Anda di halaman 1dari 36

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER 1 TAHUN 2013

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG)

NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT NAMA MENTOR

MUHAMMAD FARIZAL B. NAZRI 930722-04-5309 1PISMP MATEMATIK 2 CIK TAN KIM LAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

_________ BIODATA __________


__________________________________________________________________________________

PENGENALAN
Guru adalah pembina generasi Malaysia. pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan berketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji. Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

PELAKSANAAN SEBELUM BINA INSAN GURU


AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU 1 PISMP ( AMBILAN JANUARI 2013) SIRI 1 (1114 MAC 2012) Kem Komandan Kuartermaster Peralatan : En. Azemi Bin Ismail : En. Abdul Aziz Bin Saadin En. Zubair Bin Salleh Kuartermaster Makanan Kuartermaster Kebajikan dan Keselamatan Ketua Jurulatih Jurulatih Air : Pn. Noreha Bt Sarkawi : Pn. Noreha Bt. Sarkawi : En. Ilias Bin Embong : Pn. Sapiah Uyuni Mohd Yaacob : En. Mohd Khadri Bin Fazil Rahman : En. Mohd. Khairul B. Ishak Jurulatih Darat : Cik. Rohaiza Bt Mohamed : En. Mohd Yusof Bin Awang To : En. Zubiar B. Salleh : En. Abd. Aziz B. Saadin : En. Zamri Bin Wahid : En. Mohd Yusof Bin Awang To

Jurulatih Senaman Pagi / Riadah Jurulatih Kerohanian Jurulatih Moral Fasilitator LDK Mentor

: Cik. Rohaiza Bt Mohamed

: Ustaz Ilias Bin Embong ( KJ Pendidikan Islam ) : En. Azemi Bin Ismail : Dr. Ramlan Bin Hamzah : Pn. Kamariah Bt. Bujang (Mt 1) : Cik Tan Kim Lan (Mt 2) : En. Abdul Bashir Bin Hassan : Pn. Jaswir Kaur a/p Kartar Singh : En. Abd. Aziz B. Saadin : En. Zubiar B. Salleh

Urusetia

: Pn. Siti Rapiah Bt. Abdul Rahman : Saroja a/p Nadesan

SENARAI NAMA PESERTA


SENARAI NAMA PESERTA 1) 1 PISMP MATEMATIK 1 AMBILAN JANUARI 2013 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 NAMA Ahmad Fahmi Bin Ahmad Fauzi Cetrawanda Aming Helfren Filex Bin Mapansing Helianty Masil Mohd Nazri Bin Merikan Muhammad Afif Bin Zakaria Muhammad Azim Bin Sulaiman Nur Farhani Binti Ibrahim Nur Nadia Adila Binti Zulkifli Nuraziha Binti Mohamad Sahran Nurhidayu Binti Abdul Aziz Nurul Ain Binti Puasa Nurul Syahirah Binti Abdullah Siti Khadijah Binti Mad Zin Wan Naimah Fadhilah Binti Wan Chik NO KAD PENGENALAN 920408-08-5485 930322-12-5924 931010-12-6885 940831-12-6318 930806-13-6507 930114-01-5317 930731-03-5989 930907-06-5218 930601-11-5358 931115-13-5710 930117-05-5074 930409-13-5092 930623-14-7078 931012-11-5012 890323-11-5134

2) 1 PISMP MATEMATIK 2 AMBILAN JANUARI 2013 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 NAMA Azma Waznah Adnan Dg Siti Hasanah Binti Hassan Francisca Jonis Hanna Daniela Frederick Mohamad Rasydan Bin Mohamad Yusoff Mohamad Zul Aizat Bin Awang Mohd Amar Izzat Bin Mohd Razali Mohd Aimi Aizat Bin Ayidulbahri Muhammad Farizal Bin Nazri Muhammad Naqiuddin Bin Karim Noor Amalina Binti Hassan Nur Anati Binti Nur Azam Nur Hazirah Binti Mohamed Hairi Siti Khairunnisa Binti Sabri Wardah Binti Diuh NO KAD PENGENALAN 931225-05-5148 931027-12-6064 931111-12-6200 931021-12-6274 930213-11-5487 900513-08-5817 930123-06-5607 930111-12-5465 930722-04-5309 910807-04-5465 930112-13-5200 910105-03-5596 930422-01-5052 930518-02-5618 930927-12-5206

