Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA

PANITIA BAHASA MALAYSIA

KEBIAW

LAPORAN RINGKAS PERTANDINGAN SAHIBA TAHAP 2 2015


Panitia Bahasa Malaysia, Sekolah Kebangsaan Nanga Kebiaw telah mengadakan pertandingan
SAHIBA tahap 2 peringkat sekolah yang berlangsung pada 15 April 2015(Rabu) bertempat di pusat
sumber.
Pertandingan ini disertai oleh murid tahap 2 sahaja( Tahun 4,5 dan 6). Seramai 6 orang peserta
mewakili setiap kelas masing-masing. Penyertaan adalah secara berkumpulan.
Objektif pertandingan ini adalah:
i. Memperkembangkan penguasaan kosa kata bahasa Malaysia kepada murid-murid.
ii. Menggalakkan murid menyebut kosa kata dalam Bahasa Malaysia secara tidak
langsung.
iii. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif.
iv. Menguji kemahiran berfikir aras tinggi.
v. Memupuk nilai-nilai murni seperti bersungguh-sungguh,kerajinan, kejujuran dan
ketekunan yang mendalam.
vi. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
Pertandingan ini telah diadili oleh 2 orang hakim, iaitu Cikgu Naim, dan Cikgu Norman.
Para pemenang diberikan sijil penyertaan serta hadiah berbentuk alat tulis untuk kegunaan murid.
Hadiah diberikan semasa perhimpunan sekolah agar pemenang dapat merasakan mereka dihargai dan
disayangi oleh pihak sekolah.
Panitia Bahasa Malaysia berharap agar murid-murid sekolah dapat menunjukkan komitmen yang
lebih padu dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia pada masa akan datang. Hal yang
demikian agar pemupukan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dapat disemai dalam diri setiap murid.
Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

___________________
(CIK NUR ATIKAH BINTI YAHYA)
Ketua Panitia Bahasa Malaysia,
SK Nanga Kebiaw.

_____________________
(BENGKONG ANAK SELAN)
Guru Besar SK Nanga Kebiaw.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SAHIBA TAHAP 2 2015

Kedudukan
Pertama

Nama Kumpulan/ Nama Peserta


Nama Kumpulan:
Nama Ahli:
1) Agnes
2) Elvina

Kedua

Nama Kumpulan: Pendeta


Nama Ahli:
1) Aisyah
2) Shanneen

Ketiga

Nama Kumpulan:Melati
Nama Ahli:
1) Dania
2) Linda

Anda mungkin juga menyukai