Anda di halaman 1dari 2

1.

1 ULASAN PETA MINDA


Berdasarkan video yang telah saya tonton, saya dapati terdapat tiga jenis kaedah
penilaian Bahasa yang telah digunakan oleh Cikgu Jamie. Antaranya ialah Soal Jawab, Projek
dan Pemerhatian. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep konsep,
kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri
dalam kalangan pelajar. Cikgu Jamie bersoal jawab dengan muridnya untuk menilai kemahiran
mambaca dan bertutur. Contoh yang saya dapat lihat pada video tersebut adalah pada minit ke
20, apabila Cikgu Jamie bersoal jawab dengan murid mengenai perkataan imbuhan awalan
yang terdapat pada lirik lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Murid menjawab secara lisan setelah
berbincang dan mencari jawapan pada kertas yang telah diberikan. Penilaian lisan ini
membolehkan guru untuk memdapatkan maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan
kefahaman murid. Untuk sistem bahasa, Cikgu Jamie menggunakan kemahiran tatabahasa
adalah proses pembentukan kata iaitu imbuhan (imbuhan awalan). Kaedah ini saya dapati
sangat berkesan kerana Cikgu Jamie memberikan penerangan yang jelas dan menggunakan
peta pemikiran untuk menyenaraikan imbuhan-imbuhan yang terdapat pada lirik lagu tersebut
lalu membantu murid untuk membina pengetahuan dan berfikir pada aras tinggi.
Seterusnya, Cikgu Jamie telah menggunakan kaedah penilaian melalui pemerhatian.
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang
ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran. Kaedah pemerhatian ini
digunakan untuk menilai kemahiran membaca dan menulis. Hal ini dapat dibuktikan pada minit
ke 32:04 , murid diberi tugasan untuk membina ayat berdasarkan nilai murni berimbuhan
awalan yang terdapat pada lirik lagu tersebut. Cikgu Jamie memerhati anak muridnya
melaksanakan tugasan tersebut untuk menilai sama ada mereka faham atau tidak konsep
imbuhan dan diaplikasikan ke dalam bentuk ayat. Cikgu Jamie juga menilai kemahiran
membaca murid dengan memanggil muridnya untuk membaca ayat yang telah dibina lalu
memberi respon kepada jawapan sama ada betul atau perlu diperbaiki. Kaedah yang digunakan
ini amat berkesan kerana guru dapat mengenal pasti murid mana yang memerlukan bantuan
dengan pemulihan serta murid yang memerlukan pengukuhan. Sistem bahasa yang Cikgu

Jamie gunakan adalah tatabahasa (sintaksis) iaitu proses pembinaan ayat dan juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ini bermaksud, murid
membina ayat berdasarkan nilai murni daripada perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada
lirik.
Akhir sekali,Cikgu Jamie menggunakan kaedah penilaian secara projek. Kemahiran
yang dinilai melalui kaedah ini adalah kemahiran bertutur. Projek ialah satu aktiviti
pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan
kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum
sekolah, projek bermaksud secara amali. Berdasarkan video, pada minit ke 28:15 murid diminta
untuk mencipta lirik dan membuat persembahan di hadapan kelas secara berkumpulan
berdasarkan melodi lagu Kalau Rasa Gembira. Projek ini guru dapat menilai sebutan dan
kreativti murid dalam mencipta lirik yang berunsurkan nilai murni. Kaedah penilaian yang
dijalankan oleh Cikgu Jamie ini berkesan kerana guru telah menyediakan pangkal ayat dalam
lirik

tersebut

untuk

sambungan.Tambahan

membantu
pula,

Cikgu

murid

dalam

menciptakan

Jamie

menggunakan

teknik

lirik

lagu

demonstrasi

sebagai
dengan

menyanyikan lagu tersebut beserta contoh lirik lagu sebelum meminta murid menjalankan
projek itu untuk memberikan meraka gambaran mengenai projek yang akan dilaksanakan.
Selain itu, sistem bahasa yang difokuskan dalam kaedah penilaian ini adalah sebutan. Ia
diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami
intonasi dan jeda untuk menyampaikan maksud dengan tepat.
Kesimpulannya, penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat
awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan
susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang. Penilaian juga membantu
guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai