Anda di halaman 1dari 6

Model ASSURE dalam Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Model Assure

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah 1. Tarik perhatian pelajar. 2. Beritahu objektif pembelajaran. 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. 4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran. 5. Bimbing pembelajaran pelajar. 6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. 8. Taksir pencapaian pelajar. 9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran. Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Model ASSURE Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin

kejayaan.

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar) 2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) 3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) 4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) 5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula) 1. Analisis Pelajar Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: 1. Ciri-ciri umum pelajar. 2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 3. Gaya belajar Ciri-ciri umum pelajar Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Pengetahuan sedia ada Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Gaya Pembelajaran Pelajar Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai

pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. 2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu. Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: 1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) 2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) 3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) 4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah melakar menamakan meramal membaca menjawab melukis menilai melabel menjelas Situasi dan Syarat Perlakuan

Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan. 3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut: Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya. Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas? Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna? Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran

dan pembelajaran dapat menjimatkan masa. 4. Gunakan Media dan Bahan Sumber Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru. Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemarbenar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. 5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah. 6. Nilai dan Semak Semula Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. LATIHAN Jawab SEMUA soalan 1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkahlangkah tersebut.Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar. 3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut, 4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE. 5. Model Mutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda. 6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar. 7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.