3) 1 PISMP TESL 1 AMBILAN JANUARI 2013 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 ADILA BINTI MA'AROF ANIS WARDAH BINTI YUSRI CHEE KAR MEI FATIN AFYQAH BINTI ROSZLAN GOH QIN KAI KEFFENY ANN A/P JOSEPH KWAN PEI LING LAI XIAN YIE MOHAMAD MUKMIN EZFAR BIN MOHAMED YUSOFF MUHAMMAD HUSNI BIN MOHAMAD MAHAYUDIN NOOR ATHIRAH QURRATU' AINI BINTI MOHD NOOR LEZA NORFADZILAH BINTI SULAIMAN NUR AMANINA BINTI AZHARI NUR HAWA BINTI ROSLEE NUR SYAHIRAH BINTI MD NASIR NURUL ATIQAH BINTI MOHD JAAFAR QURRATU A'YUN BINTI HASHIM @ FAUZI SITI NUR EZZAH BINTI ABD SHUKOR SITI NUR FATIN BINTI MOHD DARUS NAMA NO KAD PENGENALAN 931015-08-5568 930415-06-5764 931001-01-5008 930524-11-5396 930713-01-6047 930416-05-5162 930319-07-5364 920121-04-5232 931104-06-5251 930824-10-6563 930925-10-5578 931012-12-6096 931021-05-5154 930218-05-5380 930629-06-5110 911220-05-5028 930912-14-6418 931103-05-5094 931008-02-5110

4) 1 PISMP TESL 2 AMBILAN JANUARI 2013

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

NAMA AMIRAH BATRISYIA BT HAMDAN CHU HUI YOUN FARAH ATHIRAH BT HASAN RIJAL HANIS WARDAH BT PARJAN MOHD IZWAN B MOHAMAD ZULKIFLI NOR ATASHA BT NORMI NUR ATIKA BT MD ROS NUR LIYANA BT JAMALUDIN NURUL ADIBAH BT ZULKEFLI NURUL ATIQAH BINTI FAIZULZAMAN RAUDHAH BT RAMLAN SANGEETHA A/P MUTHUSAMY SITI HAWA BT ZAINODDIN SYAHIDATUL AKMAL BT MUSTAFFAR KAMAL SHAMIL USRAH BIN ZULKIPLI TEH HUIJIE ULFAH AMIRAH BT ISMAIL YAM SHIN GEEN YOW HUEY WEI

NO KAD PENGENALAN 930123-04-5016 931109-01-6790 930121-10-5046 930904-14-6266 930201-06-5355 930104-14-6110 930706-14-6564 920909-12-5262 930206-14-5370 921224-08-5848 920420-85-5016 920718-05-5222 930418-10-5186 930405-14-6122 900914-05-5707 931225-07-5122 930504-14-6208 930206-02-5133 930331-06-5484

ANALISIS DATA
Jantina Bilangan peserta lelaki : 17 orang Bilangan peserta perempuan : 51 orang

Bangsa Bilangan peserta berbangsa Melayu: 53 orang Bilangan peserta berbangsa Cina : 8 orang Bilangan peserta berbangsa India : 2 orang Bilangan perserta berbangsa Lain : 5 orang

Jumlah peserta: 68 orang pelajar PISMP ambilan Januari 2013 semester 1

LATAR BELAKANG PROGRAM

MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

OBJEKTIF PROGAM BINA INSAN GURU (BIG)


1. Memberikan pendedahan, peluang dan pengalaman kepada para pelajar meningkatkan keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu mendepani segala cabaran

2. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan

3. Memberikan pendedahan, peluang dan pengalaman kepada para pelajar meningkatkan keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu mendepani segala cabaran

4. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan

5. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan

6. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya

7. Mengembangkan potensi diri, bakat kepimpinan dan peranannya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa

8. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan

9. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

PERATURAN AM PERKHEMAHAN BIG


1. Peserta mesti mematuhi semua arahan dan jadual aktiviti BIG 2. Peserta hendaklah berdisiplin sepanjang perkhemahan. 3. Peserta muslim diwajibkan mengerjakan solat berjemaah. 4. Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan. 5. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan dan harta persendirian. 6. Peserta dilarang merokok, membuang sampah di merata tempat sepanjang masa perkhemahan. Juga tidak dibenarkan menebang dan merosakkan pokok. 7. Peserta bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 8. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti. (dilarang memakai selipar dan kain pelikat di dewan makan) 9. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan. 10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 11. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar kehemah selepas jam 12.00 tengah malam. 12. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya. 13. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan. 14. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran. 15. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator. 16. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 17. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

PENTAKSIRAN BERDASARKAN 6 DOMAIN

A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan Mengamalkan tingkah laku terpuji Mempunyai kemantapan jati diri Menghayati disiplin diri yang tinggi Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh

B. Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat Mencintai ilmu, mencari dan mengembangkan ilmu Menggunakan dan memanfaatkan imu Pembinaan Pasukan dan kejelikitan secara strategik Hidup Berbakti Keikhlasan kerjaya sebagai ibadat

C. Berakauntabiliti dan Amanah Akauntabiliti profesional Memahami realiti persekitaran Komitmen, optimis dan beriltizam tinggi Kemahiran sosial (termasuk unsur EIC) Tanggungjawab sosial dan perkhidmatan komuniti

D. Berdaya Tahan yang Tinggi Ketahanan fizikal, mental, emosi dan spititual

E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa Pengurusan diri Perubahan sikap Bijak membuat keputusan Bijak menyelesaikan masalah Pengurusan perubahan

F. Kreatif dan Inovatif Kesediaan menerima idea dan teknologi baru Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecermelangan Dapat berfikir secara kreatif, analitis, luas, luwes dan global Berkemahiran berfikir secara futuristik, reflektif dan strategik

IDENTITI KUMPULAN
NAMA KUMPULAN: PHOENIX MOTTO KUMPULAN: FLY HIGH, CONQUER THE SKY LOGO KUMPULAN :

CHEER KUMPULAN : Phoenix is hot to go.. H O T T O G O.. ( Pheonix!) Is hot to go.. (Pheonix!) Is hot to go.. (Pheonix!) Is hot to go H O T T O GO PHEONIX!!!

ANALISIS PERSEKITARAN
LOKASI TAPAK PERKHEMAHAN
KEKUATAN Lokasi yang telah dipilih dan digunakan tersebut sangat sesuai. Hal ini kerana kedudukannya yang strategik iaitu terletak berdekatan dengan dewan makan, tandas, ampaian pakaian, surau dan juga dewan- dewan serta tempat yang digunakan untuk membuat aktiviti. Perkara ini membuatkan para peserta dapat menguruskan masa dengan baik dan menghadiri program atau aktiviti mengikut masa yang telah ditetapkan. Kawasan yang digunakan itu juga selamat daripada serangga- serangga yang berbahaya seperti lipan, kala jengking dan sebagainya memandangkan kedudukannya yang jauh daripada kawasan belukar, longgokan sampah dan juga longkang. Malah, kawasan persekitaran juga sentiasa dalam keadaan bersih. Ampaian juga telah disediakan yang memudahkan lagi para peserta untuk menyidai pakaian yang basah setelah selesai menjalankan aktiviti air seperti kayak dan water confident serta selepas selesai mencuci pakaian. Disamping itu, tapak perkhemahan ini berada tepi pantai dan mempunyai pemandangan yang cantik. Kawasan ini sangat sesuai dimana setelah penat melakukan aktiviti, pelajar boleh menghilangkan sedikit rasa penat dengan melihat pemandangan yang cantik.

KELEMAHAN Kawasan perkhemahan lelaki dan perempuan agak berdekatan dan tidak diasingkan. Sekiranya tiada pemantauan, ianya bolah mengundang kepada masalah sosial. CADANGAN Kawasan perkhemahan boleh diasaingkan dengan lebih teratur dan jarak antara khemah lelaki dan perempuan dapat dipisahkan. Dengan ini, ia membolehkan para pelajar menyalin pakaian dan melakukan aktiviti dalam khemah dengan selesa.

