Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

‫بسم هللا الرحمن الحيم‬

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang”

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA,
saya dapat menyiapkan tugasan untuk kursus Pentaksiran dalam Pembelajaran (EDUP 2063).

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dalam
mengumpul bahan –bahan dan maklumat untuk dijadikan teras penulisan saya terutamanya
keluarga saya. Seterusnya tidak dilupakan juga kepada pensyarah saya Dr. Mahaya binti Salleh
yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat disiapkan dengan
sempurna.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan ini, dapat memberi manfaat dan
dijadikan contoh teladan kepada pembaca.

Sekian, terima kasih.

1
i) Menjelaskan cara pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan contoh
topic-topik yang dipilih daripada Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran(DSKP) bagi mata pelajaran tertentu.

1.0 PENDAHULUAN

Pengujian adalah suatu prosuder yang bersistematik untuk mengumpulkan


maklumat mengenai prestasi murid. Ia juga bertujuan untuk menentukan keadaan takat
pembelajaran dan perkembangan murid.
Bagi kursus Pentaksiran dalam Pendidikan ini, kami dikehendaki membina satu
Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) berdasarkan Dokumen Standard Pentaksiran mata
pelajaran masing-masing. Tugasan ini sangat membantu kami dalam membina dan
menggubal soalan secara terancang. Sebagai golongan professional, guru seharusnya
membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang
dibina jua haruslah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan dan
kesamarataan kepada semua murid.
Menurut Kamus Ensiklopedia Jilid 2 (1997), spesifikasi bermaksud butir-butir
terperinci yang dinyatakan untuk sesuatu perkara atau perincian mengenai sesuatu
perkara. Menurut Mohd Najib (1997), Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga disebut
Jadual Penentuan Ujian adalah jadual yang mengandungi jumlah soalan atau item untuk
setiap isi kandungan, tahap kemahiran dan jenis-jenis soalan. Menurut Zimmaro (
2004), JSU adalah satu matriks atau carta yang mewakili bilangan item yang hendak
diuji mengikut topik dan aras objektif.

2.0 KEPENTINGAN JSU


JSU ialah satu blueprint bertulis yang terperinci mengenai sesuatu ujian yang
merangkumi huraian objektif dan sasaran berasaskan domain Taksonomi Bloom, kini
berdasarkan Anderson dan Krathrwohl (2001), iaitu Taksonomi Bloom yang disemak
semula, kandungan atau bidang-bidang prestasi yang diliputi, jenis-jenis item dan
bilangan item untuk setiap bidang kandungan dan prestasi , aras kesukaran item dan
jumlah item yang diuji. Penyediaan JSU adalah bertujuan untuk memastikan kesahan
ujian yang akan digubal. Ia juga bertujuan menentukan keseimbangan topik-topik
dengan aras-aras kemahiran yang diuji.

2
JSU juga memberi panduan kepada guru untuk membentuk format ujian dan
membentuk soalan samada soalan objek, subjekti atau struktur. Dengan adanya JSU
guru, sesorang guru akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh murid-
muridnya melalui beberapa garis panduan yang ditetapkan. Pembinaan JSU juga dapat
membuat perbandingan di antara satu ujian dengan ujian yang lain. Perbandingan yang
dimaksdukan ialah pencapaian dan penguasaan murid yang ditunjukkan melalui
markah yang diperoleh.

3.0 LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JSU

Langkah-langkah yang perlu diambil dalam membina JSU ialah :

