Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja

Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah


Sekolah Kebangsaan Nanga Dap













KANDUNGAN:

PENGENALAN
OBJEKTIF
MATLAMAT
PENGELOLAAN
TEMPAT
TEMPOH
PENYERTAAN
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
PELAKSANAAN AKTIVITI
JAWATANKUASA INDUK
ANGGARAN PERBELANJAAN












1.0 PENGENALAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman.
Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil,
Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal
dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara
persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya,
kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca
dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid.
Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Oleh yang
demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori
Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif
penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya
saing dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.

2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan

2.6 Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan
rangsangan.

3.0 MATLAMAT

Realisasi daripada program ini diharap akan dapat mencungkil potensi murid-
murid dalam pertandingan bercerita. Pertandingan ini juga secara tidak
langsung dapat memupuk minat murid-murid untuk membaca. Selain itu,
pertandingan ini juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah,
menambah kosa kata dan mendorong murid menggunakan istilah-istilah
bahasa yang mempunyai nilai murni dalam kehidupan seharian berdasarkan
bahan bacaan. Selain itu, murid akan dapat menghayati dan memahami isi
kandungan bahan bacaan yang dibaca dan mengaplikasi kemahiran
berbahasa dalam pelbagai situasi.
4.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Nanga Dap. Pertandingan ini dijalankan di peringkat sekolah bagi Tahap Satu
(tahun 1,2,dan 3) dan Tahap Dua (tahun 4,5 dan 6).

5.0 TEMPAT

Pertandingan akan diadakan di pentas utama dataran perhimpunan Sekolah
Kebangsaan Nanga Dap

6.0 TEMPOH

Pertandingan akan diadakan selama satu hari sahaja, 7 Oktober 2014
( selasa)


7.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun
1,2 dan 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di sekolah rendah.
Penyertaan terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Nanga Dap.
8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
8.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahap Satu (Tahun 1,2 dan 3)
dan Tahap Dua (Tahun 4,5 dan 6) sekolah kebangsaan Nanga Dap.
8.2 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut;
Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran
Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain
Cerita-cerita daripada bahan elektronik/internet
Hasil karya sendiri


9.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
9.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Nanga Dap.
9.2 Cerita hendaklah dipilih daripada mana-mana buku cerita yang dibenarkan.
9.3 Borang penyertaan mestilah diisi dengan lengkap.
9.4 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
sejagat dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.
9.5 Setiap peserta diberi masa bercerita selama 5-10 minit.
9.6 Loceng akan dibunyikan pada minit ke10 menandakan masa telah tamat.
9.7 Peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Muhd Nursyukran Fitri Bin Abdullah
En. Satu Anak Anchom
Pengerusi 1 : Mangkau Anak Bangit
Pengerusi 2 : Gabriel Peter
S/U : Mohd Fikri Bin Ahamed
Bendahari : Muhd Kemri Bujang
Ajk : Semua Guru Dan Akp

11.0 KRITERIA PENGHAKIMAN
a) Teknik Persembahan 20 markah
b) Penghayatan Cerita 20 markah
c) Bahasa dan Pertuturan 20 markah
d) Konteks Mata 10 markah
e) Kesesuaian Tema 10 markah
f) Tempoh dan masa 10 markah
g) Kawalan suara 10 markah


11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL ITEM KUANTITI KOS
SEUNIT
JUMLAH
1 Hadiah (alat tulis)
Colour Pencil
Staedtler Luna 12s
Eraser ABC Fancy
(1x48s)

19 kotak

2 kotak

RM 4.80

RM 6.00

RM 91.20

RM 12.00
2 Kertas sijil 53 keping RM 0.65 RM 34.45
3 Cenderahati hakim
Signature Pen Pilot G-
3
6 buah RM 3.50 RM 21.00
4 Drinking Water 500ml 15 kotak RM 15.50 RM 201.50
5 Kertas A4 5 rim RM 12.30 RM 61.50
JUMLAH RM 42.75 RM 421.65




Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
Mohd Fikri b. Ahamed Mangkau a/k Bangit
S/U Panitia Bahasa Melayu PK Kokurikulum
Sk Nanga Dap. Sk Nanga Dap



Disahkan oleh,


..
Muhd Nursyukran Fitri Abdullah
Guru Besar
Sk Nanga Dap

Anda mungkin juga menyukai