Anda di halaman 1dari 14

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Melalui kefahaman saya , hasil daripada pembacaan modul “pendekatan


proses” dalam pengajaran dan pembelajaran adalah proses atau aktiviti
yang dilakukan oleh murid dalam mendapatkan jawapan bagi sesuatu
soalan penyelesaian masalah.George Polya 1945 mengutarakan
penyelesaian masalah sebagai suatu proses dan bukannya mendapatkan
hasil atau jawapan yang betul semata- mata. Guru berperanan
menyediakan satu situasi pembelajaran yang boleh membawa pelajar
untuk terus berusaha melaksanakan proses penyelesaian masalah demi
membina kemahiran proses penyelesian masalah. Seterusnya guru perlu
memastikan pembelajaran berkesan berlaku ke atas murid dengan
menyediakan model penyelesaian masalah yang telah dikemukakan oleh
pakar-pakar pendidikan antaranya ialah Model Polya (1957).

Model Polya adalah model penyelesaian masalah yang berasaskan


heuristic iaitu menggalakan murid menggunakan strategi penyelesaian
masalah yang menjadikan murid lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam
menjana idea . Terdapat empat fasa proses penyelesaian masalah iaitu
memahami masalah , merancang penyelesaian , melaksanakan
penyelesaian dan menyemak kembali. Pada setiap tahap tersebut akan
berlaku proses pembelajaran . Untuk memastikan pembelajaran berkesan
berlaku guru perlu mengawasi keberkesanan strategi yang digunakan oleh
murid, dan memastikan perlaksanaan operasi berdasarkan perancangan.
Melalui pengawasan oleh guru, strategi yang dirancang dan dilaksanakan
akan berlaku dengan berkesan. Sekian, terima kasih.

PERUNTUKAN tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran seperti


yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013
yang lalu menggambarkan keprihatinannya terhadap usaha meningkatkan kualiti
pendidikan.

Peruntukan tambahan ini adalah khusus untuk melaksanakan latihan, kursus atau
penambahbaikan kepada guru berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau ‘high
order thinking skills.’
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-
berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2wqXPKPd6 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

RESPON 1

Cikgu Suriyati

Assalamualaikum ,

Saya amat bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh cikgu


tentang apa yang dimaksudkan dengan pendekatan proses. Seperti yang
difahami bahawa pendekatan proses berlaku dalam usaha murid-murid
menyelesaikan sesuatu soalan penyelesaian masalah. Usaha dan
perancangan yang dilakukan oleh murid adalah berpandukan kaedah yang
sesuai yang membolehkan mereka memperolehi jawapan yang betul.Guru
harus sentiasa mengawasi aktiviti murid dan menyediakan aktiviti
pembelajaran yang menggalakkan murid untuk terus berusaha
melaksanakan proses penyelesaian masalah.Guru harus bijak memilih
soalan yang memerlukan murid berfikir secara kreatif untuk menjana idea
dan mempertingkatkan kemampuan menaakul murid. Dua tugas utama
guru adalah membantu pelajar menyelesaikan maslah dan
mengembangkan potensi pelajar agar mereka dapat menyelesaikan
masalah dengan sendiri(Polya;1957). Sekian, terima kasih.
Respon 2 Cikgu Tan

Salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh cikgu mengenai


maksud pendekatan proses dalam pengajaran.Pendekatan proses adalah
usaha murid dalam merancang strategi dan melaksanakan strategi
tersebut dalam menyelesaikan sesuatu soalan penyelesaian masalah.
Untuk menyelesaikan sesuatu soalan penyelesaian masalah, murid
memerlukan kemahiran merancang strategi yang berkesan .Sebagai guru
kita perlu memastikan murid-murid menggunakan strategi yang
menjuruskan mereka untuk memperolehi jawapan. Oleh itu model
penyelesaian masalah yang dikemukan oleh Polya(1957), Mayer (1985,
1987) dan Schoenfeid(1985) boleh diterapkan dalam proses penyelesaian
masalah. Setiap tahap dalam proses penyelesaian masalah matematik
memerlukan murid memilikki pengetahuan . Secara khususnya jenis
pengetahuan yang perlu dikuasai oleh murid dalam proses penyelesaian
masalah adalah pengetahuan bahasa, pengetahuan fakta dan konsep ,
pengetahuan skema , pengetahuan strategi dan pengetahuan algoritma
atau prosedur. Sekian, terima kasih.