KEMUDAHAN FIZIKAL

Tandas dan bilik mandi

Kekuatan Kemudahan bilik air berkeadaan baik dan tidak kotor. Bilik air dapat digunakan dengan rasa selesa dan tidak menjijikkan. Bilik air juga berdekatan dengan tapak khemah dan ini sangat memudahkan dan menjimatkan waktu.

Kelemahan Laluan ke bilik mandi lelaki dan perempuan adalah sama dan pada masa yang sama, pelajar perempuan akan melalui tempat mandi lelaki terlebih dahulu sebelum sampai ke tandas atau tempat mandi perempuan. Hal ini, peluang untuk melihat aurat jantina yang berbeza adalah tinggi. Selain itu, bekalan air sering terganggu. Para pelajar tidak dapat membersihkan diri dengan selesa. Tambahan pula, bekalan air terpaksa dikongsi dengan tandas lelaki, perempuan dan tempat memasak. Ini menyebabkan tekanan air rendah.

Cadangan Di harapkan bekalan air yang disediakan mencukupi. Wujudkan tangki simpanan air . Surau Kekuatan Keluasan surau yang sederhana ini dapat menampung peserta yang kurang daripada lima puluh orang pada suatu masa ketika solat berjemaah.

Kelemahan Keadaan surau yang panas dan sempit untuk jemaah yang ramai. Ruang untuk pelajar perempuan terhad Cadangan Di harapkan pihak penganjur dapat menambah bilangan kipas dan meluaskan tapak surau.

Dewan makan Kekuatan Berkeluasan agak luas dan terbuka dan boleh menampung bilangan peserta yang ramai pada suatu masa yang serentak. Di sini juga disediakan dapur yang cukup sederhana bagi aktiviti memasak. Bilangan sinki juga mencukupi bagi memudahkan kerja.

Kelemahan Bilangan sinki untuk mencuci pinggan agak kurang. Hal ini menyebabkan proses mencuci pinggan mengambil masa yang lama di mana para peserta perlu berbaris menunggu giliran untuk mencuci pinggan dan gelas. Dapur tidak ada tempat membasuh yang khas. Tempat membasuh yang sempit dan berlumpur.

Cadangan Menyediakan tempat membasuh khas untuk dapur dan yang lebih kondusif .

Dewan serbaguna Kekuatan Dewan tersebut agak luas dan mampu menampung kesemua peserta dan jurulatih dalam satu- satu masa. Kemudahan- kemudahan seperti lampu dan kipas juga telah disediakan bagi memberi keselesaan kepada para peserta. Semua aktiviti indoor dilaksanakan di dewan ini seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), persembahan kebudayaan serta perjumpaan bersama fasilitator.

Kelemahan Lantai sewan berpasir dan tidak dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti meja dan kerusi yang lengkap serta sistem audio yang baik.

Cadangan Ahli jawatankuasa perkhemahan perlulah membahagikan tugas kepada para pelajar untuk menyapu dewan sebelum digunakan dan pihak penganjur perlu berbincang dengan pengurus tapak perkhemahan untuk menyediakan sistem audio yang lebih lengkap bagi memudahkan untuk melakukan aktiviti indoor.

ANALISIS PERALATAN
KEKUATAN Banyak peralatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur bagi memastikan aktiviti perkhemahan BIG ini berjalan lancar. Peralatan- peralatan tersebut memang mencukupi dan kebanyakannya adalah dalam keadaan baik dan sempurna. Antara peralatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur: 1. Khemah 2. Kayak 3. Jaket keselamatan 4. Alat- alat untuk aktiviti kembara (parang, peta dan kompas) 5. Alat- alat untuk LDK (kertas mahjong, marker pen dan kain untuk membuat logo kumpulan) 6. Peralatan memasak 7. Pinggan dan mangkuk 8. Sejadah 9. Ampaian

KELEMAHAN Terdapat beberapa buah khemah yang berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini kerana, khemah- khemah tersebut telah koyak ataupun bocor dan terdapat juga sebahagian khemah yang besi pancangnya telah hilang dan bengkok. CADANGAN Pihak pengurusan mestilah memastikan bahawa peralatan yang penting seperti khemah mestilah diperiksa terlebih dahulu dan memastikannya dalam keadaan baik.

