Anda di halaman 1dari 15

KATA ADJEKTIF

Kata yang digunakan untuk


menyatakan keadaan atau sifat
bagi sepatah kata nama atau
sebaris frasa nama. Kata adjektif
yang dikenali juga dengan nama
kata sifat boleh didahului atau
diikuti dengan kata penguat seperti
sangat, amat, sungguh, terlalu,
terlalu, banyak dan sebagainya.
KATA ADJEKTIF

1. Pokok di belakang rumah saya tinggi.

2. Air kopi yang dihidanginya sejuk.

3. Budak yang berusia tiga tahun itu bijak.

4. Malam Jumaat itu sungguh sunyi.

5. Buah limau yang dibeli oleh emak sangat masam.

6. Anak hartawan itu amat angkuh.

7. Suara penyanyi veteran itu masih merdu.

8. Hidupnya bahagia, walaupun hartanya sedikit.


KATA ADJEKTIF

Berdasarkan makna,
kata adjektif dapat
digolongkan pada
9 jenis.

KATA ADJEKTIF SIFAT/KEADAAN KATA ADJEKTIF WARNA

KATA ADJEKTIF UKURAN KATA ADJEKTIF BENTUK

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA KATA ADJEKTIF WAKTU

KATA ADJEKTIF CARA KATA ADJEKTIF PERASAAN

KATA ADJEKTIF JARAK


KATA ADJEKTIF SIFAT/KEADAAN

Membawa pengertian sifatan


atau keadaan sebagai unsur
keterangan

Budak bijak itu menerima hadiah daripada pengetua sekolah.

Orang jahat itu telah diberkas oleh polis semalam.

Tubuh anak gadis Encik Karim sangat kurus.

Kehidupan penyanyi terkenal itu amat sederhana.

Pemuda itu selalu ditegur kerana kelakuannya kasar.


KATA ADJEKTIF WARNA

Membawa
pengertian warna
sebagai unsur
keterangan

Wanita itu memakai selendang sutera biru.

Daun-daun pokok itu hijau dan buahnya lebat.

Bendera kebangsaan negara baru itu merah, biru, kuning


dan putih.
KATA ADJEKTIF UKURAN

Membawa pengertian ukuran


sebagai unsur keterangan

Pembaris panjang itu dipatahkan oleh adik.

Sekolah rendah itu akan ditutup tidak berapa lama lagi.

Dia sudah selesai membaca buku yang tebal itu.


KATA ADJEKTIF BENTUK

Membawa pengertian rupa


bentuk sebagai unsur
keterangan

Lelaki yang berperut buncit itu bapa saudara saya.

Dua garisan yang lurus dan selari tidak mungkin bertemu.

Bola yang dipegangnya lonjong.


KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

Membawa pengertian konsep


rasa, pandang, dengar, bau,
sentuh atau gabungan kelima-
lima indera sebagai penerang
kata nama

Masakan di restoran baru itu sangat lazat.

Dia makan pisang yang kelat itu.

Wajahnya masam ketika saya tiba ke rumahnya.

Suara penyanyi itu lunak dan lantang.


KATA ADJEKTIF WAKTU

Membawa pengertian
konsep masa sebagai
unsur keterangan

Baju yang baharu itu berwarna-warni.

Usah dikenang kisah-kisah silam itu.

Makanan segera biasanya kurang berkhasiat.


KATA ADJEKTIF CARA

Membawa pengertian
keadaan kelakuan atau
ragam sebagai penerang
kata nama

Penyanyi lincah itu akan berlakon filem.

Lelaki gemuk itu gopoh sewaktu bekerja.

Penerangannya tentang pelajaran itu sangat jelas.


KATA ADJEKTIF PERASAAN

Membawa pengertian
konsep perasaan sebagai
penerang kata nama
diikuti oleh kata sendi
nama

Dia amat sayang akan kedua-dua orang tuanya.

Sultan gembira kerana dikurnia seorang putera.

Budak kecil itu rindu akan ibunya yang sudah meninggal dunia.
KATA ADJEKTIF JARAK

Membawa pengertian
konsep ruang antara 2
bentuk atau keadaan
sebagai penerang kata
nama

Dia nyaris dilanggar oleh sebuah teksi.

Peristiwa itu berlaku dekat dengan rumah saya.

Kolam renang itu hampir dengan sekolahnya.


SOALAN
Berikan definisi kata adjektif?
Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata
nama atau frasa nama.
Berikan nama lain bagi kata adjektif?
Kata sifat

Bina ayat berdasarkan 9 golongan kata


adjektif?
Badan Effa sangat kurus.
Bunga Raya itu berwarna merah.
Jazmina sangat tinggi seperti pramugari.
Bola itu besar.
Makanan yang dijual itu sangat enak.
Setiap malam, Fasiha akan bangun bertahajud.
Saya berasa sangat sedih.
Jarak rumah saya dengan Institut Pendidikan
Perempuan Melayu sangat jauh.
Pelari itu berlari dengan pantas.

Anda mungkin juga menyukai