1) Langkah pertama dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian ialah


menyenaraikan tajuk-tajuk yang diuji. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam terdapat beberapa tajuk dan beberapa bab. Guru juga perlu
mengira bilangan jam bagi setiap tajuk yang diajar.
2) Langkah yang kedua ialah mengira peruntukan markah bagi soalan yang hendak
diuji berdasarkan masa untuk pengajaran dan kepentingannya.
3) Langkah yang seterusnya ialah menentukan aras kemahiran untuk tajuk
mengikut aras Taksonomi Bloom (semakan semula), iaitu mengingati,
memahami, megaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
4) Menentukan aras kesukaran berdasarkan jenis ujian. Jika ujian kriteria, aras
kesukaran hampir sama, iaitu hampir semua rendah atau tinggi bergantung pada
sasaran dan tujuan ujian. Bagi ujian norma, aras kesukaran biasanya mengikut
lengkung norma dan penentuan seperti 25% soalan mudah, 50 % soalan
sederhana dan 25% soalan sukar atau nisbah 3:4:3, 5:3:2, 1:3:1 dan sebagainya.
5) Selepas menentukan aras kesukaran, guru perlu menentukan jenis ujian sama
ada ujian berbentuk objektif atau subektif.
6) Langkah yang terakhir ialah mengira jumlah item setiap topic yang diuji dalam
ujian yang dirangcangkan.

3
4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Saya telah membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dengan merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi mata pelajaran Syariah Tingkatan 1. Jadual
Spesifikasi Ujian ini dibina untuk membentuk 20 soalan objektif bagi Ujian Mac
bermula dari bulan Januari hingga Mac. Berikut ialah jadual spesifikasi ujian yang
dibina :

BIL TOPIK/TAJUK MASA PERATUS JUMLAH


(%) ITEM

1 Al-Quran Wa Hifz 8 Jam = 8/16 x 100 = 50/100 x 20

= 50 = 10

2 Fiqh Ibadat 8 Jam =8/16 x 100 = 50/100 x20

= 50 = 10
JUMLAH 16 Jam 100 20

4
ii) Menilai kualiti satu set ujian daripada bank item yang telah ditadbir kepada
sekumpulan pelajar berdasarkan interpretasi data pentaksiran iaitu indeks kesukaran
dan indeks diskriminasi.

20 item soalan ( Rujuk Lampiran) yang terdiri daripada aras kesukaran yang berbeza
yakni aras rendah ,aras sederhana dan aras tinggi telah ditadbir bagi kelas tingkatan 5 Sumaiyah
seramai 20 orang murid. Dalam proses pembinaan, item-item perlu dibina mengikut topik-
topik dan aras kesukaran yang telah ditetapkan dalam JSU.

Semasa pentadbiran ujian, arahan telah diberikan kepada semua murid sebelum kertas
ujian diedarkan. Antara bentuk arahan yang diberikan ialah memastikan murid mendapat kertas
yang betul, tempoh masa menjawab, mengisi nama dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
sepanjang ujian dijalankan. Arahan yang diberikan kepada calon hendaklah jelas dan
memastikan tidak berlaku penipuan sepanjang ujian berlangsung.

Selepas pentadbiran ujian tersebut, proses kutipan dijalankan. Kertas soalan yang
dikutip dikira semula bagi memastikan tidak berlaku keciciran. Semasa menjalankan proses
semakan, saya telah menggunakan skema jawapan yang telah disediakan bagi memastikan
jawapan yang dijawab benar ataupun salah. Setelah proses semakan selesai dilakukan,
pengiraan markah dijalankan dan direkodkan dengan menggunakan perisian hamparan
elektronik ( Microsoft Excel) serta menganalisis data yang telah dikumpul.

INDEKS KESUKARAN ITEM

Kesukaran sesuatu item, p, didefinisikan sebagai kadaran murid yang dapat menjawab item itu
dengan betul. Nilai p terletak antara 0 dan 1. Formula bagi indeks kesukaran adalah seperti di
bawah :

P : Bilangan murid mendapat betul


Jumlah murid
Mengikut Bloom, Hastings dan Madaus (1971), sebaran yang baik bagi keputusan ujian dapat
diperoleh jika indeks kesukaran, p, berada dalam julat 0.20 hingga 0.80, dengan min antara

5
0.50 hingga 0.60. Jika p < 0.20 item dianggap terlalu sukar dan jika p > 0.80, item dianggap
terlalu mudah. Oleh itu, jika indeks kesukaran sesuatu item itu kurang daripada 0.20 atau lebih
daripada0.80, maka item itu perlu diubah suai atau digugurkan terus.

INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Bagi sesuatu ujian, ciri diskriminasi sesuatu item didefinisikan sebagai keupayaan item itu
membezakan antra murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian rendah.
Indeks diskriminasi, d bagi sesuatu item merupakan kadaran murid berpencapaian rendah yang
mendapat item itu dengan betul menolak kadaran murid berpencapaian tinggi yang mendapat
item dengan betul. Nilai d terletak antara -1 dan 1.

Indeks diskriminasi,d = _________ Ra- Rb ___________

½ (Jumlah murd dalam Ra dan Rb)

Ra merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan yang betul bagi sesuatu item daripada
kalangan murid berpencapaian tinggi, iaitu kumpulan Atas. Murid berpencapaian tinggi terdiri
daripada 27% murid yang mendapat skor tertinggi dalam ujian yang terlibat (Wiersma &
Jur,1990).

Rb pula merujuk kepada murid yang menjawab betul bagi sesuatu item daripada kalangan
murid berpencapaian rendah iaitu kumpulan Bawah. Murid berpencapaian rendah terdiri
daripada 27% murid yang mendapat skor terendah dalam ujian yang terlibat (Wiersma &
Jur,1990).

6
JADUAL ANALISIS ITEM

BIL NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 M

1 SYAFIQAH BT / / / / / / / / / / / / / X / X / / / / 18
SALHI
2 ADIBAH BT / / / / X / / / / / / X / / / X / / / X 16
GORIMI
3 AIN BINTI / / / / X / X / X / / X / X / X / / / / 14
ZAMRI
4 IZATI BT ZAKI / / / X / / X / X / X X / / / X / / / / 14

5 SUHAILA BT / / / / / X / X X / X X / / X X / / / X 12
SHUKRI
6 HAZLIN BT / / / / / / X / / /X X / X X / X X / / X 12
MUTALIB
7 EKFA NAJIHAH / X / X X / X / / X X / X / / X / / / X 11

8 AMIR BIN ALI / / X / / / X / / / / / X X X X / X X X 11

9 HANA BT / / X / X / X / X X X X / / X X / / / X 10
AHMAD
10 HADI BIN AMER / / / / / X / / X X X X / X X X X / / X 10

11 ADIBAH BT / / / X X / X X X X X / / X / X / X / X 9
ZULKAFLI
12 AMANI BINTI / / / X / / X / / X X X X / X X X X X X 8
NASIR
13 FARAH BINTI / / / X X / / / X X X / X X X X X X X X 7
ABU
14 LIYANA BINTI / / / X X / X X / / X X X / X X X X X X 7
ZUL
15 AINA BINTI / / X X X / / / X X X / X X X X X / X X 6
HASHIM
16 ADIBAH BINTI / X / / X / X X X X X X X X X X X X / / 6
ZAKARIA
17 ZAID B ALI / X / / X / / X X X X X X X X X X X X X 5

18 UZAIR BIN ABU / / / / X / X X X X X X X X X X X X X X 5

19 ALIF BIN CHE / X / / X / / X X X X X X X X X X X X X 5

20 HAKIM BIN MD / X / / X X X X X X X X X X X X X X X X 3
NOR

7
JADUAL KUMPULAN BERPENCAPAIAN TINGGI

BIL NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 M

1 SYAFIQAH BT / / / / / / / / / / / / / X / X / / / / 18
SALHI
2 ADIBAH BT / / / / X / / / / / / X / / / X / / / X 16
GORIMI
3 AIN BINTI / / / / X / X / X / / X / X / X / / / / 14
ZAMRI
4 IZATI BT ZAKI / / / X / / X / X / X X / / / X / / / / 14

