Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN SABAH.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA I / SIRI II

PISMP Matematik ambilan Januari 2012 PISPM Prasekolah ambilan Januari 2012 PISMP Pengajian Agama ambilan Januari 2012

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU 2012 (BIG FASA I /SIRI II) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG KAMPUS KENT TUARAN

1.0

PENGENALAN

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,

menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan

Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang

dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada

pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

2.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Perkhemahan I ( 4 hari 3 malam) yang akan dilaksanakan pada awal semester pertama. Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciriciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

3.0

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1.

Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.

2.

Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.

3.

Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan .

4.

Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat.

5.

Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan.

6.

Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan.

7.

Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran

8. 9.

Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan

bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 10. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar. 11. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran. 12. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah. 13. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti

(berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan. 14. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan. 15. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 16. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam. 17. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

18. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan. 19. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran. 20. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian. 21. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa

kebenaran. 22. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator. 23. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 24. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan

pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 25. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia. 26. Peserta dikehendaki membuat catatan setiap aktiviti yang diikuti dan menyediakan folio ( lampiran).

4.0

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT PUAN MARY TERESA KINAJIL

KEM KOMANDAN ENCIK AMIDI MALAGOB

KUATERMASTER MAKANAN PUAN INURNI SATI PUAN HAJAH DG. MAYANG AG. ABAS

KETUA JURULATIH ENCIK WAN RAHMAN WAN ABDULLAH

KUATERMASTER PERALATAN ENCIK KOK BOON SIONG

KEBAJIKAN & KESELAMATAN ENCIK ROGER MERDIKA OMBULUN

DOKUMENTASI ENCIK ALEX RIMBUNAN TAING

JURULATIH AIR ENCIK HARITH DANIEL @ SIMON GUNTALIB (K) ENCIK ROGER MENDIKA OMBULUN ENCIK CHRISTOPHER J. ANSUN ENCIK ALEX RIMBUNAN TAING ENCIK AZLAN KHAZALI PUAN JULIANA DUMPIL ENCIK JAILIN SAGOB

JURULATIH DARAT ENCIK VICKNESWARAN a/l NAKAR SALAPAN (K) PUAN HAJAH DG. MAYANG AG. ABAS ENCIK MOHD. FAUZI HASSAN ENCIK KOK BOON SIONG ENCIK JAIS ABD. HAMID

JURULATIH KEROHANIAN & MORAL ENCIK KOK BOON SIONG ENCIK MOHD. FAUZI HASSAN

FASILITATOR / MENTOR PUAN HAJAH DG. MAYANG AG. ABAS (K) ENCIK MOHD. FAUZI HASSAN - TUTOR ENCIK KOK BOON SIONG - TUTOR ENCIK AHMAD FAUZI SATNIH

5.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI SYAMSIR BIN MOKTAR

TIMBALAN PENGERUSI DAYANG NURSHAFIQA BINTI ABANG AHMAD

SETIAUSAHA AFIQAH BINTI ARSHAD

TIMBALAN SETIAUSAHA NAZATUL AZILA BINTI MD. NAJIB

BENDAHARI REXLY FREDY

TIMBALAN BENDAHARI NOR AIZATI BINTI DAWI

AJK ALATAN NGU HUNG CHUONG SITI AIMIH BINTI BIDIN HASYIMAH BINTI JAMIL ABDUL RAUF BIN MOHD. JANIS ALVAYSLEOPOLD BIN ANTHONY

AJK SIJIL & CENDERAHATI SHYLINA JIMOLIS RUZANA BINTI HAMZAH SITI ZULAIKHA BINTI ABDU RAHIM NURAIHAN BT MOHD FAZIL @ OLIS

AJK P.A. SYSTEM JACKIE WONG SING QIE PRINCETON ANAK JACK MUHAMMAD UMAR BIN UDIN

AJK PENGANGKUTAN MOHD FAIZOL B AMAT MUHAMMAD IKMAL BIN ROSLI UMAR QAYYUM BIN MOHD LUAI

AJK KESELAMATAN AERON LAMIRI ELLYCHIA ASON ANYLINE BINTI LUNTAK MOHAMMAD HAZIZI BIN YUSOP

AJK KEBAJIKAN ASLY MAJUBI CYNTHIA ANDREW ABDUL RAHIM BIN AGUS FAMMYEZZA FARHANNA BINTI AHMAT

AJK MAKANAN SITI HALIZAH MOHD SADING NIZA WAHIDA BTE WAHISHAD MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN RAMLEE UMMI MAISARA BINTI ASHAN@HASSAN

AJK BUKU PROGRAM & DOKUMENTASI PAUL DING LAH HAZMAN BIN YAPLIN HAFIZAH BTE OTHMAN YIZHAR EFENDY GIMIK MOHD FIRDAUS BIN MASRAN DURATUL NAJIHA BT ABD LATIP

AJK KEBERSIHAN RIDZUAN BIN JAKIR ISMAIL BIN LAPAGANG NOR QAYYUM BINTI RUSLIN NURUL AINUL FATIMAH BINTI ZAMRUS

AJK KEROHANIAN/MORAL HARLENNY BT ANSOM JOHN HILL ANAK HARIP ZAHIRUDDIN BIN JUATIN MARIA BINTI MARCELLINUS

AJK RIADAH SUNIA BINTI UMAD ABIDIN BIN MADDE NURUL HIDAYAH BINTI WASLI SHAHZRULNIZZAM BIN JAMAL

AJK AKTIVITI LISA NG MUI SONG NUR FASEHA BINTI SAID NURUL HANI BT JUSIDIN NURUZAIRAH BINTI MUTIRIN FARAHATUN NAILAH BT MANSOR

AJK TUGAS-TUGAS KHAS LYDORA PATRICK MOHD AZMIR BIN WANDY SITI AZIMAH BINTI ABDUH NUR SUAIDAH BINTI MUSTAPHA

6.0

TARIKH DAN TEMPAT TARIKH : HARI : 21 FEB 24 FEB 2012 SELASA JUMAAT i. TAPAK PERKHEMAHAN IPG KAMPUS KENT, TUARAN.

TEMPAT :

ii.

PUSAT KOKURIKULUM, KEM MALANGGANG, SABAH (AKTIVITI DARAT) GAYANG, TUARAN. (AKTIVITI AIR)

iii.

7.0

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA 21 FEB 2012 (SELASA)

MASA 8.00 PAGI 2.00 PETANG 2.00 PETANG 4.00 PETANG 4.00 PETANG 4.30 PETANG 4.30 PETANG 5.30 PETANG 5.30 PETANG 9.00 MALAM 9.00 MALAM 10.30 MALAM

AKTIVITI PENGURUSAN ALATAN & TAPAK PERKHEMAHAN TAKLIMAT PENYEDIAAN TAPAK, IKATAN ASAS & MENDIRIKAN KHEMAH REHAT PANDUAN KETIKA KECEMASAN & ASAS BANTU MULA PENGURUSAN DIRI, SOLAT & TAZKIRAH / MORAL LDK 1 MENGENALI POTENSI DIRI

HARI KEDUA 22 FEB 2012 (RABU)

MASA 4.30 PAGI 6.00 PAGI 6.00 PAGI 7.00 PAGI 8.00 PAGI 5.00 PETANG 5.00 PETANG 9.00 MALAM 9.00 MALAM 11.00 MALAM

AKTIVITI QIAMULAIL / TAZKIRAH / MORAL MALAYSIA CERGAS / MENAIKKAN BENDERA / LAGU IPG, PATRIOTIK & NEGARAKU AKTIVITI DARAT (KUMPULAN A) AKTIVITI AIR (KUMPULAN B) PENGURUSAN DIRI, SOLAT & TAZKIRAH / MORAL LDK 2 MOTIVASI KEPUASAN KERJA

HARI KETIGA 23 FEB 2012 (KHAMIS)

