Anda di halaman 1dari 2

Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota )

Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)


Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:
Maha_ Maksud
Mahaguru Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti,
profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa Penuntut di universiti
mahasiswi Penuntut perempuan di universiti

Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem
Tata - Maksud
Tatacara Susunan acara, agenda
Tatabahasa Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses
pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Tatacara Cara dan peraturan
Tatanegara Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:


-wan Maksud
Angkasawan Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan Berharta , kaya
Karyawan Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang
memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah
negara.
Olahragawan Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam
olahraga.
Peragawan Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli
perpustakaan.
Rupawan Perempuan yang cantik.

sejarawan Ahli sejarah


Sukarelawan Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Usahawan Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.
Wartawan Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.

Akhiran man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:
- man Maksud
Budiman Orang yang berbudi
Seniman Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta
dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran wati : bermaksud perempuan yang ahli Contoh:


- wati Maksud
Olahragawati Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam
olahraga.
Peragawati Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang
dipakainya.
Seniwati Bintang filem
Sukarelawati Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran - ita : bermaksud wanita. Contoh:


-ita Maksud
biduanita Penyanyi atau pelakon wanita.

Anda mungkin juga menyukai