Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

1.1

PENGENALAN BIG

Guru adalah Pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran, serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baharu, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar IPG. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

1.2

MATLAMAT BIG

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program pekhemahan (4 hari 3 malam) yang dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.

1.3

OBJEKTIF

Program BIG ini ialah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. Fokus program BIG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan komuniti. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

2.1

BIODATA DIRI PESERTA

NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN BILANGAN FASA DAN SIRI TARIKH PROGRAM BIG LOKASI PELAKSANAAN NAMA TUTOR ALAMAT TEMPAT TINGGAL NAMA WARIS

MOHD NOH BIN MOHD HASSAN 861022-38-5373 1 PISMP PENGAJIAN MELAYU AMBILAN JUN 2013 FASA 1 SIRI 5 01 JULAI 2013 04 JULAI 2013 PUSAT LATIHAN KOKURIKULUM (PULAKO), IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM DAN DOMLAND, KEDAH. TUAN HAJI DAUD BIN MD. SAMAN NO 81,DATARAN RAPAT BARU 15,TAMAN SERI BERJAYA,31350 IPOH PERAK. MOHD HASSAN BIN ABD RAHMAN

2.2

ORGANISASI BIG

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

KETUA UNIT KOKURIKULUM PN. HJH. ROHAYA BINTI AHMAD PEMANTAU UST. HARUN BIN HAYA PENYELARAS BIG EN. ABDUL RAHMAN BIN MOIDU KEM KOMANDAN EN. KHAIRUL ALBAR BIN MANSOR KETUA JURULATIH EN. OMAR SAIFUDDIN BIN AHMAD JURULATIH TN. HJ. FAISAL BIN MOHD JAPERI EN. KHAIRUDIN BIN SAIDIN EN. SALLEH BIN MISLAN EN. AHMAD JIHADI BIN ABU SAMAH KETUA FASILITATOR EN. ABDUL SHUKOR BIN ABDULLAH FASILITATOR KEROHANIAN / MORAL UST. SUBKI BIN HJ. MOHAMED EN. KUPPUSAMY A/L KRISHNAN KETUA MAKANAN DAN MINUMAN PN. NORAZIAH BINTI AHMAD NADZIM TUTOR PENGAJIAN MELAYU : EN.MOHD KHALIL BIN MOHD YUSOFF PENGAJIAN TAMIL : EN. MANIYARASAN A/L MUNIANDY PENDIDIKAN MUZIK : EN.MOHD ZAHIR BIN NASIR PENGHULU MOHD NOH BIN MOHD HASSAN PENGHULUWATI PUNITHA A/P REGUNATHAN 2.2.1 Latar Belakang Peserta

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

BIG pada Fasa 1 Siri 5 ini disertai oleh pelajar-pelajar Pengajian Melayu, Pengajian Tamil dan Pendidikan Muzik Semester 1 PISMP. Aktiviti ini berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 01 Julai 2013 hingga 04 Julai 2013 yang mana melibatkan seramai 50 orang pelajar.

2.2.2 Persekitaran Program

Program BIG ini telah dijalankan di PULAKO (Pusat Latihan Kokurikulum) IPSAH, dan DOmland, Kedah di mana kawasannya dikelilingi alam semula jadi yang sangat cantik dan indah. Tempat perkhemahan pula di kawasan yang telah dikhaskan. Kami telah mengubahsuai kedudukan khemah kepada dua bahagian iaitu lelaki dan perempuan. Khemah-khemah yang disusun juga menghadap angin yang merentangi pintu khemah.

2.2.3 Kemudahan Fizikal

Pelbagai kemudahan di kawasan PULAKO seperti : Dewan serbaguna Bangsal Tapak khemah Bekalan elektrik Bekalan air Tandas Bilik rehat fasilitator

Kemudahan untuk aktiviti luar (outdoor) seperti : Kayak

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

Alat bantu ampung diri Tali

Dengan adanya kemudahan fizikal yang lengkap, program ini dapat berjalan dengan lancar selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan.

PENGHARGAAN

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan teima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua peserta yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini sehingga kami dapat menempuh semua rintangan dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih khas kepada tutor Tuan Haji Daud Bin Md. Saman, Encik Mohd Khalil Bin Mohd Yusoff, semua fasilitator dan jurulatih yang telah mengiringi serta membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Kepada barisan fasilitator BIG Fasa 1 Siri 5 / 2013, jutaan terima kasih di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya perolehi dengan sebaik mungkin.

Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.

Sekian, terima kasih.

JADUAL MAKANAN DAN KUMPULAN MEMASAK

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

HARI

MASAKAN Minum Petang : Roti & biskut + Teh O Kumpulan 1 Makan Malam : Nasi putih + ayam masak merah +

ISNIN

sayur campur (kubis+lobak merah) + sirap + buah tembikai Kumpulan 2 Supper : Biskut kering + Teh O Kumpulan 3 Sarapan : Bihun goreng + Kopi & Teh Kumpulan 4 Makan Tengah hari : Nasi putih + sambal ikan + sayur campur + sirap ais + pisang Kumpulan Minum Petang : Cucur udang + Teh O

SELASA

& Kopi O Kumpulan 2 Makan Malam : Nasi putih + kari ikan + telur dadar + sayur campur + air sarsi + tembikai Kumpulan 1 Supper : Roti & biskut + Milo Kumpulan 5

RABU

Sarapan : Nasi goreng + Teh O & Milo

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 5 / 2013

Kumpulan 3 Makan Tengah hari : Nasi putih + sup sayur + kicap ayam + teh o ais + tembikai Kumpulan Minum Petang : Bubur kacang + Teh O & Kopi Kumpulan 5 Makan Malam : Nasi goreng + telur mata + BBQ + air sarsi + pisang Kumpulan 4 Sarapan : Mi goreng + Teh O KHAMIS Kumpulan 5 Makan Tengah hari : Dalam

perjalanan balik

Anda mungkin juga menyukai