MASA 4.30 PAGI 6.00 PAGI 6.00 PAGI 7.00 PAGI 8.00 PAGI 5.00 PETANG 5.00 PETANG 9.00 MALAM 9.00 MALAM 11.00 MALAM

AKTIVITI QIAMULAIL / TAZKIRAH / MORAL MALAYSIA CERGAS / MENAIKKAN BENDERA / LAGU IPG, PATRIOTIK & NEGARAKU AKTIVITI DARAT (KUMPULAN B) AKTIVITI AIR (KUMPULAN A) PENGURUSAN DIRI, SOLAT & TAZKIRAH / MORAL PERSEMBAHAN KUMPULAN

HARI KEEMPAT 24 FEB 2012 (JUMAAT)

MASA 4.30 PAGI 6.00 PAGI 6.00 PAGI 7.00 PAGI 8.00 PAGI 10.00 PAGI 10.00 PAGI 10.30 PAGI 10.30 PAGI 12.00 T/HARI 12.00 T/HARI 4.00 PETANG

AKTIVITI TAZKIRAH / MORAL MALAYSIA CERGAS / MENAIKKAN BENDERA / LAGU IPG, PATRIOTIK & NEGARAKU LDK 3 PENGHARGAAN KENDIRI & PERUBAHAN SIKAP REHAT REFLEKSI / MAJLIS PENUTUPAN & MENURUNKAN KHEMAH / PEMBERSIHAN BREAK CAMP

8.0

JUMLAH PESERTA PISMP Matematik ambilan Januari 2012 (23 orang) PISPM Prasekolah ambilan Januari 2012 (19 orang) PISMP Pengajian Agama ambilan Januari 2012 (18 orang) 23 ORANG + 19 ORANG + 18 ORANG = 60 ORANG PESERTA

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN MAKANAN RM 16.50 X 60 orang = RM 990.00 RM 990.00 X 4 hari = RM 3960.00

10.0

ALATAN YANG DIPERLUKAN STOR PUSAT Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30


31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41

JENIS BARANG Tong Gas Dapur Gas Kuali Periuk Freezer Camp-bed Poncho Bendera Malaysia Bendera Sabah Bendera IP Kent Khemah pasang siap Canvas merah biru Tali Khemah Ground Sheet Extension Mestin Set peralatan dapur Tikar sembahyang Peralatan alat tulis Kayu Bendera Tong air Plastik Sampah First Aid Kit Khemah Askar Besen Sijil Cop Merah Tali Raffia Air Mineral Hamper Masking Tape Cenderahati Pengarah Mahjong Paper Bateri Mikrofon 9V Kertas A4 Kuning Kertas A4 Putih Fly Sheet Life Jacket

KUANTITI DIPERLUKAN 7 7 7 7 1 10 65 1 1 1 20 3 20 3 30 set 7 4 6 6 6 2 paket 2 kotak

5 7 70 keping 70 keping 3 gulung 8 kotak 7 2 gulung 1 80 Keping 4 biji 1 rim 5 rim 20 40

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN Bil 1 2 3 JENIS BARANG Kayak Pendayung Safety Vest KUANTITI DIPERLUKAN

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Bil 1 2 3 4 5 LCD Skrin LCD PA System Mikrofon Speaker JENIS BARANG KUANTITI DIPERLUKAN 1 1 1 2 1

STOR KEMAHIRAN HIDUP Bil 1 Parang JENIS BARANG KUANTITI DIPERLUKAN

PERAKUAN

CATATAN

DISEDIAKAN OLEH:

.......................................... AFIQAH BINTI ARSHAD SETIAUSAHA, BINA INSAN GURU FASA I SIRI II 2012, PISMP AMBILAN JANUARI 2012. DISEMAK & DISAHKAN OLEH:

............................................ ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN HASSAN KETUA UNIT KEBAJIKAN DAN SOSIAL, IPG KAMPUS KENT, TUARAN. DISOKONG OLEH:

........................................ ENCIK AMIDY MALAGOB KETUA JABATAN, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH. DILULUSKAN OLEH:

.............................................. PUAN MARY TERESA KINAJIL PENGARAH, IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH.

LAMPIRAN MAKLUMAT PELAJAR DAN TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU FASA I / SIRI II 2012

Anda mungkin juga menyukai