Anda di halaman 1dari 25

Isi Kandungan:

Bil
1

Tema
Sahabat Akrab
Contoh karangan: Jiran Saya
Latihan Penulisan: Jiran Baharu Saya
Contoh karangan:Kebakaran
Latihan Penulisan: Rumah Terbakar
Contoh karangan:Sukan Tahunan Sekolah
Latihan Penulisan: Temasya Sukan Tahunan
Sekolah Gemilang
Contoh Karangan: Melawat Taman Negara Kinabalu
Latihan Penulisan: Melawat Ke Taman Rama-Rama
Contoh Karangan: Membantu Kawan Yang Dalam Kesusahan

Muka
Surat
1
2
3
4
7

Latihan Penulisan: Membantu Jiran Yang Dalam Kesusahan


3

4
5
6
7

Bumi Bertuah
Contoh karangan: Kampung Saya
Latihan Penulisan: Rumah Saya
Contoh karangan: Cara-Cara Menjaga Kebersihan Sekolah
Latihan Penulisan: Pentingnya Menjaga Kebersihan Kawasan
Sekolah
Contoh Karangan: Pentingnya Air
Latihan Penulisan: Kepentingan Sungai
Menuju Ke Puncak Jaya
Contoh karangan: Seorang Murid Yang Cemerlang
Latihan Penulisan: Seorang Ahli Sukan Yang Berjaya
Tekstil Kebanggaan Kita
Contoh karangan: Lawatan Ke Kilang Minuman
Latihan Penulisan: Lawatan Ke Kilang Songket Warisan
Seni Mempertahankan Diri
Contoh karangan:
Latihan Penulisan:
Cintailah Alam Kita
Contoh karangan: Kepentingan Sungai
Latihan Penulisan: Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Contoh karangan: Punca- punca Pencemaran Sungai
Latihan Penulisan: Punca- punca Pencemaran Udara
Hargailah Kesihatan
Contoh karangan: Cara- cara Menjaga Kesihatan Diri
Latihan Penulisan: Kepentingan Menjaga Kesihatan

5
6
8
9
10
11
12
13
14

10
11
12
13
14
16

Contoh karangan: Faedah- faedah Bersenam


Latihan Penulisan: Sukan dan Faedahnya
Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
Contoh karangan: Kebaikan Makan Sayur- sayuran
Latihan Penulisan: Makanan Berkhasiat Menjaga Kesihatan Kita
Contoh karangan: Buah- buahan Tempatan
Latihan Penulisan: Kebaikan Makan Buah- buahan
Wira Negara
Contoh karangan: Jaguh Olahraga yang Saya Sanjungi
Latihan Penulisan: Pemimpin yang Paling Saya Sanjungi
Nikmati Kemerdekaan
Contoh karangan: Sambutan Hari Kebangsaan
Latihan Penulisan: Pengalaman Menyambut Hari Kemerdekaan
Dunia Maya
Contoh karangan: Penggunaan Komputer dan Kepentingannya
Latihan Penulisan: Dunia Maya
Alam Semesta
Contoh karangan: Kepentingan Matahari
Latihan Penulisan: Kepentingan Air
Latihan Bahagian A
Latihan Bahagian B

15
16
17
18
19
20
21

1
Tema: Sahabat Akrab
Model Karangan 1: Jiran Saya
Jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan rumah. Jiran saya
terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India. Saya akan menceritakan salah seorang
daripada jiran saya.
Salah seorang jiran saya ialah Encik Chang Tsang Te. Isterinya bernama Puan Lim
Chung Yang. Mereka mempunyai tiga orang anak.
Encik Chang sekeluarga mengambil berat terhadap jiran mereka. Mereka
selalu bertanya khabar kepada kami sekeluarga. Kami menganggap mereka seperti
saudara sendiri.
Apabila Encik Chang pulang dari makan angin, beliau tidak lupa memberi buah
tangan kepada kami. Kami berasa terharu terhadap kebaikannya.
Nicole ialah anak sulung Encik Chang. Dia sebaya dengan saya. Saya selalu
beromong kosong dengan Nicole.
Kami suka hati kerana mempunyai jiran yang baik. Kami berharap hubungan
baik ini akan berkekalan. Mudah-mudahan sifat Encik Chang dicontohi oleh jiran
yang lain.

Glosari
1. berdekatan-

5. buah tangan-

2. mempunyai-

6. sebaya-

3. mengambil berat-
4. makan angin-

7. berkekalan-
8. dicontohi-

Latihan1: Jiran Baharu Saya

Permulaan: nama jiran saya Encik Wong


Isi 1: baru berpindah; dua bulan yang lepas
Isi 2: Encik Wong seorang doktor; Puan Wong seorang jururawat
Isi 3: Encik Wong ada tiga orang anak
Isi 4: anak-anak Encik Wong selalu belajar dan bermain bersama
Penutup: saya bernasib baik mempunyai jiran yang baik

2
Tema: Sahabat Akrab
Model Karangan 2:
Kebakaran
Pada suatu hari, semasa saya pulang dari sekolah, saya ternampak asap berkepul-kepul
keluar dari dapur jiran saya. Tanpa berlengah-lengah, saya segera berlari ke pondok telefon untuk
menghubungi pihak bomba.
Tolong! Tolong! Kebakaran! saya menjerit meminta tolong. Api di rumah itu telah merebak
dengan cepat kerana angin bertiup dengan kencang.
Penghuni-penghuni kampung bergegas datang untuk memberi bantuan. Mereka
mengeluarkan barangan dan dokumen yang penting daripada dijilat api. Mereka memindahkan
barang-barang tersebut ke tempat yang selamat.
Lima minit kemudian, kereta bomba dan kereta polis pun tiba. Ahli bomba bertindak dengan
cepat dan berusaha menghalang api merebak ke rumah-rumah yang lain. Polis pula bertugas
mengawal keadaan lalu lintas dan orang ramai daripada memasuki tempat kejadian.
Api di rumah Puan Lim berjaya dipadamkan dan kebanyakan harta benda musnah dijilat
api. Syukur tiada nyawa yang terkorban.

Glosari
1. berkepul-kepul-
2. dijilat api-
3. harta benda-
4. musnah-
5. syukur
Latihan2: Rumah terbakar

Permulaan: petang semalam- sibuk membuat kerja rumah


Isi 1: terdengar orang menjerit, Tolong, Tolong! Api, Api!
Isi 2: membuka tingkap- rumah Pak Abu terbakar asap keluar dari rumahnya
Isi 3: beritahu ayah- ke tempat kejadian- ayah dan jiran membantu
Isi 4: berjaya dipadamkan- harta benda- musnah dijilat api
Penutup: Pak Abu terima kasih

3
Tema: Sahabat Akrab
Model Karangan 3: Sukan Tahunan Sekolah
Sekolah saya akan menyambut sukan tahunan pada bulan April yang akan datang. Banyak
persediaan yang dilakukan sebelum sukan tahunan itu diadakan.
Rumah sukan yang akan bertanding dalam sukan tahunan itu ialah Rumah Merah, Rumah
Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Semua ketua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat
bersama-sama guru-guru dan ahli-ahli rumah sukan untuk merancang latihan yang perlu
dijalankan.
Setiap murid dalam rumah masing-masing akan menyertai rumah masing-masing. Mereka
berlatih dalam pelbagai acara seperti acara larian 100 meter, 4x100 meter, lompat jauh, lompat
tinggi, lontar peluru, dan lain-lain lagi.
Sebelum sukan tahunan diadakan, pihak jawatankuasa sukan tahunan akan membuat
persediaan untuk menghias kawasan padang. Khemah-khemah didirikan dan kawasan padang
dihias dengan bendera rumah dan bendera sekolah.
Pihak sekolah juga mengadakan raptai untuk sambutan sukan tersebut supaya sukan
tahunan tersebut berjalan dengan lancar. Saya berharap sukan tahuanan tersebut dapat
berlangsung dalam suasana yang meriah.

Glosari
1. persediaan-
2. berlangsung-
Latihan3: Temasya Sukan Tahunan
Permulaan: mengadakan temasya Sukan Tahunan yang Ke-5.
Isi1: diadakan di padang-Pengerusi PIBG- merasmikan temasya sukan ini
Isi 2: pertunjukkan tarian dan nyanyian
Isi 3: acara sukan bermula pada pukul 9.30 pagi
Isi 4: beberapa rekod baru dicipta
Penutup: tamat -12.00 tengah hari johan keseluruhan- olahragawan dan olahragawati

4
Tema: Sekolah Gemilang
Model Karangan 4: Melawat Taman Negara Kinabalu
Pada hari Sabtu yang lalu, saya menyertai rombongan sekolah melawat ke Taman Negara
Kinabalu. Rombongan kami terdiri daripada 25 orang murid. Kami diawasi oleh tiga orang guru.
Rombongan kami tiba di taman tersebut pada pukul 9.30 pagi. Saya terpegun melihat
suasana di situ. Kedatangan kami dusambut oleh kicauan merdu burung-burung.
Suasana di sekitar taman ini sungguh nyaman. Terdapat bunga-bungaan dan tumbuhtumbuhan yang beraneka jenis. Di taman ini juga terdapat rumah penginapan dan gerai makanan.
Dari jauh kelihatan gunung kebanggaan kita Gunung Kinabalu. Saya dan kawan-kawan menikmati
keindahan taman ini sepenuhnya. Kami tidak lupa bergambar.
Setelah menghabiskan masa selama lebih kurang enam jam di taman ini, kami pun pulang.

Glosari
1. menyertai-

5. nyaman-

2. rombongan-

6. kelihatan-

3. diawasi-
4. sekitar-
Latihan4: Melawat Ke Taman Rama-Rama
Permulaan: minggu lalu- ke taman rama-rama
Isi 1: kagum- banyak rama-rama- pelbagai warna dan saiz
Isi 2: melihat kitaran hidup rama-rama- serangga lain mengambil qambar
Isi 3: membeli cenderamata- menambah pengetahuan
Penutup: pukul 12.00 tengah hari- pulang - gembira

5
Tema: Bumi Bertuah
Model Karangan 5: Kampung Saya
Saya tinggal di sebuah kampung nelayan. Nama kampung
saya ialah Kampung Suli.
Kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai nelayan.
Mereka rajin berusaha. Ada penduduk yang berniaga dan ada juga
yang makan gaji. Penduduk kampung selalu tolong-menolong di
antara satu sama lain. Kami hidup aman dan damai.
Di kampung saya ada sebuah sekolah rendah. Pada waktu
petang, kanak-kanak suka bermain di padang sekolah. Kampung
saya ada sebuah klinik kerajaan. Penduduk kampung yang sakit
akan pergi ke klinik kerajaan itu.
Saya suka tinggal di kampung saya. Di sini, udara bersih dan
segar.
Glosari
1. makan gaji-
2. klinik kerajaan-
3. segar-
Latihan5: Rumah saya
Permulaan: rumah- terletak
Isi 1: rumah- tiga buah bilik tidur- ruang tamu cantik- bersih
Isi 2: hadapan rumah- pokok bunga
Isi 3: hari minggu- bergotong-royong bersih rumah
Penutup: gembira- rumah bersih dan cantik

