Anda di halaman 1dari 2

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama. Dalam bahasa
Melayu baku, kata adjektif dikenali sebagai kata sifat juga.
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu:
a)

b)
c)
d)
e)

Kata adjektif jenis sifatan/keadaan


Kata adjektif jenis warna
Kata adjektif jenis ukuran
Kata adjektif jenis bentuk
Kata adjektif jenis waktu

f) Kata adjektif jenis jarak


g) Kata adjektif jenis cara
h) Kata adjektif jenis perasaan
i) Kata adjektif jenis pancaindera

Perhatikan penerangan di bawah ini.


Jenis Kata
Adjektif

sifatan/keadaan

warna

ukuran

bentuk

waktu

jarak

cara

Penerangan

Contoh

Menerangkan sifat
atau keadaan
sesuatu kata
nama/frasa nama.
Menunjukkan
warna sebagai
unsur keterangan
sesuatu kata
nama/frasa nama.
Menunjukkan
ukuran sebagai
unsur keterangan
kata nama/frasa
nama.
Menerangkan rupa
bentuk
sesuatu
kata
nama/frasa
nama.
Menunjukkan
maksud masa
sebagai unsur
keterangan

baik, berani,
tegas, bodoh,
rajin, cerdik

Menunjukkan
maksud jarak atau
penerang kepada
kata nama/frasa
nama.
Menunjukkan
keadaan atau
ragam sebagai
unsur penerang
kata nama/frasa
nama.

dekat, jauh,
nyaris, rapat,
jarang, hampir

merah, biru,
hijau, putih,
kuning, kelabu

Ayat Contoh

1. Pelajar yang malas itu gagal


dalam ujiannya.
2. Rumah usang itu akan
dirobohkan.
1. Baju merah itu dibelinya di
pasar malam.
2. Langsir biru itu dijahitnya
sendiri.

besar, nipis,
labuh, tebal,
tinggi, renek,
panjang

1. Lelaki kerdil itu berusia empat


puluh tahun.
2. Rumah besar itu tidak
berpenghuni.

bujur, bundar,
leper, bulat,
pipih, lekuk

1. Telur ayam itu kelihatan


bujur.
2. Mata pedang itu lekuk di
bahagian hujungnya.
1. Pada zaman dahulu manusia
membuat pakaian daripada
daun dan kulit-kulit kayu.
2. Datuk sering menceritakan
pengalaman silam beliau
kepada kami.
1. Akmal tinggal tidak jauh dari
sini.
2. Kedudukan rumah di kawasan
setinggan itu agak rapat
antara satu dengan yang lain.
1. Kura-kura itu berjalan lambat.
2. Pantas sekali kuda itu berlari.

lama, lewat,
dahulu, segera,
sebentar, suntuk

cepat, deras,
kerap, cuai,
gopoh, lincah,
kasar

perasaan

pancaindera

Menunjukkan
maksud perasaan
sebagai unsur
keterangan kata
nama/frasa nama.
Menunjukkan
maksud sifat,
keadaan atau rasa
yang dapat
dikesan oleh
pancaindera

rindu, takut,
sayang,
bimbang,
kecewa, jemu,
puas
masin, masam,
busuk, hapak,
manis, harum,
merdu

1. Ibu kucing itu amat sayang


akan anaknya.
2. Kami kecewa dengan
tindakannya itu.
1. Bau ikan itu amat hanyir.
2. Manis sekali buah mangga
yang dibeli oleh ibu itu.

Kesalahan umum penggunaan kata adjektif.


1. Kesalahan menggunakan kata adjektif yang berimbuhan ter sebagai predikat ayat.
Contoh:
1.a) Pedang itu tertajam. (X)
b) Pedang itu paling tajam. ()
2. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan
ter.
Contoh:
1.a) Rumah yang paling terbesar di kampung itu ialah rumah Tok penghulu. (X)
b) Rumah yang terbesar di kampung itu ialah rumah Tok penghulu. ()
3. Kesalahan tidak meletakkan frasa sendi selepas frasa adjektif apabila diperluas.
Contoh:
1.a) Anak kucing itu sayang ibunya. (X)
b) Anak kucing itu sayang akan ibunya. ()

Dalam penulisan dan dalam binaan ayat, kata adjektif boleh disertai kata penguat, sama ada
kata penguat hadapan, kata penguat belakang atau kata penguat bebas.
Contoh:
1. Pelajar yang gemuk sekali itu anak tuan pengetua.
2. Pinggang gadis itu terlalu ramping.

Kata adjektif yang berimbuhan ter tidak boleh menerima kata penguat kerana imbuhan ter
telah sedia membawa maksud darjah tertinggi atau paling.
Contoh:
1.a) Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal sekali di pasaran dunia. (X)
b) Kereta Ferrari ialah kereta yang termahal di pasaran dunia. ()

Anda mungkin juga menyukai