RESPON 3
ROHAIDA BT ABDUL MUTALIB

Assalamualaikum cikgu,

Saya amat bersetuju dengan apa yang cikgu mengertikan tentang


pendekatan proses. Sebagai guru kita perlu memberi peluang kepada
murid mencuba pelbagai cara untuk memperolehi jawapan bagi sesuatu
masalah . Pengetahuan untuk menyelesaikan masalah adalah sesuatu
yang perlu ada bagi murid-murid untuk menyelesaikan masalah. Terdapat
5 pengetahuan yang perlu dikuasai iaitu pengetahuan bahasa,
pengetahuan fakta dan konsep , pengetahuan skema , pengetahuan
strategi dan pengetahuan algoritma atau prosedur. Pengetahuan bahasa
diperlukan untuk memahami masalah dan kebolehan murid dalam
memahami perkataan dalam masalah yang ingin di selesaikan.
Pengetahuan fakta dan konsep adalah pengetahuan yang berkaitan
dengan symbol, sistem pertukaran unit dan banyak lagi. Semua
pengetahuan ini diperlukan untuk membantu murid dalam proses
menyelesaikan sesuatu masalah. Sekian, terima kasih.

Respon 4

Ainurul Liza,

Assalamualaikum cikgu,

Saya bersetuju dengan penyataan cikgu, bahawa pendekatan dan kaedah


yang baik akan menghasilkan prestasi yang dikehendakki.Oleh itu sebagai
guru kita perlu merancang strategi pdp yang baik dalam membantu murid
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Tugas utama guru ialah membantu
murid menyelesaikan masalah dan mengembangkan potensi mereka agar
dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri. Untuk memastikan
pembelajaran yang berkesan berlaku ke atas murid guru perlu memikirkan
dan membantu murid menyelesaikan masalah dengan strategi yang sesuai
dan teknik yang berkesan. Pakar pendidikan terkemuka (Polya , 1957)
mengutara strategi penyelesaian masalah berasaskan heuristik. Secara
umum terdapat dua kategori heuristic iaitu heuristic merintis dan heuristic
meninjau kembali ( Mohd Uzi, 2006). Heuristik menritis adalah heuristik
yang bertujuan untuk memahami masalah dan mencipta rancangan
penyelesaian.Sesuatu prosedur secara lengkap dalam proses
penyelesaian masalah dapat menjamin penyelesaian yang digunakan
akan memberi kesan baik kepada pdp murid.Sekian terima kasih.

Forum 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Komunikasi yang berkesan dalam kalangan guru akan menghasilkan


pemahaman yang bermakna dalam setiap pengajaran yang diajar kepada
murid.National Council Of Teacher of Mathematics(NCTM, 2000)
mentakrifkan komunikasi dalam matematik sebagai perkongsian idea dan
penerangan tentang kefahaman , pertukaran maklumat antara individu
pembinaan semula pengetahuan dan maklumat matematik.

Cabaran untuk mengaplilkasikan kemahiran dalam pdp matematik


datang dari dua aspek sama ada daripada guru itu sendiri dan daripada
murid- muridnya.Antara cabaran yang dihadapi oleh guru adalah dalam
penggunaan bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh murid.
Penggunaan bahasa matematik yang tidak difahami oleh murid akan
mengakibat murid gagal menguasai konsep matematik. Oleh itu guru harus
mengolah bahasa yang mudah difahami oleh murid.Cabaran kedua adalah
berkaitan dengan aktiviti, kaedah dan strategi pdp yang digunakan guru
perlulah dapat merangsangkan murid untuk berkomunikasi dan memberi
tindak balas terhadap komunikasi guru. Sebagai guru kita harus
menggalakkan murid untuk berkongsi idea dan memberi penjelasan untuk
menunjukkan mereka faham apa yang diajar oleh guru.

Sementara daripada aspek murid pula


Komunikasi penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
untuk menilai pengetahuan mereka. Berbagai teknik komunikasi yang
boleh dijalankan dalam bilik darjah. Namun yang memberi cabaran kepada
guru adalah untuk mendapatkan kepercayaan murid dan hormat daripada
murid-murid tentang apa yang disampaikan oleh guru.Guru perlu
mempunyai keyakinan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan . Oleh itu
setiap guru perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang luas
tentang apa yang diajarnya.

Sekian, terima kasih

Respon 1

Nur Ros Badariah

Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh cikgu. Cabaran


dalam mengaplikasikan kemahiran komunikasi boleh berpunca daripada
masalah guru dan juga masalah murid.Guru harus bijak menangani
masalah ini. Komunikasi berkesan boleh dilaksanakan secara lisan, bertulis
dan menggunakan perwakilan. Beberapa kaedah boleh dibina bagi
melahirkan komunikasi yang berkesan. Guru harus guru harus mengenal
pasti kecenderungan murid, memastikan pengajaran berlaku secara aktif
merangsang kemahiran meta- kognitif dan membina persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Sekian terima kasih.

Respon 2

Siti Junainah

Assalamualaikum cikgu,

Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh cikgu.


