Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PRKA3012

PENULISAN REFLEKTIF PEGAJARAN MAKRO

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2018

SEMESTER DUA TAHUN DUA

NAMA PELAJAR JENIFFER

ANGKA GILIRAN 2018192340006

NOMBOR KAD PENGENALAN 991129-08-6790

KUMPULAN PISMP D1

PRKA3012

KOD DAN NAMA KURSUS PERANCANGAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH DR CELINEA ANAK LASAN

TARIKH HANTAR 17 MAC 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS

1
PENGHARGAAN

Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-Nya, saya
dapat menyiapkan tugasan kursus Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran(PRKA3012)
ini dengan jayanya.

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga
sangat berterima kasih kepada Dr Celinea Anak Lasan yang telah menjadi tulang belakang
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

Sekian, Terima Kasih.

2
ISI KANDUNGAN

Muka surat

Penghargaan 2

Isi Kandungan 3

1.0 Laporan Reflektif 4–7

Lampiran 8 - 11

3
1.0 PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

Bagi penulisan reflektif pengajaran makro, saya telah memilih pengajaran makro seorang guru
yang mengajar tahun 1. Standard Pembelajaran bagi isi pelajaran adalah 5.1.1 Memahami,
mengenal pasti dan menggunakan kata nama am dengan betul mengikut konteks. Guru telah
memilih tema Alam Sekitar bagi menyampaikan isi pelajaran dengan mudah. Guru telah
memilih tema ini adalah kerana tema ini sangat dekat dengan diri pelajar. Hal ini demikian
kerana, murid-murid mempunyai pengetahuan sedia ada tentang Alam Sekitar. Oleh itu, Alam
Sekitarb dan kehidupan sekitar Alam Sekitar bukanlah satu perkara yang baru kepada kanak-
kanak. Guru telah menetapkan objektif yang tepat dan sangat spesifik yang ingin dicapai.
Guru telah menggunakkan pelbagai kaedah PAK-21 dan menerapkan kemahiran insaniah
serta nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kelebihan,
beberapa kelemahan dan cadangan penambahbaikan dalam sesi pengajaran makro ini.

Terdapat pelbagai kelebihan dalam sesi pengajaran makro tahun 1 ini. Antaranya
adalah aktiviti set induksi. Aktiviti set induksi adalah aktivti biasa seperti menyanyangkan video
dan menyanyi sama-sama. Guru telah improvisasikan aktiviti tersebut dengan membuat
topeng muka yang berkaitan dengan isi pelajaran dan diminta untuk memakai awal
pengajaran. Sebagai contoh, guru tidak memberitahu sebarang perkara tentang isi pelajaran
tetapi memberi topeng muka seperti ayam, lembu dan sebagainya dan menyanyi lagu sama-
sama. Ini membantu membina pengetahuan asas dalam kalangan murid. Aktiviti set induksi
ini juga membantu murid yang kurang cerdik untuk memahami isi pelajaran. Seterusnya, video
animinasi yang bertajuk “Sayangi Haiwan”. Video ini sangat efektif, mudah difahami dan
menarik minat murid. Hal ini demikian kerana, video yang digunakan ini sangat sesuai bagi
tahap murid tahun 1. Bahasa yang digunakan dalam tayangan video tersebut adalah mudah
difahami dan haiwan-haiwan yang terdapat dalam video adalah biasa dilihat. Oleh itu,
tayangan video tersebut membantu murid untuk mengimbas kembali pengetahuan sedia ada.

Seterusnya adalah aktiviti membina ayat. Aktiviti membina ayat ini sangat sesuai
kepada isi pelajaran yang diajar. Guru menggunkaan gambar situasi yang dekat dengan diri
murid. Murid diminta untuk membina ayat yang ringkas dan mudah berdasarkan kad gambar
yang diberi (Lampiran 1). Aktiviti ini menjadi kelebihan pengajaran makro dan efektif kerana
kad gambar yang digunakan oleh guru adalah contoh aktiviti kehidupan harian. Oleh itu, murid
tidak perlu berfikir susah bagi membina ayat. Aktiviti ini juga menjadi kelebihan supaya guru
menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan murid. Murid berperanan penting dalam
aktiviti ini seperti mana memilih kad gambar dan membina ayat dan memberitahu kepada
kanak-kanak. Guru hanya berperanan sebagai pembimbing. Guru bimbing murid yang salah

4
menggunakan kata nama am. Sebagai contoh semasa pengajaran makro, seorang murid
membina ayat seperti ‘Dora bermain dengan anjing peliharaannya’. Guru membimbing dan
membetulkan ayat murid tersebut dengan menjelaskan bahawa Dora merupakan nama
kepada individu. Oleh itu, Dora dikategorikan sebagai kata nama khas. Setelah guru bimbing
jawapan murid, murid tersebut membetulkan jawapan dengan menukar ‘Budak perempuan
bermain dengan anjing peliharaanya’.

Selain itu, aktiviti mengenal pasti kata nama am yang terdapat dalam poster. Aktiviti
ini merupakan aktiviti kumpulan. Guru mengedarkan lembaran peta fikiran (i-think) kepada
setiap kumpulan. Guru menyayangkan poster ‘memelihara haiwan’ menggunakan slaid.
Murid-murid diminta bincang dan mengenal pasti kata nama am yang terdapat dalam poster.
Aktiviti ini dikatakan menjadi kelebihan pengajaran makro adalah kerana, pengajaran ini
sangat menekankan kerja berpasukan dan komitmen ahli kumpulan yang tinggi. Hal ini
demikian kerana, kumpulan yang dapat mencari kata nama yang paling banyak merupkan
kumpulan pemenang. Murid-murid dikehendaki bersatupadu dan berkerjasama dalam encari
dan menyiapkan kata nama am yang paling banyak. Aktiviti ini juga menekankan kemahiran
insaniah kerja berpasukan. Lebih lagi, semasa aktiviti ini sebagai pembimbing guru juga
memberi kata kunci bagi membantu kumpulan yang tertinggal. Hal ini dapat melahirkan rasa
ingin cuba dalam diri murid.

Di samping itu, aktiviti lakonan. Aktiviti lakonan merupakan salah satu unsur seni
bahasa didik hibur iaitu lakonan. Aktiviti seni bahasa ini menjadi tunjang utama kepada
kejayaan proses pengajaran makro. Hal ini demikian kerana, guru telah menyediakan topeng
muka yang sesuai bagi isi pelajaran kepada murid. Murid berasa lebih aktif dan seronok untuk
melibatkan aktiviti yang boleh memakai topeng. Beberapa murid diminta untuk tampil ke
hadapan bagi melakonkan situasi. Guru menyediakan skrip ringkas yang sangat sesuai
kepada murid tahun 1. Guru menyayangkan slaid skrip di papan. Hal ini membantu murid
yang tidak terlibat dalam aktiviti untuk membaca dan memahami skrip. Hal ini demikian
kerana, adakalanya beberapa murid tidak faham nada dan sebutan rakan. Oleh itu, guru
mengambil inisiatif yang sangat berkesan dengan menyayangkan skrip ringkas bagi lakonan.
Murid berasa sangat seronok dalam aktif dalam aktiviti lakonan. Aktiviti ini dapat mewujukan
suasana yang lebih seronok dan santai tetapi bermakna (Lampiran 2). Murid mempelajari kata
nama am sambil bermain dan berlakon. Hal ini tidak membebankan murid seperti menghafal
dan mengingat kata nama am tetapi murid hanya perlu mengingkat dan memahami aktiviti
yang dijalankan oleh guru. Aktiviti seperti ini merupakan saranan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu tidak melahirkan murid yang sedia untuk menulis peperiksaan tetapi sedia
untuk menghadapi kehdiupan sebenar.

5
Lagu penutup yang digunakan oleh guru adalah lagu ‘Rasa Sayang’. Lagu ini adalah
sangat sesuai dan seronok kepada murid. Pemilihan lagu bagi menutup isi pelajaran adalah
sangat efektif. Hal ini demikian kerana, kebiasaanya semua murid mengenali lagu ini. Oleh
itu, semua murid boleh menyanyi lagu ini tanpa halangan. Guru juga membuat aksi dan
menyanyi lagu sama-sama dengan murid. Dengan ini, murid akan berasa lebih seronok dan
menjadi aktif dalam menyanyi lagu. Guru juga dapat merumuskan isi pelajaran secara seluruh
dengan teratur dan penuh semangat. Selain daripada itu, nada suara guru semasa proses
pengajaran makro menjadi satu kelebihan. Hal ini demikian kerana, nada guru adalah sangat
berkesan dalam menarik perhatian murid kerana guru menggunakan nada murid-murid.
Dengan ini murid lebih mudah untuk memahami apa yang guru ingin disampaikan. Guru juga
bertanya soalan-soalan sepanjang proses pengajaran makro. Semua soalan yang ditanya
oleh guru adalah sangat efektif dan memberangsangkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam proses pengajaran


