Anda di halaman 1dari 3

1.

0: PENGENALAN

Tugasan satu kerja kurus EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran, menuntut


saya untuk mengadakan sesi temubual bersama seorang guru berpengalaman yang
mengamalkan budaya berlainan dan membincangkan kesan serta implikasi
kepelbagaian sosiobudaya kepada murid.

2.0: ANALISIS TEMUBUAL BERSAMA GURU TENTANG KESAN DAN IMPLIKASI


KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID-MURID

Menurut Noriati A. Rashid (2017), setiap murid adalah berbeza


memandangkan latar belakang mereka adalah berlainan. Setiap individu membesar
dalam kelompok persekitaran masing-masing dan budaya merupakan pengaruh yang
paling berkesan terhadap perkembangan seseorang individu itu dari segi cara berfikir
dan meluahkan pandangan.
Hasil daripada temubual yang telah saya jalankan bersama dengan seorang
guru berpengalaman yang berbangsa Siam iaitu Cik Sacheeda a/p Chamrong, saya
dapati terdapat beberapa kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada
murid-murid.
Antaranya, lokaliti atau daerah tempat tinggal murid memberi kesan besar
yang membentuk personaliti berbeza dalam kalangan murid. Contoh yang jelas
diberikan oleh Cik Sacheeda apabila berada di SK Perik iaitu di kawasan luar bandar,
murid-muridnya kurang mendatangkan masalah dari segi tingkah laku. Namun,
kesedaran mereka tentang pentingnya pendidikan masih kurang dan motivasi untuk
ke sekolah adalah rendah. Hasilnya, Cik Sacheeda berkata setiap hari akan ada
masalah murid ponteng sekolah akibat daripada pemikiran waris yang tidak ambil
peduli tentang pendidikan anak mereka.
Seterusnya, implikasi yang berlaku adalah perbezaan taraf sosial. Murid terdiri
daripada pelbagai kelas sosial seperti rendah, sederhana atau tinggi. Menurut
Santrock J.W (2008), kelas sosial wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf
sosioekonomi keluarga. Melalui temubual ini, saya dapati murid yang berada dalam
kelas sosial rendah akan menghadapi masalah tentang pembiayaan, kemudahan
belajar dan kelengkapan pelajaran. Bagi golongan ini seperti di sekolah semi-
government iaitu SK Methodist Tanjung Rambutan, sekolah sendiri tidak dapat
memberi kemudahan kepada murid dari segi infrastukturnya dan kemudahan
pembelajaran. Kebanyakan ibu bapa mereka hanya bekerja sebagai penoreh getah
dan peladang sahaja. Hal ini telah menyebabkan satu bebanan buat ibu bapa untuk

1
menyediakan kelengkapan secukupnya supaya anak mereka dapat menikmati
kemudahan belajar dengan sempurna.
Berbanding dengan sekolah bandar iaitu SK Jitra 3, taraf sosial muridnya
adalah sederhana dan tinggi. Kebanyakan murid di sekolah ini kurang menghadapi
masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran kerana mendapat sokongan
daripada ibu bapa yang memegang jawatan profesional seperti guru, polis dan doktor.
Jadi peluang pendidikan kepada murid ini lebih meluas berbanding dengan rakan-
rakan mereka yang berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi yang rendah. Di situ
saya dapat lihat kesan yang jelas apabila berlakunya kepelbagaian sosiobudaya yang
melibatkan kelas sosial.
Di samping itu, kelompok kaum atau etnik juga mempengaruhi sosiobudaya
murid. Menurut Mior Khairul Azrin (2011), sebahagian besar daripada personaliti murid
bergantung pada pengalaman dan persekitaran tempat tinggal. Melalui temubual ini
sesebuah masyarakat yang tinggal dan belajar dalam lingkungan etnik yang sama,
mereka kurang terdedah dengan budaya kaum lain. Perkara ini dibuktikan apabila Cik
Sacheeda mengajar di SK Guru Kalghidar, murid di sekolah itu semuanya berbangsa
India dan Singh dan majoriti mereka tidak tahu akan budaya lain, bahkan penguasaan
bahasa Melayu mereka adalah sangat rendah. Hal ini kerana, mereka duduk di
penempatan yang terdiri daripada kaum mereka saja dan tidak bergaul dengan
bangsa lain.
Lain pula situasi murid yang hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan
terdedah dengan adat resam serta perbezaan kaum yang lain. Mereka membesar
dalam kelompok masyarakat yang terbuka dan mudah menerima perubahan atau
pembaharuan. Contohnya, di SJKT Paya Kemunting Cik Sacheeda terlibat dengan
program RIMUP dan berkolaborasi dengan SK Gelong yang majoritinya murid melayu
untuk sama-sama meraikan perayaan Hari Ponggal bersama murid india dari SJKT
Paya Kemunting. Melalui program ini, murid dapat memupuk perasaan saling
menenerima dan menghormati hasil daripada pergaulan mereka untuk meraikan Hari
Ponggal.
Implikasi yang terakhir terhadap kepelbagaian sosiobudaya murid adalah dari
aspek kemahiran dan penguasaan bahasa. Wong Kiet Wah (2013) berpendapat setiap
individu menguasai bahasa melalui proses mendengar dan meniru. Individu yang
terdedah dengan lebih satu bahasa akan dapat menguasai bahasa dalam persekitaran
yang terdekat dengan mudah. Contohnya, Cik Sacheeda bercerita tentang kesan
apabila murid hanya menguasai bahasa ibunda mereka semata seperti di SK
Methodist Tanjung Rambutan. Akibatnya murid-murid ini menghadapi kesukaran
dalam memahami isi kandungan yang guru hendak sampaikan terutama subjek

2
Bahasa Melayu. Jadi guru perlu memastikan agar mereka menggunakan laras bahasa
yang rendah dan mudah supaya murid dapat mengikuti pembelajaran pada hari
tersebut.
Bagi murid yang boleh menguasai dua atau lebih bahasa pula mereka ini akan
lebih menguasai pembelajaran kerana sinapsis telah terbentuk dalam otak. Menurut
Haliza Hamzah (2016), sinapsis ialah perhubungan saraf yang terbentuk dalam saraf
otak manusia hasil manipulasi minda secara kerap dan berstruktur. Cik Sacheeda
memberi situasi ibu bapa sekarang yang sudah terbuka mindanya mahukan anak
mereka menjadi murid poliglot iaitu boleh menguasai lebih dari satu bahasa.
Contohnya, ada yang menghantar anak mereka ke SJKC seperti di Jitra iaitu ramai
murid melayu yang masuk ke SJKC Chong Hua kerana mahu anak mereka menguasai
bahasa Mandarin. Murid yang menguasai banyak bahasa ini boleh menjadi murid yang
cepat, tangkas dan cerdik jika dididik dan diasuh dengan cara yang sesuai mengikut
keupayaannya.

3.0: Kesimpulan
Kesimpulannya, hasil temu bual saya bersama dengan Cik Sacheeda banyak
memberi pemahaman tentang situasi sebenar yang berlaku di sekolah apabila
terdapat kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid telah banyak membuka minda
saya tentang kepentingan budaya dalam kalangan murid. Bagi saya, pemahaman
tentang sosiobudaya murid sangat penting dan perlu dicakna oleh setiap guru tidak
kira kaum dan agama, bangsa atau budaya supaya dapat memberikan pendidikan
yang optimum kepada murid sesuai dengan sosiobudaya mereka.

Anda mungkin juga menyukai