ANALISIS PENGISIAN PROGRAM


1) LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Kekuatan Aktiviti LDK ini telah mengembangkan potensi pelajar daripada aspek pemikiran secara kreatif dan kritikal iaitu ketika tugasan menyiapkan logo, dan moto dalam masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti LDK juga dapat diserapkan mesej dan nasihat yang berguna kepada peserta yang merangkumi nilai-nilai murni dan juga ciri-ciri keguruan oleh fasilitator-fasilitator. Aktiviti LDK juga dapat mewujudkan persefahaman antara peserta ketika berada dalam kumpulan yang menerapkan nilai kerjasama. Kelemahan Terdapat juga peserta yang tidak menumpukan perhatian kerana terlalu mengantuk dan penat daripada aktiviti sebelumnya iaitu berkayak dan juga kembara hutan. Aktiviti yang dilakukan juga telah dilalui oleh segelintir peserta dan membuatkan mereka bosan dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti itu. Cadangan Para fasilitator perlu menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi mengatasi masalah ini contohnya melakukan aktiviti yang lebih menarik supaya dapat menarik minat peserta dan diselaras dengan objektif aktiviti.

2) AKTIVITI KAYAK
Kekuatan

Sebelum aktiviti dimulakan, jurulatih yang ditugaskan telah memberi taklimat yang berkaitan dengan aktiviti kayak. Perkara yang telah dikongsikan adalah pengalaman beliau, cara-cara berkayak dengan betul, aspek-aspek keselamatan yang perlu dijaga ketika berkayak dan juga langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya ditimpa masalah yang tertentu. Demonstrasi kayak juga telah dilakukan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada para peserta. Aktiviti kayak telah memberikan ketahanan fizikal dan mental kepada para peserta. Hal ini kerana, ianya merupakan salah satu aktiviti lasak yang memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang tinggi. Jaket keselamatan telah disediakan bagi memngelakkan sebarang kejadian yang tidak diinginiAktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para peserta. Ianya juga bertujuan untuk menanam sifat yakin diri dan berani menghadapi cabaran ketika sedang berkayak. Pelbagai cabaran seperti melawan arus yang sangat kuat serta panas mentari yang terik namun peserta dikehendaki sampai ke destinasi dengan selamat. Kelemahan Tempat menyimpan kayak yang jauh daripada kawasan laut. Cadangan Pihak penganjur mestilah memastikan tempat menyimpan kayak berdekatan dengan kawasan laut. Ini adalah untuk memudahkan proses mengangkat kayak semasa hendak digunakan. Masa mengangkat juga dapat dijimatkan dan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lama.

3) AKTIVITI KEMBARA
Kekuatan Aktiviti ini telah menguij ketahanan fizikal para peserta dengan mengembara kawasan hutan yang berbukit- bukit di sekitar kawasan kem perkhemahan. Para peserta telah disediakan dengan perlatan yang secukupnya bagi memastikan aktiviti berjalan lancar. Antara peralatan yang telah dibekalkan kepada para peserta ialah kompas, peta. Aktiviti memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta untuk mengetahui sendiri keadaan yang berlaku di dalam hutan. Tugasan yang diarahkan juga mengajar para peserta untuk membaca kompas dan melukis kembali peta perjalanan berdasarkan arah kompas. Semangat kerjasama dan bersatu- padu telah diamal dan ditunjukkan oleh peserta bagi memastikan mereka dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Kelemahan Terdapat sesetengah tempat yang berbatu dan licin sehingga dapat

membahayakan keselamatan para peserta. Peserta- peserta juga terdedah kepada serangan binatang buas seperti babi hutan dan juga haiwan berbisa seperti lipan. Cadangan Trek perjalanan yang digunakan mestilah diperiksa dan dipastikan terlebih dahulu agar bebas daripada ancaman binatang buas yang boleh mengancam keselamatan peserta.

4) AKTIVITI water confident


Kekuatan Aktiviti water confident ini dilakukan di mana para peserta diajar mengenai tindakan yang perlu dilakukan apabila berada dalam air. Aktiviti ini memberikan keyakinan kepada para perserta semasa berada dalam air dan mengajar para peserta agar tidak cemas semasa berada dalam air. Kelemahan Aktiviti ini dijalankan setibanya kami di Bagan Lalang. Selepas kami memasang khemah dan mengemas barang, kami diberi taklimat dan terus membuat aktiviti water confident. Cadangan Bergerak awal dari institut agar kita boleh tiba awal di tapak perkhemahan dan memberi peluang untuk para peserta untuk rehat setelah penat sepanjang perjalanan.