makro. Lagu set induksi yang dipilih oleh guru agak tidak begitu berkesan. Hal ini demikian
kerana, lagu set induksi ‘Sayangi Haiwan’ merupakan lagu dan iringan muzik yang baru
kepada muird. Murid mengalami kesukaran dalam membaca dan mengingkuti lagu yang
ditayangkan oleh guru. Lagu seperti ini mewujudkan perasaan tidak minat dan menumpu
perhatian dalam aktiviti yang seterusnya. Seterusnya, saiz bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru adalah tidak sesuai (lampiran 3). Hal ini demikian kerana, guru memberi
nota-nota kata nama am yang saiz kecil satu kepada satu kumpulan. Murid akan mengalami
kesukaran dalam merujuk nota yang saiz kecil pada masa yang sama. Lebih lagi, nota yang
kecil mempunyai peluang untuk menghilang atau rosak dengan cepat. Selepas waktu
pengajaran, hanya seorang murid boleh membawa nota tersebut ke rumah. Murid lain yang
kurang faham tentang isi pelajaran tidak dapat merujuk nota yang sediakan oleh guru.

Selain itu, aktiviti mencari kumpulan masing-masing bagi aktiviti pengayaan juga tidak
begitu mencabar kepada murid pengayaan. Guru memilih 4 orang murid secara rawak dan
mengedarkan kad warna kepada semua murid. Murid diminta untuk mencari kumpulan
masing-masing. Aktiviti ini dikatakan tidak begitu mencabar supaya kad warna yang diberi
kepada semua murid adalah sama warna mengikut kumpulan yang ada dekat ketua
kumpulan. Murid tidak perlu membaca dan mamahami tetapi boleh mengenal pasti kumpulan
masing-masing dengan melihat warna kad. Seterusnya, kawalan kelas menjadi kelemahan
semasa proses pengajaran makro. Guru tidak mempunyai kawalan kelas yang begitu cekap
dan mantap terutamanya semasa aktiviti mencari kumpulan. Hal ini demikian kerana guru
tidak merancang cara bagaimana untuk mengenal pasti kumpulan. Guru secara menyeluruh
minta semua murid untuk mengenal pasti kumpulan. Oleh itu, keadaan kelas menjadi bising
dan tidak teratur.

6
Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran
makro. Sebagai penambahbaikan guru boleh menghasilkan lagu dengan menggunakan
iringan muzik yang dekat dengan murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan iringan
muzik ‘twinkle twinkle’ dan menghasilkan lagu kata nama am. Selain itu, guru juga boleh
mengadakan aktiviti yang lebih mencabar berbanding dengan aktiviti-aktiviti biasa. Hal ini
akan membantu meahirkan rasa ingin tahu dalam diri murid. Sebagai contoh, guru boleh
mengimprovisasikan aktiviti mencari kumpulan masing-masing ikut warna kumpulan boleh
ditukar jadi mencari kumpulan mengikut kategori tanpa mempunyai persamaan warna.
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.
Hal ini demikian kerana, bahan bantu mengajar maujud merupakan bahan yang sangat
terdekat dekat murid tahap 1 kerana mereka boleh menggunakan pancaindera mereka untuk
memegang, merasa, menghidu dan sebagainya. Oleh itu, bahan maujud dapat memberi satu
pengetahuan yang tetap dan tidak berubah. Bahan maujud dalam pengajaran murid tahap 1
juga membantu murid untuk memahami pengajaran dengan lebih mudah dan efektif.

7
LAMPIRAN

Pengajaran Makro
Bahagian 1

Pengajaran Makro
Bahagian 2

Pengajaran Makro
Bahagian 3

8
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Membina ayat berdasarkan kad gambar

9
LAMPIRAN 2

Melakonkan situasi dengan membaca skrip cerita yang ditayangkan

10
LAMPIRAN 3

11

Anda mungkin juga menyukai