5 SUHAILA BT / / / / / X / X X / X X / / X X / / / X 12
SHUKRI

JADUAL KUMPULAN BERPENCAPAIAN RENDAH

16 ADIBAH BINTI / X / / X / X X X X X X X X X X X X / / 6
ZAKARIA
17 ZAID B ALI / X / / X / / X X X X X X X X X X X X X 5

18 UZAIR BIN ABU / / / / X / X X X X X X X X X X X X X X 5

19 ALIF BIN CHE / X / / X / / X X X X X X X X X X X X X 5

20 HAKIM BIN MD / X / / X X X X X X X X X X X X X X X X 3
NOR

Bagi menentukan bilangan murid dalam kumpulan berpencapaian tinggi dan rendah, saya telah
mengambil 27 % daripada jumlah murid, iaitu 27%x 20 orang = 5 orang. Oleh itu, saya telah
mengambil kedudukan 5 teratas murid yang mendapat markah tertinggi dan 5 murid yang
mendapat kedudukan paling bawah.

8
JADUAL ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM DAN INDEKS DISKRIMINASI

NO. ITEM NILAI IK KEPUTUSAN NILAI ID KEPUTUSAN


1 20/20 =1 Diubahsuai 5-5/5 = 0 Diubahsuai
2 13/20 =0.75 Diterima 5-1/5 = 0.8 Diterima
3 19/20 = 0.85 Diubahsuai 5-5/5 = 0 Diubahsuai
4 14/20 = 0.7 Diterima 5-5/5 = 0 Diubahsuai
5 7/20 = 0.35 Diterima 3-0/5 = 0.6 Diterima
6 17/20 = 0.85 Diubahsuai 4-4/5 = 0 Diubahsuai
7 8/20 = 0.4 Diterima 3-2/5 = 0.2 Diterima
8 12/20 = 0.6 Diterima 4-0/5 = 0.8 Diterima
9 7/20 = 0.35 Diterima 2-0/5 = 0.4 Diterima
10 7/20 = 0.35 Diterima 5-0/5 = 1 Diubahsuai
11 4/20 = 0.2 Diterima 3-0/5 = 0.6 Diterima
12 7/20 = 0.35 Diterima 1-0/5 = 0.25 Diterima
13 8/20 = 0.4 Diterima 5-0/5 = 1 Diubahsuai
14 7/20 = 0.35 Diterima 3-0/5 = 0.6 Diterima
15 7/20 = 0.35 Diterima 4-0/5 = 0.8 Diterima
16 0/20 = 0 Diubahsuai 0-0/5 = 0 Diubahsuai
17 9/20 = 0.45 Diterima 5-0 / 5 = 1 Diubahsuai
18 10/20 = 0.5 Diterima 5-0 / 5 = 1 Diubahsuai
19 11/20 = 0.55 Diterima 5-1/5 = 0.8 Diterima
20 3/20 = 0.15 Diubahsuai 3-1/ 5 = 0.4 Diterima

IK : INDEKS KESUKARAN

ID : INDEKS DISKRIMINASI

9
Mengikut Macintosh dan Morrison ( 1972), semua item yang mempunyai item
diskriminasi 0.20 ke atas boleh diterima manakala item yang mempunyai indeks diskriminasi
kurang dari 0.20 merupakan item yang kurang baik dan perlu diubah suai atau digugurkan.

Berdasarkan kritirea Macintosh dan Morrison, item no 2,5, 7, 8 ,9 , 11, 12, 14, 15, 19,
20 boleh diterima manakala item no. 10, 13, 17 dan 18 perlu digugurkan atau di ubah suai.
.Item no , 4, 5, dan 6 mempunyai nilai indeks sifar. Ini menunjukkan bahawa item ini tidak
dapat membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dan rendah.

CADANGAN TINDAKAN

Berdasarkan perbandingan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang telah


dianalisis, sebanyak 11 item yang boleh diterima dan boleh disimpan didalam bank soalan.
Item-item soalan yang diterima dan tidak perlu diubahsuai ialah item no. 2, 5, 7, 8, 9,11, 12,
14, 15, 19 dan 20. Manakala item yang diubahsuai ialah item no. kerana mempunyai aras
kesukaran yang terlalu mudah dan terlalu sukar. Hal ini akan menyebabkan item tidak dapat
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentadbiran sesbuah ujian.

JADUAL CADANGAN TINDAKAN

Bil Tindakan No. Item Jumlah Item Peratus


1 Item diterima dan 2, 5 , 7, 8 , 9, 11 item 55 %
disimpan dalam bank 11, 12 , 14 ,
soalan 15, 19 dan 20
2 Item diubah suai 1, 3, 4, 6, 8 item 40%
10,13, 17, 18
3 Item digugurkan 16 1 item 5%
4 Item ditulis semula 0 0

10
Item-item yang perlu diubah suai

1) Item 1
Perkara yang tidak terdapat dalam pengertian iman ialah
a. Lisan
b. Hati
c. Fikiran
d. Amalan zahir
2) Item 3
Rahmat Ilmu kepada manusia ialah
a. Menjadi tanda kesempurnaaniman
b. Ibadahnya lebih lengkap dan sempurna
c. Dapat berhubung dengan Allah secara langsung
d. Melahirkan ketenangan hati dan ketenteraman jiwa
3) Item 4
Apakah keistimewaan manusia berbanding dengan makhluk lain ?
a. Dijadikan berpasang-pasangan
b. Dikurniakan anggota yang lengkap
c. Diberi tanggungjawab mengurus alam
d. Dikurniakan tenaga untuk bekerja
4) Item 6
Kedudukan iman malaikat ialah :
a .Sentiasa bertambah
b .Boleh berkurang
c. Boleh Bertambah dan berkurang
d. Tidak bertambah dan tidak berkurang

5) Item 13
Menghalang perkara yang harus yang boleh membawa kepada perkara-perkara
yang haram.
Kenyataan diatas merujuk kepada dalil
a. Saddul Zarai’
b. Syari man qablana
c. Al-masoleh mursalah
d. Al-uruf wal adat

11
Item 16
6) Maksud adil dalam syarat menjadi hakim ialah
a. Matang, cerdik dan bijak
b. Menjauhi dosa besar
c. Bertaraf mujtahid dalam bidang hokum
d. Boleh mendengar,bercakap dan melihat

7) Item 17
Contoh bagi lafaz mutlak ialah
a. ‫فتحرير رقبة مؤمنة ودية مسلمة إلى أهله‬
b. ‫والذين يتوفون منكم ويذرون أزوجا يتربصن‬
c. ‫وهلل على الناس حج البيت من استطاع إايه سبيال‬
d. ‫وإن كنتم مرضى أو على سفر أو جاء أحد منكم من الغائط‬

8) Item 18
Hukum wajib meminta izin masuk kebilik anggota keluarga berdasarkan lafaz
‫ ِليَست َأ ِذنُ ُكم‬merupakan :
a. ‫فعل المضارع برسرتا ال الناهية‬
b. ‫فعل المضاع برسرتا ال النافية‬
c. ‫فعل المضارع برسرتا الم االمر‬
d. ‫فعل المضارع برسرتا الم التعليل‬

RUJUKAN

12
1. Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria, ( 2017).
Pentaksiran dalam Pendidikan . Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd
2. https://hahasama.wordpress.com/2011/08/13/03-jadual-spesifikasi-ujian/
3. https://www.academia.edu/18575173/Pembinaan_Jadual_Spesifikasi_Ujian
4. https://www.malaysian-ghost-research.org/koleksi-sukatan-pelajaran-dan-
huraian-sukatan/
5. http://www.bahasasyurga.net/2018/01/dokumen-panduan-mata-pelajaran-
al.html
6. http://jaipk.edu.my/index.php/muatturun/huraiansukatanpelajaran

13
LAMPIRAN

14
15

Anda mungkin juga menyukai