5) AKTIVITI KEROHANIAN
Kekuatan Banyak pengisian kerohanian yang telah diadakan sepanjang program BIG tersebut diadakan. Antaranya ialah qiamullail, kuliah subuh dan kuliah maghrib bagi peserta Muslim. Amalan solat berjemaah juga diwajibkan seterusnya diterapkan ke dalam diri peserta secara automatik. Manakala, pendidikan moral pula diberikan kepada peserta bukan Islam oleh fasilitator yang telah ditetapkan. Kesemua slot tersebut memberikan banyak ilmu kepada para peserta khususnya

Kelemahan Beberapa pelajar tertidur semasa aktiviti ceramah diberikan. Cadangan Para fasilitator perlulah memberi sokongan moral dan semangat yang lebih bagi mereka yang nampak keletihan ini. Selain itu, topik dan cara penyampaian ceramah hendaklah menarik.

6) AKTIVITI MEMASAK
Kekuatan Di dalam program BIG ini, kami dikehendaki memasak sendiri makanan untuk semua peserta, mentor dan fasilitator. Setiap kumpulan mempunyai giliran tersendiri dalam memasak dan menghidangkan makanan kepada semua peserta dan fasilitator. Kumpulan yang bertugas akan berkerjasama dan bertungkuslumus bagi memastikan makanan dihidangkan tepat pada waktu yang telah dihidangkan. Selain itu, peserta yang bertugas akan dapat belajar sedikit sebanyak cara-cara untuk menyediakan makanan bagi hidangan yang besar dengan menolong fasilitator yang telah ditugaskan. Perkara ini memberi pengalaman kepada peserta bagi mengendalikan hidangan yang melibatkan ramai orang. Peserta juga dapat menanam sikap bekerjasama dan tidak mementingkan diri. Kelemahan Terdapat peserta yang langsung tidak turun ke dewan makan bagi membantu ahli kumpulan masing-masing untuk memasak dan menghidang makanan serta mengemas semula peralatan memasak selepas segalanya selesai. Ada juga segelintir kecil peserta yang melakukan kerja sambil lewa dan tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap rakan-rakan yang lain.

Cadangan Ketua kumpulan haruslah menegur rakan-rakan mereka yang bersifat demikian supaya berubah. Selain itu, rakan-rakan sekumpulan hendak mengajak rakan mereka itu. Namun, sekiranya tidak berjaya, tindakan yang sewajarnya haruslah diambil seperti melaporkan kepada fasilitator atau sebagainya.

ANALISIS KUMPULAN

Kekuatan Peserta yang terlibat terdiri daripada dua major yang berbeza iaitu TESL dan Matematik. Terdapat 4 kumpulan yang terlibat bagi siri yang kedua ini iaitu TESL 1, TESL 2 dan Matematik1 dan Matematik 2. Setiap peserta mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza. Apabila mereka ini berada dalam kumpulan, pelbagai idea dapat dihasilkan. Selain itu, para peserta juga telah menunjukkan kerjasama yang baik antara satu sama lain tanpa mengira kumpulan. Kerjasama yang erat telah dapat dilihat terutama dalam aktiviti memasak. Setiap ahli dalam kumpulan juga telah memainkan peranan masing-masing dengan jayanya. Hubungan antara setiap peserta juga amat baik dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti berpuak- puak, bergaduh dan sebagainya. Kelemahan Terdapat peserta yang tidak mematuhi pengurusan masa yang ditetapkan oleh fasilitator terhadap setiap perjumpaan dan latihan dalam kumpulan (LDK). Selain itu, terdapat juga peserta yang sukar untuk mendengar dan menerima arahan. Cadangan Ketegasan yang lebih diperlukan daripada setiap AJK tertinggi agar memastikan disiplin setiap pelajar menjadi semakin baik.

