Anda di halaman 1dari 6

UJIAN LISAN DAN BACAAN

Pada hari minggu yang lepas, Rahimah dan keluarganya


balik ke kampung datuknya di Kuala Kangsar, Perak. Pada
masa itu ialah musim buah-buahan.
Semasa dalam perjalanan ke rumah datuknya, Rahimah
terlihat banyak pokok rambutan, manggis, durian, duku
dan langsat di sepanjang jalan.
Dia sangat gembira apabila sampai ke rumah datuknya.
Datuk Rahimah membawa mereka ke dusun. Di dusun
itu, mereka makan buah dengan sepuas-puasnya.

Ujian Kefahaman 1
1.Ke manakah Rahimah pergi pada minggu lepas?
2.Apakah yang dilihat oleh Rahimah semasa dalam
perjalanannya?
3.Apakah perasaan Rahimah?

Air sangat berguna kepada manusia, haiwan dan


tumbuh-tumbuhan. Air yang bersih berguna untuk
diminum, membasuh, memasak dan mandi.
Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan mati
kehausan jika tiada air. Air dapat menghidupkan tumbuhtumbuhan yang menghasilkan makanan.
Air juga digunakan dalam bidang pertanian dan
pengangkutan. Kenderaan memerlukan air untuk
berfungsi dengan lebih baik.

Ujian Kefahaman 2
1.Kepada siapakah air sangat berguna?
2.Apakah yang akan terjadi jika manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbihan tiada air?
3.Mengapakah kenderaan memerlukan air?

Sekolah Budin telah mengadakan lawatan ke Melaka.


Mereka pergi dengan menaiki bas. Cikgu Kim Seng telah
mengetuai lawatan tersebut. Seramai enam puluh enam
orang pelajar bersama tujuh orang guru menyertainya.
Tempat-tempat menarik yang telah dilawati ialah A
Famosa di Bandar Hilir, Perigi Hang Tuah, Makam Hang
Jebat, Mini Malaysia, Zoo Air Keroh dan Muzium Melaka.
Mereka sampai semula di sekolah pada pukul 10.00
malam setelah puas melawat tempat-tempat bersejarah
di Melaka.

Ujian Kefahaman 3
1.Ke manakah sekolah Budin mengadakan lawatan?
2.Berapakah bilangan guru yang menyertai lawatan itu?
3.Bilakah mereka tiba di sekolah semula?

Anda mungkin juga menyukai