Sememang ramai guru yang kurang mengadakan aktiviti perbincangan di
dalam kelas. Guru lebih banyak memberi aktiviti penerangan dan murid
hanya sebagai pendengar. Keadaan ini akan membuat kemahiran
komunikasi secara lisan pada murid tidak akan berlaku. Guru harus bijak
mengemukakan soalan yang sesuai dengan kefahaman murid dan
menggalakkan murid untuk memberi maklum balas terhadap apa yang
disampaikan oleh guru. Ini adalah suatu tindakan yang dapat memastikan
murid faham apa yang diajar oleh guru. Sebagai guru kita harus
mempunyai nilai kesabaran yang tinggi terutama mengajar murid di tahap
satu.Mereka akan selalu dan banyak bertanya dan adakalanya guru tidak
memberi respon yang baik dan menyebabkan komunikasi mereka
terbantut. Sekian, terima kasih.

Respon 3

Hanayanti

Assalamualaikum cikgu,

Saya bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh cikgu. Guru agak
kurang mengadakan aktiviti pdp yang melibatkan aktiviti perbincangan ,
mungkin disebabkan sukar untuk mengawal murid. Namun aktiviti yang
dijalankan perlulah sentiasa berada dalam kawalan guru. Guru juga harus
bijak mengajukan soalan yang membuat murid ingin memberi pendapat
mereka. Soalan tersebut perlulah bersesuaian dengan tahap murid dan
tidak lari jauh daripada topic yang diajar. Guru juga menghadapi cabaran
untuk menjadikan murid pendengar yang baik. Proses mendengar dengan
baik adalah penting dalam mengaplikasikan kemahiran komunikasi. Guru
harus bijak dalam menyampaikan sesuatu topic pengajaran dengan suara
yang jelas dan berintonasi. Guru perlu selitkan sesuatu unsur
penyampaian yang menarik minat murid untuk mendengar.

Sekian, terima kasih

Respon 4

Mohd Nurzaihan
Assalamualaikum

Saya amat bersetuju dengan penjelasan yang diberikan oleh cikgu. Dalam
mengaplikasi kemahiran komunikasi terdapat dua halangan sama ada
daripada guru atau masalah itu berpunca daripada murid itu sendiri.
Komunikasi adalah alat yang amat penting bagi guru untuk menyampaikan
isi pelajaran kepada murid. Namun yang menjadi masalah adalah kaedah
komunikasi yang digunakan oleh guru kadang-kadang tidak difahami oleh
murid. Oleh itu guru perlu ada sesuatu kaedah yang dapat menunjukkan
bahawa murid faham apa yang disampaikan oleh guru.Guru juga harus
bijak dalam mengadakan aktiviti yang dapat meransang murid
berkomunikasi secara positif. Ini adalah beberapa cabaran yang perlu
ditangani oleh guru. Sekian, terima kasih.

Membina suasana pembelajaran yang menggalakkanperbincangan, pemikiran dan


penerokaan.

Murid rasa selamat untuk mencuba, berkongsi idea danmenghargai pendapat rakan

Forum 3

Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan
menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. penaakulan matematik berkait
rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid. Penaakulan berupaya
mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti
pemikiran kritis yang juga merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam
dan bermakna. Bagi mencapai objektif ini, murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat
konjektur(Konjektur yaitu suatu pernyataan yang kebenarannya belum diketahui atau belum
dapat dibuktikan) memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai
dan memberi justifikasi bermula dengan aktiviti matematik yang mudah. Selain itu, guru perlu
menyediakan ruang dan peluang untuk perbincangan matematik serta membolehkan setiap
murid terlibat dengan baik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkembangan dalam pemikiran, teknologi, ekonomi dan globalisasi


menuntut perubahan landskap pendidikan di Malaysia seiring dengan
perkembangan pesat pada abad ke-21. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah KSSR telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan memberi
penekanan terhadap kemahiran menaakul di samping kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M).Buku Panduan Kemahiran
Penaakulan juga telah diwujudkan oleh KPM bagi memberi panduan
kepada guru untuk melaksanakan kemahiran penaakulan. Kesimpulannya
kemahiran penaakulan boleh dijalankan dan perlu dilaksanakan oleh para
pendidik. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran
menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk
menerima dan memproses maklumat .Namun ia perlu bersesuaian dengan
tahap pemikiran murid itu sendiri. Daya pemikiran murid adalah berbeza.
Guru pula perlu mempersiapkan diri dari segi kefahaman tentang
kemahiran penakulan dan tahu apakah bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang betul dalam mengaplikasikan kemahiran ini kepada
murid. Sekian , terima kasih.

Kemahiran menaakul diberi penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) bermula Tahun 1 pada tahun 2011 disamping kemahiran membaca, menulis

dan mengira (4M). Kemahiran menaakul adalah salah satu kemahiran yang penting

pada abad ke 21. Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan

akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Ianya dapat membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia

dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami

sebab dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran

menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk

menerima dan memproses maklumat.