ANALISIS SWOT

Strength (Kekuatan)
Semua slot atau aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dan berkesan dengan bantuan para fasilitator yang mempunyai pengalaman yang luas dan mencukupi. Peralatan yang mencukupi untuk semua aktiviti Aktiviti- aktiviti yang dirancang sangat sesuai dan berkesan untuk melahirkan guru- guru pelatih yang mempunyai ciri insan guru yang sempurna. Destinasi dan tapak perkhemahan yang dipilih ini juga sangat sesuai untuk program ini.

Weakness (Kelemahan)
Terdapat beberapa aktiviti yang tidak tamat mengikut jadual yang telah ditetapkan menyebabkan aktiviti yang lain turut lewat dilaksanakan. Bekalan air yang sering terganggu terutama semasa waktu awal pagi dan petang.

Opportunity (Peluang)
Dapat meningkatkan kekuatan fizikal melalui aktiviti kayak dan kembara hutan. Memupuk ciri- ciri guru dalam diri melalui aktiviti LDK. Menggunakan peluang dengan sebaiknya untuk menimba ilmu daripada fasilitator- fasilitator yang cukup berpengalaman. Dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan fasilitator

Threats (Ancaman)

Tempat menyimpan kayak yang jauh Laluan bagi kembara hutan ada yang licin dan terdedah kepada ancaman binatang buas dan berbisa.

REFLEKSI REFLEKSI AKTIVITI

11 MAC 2013 Pagi Semua pelajar telah berkumpul di hadapan dewan serbaguna pada pukul 11.00 pagi Dua buah bas telah disediakan untuk membawa para peserta ke tapak perkhemahan Pelajar Matematik dan TESL telah menaik bas yang berasingan demi memudahkan proses mengambil kehadiran.

Tengahari Petang Malam Berkumpul di surau untuk solat secara berjemaah Sedikit tazkirah Makan malam Aktiviti ldk ice breaking Mencabut undi dan dalam kertas undi itu telah tertulis nombor Setiap nombor diberi nama binatang dan berkumpul mengikut bunyi yang dihasilkan Menyanyi mengikut bunyi binatang Pembahagian tugas sentri mengikut kumpulan Taklimat mengenai aktiviti water confident Menunaikan solat asar Beberapa orang peserta yang boleh berenang telah dipilih untuk membantu fasilitator mengendalikan aktiviti itu Dipantau oleh anggota jpam Diajar cara untuk mengapungkan diri dan bergerak menggunakan jaket keselamatan Membersihkan dan menyiapkan diri Disambut oleh kem komandan iaitu En. Azemi bin Ismail Taklimat mengenai peraturan semasa perkhemahan Berpecah kepada beberapa kumpulan Memasang khemah untuk dijadikan dewan serbaguna, surau, dewan makan dan dapur Memasang khemah untuk tempat tidur Solat Zohor

12 MAC 2013

Pagi Qiamulai Solat subuh berjemaah Takzirah subuh Berkawad dan menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu ipgm Senaman pagi di tepi pantai Melakukan aktiviti permainan di pantai Membina istana pasir Sarapan pagi

Tengahari Mencipta nama ,logo, motto dan cheer kumpulan Mempersembahkan nama ,logo, motto dan cheer kumpulan Makan tengahari Solat zohor berjemaah

Petang Malam berkumpul di surau untuk solat maghrib secara berjemaah sedikit tazkirah makan malam mengisi borang ujian personaliti kumpulan yang bertugas melakukan sentri Empat buah kumpulan dibahagi kepada dua kumpulan besar Kumpulan pertama melakukan aktiviti kembara Kumpulan kedua melakukan aktiviti berkayak Aktiviti kembara bermula pada pukul 2.00 petang Aktiviti kayak pada pukul 5.00 petang. Aktiviti kembara lebih difokuskan kepada penggunaan kompas dan melukis peta Aktiviti kayak pula berfokus kepada semangat kerjasama Aktiviti kembara telah tamat pada pukul 5.00 petang. Aktiviti kayak telah tamat pada pukul 6.30 petang. Semua peserta telah membersihkan dan menyiapkan diri Kumpulan yang bertugas untuk membantu dapur telah mula bertugas.

13 MAC 2013 Pagi Solat subuh berjemaah Takzirah subuh Berkawad dan menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu ipgm Melakukan senaman ringan Sarapan pagi Perbincangan mengenai ujian personaliti yang dibuat Perbandingan pelajar dibuat. Terdapat beberapa jenis personaliti.

Tengahari Perbincangan mengenai persembahan untuk malam kebudayaan Latihan untuk persiapan malam kebudayaan Makan tengahari Solat Zohor berjemaah

Petang Malam Terdapat beberapa orang pelajar lewat ke surau kerana gangguan bekalan air Beberapa orang pelajar kelihatan letih semasa tazkirah Persiapan untuk malam kebudayaan dilakukan Malam kebudayaan telah dilangsungkan dengan jayanya. Terdapat persembahan dikir barat khas daripada pelajar lelaki Kumpulan yang bertugas melakukan sentri Kumpulan dua melakukan aktiviti kembara Kumpulan pertama melakukan aktiviti berkayak. Aktiviti berkayak yang telah dilakukan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Pelajar melakukan solat Asar Kumpulan bertugas sibuk menyediakan makan malam

14 MAC 2013 Pagi Solat subuh berjemaah Takzirah subuh Berkawad dan menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu ipgm Melakukan senaman ringan Sarapan pagi Melakukan aktiviti refleksi kumpulan bersama mentor Pembentangan refleksi kumpulan dihadapan para peserta, fasilitator dan mentor Mengemas tapak perkhemahan Terdapat sesi bergambar dengan ahli kumpulan.

Tengahari Kawasan perkhemahan telah dibersihkan Kem komandan memeriksa bilangan peserta mengikut kelas masing-masing Bas telah tiba awal. Pukul 12.00 telah bergerak pulang ke ipg.

REFLEKSI DIRI
Saya bersyukur kerana saya telah berjaya menghabiskan progam Bina Insan Guru bagi siri 1 ini dengan selamat dan jayanya. Program yang bertempat di Kem Pengakap di Bagan Lalang ini telah memberikan seribu ilmu dan pengalaman yang berguna kepada diri saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para fasilitaor yang telah banyak membimbing dan memberikan ilmu di sepanjang program ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama mengharungi cabaran dan dugaaan di progam ini. Ketahanan fizikal, mental dan juga rohani kami telah diuji semasa kami menyertai program Bina Insan Guru ini. PeLbagai aktiviti yang dilaksanakan banyak memberi kesan positif terhadap saya dan kesan tersebut sangat berguna untuk saya sebagai bakal guru yang dalam membentuk kecemerlangan diri dan juga

kecemerlangan anak murid saya kelak. Saya dapat memupuk sifat kepimpinan saya semasa program ini. Keberanian dan juga keyakinan diri saya untuk tampil ke hadapan juga bertambah dan tiada lagi perasaan malu untuk membuat perkara yang sebelum ini saya rasa berasa malu untuk saya lakukan seperti membuat pembentangan dan juga menjadi ketua. Aktiviti kayak dan juga kembara telah menguji sifat kepimpinan dan juga

kerjasama yang dibentuk. Saya dapat belajar makna hidup yang lebih bermakna adalah dengan bekerjasama dengan kawan dan juga menghargai kawan yang kita ada. Sikap tolong-menolong dan juga bantu-membantu sangat penting dalam kami melaksanakan aktiviti berkayak dan kembara ini. Dalam LDK pula, kesedaran yang dipupuk sangatlah bermakna. Hal ini disebabkan oleh kami sebagai bakal guru perlu tahu tanggungjawab yang bakal dipikul sangatlah berat walaupun sesetengah masyarakat memandang ringan kerjaya seorang guru ini. Oleh itu, kita hendaklah menjadi guru yang berkualiti.

Kesimpulannya, aktiviti seperti ini seharusnya diteruskan bagi melahirkan guru yang berkualiti dan berkesedaran tinggi. Hal ini kerana setiap modal insan yang ingin dilahirkan perlu dilahirkan oleh guru yang berkualiti tinggi. Setiap pelatih guru seharusnya menghargai dan menghayati sebaik mungkin setiap pengalaman dan ilmu yang kita peroleh daripada aktiviti yang kita lakukan kerana makna dan kesannya sukar ditonjolkan ataupun ditulis dengan perkataan. Hanya pengalaman yang dapat memberi jawapan yang sebenar. Kita juga boleh mengaplikasikan pengalaman yang kita dapat. Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai