Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA, KL ______________________________________________

KERTAS KERJA PROJEK ALAT BANTU MENGAJAR : FAIL KATA ADJEKTIF


______________________________________
PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP BAHASA MELAYU JANUARI 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KENDALIAN GURU PELATIH : HASANUTHIN BIN MUSTAFA (900223-08-6723) PISMP 8A AMBILAN JANUARI 2010 DENGAN KERJASAMA PIHAK SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SURIA, K.LUMPUR

1.0 Pengenalan.
Internship ialah satu program latihan di lapangan bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam melaksanakan latihan ini, guru pelatih didedahkan secara langsung mengenai tugasan yang berkaitan dengan aktiviti atau projek. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik darjah. Oleh yang demikian, aktiviti membina Fail Kata Adjektif untuk tahap satu bagi keperluan Kurikulum Standart Sekolah Rendah amatlah sesuai dirancang dan dilaksanakan sejajar dengan memperkasakan tatabahasa Bahasa Melayu diperingkatkan sekolah rendah. Penggunaan Fail Kata Adjektif ini sebagai alat bantu mengajar sememangnya amat relevan dan mampu meningkatkan penguasaan tatabahasa secara literal kepada murid-murid tahap satu iaitu tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Penggunaan alat bantu mengajar ini juga mampu menarik minat murid untuk terus menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid akan mudah melihat secara lebih jelas dengan imej dan perkataan yang disusun dengan baik dan memudahkan juga murid berfikir dan meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif. Ini sejajar dengan harapan kementerian yang mahu murid menguasai kemahiran asas KSSR iaitu elemen tatabahasa. Penggunaan Fail Kata Adjektif ini juga mampu memupuk budaya membaca dan dapat memberi manfaat kepada murid-murid tanpa mengira latar belakang masingmasing. Diharap dengan adanya buku besar ini mampu memberi manfaat kepada guruguru dan murid-murid di sekolah ini. Serta diharapkan juga dengan bantuan alat bantu mengajar ini mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkualiti dan pembelajaran murid lebih bermakna.

2.0 Matlamat.
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapat pertimbangan dan sokongan pihak sekolah dengan tujuan yang berikut: 2.1. Memudahkan aktiviti kelas literasi dilaksanakan dengan berkesan. 2.2. Memudahkan murid melihat, belajar dan menghayati perkara yang terkandung dalam fail tersebut. 2.3. Membudayakan amalan menjana idea dalam kalangan murid-murid tahap satu. 2.4 Membantu guru menggunakan pendekatan yang lebih efektif semasa mengajar.

3.0 Objektif.
3.1. Menyediakan bahan yang sesuai dan interaktif kepada murid. 3.2. Membolehkan guru merangsang murid untuk berkomunikasi sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. 3.3. Menggalakkan murid berinteraksi dengan melalui penggunaan bahan visual. 3.4. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan inovatif kepada guru dan murid. 3.5. Meningkatkan keaktifan murid dalam mencari elemen tatabahasa. 3.6. Memberi peluang kepada guru meningkatkan amalan pedagogi di dalam kelas. 3.7. Membudayakan keseronokan belajar tatabahasa dalam kalangan murid.

4.0 Tarikh.
8 Julai 2013 hingga 26 Julai 2013

5.0 Tempat.
Bilik Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Kuala Lumpur.

6.0 Ahli Jawatan Kuasa.

Penaung Puan Dhravani a/p Sangarlingam

Penasihat 1 Puan Tamil Selvee a/p Samikutty

Penasihat 2 En. Mohd Sabri B. Mahamud

Penasihat 3 Puan Zaleha Bt. Yusoh

Mentor Puan Sabaria Bt. Mat Akil Pn. Hjh Aidah Bt. Kassim

7.0 Pelan Tindakan.


Berikut merupakan pelan tindakan projek ini. Bil. 1. Tarikh 8-12Julai 2013 3 22-26 Julai 2013 Aktiviti Kenal pasti bahan mengikut perancangan. Penyediaan bahan. Proses (1) Asas binaan fail kata adjektif. Proses (2) Penyiapan bahagian dalaman fail kata adjektif.. Proses (3) Penghiasan. Proses (4) Percubaan P&P. Proses (5) Kemaskini akhir. Penyerahan bahan ABM-Fail Kata Adjektif kepada pihak sekolah. Tindakan

15-19 Julai 2013

8.0 Anggaran Perbelanjaann. Bil 1. 2. 3. 4. Barangan Fail Kertas Pembalut Hadiah Kertas A4 Warna Kertas A4 Putih JUMLAH Harga seunit RM 4.50 Rm 1.50 RM 4.00 RM 3.00 Jumlah RM 4.50 RM 1.50 RM 4.00 RM 3.00 RM 13.00

9.0 Penutup.
Semoga dengan adanya alat bantu mengajar ini dapat membantu guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkualiti. Bagi pihak guru pelatih, projek ini merupakan satu pendedahan yang amat berguna sebagai bekalan ilmu untuk ke sekolah kelak. Sehubungan dengan itu, diharap pihak sekolah dapat memberikan kerjasama yang erat bagi merealisasikan projek ini. Terima kasih.

Disediakan oleh,

(Hasanuthin Bin Mustafa) Guru Pelatih IPGKBM.

Disemak oleh,

Disahkan oleh:

( Puan Hajah Aidah Bt Kassim ) Mentor.

.. ( Puan Dhravani a/p Sangarlingam) Guru Besar SK Seri Suria.

Anda mungkin juga menyukai