Assalamualaikum ,

Saya bersetuju dengan penerangan dan pendapat yang dikemukakan oleh


cikgu. Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik
dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih
bermakna. Jika sebelum di dalam KBSR ini murid hanya belajar sesuatu
dengan kaedah menghafal dan mereka tidak diterangkan dengan jelas
berkaitan sesuatu konsep matematik itu. Apa yang penting adalah mereka
mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Secara terus terang
kemahiran berfikir kurang diterapkan dan murid hanya menerima
pembelajaran 100% daripada guru . Suasana pendidikan sekarang telah
berubah dan perlu berubah mengikut peredaran semasa. Pendidikan
adalah agen perubahan yang utama. Murid perlu didedahkan dengan
kemahiran penaakulan dan kemahiran berfikir aras tinggi agar generasi
hari ini mampu bersaing pada masa hadapan. Sekian , terima kasih.

Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa kemahiran penaakulan ini


telah wujud dalam sistem KBSR iaitu melalui proses sains. Namun
mungkin pada masa itu kemahiran penaakulan kurang ditekankan dalam
subjek lain. Mungkin juga pada masa itu kemahiran mengira, menulis dan
membaca lebih utama. Apa yang menjadi cabaran kepada guru pada hari
adalah bagaimana untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid terutama
bagi murid tahap 1. Sebagai guru kita membimbing murid dengan strategi
yang betul agar murid merasa matematik sesuatu yang seronok dan
mudah untuk dipelajari . Pengalaman saya mengajar kaedah Polya bagi
tajuk penyelesaian masalah , terdapat sebilangan besar murid yang agak
sukar memahami proses penyelesaian itu tetapi ingin terus membuat
pengiraan. Ini adalah cabaran bagi saya untuk mengajarkan matematik
dengan lebih bermakna dengan kaedah yang betul.

Sekian, terima kasih.


Salam sejahtera,

Benar cikgu , komunikasi penting dalam membina kemahiran penaakulan


terhadap murid. Guru perlu bijak memberikan soalan yang meransang
murid untuk berfikir.Kemahiran penaakulan ini boleh dipelajari oleh murid.
Pemikiran murid pada masa kini semakin bijak dan mereka lebih banyak
bertanya. Jika dahulu kita menerima sahaja apa yang diajar oleh guru.
Namun murid pada hari ini berbeza.Saya pernah ditanya dengan pelbagai
persoalan matematik contohnya mengapa kita belajar tajuk pembundaran ,
kenapa bila menambah pecahan mesti samakan penyebutnya dan banyak
lagi. Sebagai guru kita harus bersedia dengan jawapan yang logik dan
boleh diterima oleh pemikiran mereka. Sekian , terima kasih.
FORUM 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kemahiran mengumpul semula telah dimulakan dari tahun satu. Oleh


pemahaman mereka terhadap konsep mengumpul semula adalah bermula
dari tahun 1. Penambahan dengan mengumpul semula diajar selepas
murid diajar dengan nilai tempat dan nilai digit. Oleh itu mereka telah
menguasai 10 sa bersamaan dengan 1 puluh dan seterusnya. Di sini
konsep mengumpul semula berlaku iaitu apabila nilai sa menjadi 10 sa ia
perlu dikumpulkan semula kepada digit puluh menjadi 1 puluh.

Inilah adalah cadangan saya dalam memberi penerangan tentang


kemahiran menambah dengan mengumpul semula bagi murid tahun 1

Soalan

45 + 7 =

Penerangan guru

Kita tukarkan 45 kepada 4 sepuluh dan 5 satu + 7 satu

10 10 10 10 11111 + 1111111

10 10 10 10 10 + 11

10 10 10 10 10 + 11

50 2

52
Forum 5

Assalamualaikum Cikgu Mohd Zahril,

Saya bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh Cikgu Zahril


berkaitan dengan cabaran guru dalam melaksanakan ict dalam pdp.
Kekangan masa dalam menyediakan peralatan ICT boleh mengganggu
kelancaran proses pdp. Sememangnya terdapat juruteknik untuk
membantu , tetapi semua perkara ada masalahnya. Sememangnya guru
yang mempunyai kemahiran dalam ICT sahaja yang lebih cenderung untuk
menggunakan kemudahan ini. Namun perlu kita ingat teknologi tidak boleh
menggantikan tugas seorang guru. Dalam mengendalikan bahan teknologi
ini guru harus bijak agar murid menguasai kemahiran atau konsep sesuatu
topic pelajaran. Murid sememangnya seronok apabila guru membawa
mereka ke makmal computer , hanya keseronokan yang diperolehi tetapi
objektif pengajaran guru tidak tercapai. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai