Anda di halaman 1dari 12

PERANCANGAN, PEMILIHAN,

PENGHASILAN & PENILAIAN


MEDIA PENGAJARAN
(MODEL ASSURE)
MODEL ASSURE

 Model ASSURE dicadangkan oleh Henich.


Molenda dan Russell (1993)

 Digunakan sebagai panduan untuk


merancang, memilih, menyedia dan
mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media.

 Ia sesuai digunakan sebagai panduan


merancang pengajaran dalam situasi bilik
darjah (model berorentasikan bilik darjah)
MODEL ASSURE

Model ASSURE mengandungi 6 langkah;

A Analyze Learner (Menganalisis Pelajar)

S State Objectives (Menyatakan Objektif)

S Select Methods, Media and Meterials (Memilih


Kaedah, Media dan Bahan)

U Utilize Media (Gunakan Media)

R Require Learner Participation (Menggalakkan


Penglibatan Pelajar)

E Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan


Pengubahsuaian)
Analyse learner (Analisis pelajar)
 Langkah pertama – menyesuai @ memadankan
kandungan dalam kaedah, media dan bahan
yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar.
 Guru harus menganalisis pelajaranya, iaitu
mengenal pasti tiga perkara berikut:
 Mengenal pasti ciri umum pelajar
 Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk
pelajar (Specific entry competencies)
 Mengenal pasti gaya pembelajaran
State objectives
(Nyatakan objektif)
 Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan
pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
 Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat
prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan
kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
 Cth: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200
patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh
membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan
lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).
S = Select, modify or make media
(Pilih, baiki atau buat media)
 Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat
kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif
pembelajaran yang ingin dicapai.
 Memilih kaedah yang sesuai (contoh simulasi,
demontrasi, latih tubi dll)
 Memilih media dan bahan yang sesuai, senang diperolehi
serta mudah dibuat pengubahsuaian (contoh, televisyen,
radio, gambar foto, video, bahan bercetak berasaskan
komputer dan lain-lain)
 Sekiranya media dan bahan yang sesuai tidak diperoleh
perlu bina sendiri.
Use media (Gunakan media)
 Sediakan media dan bahan yang akan
digunakan dan tentukan masa pembelajaran
yang diperlukan.
 Cth: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
 Sediakan media dan bahan, alat serta
kemudahan yang diperlukan.
 Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal
atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan
keperluan untuk belajar.
 Sediakan pelajar.
 Cth: sediakan set induksi atau nyatakan tujuan
dan objektif pembelajaran.
 Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana
anda menyampaikan pelajaran menggunakan
media? Sebagai penyampai utama (Tumpuan
guru) atau bertindak sebagai pemudah cara
atau pengurus pembelajaran yang memberi
tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)?
Require learner response
(Perlukan tindak balas pelajar)
 Untuk memastikan proses pembelajaran itu
berlaku
 Pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran seperti membuat latihan,
perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan
sebagainya.
 Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities)
seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik
sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul
(Skinner, 1954).
Evaluate materials (Menilai dan
menyemak semula bahan)
 Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang
kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara
menyeluruh.
 Dalam penilaian itu persoalan berikut harus difikirkan:
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?
b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu
proses pengajaran dan pembelajaran?
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan
media dengan cara yang betul?
d. Adakah suasana pembelajaran selesa?
e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
MODEL ASSURE

Refleksi…..
Cuba bincangkan.

1. Sediakan satu rancangan pengajaran


untuk topik tertentu berdasarkan model
ASSURE?
2. Terangkan langkah-langkah yang harus
dilalui dalam menghasilkan satu bahan
multimedia pengajaran menggunakan
model ASSURE
Terima Kasih
Sekian

Anda mungkin juga menyukai