
mugkin ada beberapa orang yang tidak dibernarkan pulang kerana tidak menyiapkan latihan
yang saya beri .
kelas mendapat teguran atau dendaan, maka murid-murid yang lain mengambil iktibar daripada

peristiwa tersebut. Contoh Kesan Gelombang yang boleh diaplikasikan :

Kesan Gelombang boleh dimaksimumkan supaya berupaya untuk diserap dengan efektif.

Oleh itu, guru harus mempunyai tiga ciri semasa menjalankan tidakan disiplin terhadap murid seperti

berikut :

Serius
Jelas

Tegas

Rajah : Tiga ciri guru dalam disiplin efektif Kesan Gelombang

Selain itu, model ini juga melatih guru untuk memastikan pembelajaran berlaku pada kadar

yang stabil. Guru tidak perlu mengulang konsep kecil yang telah difahami sebaliknya guru perlu

memperbetulkan kesilapan murid , kemudian teruskan dengan pengajaran lanjut. hal ini kerana

penerangan yang meleret lerat hanyalah membuanga masa dan tidak menyumbang kepada

perkembangan intelek murid-murid. Guru guru juga harus membenarkan murid bergerak dari satu

aktiviti lain tanpa dipaksa untuk menunggu murid yang agak lambat. Hal ini bukan sahaja

mengelakkan murid-murid ini daripada menganggu perjalalan P&P apabila mereka membuat bising

kerana tiada aktiviti yang dikhaskan untuk mereka. Selain itu, perkara ini adalah penting sebagai

insiatif bagi mengelakkan kebosanan murid.

Model Kounin juga boleh digunakan untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan

mewujudkan minat mereka. Hal ini bagi menggalakkan akauntibiliti murid. Guru perlu mewujudkan

suatu perasaan dalam diri murid itu seperti guru sangat menghargai penyertaan mereka dalam setiap

aktiviti dalam kelas. Hal ini kerana setiap murid berhak mendapat peluang sama rata untuk menyerap

segala ilmu dan meningkatkan kemahiran yang dicurahkan oleh guru kepada mereka. Oleh itu, guru

bertindak menyediakan laluan dengan memudahkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti semasa

P&P. Sebagai cadangan,guru bolehlah menggunakan pelbagai bahan maujud semasa set induksi

58
bagi menimbulkan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri murid-murid. Kemudian, guru

bolehlah mengemukakan soalan-soalan setelah berjaya menarik tumpuan semua murid. Seterusnya,

wujudkan minat murid melalui soalan yang bercorak suspens dan minta seluruh kelas menjawabnya.

Kesimpulannya, strategi pengurusan Kounin telah memberikan galakan pembelajaran yang

aktif bukan sahaja dalam pendidikan formal malahan berkesan juag bagi murid bermasalah

pembelajaran. Strategi yang syorkan Kounin digunakan secara meluas pada masa kini dalam sistem

pendidikan. Melalui amalan strategi dan teknik pengajaran Kounin, guru dapat menitik beratkan variasi

dari segi strategi dan teknik pengajaran supaya dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk

belajar. Namun begitu, model ini juga terdapat kekurangannya yang perlu diambil kira oleh para guru

jika mengaplikasikannya. Sebagai contoh, model ini tidak menitik beratkan ke arah menyemai atribut-

atribut keguruan seperti guru perihatin, penyabar dan mesra kerana guru harus serius dan tegas. Oleh

yang demikian kebijaksaan para guru amatlah dituntut dalam membuat pertimbangan semasa

mengaplikasikan strategi Kounin. Sebagai langkah penambahbaikan, guru boleh memodifikasi dari

segi perwatakan guru yang lebih positif dan mendekati murid supaya menjayakan usaha guru

menguruskan tingkah laku dalam bilik darjah.

59

Anda mungkin juga menyukai