Anda di halaman 1dari 1

Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Refleksi pengajaran dan pembelajaran merupakan guru memikirkan semula proses


pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dan bertujuan untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran muzik nyanyian Tahun 3.

Semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kelas Tahun 3 untuk
subjek Pendidikan Muzik bagi tajuk menyanyi dengan pic yang betul, saya mendapati murid-
murid menghadapi kesukaran untuk menyanyikan melodi dengan pic yang betul. Mereka dapat
menyebut lirik yang diberi dengan betul tetapi aktiviti nyanyian dijalankan, terdapat beberapa
murid yang menghadapi masalah semasa menyanyi pada melodi tertentu. Nyanyian mereka
dan penguasaan pic mereka masih belum kukuh semasa menyanyi.

Berdasarkan pengalaman mengajar murid Tahun 3 tersebut, saya bertanyakan


persoalan kepada diri saya sendiri iaitu apakah yang boleh dilakukan oleh saya untuk
mempertingkatkan kemahiran nyanyian pic mereka ? Adakah teknik atau kaedah pengajaran
perlu dipertingkatkan serta dipelbagaikan untuk membantu murid-murid tersebut ? Perlukah
saya mengajar semula asas-asas nyanyian untuk mempertingkatkan nyanyian dan ketepatan
pic murid-murid ? Apabila perkara ini dibincangkan dengan rakan-rakan yang mengajarkan
Pendidikan Muzik, mereka berpendapat bahawa mutu nyanyian tidak perlu ditekankan , yang
penting adalah murid seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Setelah saya dapat mengenal pasti kelemahan murid-murid untuk menyanyikan lagu
dengan pic yang tepat, saya mengambil keputusan untuk membuat kajian tentang masalah ini
bagi meningkatkan kebolehan murid-murid menyanyikan lagu dengan pic yang tepat. Oleh itu,
saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah Isyarat Tangan Curwen yang
diperkenalkan oleh Kodaly untuk mengatasi masalah semasa menjalankan kajian.

If I were to try to express the essence of this education in one word, that word would be
SINGING. (Zoltan Kodaly)

Menurut Kodaly (1882-1967), muzik adalah kepunyaan manusia dan suara adalah alat
muzik semulajadi serta menjadi identity sesebuah Negara.

AHMAD FAWWAZ DANIAL BIN FADZIL G 6.4

Anda mungkin juga menyukai