Anda di halaman 1dari 9

PERSAMAAN Persamaaan antara KBSR dan KSSR ASPEK

Prinsip

KBSR & KSSR


pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

Reka Bentuk Kurikulum

Komunikasi (lisan, membaca, dan menulis).

Kandungan Kurikulum

Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran.

Pedagogi

Kemahiran Berfikir dalam P&P Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar

Peruntukan Masa

Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Pengurusan Kurikulum

Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

Isi Kandungan

Menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan

Pendekatan

Guru sebagai pembimbing pelajaran

Dari segi persamaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) adalah, antaranya KSSR mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Pendekatan Bersepadu - Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Perkembangan Individu Secara Menyeluruh - KBSR dan KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu. Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid - KBSR dan KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang. Pendidikan Seumur Hidup - KBSR dan KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Dalam reka bentuk kurikulum, kedua-dua reka bentuk KBSR dan KSSR menekankan komunikasi sama ada dalam bentuk lisan, membaca, dan menulis.

Terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK,pengajaran berasaskan kajian masa depan,pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Bagi kandungan dan pengurusan kurikulum KBSR dan KSSR adalah sama berlaku perubahan secara keseluruhan aspek-aspek.Kedua-dua kurikulum

melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai dan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran.

Isi kandungan KBSR dan KSSR menyentuh tentang kepentingan seni dalam kehidupan.

Pendekatan pula merupakan guru sebagai pembimbing pelajaran.

PERBEZAAN Persamaaan antara KBSR dan KSSR ASPEK


Reka bentuk Kurikulum

KBSR
Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu

KSSR
Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi Modular

Jenis Reka Bentuk Kurikulum Organisasi Kurikulum

Linear

Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)) Mata pelajaran Teras, wajib dan Tambahan

Tahap I Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif

Tahap II (Tahun4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, wajib dan Tambahan

Tahap II Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Modul Fizikal dan Estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan

Bahan Kurikulum

Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Kandungan Hasil Pembelajaran

Dokumen Standard Kurikulum Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Cadangan Aktiviti P&P Kemahiran Buku Teks Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif Buku Teks

Kemahiran kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Kemahiran 3M (Membaca, menulis dan mengira)

secara explicit. Kemahiran 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

Kaedah Pentafsiran

Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif

Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran

Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan

holistik (secara keseluruhan ) ( Secara spesifik, dari pelbagai aspek )

Reka bentuk KBSR yang berasaskan tiga bidang sahaja iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembang diri individu telah ditambah menjadi reka bentuk kurikulum KSSR yang berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian dan sikap serta nilai kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan. Hal ini jelas menunjukkan KSSR yang lebih mementingkan perkembangan diri sendiri dari segi fizikal dan estika. Di samping itu, sains dan teknologi juga digunakan dengan menggunakan alat-alat elektrik yang canggih supaya P&P boleh dijalankan dengan lebih berefektif dan berkesan. Dari segi organisasi KBSR I, mata pelajaran teras, wajib dan tambahan diajar pada tahap I (tahun 1,2 dan 3) dan tahap II (tahun 4,5 dan 6). Manakala, KSSR

diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap. Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Modul Komunikasi, Modul Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai, Modul Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan Teknologi serta Modul Kemanusiaan. Organisasi kurikulum KSSR ini berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang dalam peta minda berikut merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu seperti :

TUNJANG KOMUNIKASI Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai. TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. TUNJANG KEMANUSIAAN Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan. TUNJANG KETERAMPILAN DIRI Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan

kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat. TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:

pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

Bahan kurikulum yang diggunakan dalam KBSR berasaskan sukatan pelajaran dengan penggunaan buku teks dan buku panduan guru untuk pengajaran dan pembelajaran. Manakala, bahan kurikulum yang digunakan dalam KSSR adalah dokumen standard yang dapat mengizinkan guru mengajar dengan lebih fleksibel serta murid dapat menimba ilmu

pengetahauan dalam suasana seronok.

Modul pengajaran dan modul

penbelajaran juga sebagai panduan untuk guru melaksanakan P&P. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti membaca menulis dan mengira sahaja tetapi dalam KSSR, satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting telah ditekankan, iaitu menaakul. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Memantapkan kemahiran murid berasaskan elemen KSSR ini mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap pentaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contohnya ujian sumatif seperti Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. KBSR ini adalah secara keseluruhan bagi sesuatu pembelajaran. Justeru, pembaharuan pentaksiran diperkenalkan dan pentafsiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik.

Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. KSSR ini pula secara lebih spesik dari pelbagai aspek.

Anda mungkin juga menyukai