5
Tema: Bumi Bertuah
Model Karangan 6: Cara-cara Menjaga Kebersihan Sekolah
Ada berbagai-bagai cara untuk menjaga kebersihan sekolah. Satu daripadanya adalah
dengan menyediakan bakul-bakul sampah.
Pihak sekolah juga patut mengadakan peraturan dan undang-undang. Pengawasan ketat
terhadap murid-murid yang membuang sampah juga perlu. Penggunaan tandas yang betul
hendaklah ditekankan kepada murid-murid. Guru-guru hendaklah menerangkan cara-cara
menggunakan tandas dengan sempurna kepada murid-murid. Dengan itu, kebersihan tandas akan
terjamin.
Poster-poster juga menekankan pentingnya menjaga kebersihan hendaklah ditampal di
kawasan sekolah. Langkah ini akan menimbulkan kesedran dalam kalangan murid tentang
perlunya menjaga kebersihan.
Apabila sekolah bersih, kesihatan murid akan terjamin. Kebersihan juga dapat mewujudkan
suasana belajar yang selesa.

Glosari
1. ketat-

4. ditampal-

2. membuang-

5. bersih-

3. betul-
Latihan 6: Pentingnya Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah
Permulaan: sekolah- tempat kedua yang paling kerap kita kunjungi- kebersihan penting dijaga
Isi 1: belajar dengan tenang- menumpukan perhatian
Isi 2: indah- pokok bunga dijaga baik- berasa tenang
Isi 3: tidak menjadi tempat pembiakan haiwan perosak- terhindar daripada penyakit
Isi 4: nama sekolah- sebutan sekolah lain- menjadi harum
Penutup: warga sekolah- bergembleng tenaga- menjaga kebersihan

Tema: Sekolah Gemilang


Model Karangan 7: Membantu Kawan yang Sakit
Pada suatu hari, kawan saya, Mun Chin telah mengadu kepada saya. Dia memberitahu
saya bahawa dia mengalami sakit perut.
Saya bertanya kepadanya untuk mengetahui punca dia mendapat sakit perut. Mun Chin
memberitahu dia telah termakan nasi lemak yang sudah basi.
Tanpa berlengah-lengah lagi saya mengeluarkan ubat sapu yang dibawa. Ubat itu
merupakan minyak angin. Saya menyuruh Mun Chin menyapu ubat itu pada perutnya yang sakit
itu.
Kemudian, saya telah membawa Mun Chin berjumpa dengan guru kelas. Guru kelas kami
telah membawanya ke hospital. Di hospital, Mun Chin telah diberi rawatan oleh doktor.
Tidak lama kemudian, Mun Chin pulang ke sekolah semula. Dia mengucapkan terima kasih
kepada saya kerana menolongnya.
Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menolong Mun Chin. Saya berharap dia tidak
akan mendapat sakit perut lagi.

Latihan 7: Membantu Jiran yang dalam kesusahan


Permulaan: pelajar budiman, simpati akan jirannya
Isi 1: melaporkan nasib malang jiran kepada Ketua Kampung
Isi 2: meminta bantuan daripada jiran-jiran
Isi 3: Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu
Isi 4: Ketua Kampung ucap terima kasih
Penutup: bangga kerana berjaya

7
Tema: Bumi Bertuah
Model Karangan 8: Pentingnya Air
Air ialah bahan asas yang diperlukan oleh setiap makluk di dunia ini. Tanpa air, segala yang
bernyawa akan mati.
Manusia memerlukan air untuk mandi, mencuci pinggang mangkuk, minuman dan
sebagainya. Manakala tumbuh-tumbuhan memrlukan air untuk membuat makanan. Air diperlukan
untuk menjaga kuasa hidroelektrik.
Kita yang hidup pada zaman moden ini beruntung dengan adanya kemudahan air di bandar
dan di luar bandar. Pada zaman dahulu, penduduk luar bandar terpaksa bergantung kepada hujan,
sungai, dan laut yang berhampiran.
Air sungguh penting dalam hidup kita. Oleh itu, jangan membazirkan air.

Glosari
1. bahan-

5. zaman-

2. bernyawa- /

6. membazirkan-

3. memerlukan-
4. manakala-
Latihan 8: Kepentingan Sungai
Permulaan: sungai bekalan- menjalankan pelbagai kegiatan
Isi 1: sumber bekalan air- menjalankan pelbagai kegiatan
Isi 2: sumber makanan- hidupan akuatik- membekalkan protein
Isi 3: sumber rezeki nelayan- menangkap hidupan air
Isi 4: medium perhubungan dan pengangkutan- menjimatkan kos dan tenaga
Penutup: banyak kegunaan- menjaga kebersihan sungai- terpelihara daripad pencemaran

Tema: Menuju Ke Puncak Jaya


(1) Seorang Murid Yang Cemerlang
Rangka:
Pendahuluan
Wong Lai Yin- murid harapan- 7A dalam peperiksaan percubaan UPSR
Isi- isi
anak sulung- bapanya jurutera- ibunya guru tadika
berhemah tinggi dan menghormati orang lain- pengawas sekolah yang disegani
aktif dalam sukan
Penutup
bercita- cita- angkasawan- wanita pertama negara- belajar bersungguh- sungguh
(1)Seorang Murid Yang Cemerlang
Wong Lai Yin merupakan murid cemerlang di sekolah saya. Dia merupakan murid harapan
sekolah saya. Dia telah berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan percubaan UPSR baru- baru ini.
Wong Lai Yin anak sulung daripada lima orang adik- beradik. Dia dilahirkan di Kuala Lumpur.
Bapanya jurutera manakala ibunya pula seorang guru tadika di sebuah tadika yang diusahakan oleh
ibunya.
Wong Lai Yin seorang murid yang berhemah tinggi dan menghormati orang lain. Dia juga
seorang pengawas sekolah yang disegani kerana menjalankan tugasnya dengan amanah dan dedikasi.
Selain itu, Wong Lai Yin juga aktif dalam sukan bola jaring dan mewakili sekolah pada peringkat
daerah dalam sukan tersebut. Dia juga menjuarai acara lompat jauh pada peringkat negeri.
Wong Lai Yin bercita- cita untuk menjadi angkasawan wanita pertama negara. Oleh itu, dia
belajar bersungguh- sungguh untuk memastikan impianya tercapai.

(2)Seorang Ahli Sukan Yang Berjaya


Arahan: Tulis sebuah karangan tentang seoarang ahli sukan berjaya yang terkenal
Rangka:
Pendahuluan
Datuk Lee Chong Wei- pemain badminton tersohor
Isi- isi
dilahirkan pada Oktober 1982 di Georgetown
bermain badminton seawall usia 11 tahun- menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun
menjuarai kejohanan- peringkat kebangsaan dan antarabangsa
dikurniakan pangkat- gelaran Datuk wira kebangsaan
Penutup

mengharumkan nama negara- dijadikan inspira

9
Tema: Tekstil Kebanggaan Kita
(1)Lawatan Ke Kilang Minuman
Rangka:
Pendahuluan
tajuk laporan
tarikh- lawatan ke kilang minuman
20 peserta dan 3 guru pengiring
Isi- isi
tujuan lawatan mendedahkan murid- murid tentang pemprosesan air minuman
berkarbonat- menambah ilmu pengetahuan
bertolak dari sekolah- menaiki bas disambut oleh penyelia kilang- menyampaikan taklimat
ringkas
melawat beberapa bahagian memproses minuman- dilakukan oleh mesin- mesin
berteknologi tinggi- mengemukakan soalan- malumat diperolehi melalui pertanyaan
memberi setin minuman- cenderahati- ketua guru pengiring- memberi cenderamata
penyelia kilang- tanda penghargaan
Penutup
bertolak pulang-berasa gembira- menimba pengetahuan
(1)Laporan Lawatan Ke Kilang Minuman
Pada 16 November 2012, Persatuan Bahasa Melayu SJK Chung Hua Batu 32 telah
mengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Kuching. Seramai 20 orang peserta dan 3 orang
guru pengiring menyertai lawatan tersebut.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang pemprosesan air minuman
berkarbonat. dan menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas sekolah. Apabila tiba di
sana, kami disambut oleh penyelia kilang tersebut. Selepas itu, penyelia kilang menyampaikan
taklimat ringkas tentang kilang tersebut .
Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kerja
memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi. Kami turut diberi peluang
untuk mengemukan soalan tentang proses membuat minuman berkarbonat. Pelbagai maklumat
diperolehi melalui pertanyaan para peserta.
Selepas itu, penyelia kilang tersebut memberi setin minuman bagi setiap peserta sebagai
cenderahati. Ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain juga telah memberi cenderamata kepada
penyelia kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami melawat kilang itu.
Kira-kira pukul 2.00 petang, kami pun bertolak pulang. Kami berasa gembira kerana dapat
menimba pengetahuan baru.

Laporan disediakan oleh:

19 November 2012

-----------------------------(Liu Shiau Ni)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
SJK Chung Hua Batu 32.
10
(2)Lawatan Ke Kilang Songket Warisan
Arahan: Persatuan Seni dan Budaya sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Kilang
Songket Warisan. Sebagai setiausaha persatuan tersebut, kamu dikehendaki menulis laporan
tentang lawatan itu.
Rangka:
Pendahuluan
tajuk laporan- tarikh
lawatan- bilangan peserta
Isi- isi
diingatkan mendengar taklimat- memerhatikan proses pembuatan- dicatatkan
disambut- pengawai kilang- memberikan penerangan
pelbagai barangan lain berasaskan songket- turut dihasilkan
jamuan ringan- cenderamata- tersenyum gembira
Penutup
pengalaman berharga- bertekad- terus menganjurkan aktiviti bermanfaat-

