Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PROJEK / AKTIVITI

Nama Pelajar Program dan Ambilan Tarikh Tempat Projek/Aktiviti/Peranan Lain PERCUBAAN UPSR

: NUR ATIKAH BINTI YAHYA : PISMP AMBILAN JANUARI 2013 : 16-17JULAI 2013 : 6 INTELLIGENT : PERANAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAN

Pada 16-17 Julai telah berlangsungnya Peperiksaan Percubaan UPSR dan saya telah diberikan kesempatan bertugas sebagai pengawas peperiksaan bagi pelajar tahun 6 pada tahun 2013. Saya telah ditugaskan pada Selasa, 16 Julai 2013 di kelas 6 Intelligent pada pukul 10.30 hingga 11.30 pagi bagi mata pelajaran Bm Penulisan. Pada Rabu, 17 Julai 2013 di kelas 6 Intelligent pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi bagi mata pelajaran Matematik. Kesempatan yang diberikan kepada saya sebagai pengawas peperiksaan buat kali Pertama memberikan saya banyak pengalaman dan pendapat tentang karenah pelajar pada masa kini. Walaupun 6 Intelligent merupakan kelas yang akhir, tetapi mereka kelihatan seperti tidak berani untuk berbincang bahkan meniru. Pengalaman sebagai pengawas peperiksaan juga amat membantu saya dalam membiasakan diri dalam suasana sekolah yang mempunyai pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan dan penilaian yang perlu saya hadapi ketika menjadi guru pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai