Anda di halaman 1dari 10

BANDING BEZA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal
insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru
akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi
menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan
sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan
modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat
direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.
Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik
kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).

ASPEK KBSR KSSR

- Komunikasi
(lisan, membaca, menulis
- Komunikasi
dan menaakul)
( lisan, membaca, dan
- Kerohanian, Sikap dan
menulis)
Reka Bentuk Nilai
- Manusia Dengan Alam
Kurikulum - Kemanusiaan
Sekelilingnya
- Keterampilan Diri
- Perkembangan Diri
- Perkembangan Fizikal dan
Individu
Estetika
- Sains dan Teknologi
Kaedah - Penekanan yang ketara
Pentaksiran kepada pentaksiran - Dijalankan secara
sumatif berterusan untuk
mengesan perkembangan
dan pencapaian murid
dalam pembelajaran
- Menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai
- Bersifat autentik dan
holistik.

PERSAMAAN
- Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa
Peruntukan
mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa
Masa
Inggeris
- Kemahiran Berfikir dalam P&P
- Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P
- Penggunaan TMK
- Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Pedagogi - Pembelajaran Secara Konstruktivisme
- Pembelajaran Secara Kontekstual
- Pembelajaran Akses Kendiri
- Pembelajaran Masteri
- Belajar Cara Belajar

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan
dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini
selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan
yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi,manusia dan alam
sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR
terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini
merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata
pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada
tahap 1dan tahap 2. Contohnya, bagi matapelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai
bahasa imlu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada tahap 1, murid
murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar,
membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula,
murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui
pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata
pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan
berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara, bahasa
perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan
alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada tahap 1,
mata pelajaran Pendidikan Isla dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua mata
pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat
resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murini sarwajagat dan prinsip-
prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi
kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap
perkembanagn dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahai 1, murid diajar nilai
pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta
kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan
lainlian lagi. Manakala, pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk
meliputu aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan
untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang
timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR
ialah perkembanagn diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah
komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk
meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan
keseniaan dan kesihatan. Antara matapelajaran yang terkandung dalam komponen ini
ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan Muzik, serta pendidikan Jasmani
dan Kesihatan.

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat


terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara
seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang
tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori
bidang ilmu yang relevan dengan keperluansetiap tunjang. Jika kita lihat di dalam
KSSR reka bantuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR.
Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada
proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi
yangdimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam
bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan
kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai
tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan
kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan menulis sahaja
tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran
berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR
merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan
berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut
menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang
komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu
pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian,
sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan
nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem
pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma
kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada
pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang
relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
menjadi teras kepada ini.Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar
dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan
individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat,
negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada
pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan
pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu,
tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama,
agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha
pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri
individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang
kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran
dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam
Sekitar.Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti
mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti,
patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.
Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui
penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di
peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi
tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.
Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu
murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik
darjah dan mengamalkannya dalampenglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar
sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid
memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin
pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan
kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap
kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain
aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika
merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam
melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan
dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.
Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang
literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut
impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu
dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di
peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik
berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT.
Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu
memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua
aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan
penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik
sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses
sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai
situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,globalisasi dan konsep
dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasiTeknologi Maklumat
dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan
datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet
tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini
perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi
maklumat (transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Seterusnya perbezaan kedua yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR
ialah dari aspek pentaksiran. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah
memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan
Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data
dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk
membuat keputusan. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses
pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta
menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi
tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada
penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian
Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif,
afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan
melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara
berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama
ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan
susulan yang dibuat berbentuk ativiti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap
kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian
sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang
dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek
penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan
kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji
termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Innggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan
bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna
sepertimana yang ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran
dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran
KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek
pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk
mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan
kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan
melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata
pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran
di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan
semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR.

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR,


maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan
peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),
memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina
modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR
dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik
dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu
pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran
psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah,
setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang
dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang
dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran
formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai
kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau
verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar
membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka
seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung
pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam
meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif
mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan
murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan
disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid
sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah
kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti
perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan
kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu
guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid
melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. Dokumen
itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan
pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara
berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran
mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh
pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan
datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada
tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek
yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari
aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai
persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p,
penggunaan TMK,pengajaran berasaskan kajian masa depan,pembelajaran secara
konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri,
pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.
Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek
peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata
pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu
diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit
seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380
minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu,
pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul
Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang


seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi
pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia.
Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem
pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan
harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti
pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.Guru
memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan; dan
kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua
pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak
berkepentingan.
RUJUKAN

Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.

Tuan Jah, Faridah. ( 2011). Siri Pengajian Bahasa melayu : Pengajaran Kemahiran
Bahasa melayu. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html

http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda-kssr-bakal-lahir-
minda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=en

http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-DAN-KSSR-2-

http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan-bina-modal-
insan-berkesan/

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalinsanberk
esan/Article/print_html

Peruntukan Masa KSSR http://www.skdoj.net/index.php/component/k2/item/21-peruntukan-


masa-kssr?tmpl=component&print=1#ixzz1aRtr7WR9

Anda mungkin juga menyukai