11
Tema: Cintailah Alam Sekitar
(1)Kepentingan Sungai
Rangka:
Pendahuluan
sungai memainkan peranan penting
dipelihara demi kesinambungan kehidupan
Isi- isi
sumber bekalan air- sektor pertanian
membekalkan air- kawasan pertanian-pembinaan empangan dan saliran-kawasan penanaman
padi
sumber rezeki- penduduk di kawasan pedalaman- bekerja sebagai nelayan- hasil tangkapandijual- memperolehi pendapatan
menjana kuasa hidroelektrik- membekalkan sumber tenaga- Empangan Batang Ai di Sarawak
Penutup
wajar memelihara sungai- kebaikan manusia- kesinambungan kehidupan di muka bumi
(1)Kepentingan Sungai
Sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sungai sentiasa
dipelihara demi kesinambungan kehidupan.
Sungai amat penting sebagai sumber bekalan air bagi sektor pertanian.Sungai membekalkan
air kepada kawasan pertanian melalui pembinaan empangan dan saliran contohnya di kawasan
penanaman padi.
Sungai turut menjadi sumber rezeki kepada penduduk di kawasan pedalaman. Hal ini
kerana penduduk di kawasan pedalaman kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Hasil tangkapan
mereka akan dijual di pasar untuk memperolehi pendapatan.
Selain itu, sungai juga digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik bagi membekalkan
sumber tenaga kepada rakyat contohnya Empangan Batang Ai di Sarawak.
Oleh itu, adalah wajar untuk memelihara sungai demi kebaikan manusia dan kesinambungan
kehidupan di muka bumi ini.
(2) Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk: Kepentingan Menjaga Alam Sekitar.
Rangka:

Pendahuluan
alam sekitar- segala yang ada si sekeliling kehidupan kita
Isi- isi
memperoleh pelbagai benda- meneruskan kehidupan dengan sempurna
penerokaan hutan- menjejaskan keseimbangan ekosistem
alam sekitar bersih- menjamin kesihatan
generasi akan datang berpeluang menikmati segala anugerah Tuhan
Penutup
perlu menjaga khazanah ini- kebaikan diri kita- generasi akan datang
12
Tema: Cintailah Alam Sekitar
(1)Punca- punca Pencemaran Sungai
Rangka:
Pendahuluan
sungai- penting bagi manusia- pencemaran sungai- semakin serius- perbuatan manusia
Isi- isi
punca pencemaran sungai- pembuangan sampah sarap- memyebabkan sungai- jernihmenjadi kehitam- hitaman
pembuangan sisa dari kilang- kilang- pencemaran sungai- mengalirkan sisa- sisa- sungaicara mudah- melupuskan sisa- sisa- menjejaskan kehidupan akuatik
Penutup
usaha- usaha- diambil- menangani masalah pencemaran sungai
(1)Punca- punca Pencemaran Sungai
Sungai amat penting bagi manusia. Namun pecemaran sungai menjadi semakin serius akibat
daripada perbuatan manusia.
Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah
sarap dan sisa buangan yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai yang jernih menjadi
kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan.
Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran
sungai. Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai akan mengalirkan sisa-sisa dari kilang mereka ke
dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa- sisa tersebut. Kesannya, sungai akan
dicemari dengan sisa-sisa toksik akan menjejaskan kehidupan akuatik dalam sungai.
Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran sungai

(1)Punca- punca Pencemaran Udara


Arahan: Tulis sebuah karangan tentang punca- punca pencemaran udara.
Rangka:
Pendahuluan

pencemaran menyebabkan jerebu menjejaskan aktiviti seharian manusia- pelbagai puncaberlaku pencemaran

Isi- isi
pengeluaran asap dari kilang- kilang industri- mengandungi sulfur dioksida- hidrokarbonmencemarkan udara
memiliki kenderaandean sendiri- banyak pengangkutan- meningkatkan kadar pencemarankenderaan mengeluarkan asap- mengandungi karbon monoksida
Penutup
tindakan perlu diambil - masalah pencemaran udara- dikurangkan

13
Tema: Hargailah Kesihatan
(1)Cara- cara Menjaga Kesihatan Diri
Rangka:
Pendahuluan
penjagaan kesihatan- penting
mengamalkan pemakanan yang seimbang- bersenam
Isi- isi
mengamalkan pemakanan yang seimbang- mendapatkan zat yang penting untuk tubuh badan
kita- kuantiti makanan- tidak berlebihan- boleh menyebabkan obesiti
melakukan senaman- bersenam- mengeluarkan peluh- bahan- bahan kumuh- disingkir dari
badan- senaman dilakukan pada waktu pagi atau petang- menghindari kita daripada penyakit
Penutup
pemakanan yang seimbang- besenam amat penting- kesihatan diri
(1)Cara- cara menjaga Kesihatan Diri
Penjagaan kesihatan diri amat penting kepada kita. Terdapat pelbagai jenis cara untuk
menjaga kesihatan diri kita.
Antaranya ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mendapatkan zat yang
penting untuk tubuh badan kita. Seterusnya, kita juga perlu memastikan kuantiti makanan yang kita
ambil supaya tidak berlebihan. Hal ini kerana, pengambilan makanan yang berlebihan boleh
menyebabkan obesiti.
Seterusnya,kita juga dapat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan diri. Bersenam
dapat mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung bahan- bahan kumuh dapat disingkir dari badan
kita dan menghindari kita daripada penyakit.
Kesimpulannya, pemakanan yang seimbang dan bersenam amat penting untuk kesihatan
diri kita.
(2) Kepentingan Menjaga Kesihatan
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Menjaga Kesihatan.
Rangka:
Pendahuluan

Kesihatan penting- menjamin kehidupan yang sejahtera dan bahagia


Isi- isi
badan yang sihat,otak akan cerdas- murid- murid- mencetuskan idea- pembelajaran mereka
melakukan aktiviti seharian tanpa halangan- tiada gangguan penyakit- hidup lebih ceriaberfikiran positif
mencegah lebih baik daripada mengubati- pelbagai ubat dan rawatan- diperlukan- sihat
semula- melibatkan wang ringgit yang banyak
Penutup
Kesihatan yang baik- amat penting- menjamin kehidupan yang sejahtera
14
Tema: Hargailah Kesihatan
(1)Faedah- faedah Bersenam
Rangka:
Pendahuluan
bersenam - banyak faedah
Isi- isi
menambahkan kecergasan badan
mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit
badan yang sihat belajar dengan tenang dan selesa
mengurangkan keresahan dan tekanan
melegakan minda dan meningkatkan keyakinan diri
Penutup
selalu bersenam kerana memberi banyak faedah dari pelbagai segi
(1)Faedah- faedah Bersenam
Terdapat ramai orang yang suka bersenam pada waktu pagi dan waktu petang. Bersenam
dapat mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah bersenam ialah dapat menambah kecergasan badan. Dengan itu, apabila
melakukan aktiviti yang lasak kita tidak mudah cedera. Selain itu kita juga dapat mengurangkan
risiko pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, dan tekanan darah tinggi.
Apabila badan sihat, sudah tentu kita dapat belajar dengan tenang dan selesa.
Bersenam juga dapat mengurangkan kereshan dan tekanan yang dihadapai. Selepas
bersenam, ia akan melegakan minda kita dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.
Oleh itu, kita perlu selalu bersenam kerana Badan sihat Otak Cerdas.
(2)Sukan dan Faedahnya
Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk Sukan dan Faedahnya.
Rangka:
Pendahuluan
Sukan- aktiviti luar- melibatkan pergerakan badan- membantu pengaliran darah- seluruh
badan
Isi- isi

senaman- badan berpeluh- badan menjadi lebih sihat- otak menjadi lebih cergas
memupuk semngat berpasukan- sikap bertolak ansur- berdisiplin dapat dilahirkan melalui
kegiatan sukan
mengenal ramai kawan- bercampur gaul dengan rakan- rakan daripada bangsa yang lainbangsa Melayu, bangsa India, bangsa Cina- mengeratkan perpaduan-kaum di selutuh
Malaysia
Penutup
banyak faedah bersukan- menyertainya- mental- fizikal- sentiasa dalam keadaan yang sihat

15
Tema: Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
(1)Kebaikan Makan Sayur- sayuran
Rangka:
Pendahuluan
mudah ditanam, jenis sayur- sayuran
Isi- isi
membekalkan zat makanan dan vitamin
kulit,gusi dan gigi menjadi sihat
serat membantu menghadam makanan, menghindarkan toksik
Penutup
membantu meningkatkan ekonomi negara
(1)Kebaikan Makan Sayur- sayuran
Sayur-sayuran mudah ditanam kerana tanah yang terdapat di negara kita sangat subur. Sayursayuran banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.
Sayur- sayuran membekalkan zat- zat makanan serta vitamin yang diperlukan oleh badan
kita. Otak kita akan menjadi cerdas apabila makan sayur- sayuran.
Kulit, gusi dan gigi kita menjadi lebuh sihat dengan makan sayur- sayuran hijau. Vitamin C
yang terkandung dalam sayur- sayuran hijau menjadikan kulit kita sentiasa segar dan gigi kita kuat.
Gusi kita tidak akan berlaku pendarahan.
Sayur- sayuran mengandungi serat yang boleh menghadamkan makanan di dalam badan kita.
Selain itu, serat turut dapat menghindarkan toksik yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit
dalam tubuh badan kita.
Oleh itu, dengan makan sayur- sayuran bukan sahaja kita akan sihat malah kita dapat
meningkatkan ekonomi negara.

(2)Makanan Berkhasiat Menjaga Kesihatan Kita


Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk Makanan Berkhasiat Menjaga Kesihatan Kita.
Rangka:

Pendahuluan
makanan berkhasiat- bermanfaat kepada kesihatan
Isi- isi
makanan seimbang- mempunyai zat yang diperlukan
karbohidrat- membantu memperoleh tenaga- tanpa karbohidrat- lemah- tidak bermaya
protein- pertumbuhan badan- membaiki tisu badan- terbantut
buah- buahan- sayur- sayuran- mencegah penyakit
Penutup
amalan pemakanan betul- kesihatan baik

16
Tema: Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
(1)Buah- buahan Tempatan
Rangka:
Pendahuluan
Malaysia- terdapat pelbagai jenis buah- buahan
Biasa ditanam di kampong atau di dusun
Isi- isi
dibahagi kepada dua jenis- buah- buahan bermusim dan buah- buahan tidak bermusim
jenis buah- buahan mengikut musim
jenis buah- buahan yang berbuah sepanjang tahun
sangat berkhasiat- tidak mahal- rasa sungguh enak
Penutup
makan buah- buahan tempat yang berkhasiat- badan sihat
(1)Buah- buahan Tempatan
Di negara kita, Malaysia terdapat pelbagai jenis buah- buahan. Buah- buahan tersebut
biasanya ditanam di kampung atau di dusun. Buah- buahan yang dihasilkan di Malaysia dipanggil
buah- buahan tempatan.
Buah- buahan tempatan dibahagikan kepada buah- buahan bermusim dan buah- buahan tidak
bermusim. Buah buahan bermusim ialah buah- buahan yang berbuah mengikut musim iaitu durian,
manggis, rambutan, langsat, dan sebagainya. Buah- buahan tidak bermusim pula ialah buah- buahan
yang berbuah sepanjang tahun. Buah- buahan tersebut ilah pisang, tembikai,betik,nangka, dan
sebagainya.
Buah- buahan tempatan sangat berkhasiat, harganya juga tidak mahal. Buah- buahan
tempatan rasanya juga enak.
Banyak makan buah- buahan yang berkhasiat juga menjadikan badan kita sihat.

(2)Kebaikan Makan Buah- buahan


Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk Kebaikan Makan Buah- buahan.

Rangka:
Pendahuluan
buah- buhan mudah didapati- buah- buahan
pencuci mulut selepas makan
Isi-isi
kandungan serat dalam buah berperanan sebagai pelincir- memudahkan proses perkumuhan
menyihatkan dan mampu menjadi agen menghalang dan melawan penyakit
membekalkan vitamin dan garam galian kepada badan- tidak memerlukan pil tambahan
untuk memperoleh vitamin dan garam galian
Penutup
Oleh kerana banyak manfaat dengan makan buah- buahan, ia amat penting dalam pemakanan
seharian masyarakat kini.
17

Tema: Wira Negara


(1)Jaguh Olahraga yang Saya Sanjungi
Rangka:
Pendahuluan
mempunyai jaguh olahraga yang disanjungi
Isi- isi
biodata
merupakan olahragawati negara pada tahun 1965 dan 1966
kejayaan yang dicapai
Penutup
kagum dengan kegigihan beliau

(1)Jaguh Olahraga yang Saya Sanjungi


Setiap orang mempunyai jaguh olahraga yang disanjungi. Saya juga mempunyai jaguh sukan
yang saya sanjungi.
Jaguh sukan yang saya sanjungi ialah Rajamani Malvaganam. Beliau dilahirkan di Tapah,
Perak pada tahun 1943. Beliau merupakan pelari pecut negara kita.
Acara yang disertai oleh Rajamani Malvaganam ialah acara lumba lari dan lumba lari
berganti- ganti. Beliau berjaya merangkul pingat emas dalam dala Sukan Asia 1966. Selain itu,
beliau yang bersemangat waja turut telah mengalahkan olahraga Asia seperti peserta Jepun dan
China. Beliau memenangi anugerah Olahragawati Negara pada tahun 1965 dan 1966.
Saya amat kagum dengan kegigihan Rajamani Malvaganam yang membawa kejayaan kepada
diri beliau. Saya ingin memcontohi sikap beliau untuk mencapai cita- cita saya sendiri.

(2)Pemimpin yang Paling Saya Sanjungi


Arahan:Tulis sebuah karangan tentang pemimpin yang kamu sanjungi.

Rangka
Pendahuluan
mempunyai pemimpin yang disanjungi
Isi- isi
biodata pemimpin
merupakan pemimpin yang berdedikasi
mengambil berat tentang masalah orang kampung
mengambil berat terhadap masa depan belia
prihatin terhadap nasib malang yang menimpa penduduk
Penutup
Amat menghormati dan menyayangi
18
Tema: Nikmati Kemerdekaan
(1)Sambutan Hari Kebangsaan
Rangka:
Pendahuluan
menyambut Hari kebangsaan pada 31 Ogos
bertuah- menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan bersama- sama ahli keluarga
Isi- isi
penonton membanjiri kedua- dua belah dataran
lagu- lagu patriotik dinyanyikan
persembahan mendeklamsikan sajak bertemakan kemerdekaan diadakan
upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang
Perdana Menteri memimpin para hadirin melaungkan perkataan Merdeka
Penutup
Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan tamat- pulang dengan perasaan yang gembira
(1)Sambutan Hari Kebangsaan
Setiap tahun, negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Pada tahun ini,
saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di
Putrajaya bersama- sama dengan ahli keluarga saya.
Pada malam sambutan Hari Kebangsaan, para penonton telah membanjiri kedua- kedua belah
dataran tersebut untuk menyaksikan perarakan tersebut.
Lagu- lagu patriotic dinyanyikan oleh penyanyi- penyanyi terkenal tanah air. Persembahan
mendeklamasi sajak yang bertemakan kemerdekaan turut diadakan.
Kira- kira pada pukul 11.58 malam, upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang diadakan.
Perdana Menteri Malaysia memimpin para hadirin melaungkan perkataan Merdeka! sebanyak tiga
kali berturut- turut.
Apabila aktiviti sambutan Hari Kebangsaan tamat, kami pun pulang dengan perasaan yang
gembira.
(2) Pengalaman Menyambut Hari Kemerdekaan

Arahan: Kamu dan keluarga kamu telah menyambut Hari Kemerdekaandi Dataran Merdeka,
tulis pengalaman kamu semasa menyambut Hari Kemerdekaan.
Rangka:
Pendahuluan
Saya dan keluarga- menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan
Isi- isi
Dimulakan upacara- lintas hormat- tembakan meriam
Perdana menteri memberi ucapan- perarakan kereta berhias
pelbagai acara- memeriahkan suasana- merakamkan video
laungan Merdeka!- berakhirlah sambutan Hari Kemerdekaan
Penutup
bangga- berpeluang menyaksikan sambutan ini
19
Tema: Dunia Maya
(1) Kebaikan Kafe Siber
Rangka:
Pendahuluan
Kafe siber- pusat sumber maklumat
pelbagai kebaikan- diperolehi daripada kafe siber
Isi- isi
mudah memperoleh pelbagai maklumat
memudahkan perhubungan
menyediakan kemudahan teknologi maklumat
Penutup
tidak dapat disangkal bahawa kafe siber mendatangkan pelbagai kebaikan
(1) Kebaikan Kafe Siber
Dewasa ini, terdapat banyak kafe siber.Kafe siber merupakan pusat sumber maklumat yang
amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Terdapat pelbagai kebaikan yang dapat diperoleh
daripada kafe siber.
Dengan menggunakan kafe siber, pengguna dengan mudah memperoleh pelbagai maklumat
seperti mengetahui tempat- tempat yang menarik di sesebuah negeri.
Selain itu, kafe siber juga memudahkan perhubungan. Kafe siber memudahkan kita
berkomunikasi dengan anggota keluarga. Contohnya, kita boleh menggunakan kafe siber untuk
menghantar emel kepada ahli keluarga yang berjauhan dengan kita.
Akhir sekali, kafe siber menyediakan kemudahan teknologi maklumat untuk semua.
Keluarga yang tidak mampu menyediakan computer untuk anak mereka boleh menggunakan kafe
siber.
Dengan itu, tidak dapat disangkal bahawa kafe siber banyak mendatangkan pelbagai
kebaikan.

(2) Penggunaan Komputer dan Kepentingannya

Arahan: Tulis sebuah karangan yang bertajuk Penggunaan Komputer dan Kepentingannya.
Rangka:
Pendahuluan
penggunaan meluas- alat komunikasi penting
Isi- isi
menyimpan data- mudah dan sistematik- menjimatkan kos
alat pembelajaran- menyiapkan tugasan- memperoleh maklumat
merapatkan perhubungan- melalui penghantaran emel
Penutup
banyak manfaat- tidak disalahgunakan- menjejaskan kehidupan
20

Tema: Alam Semester


(1)Kepentingan Matahari
Rangka:
Pendahuluan
memainkan peranan penting dalam kehidupan
sumber tenaga yang utama kepada manusia, tumbuh- tumbuhan dan haiwan
Isi- isi
membolehkan tumbuh- tumbuhan menghasilkan makanan- gas oksigen dalam proses
fotosintesis- gas oksigen- digunakan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas
menghasilkan haba- mengeringkan pakaian
tenaga matahari untuk menghasilkan kuasa elektrik
Penutup
amat berguna bagi kehidupan dan tidak dapat meneruskan hidup tanpa cahaya matahari
(1)Kepentingan Matahari
Matahari memainkan peranan yang penting dalam kehidupan di dunia ini. Matahari
merupakan sumber tenaga yang utama kepada manusia, tumbuh- tumbuhan dan haiwan.
Cahaya yang dikeluarkan oleh matahari banyak kegunaannya. Cahaya matahari
membolehkan tumbuh- tumbuhan menghasilkan makanan melalui fotosintesis. Semasa proses ini,
gas oksigen dibebaskan oleh tumbuh- tumbuhan . Gas ini digunakan oleh manusia dan haiwan untuk
bernafas.
Cahaya matahari yang panas akan menghasilkan haba. Haba digunakan untuk mengeringkan
pakaian. Kita juga menggunakan tenaga matahari untuk menghasilkan kuasa elektrik .
Matahari memang amat berguna bagi kehidupan dan tidak dapat meneruskan hidup tanpa
cahaya matahari.

(2)Kepentingan Air
Arahan: Tulis sebuah karangan tentang kepentingan air bagi kehidupan.

Rangka:
Pendahuluan
bahan asas yang diperlukan bagi setiap hidupan di dunia ini
tanpa air- segala yang bernyawa akan mati
Isi- isi
memerlukan air untuk mandi, mencuci pinggan mangkuk dan sabagai minuman
tumbuh- tumbuhan- hidup dengan subur dan segar
menjana kuasa hidroelektrik
Penutup
air sangat penting- jangan membazir air
21

Aku Sebuah Telefon Bimbit


Saya sebuah telefon bimbit yang berjenama
Nokia. Saya amat berguna kepada manusia.Saya
dilahirkan di sebuah kilang yang terkenal.
Saya diperbuat daripada plastik dan alat-alat
elektronik. Saya mempunyai saiz badan yang kecil.
Setelah badan saya dipasang lengkap, saya
dimasukkan ke dalam kotak.
Kemudian, saya dibawa dengan lori ke sebuah
kedai menjual telefon bimbit. Setiba di kedai, saya
dipamerkan di dalam rak kaca.
Pada suatu petang, datanglah seorang pemuda.
Selepas membelek-belek diri saya, dia berbulat hati
hendak membeli diri saya.
Saya bertugas menghubungi rakan-rakan tuan
saya. Selain itu, tuan saya kerap melayari internet
dengan menggunakan saya untuk mengetahui isu-isu
semasa.
Selepas menggunakan saya, tuan saya akan
mengelap badan saya. Dia sangat menyayangi saya.
Saya berasa sangat suka hati kerana mempunyai
seorang tuan yang baik. Saya akan berkhidmat untuk
tuan saya selagi saya diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai