Anda di halaman 1dari 27

BAB 4

DAPATAN KAJIAN
4.1

Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian oleh penulis sendiri dalam

mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berbantukan komputer


dalam meningkatkan penguasaan kata sendi murid-murid tahun 5. Dalam masa yang sama
dapatan kajian ini juga adalah bertujuan untuk menjawab semua persoalan kajian yang telah
dibentuk. Hasil dapatan penulis telah diterjemahkan dalam bentuk data temu bual dan
pemerhatian yang diskrip dalam bentuk teks.
Seterusnya, penulis akan membentangkan analisis kajian berdasarkan soalan-soalan
kajian. Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan tiga persoalan tersebut:
4.2

Aspek tatabahasa Yang Sering Menjadi Kesalahan Dalam Kalangan Murid


Dalam hal ini, penulis ingin mengetengahkan aspek tatabahasa yang sering menjadi

masalah kepada murid-murid. Perbincangan umum terhadap penguasaan kata sendi dalam dalam
kalangan murid diperdebatkan secara serius oleh guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu di
sekolah ini. Ia telah ditafsir sebagai satu penyakit yang mana ia menampakkan kesilapan
berulang yang dilakukan oleh murid-murid. Akhir-akhir ini isu ini mula diperbincangkan secara
serius dengan matlamat agar penggunaan Bahasa Melayu lebih tepat dan betul. Kesilapan kata
depan yang berulang dilakukan oleh murid-murid antaranya kesilapan meninggalkan
penggunaan kata sendi nama yang sering, di kesalahan ejaan kata depan serta kesilapan gunakan.

49

Perbincangan tentang penggunaan kata sendi nama atau ada yang menamakannya kata
sendi nama yang menyentuh kesilapan penggunaan kata depan dari, daripada, pada, kepada,
seperti dan untuk. Dalam analisis kesalahan Bahasa Melayu oleh guru cemerlang Bahasa Melayu
SMK Air Kuning Perak, Haji Khaidir Harahap (2009) menulis bahawa terdapat banyak
kesalahan penggunaan kata depan atau kata sendi nama dilakukan oleh para pelajarnya.
Antaranya ialah pengguna kata depan di dan pada. Selain itu, terdapat juga kesalahan kata depan
yang lain seperti penggunaan dari dan daripada. Para pelajar menurut beliau tidak mengetahui
kata dari dan daripada mempunyai fungsi tersendiri. Biarpun telah diterangkan kata dari
menunjukkan masa, arah dan tempat namun para pelajar masih tidak menggunakan kata tersebut
dengan betul. Begitu juga juga penggunaan kata daripada yang digunakan dalam hal-hal yang
lebih umum iaitu untuk orang, perbandingan, abstrak, pertentangan, asal kejadian dan untuk
menyatakan keanggotaan.
Melihat kepada situasi pelajar SK Kampung Teh, ia bertepatan dengan pendapat Awang
Sariyan (1984) dalam kajianya, beliau telah menyatakan kesilapan penggunaan kata sendi nama
disebabkan oleh para pelajar tidak dapat membezakan fungsi kata sendi nama dalam membentuk
ayat. Dalam masa yang sama, pengaruh bahasa ibunda bagi pelajar bukan Melayu misalnya
menyebabkan kesalahan tatabahasa. Pelajar secara lahiriahnya akan menterjemah gaya bahasa
ibunda mereka secara terus ke dalam bahasa Melayu
4.3

Perspektif Murid-murid Tentang Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan


Komputer
Dalam kajian ini, penulis hanya menemubual lapan orang responden sahaja. Sesi temu

bual ini merupakan satu sesi yang sangat penting dalam mendapatkan maklumat yang sahih
50

dalam kajian ini. Ini bersesuaian dengan pendapat Chuah Kim Hwa (2007) yang telah
menyatakan bahawa, temu bual merupakan satu kaedah yang membolehkan seseorang
penyelidik mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersua
muka berlangsung (face-to-face) dengan peserta kajian. Begitu juga dengan hasil kerja murid,
yang mana penulis telah menyemak dan menganalisis sebanyak 8 tugasan atau lembaran kerja
(latihan kata sendi). Tujuan pertama temubual ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
perspektif murid tentang sejauh mana kesan pengajaran dan pembelajaran guru yang
berbantukan komputer kepada diri murid-murid itu sendiri. Dapatan kajian dibentangkan
berdasarkan lima soalan dengan para responden yang mana penulis dapat pecahkan seperti
berikut:
4.3.1

Murid-murid Menyukai Teknik Pengajaran Guru Yang Menggunakan Komputer


Dalam Menyampaikan Isi Pelajaran
Berikut merupakan antara jawapan-jawapan hasil daripada temu bual dengan beberapa

orang responden setiap kali sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran yang
berbantukan komputer dilaksanakan. Fokus penulis adalah pendapat responden tentang
bagaimana pengajaran berbantukan komputer ini dapat membantu mereka meningkatkan
penguasaan atau kefahaman mereka tentang kata sendi itu sendiri.
Teknik yang digunakan oleh cikgu sangat menarik minat saya untuk lebih focus kepada sesi
pembelajaran saya
Murid 1
Saya lebih faham dengan tayangan power point yang cikgu buat. Penggunaan kata sendi yang
betul lebih mudah difahami
51

Murid 2
Power Point yang cikgu hasilkan sangat menarik. Saya sangat menyukainya
Murid 3
Saya bertanyakan rakan sebelah saya dan dia berpendapat teknik yang cikgu gunakan sangat
menarik minat dia dan lebih mudah untuk faham tentang kata sendi itu
Murid 4
Apabila saya memahami apa itu kata sendi ini, saya lebih mudah untuk menulis ayat dalam
sesuatu karangan. Markah karangan saya meningkat dan saya gembira
Murid 5
Data temu bual di atas jelas menunjukkan kesemua responden menyatakan mereka suka
dan minta dengan teknik yang penulis gunakan. Penguasaan mereka dalam tajuk kata sendi
meningkat sekaligus teknik ini dapat membantu meraka dalam membina ayat atau karangan yang
lebih tepat dan menarik. Objektif saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga mudah
dicapai.
Antara sebab mereka menyukai teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ini adalah ia sesuai dengan minat murid-murid, iaitu penggunaan komputer. Paparan
power point yang penulis gunakan juga mempunyai gambar hias atau animasi yang sesuai dan
tepat dengan tahap umur mereka. Ini sesuai dengan pendapat Leong Mei (1998), yang
menyatakan bahawa kelebihan penggunaan komputer (PowerPoint) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran secara umunnya ialah kerana mempunyai paparan menarik. Ia mempunyai
52

kombinasi warna dan muzik yang tepat menghasilkan paparan yang menarik. Selain itu,
penggunaan permainan dan susunan teks yang teratur akan memberikan persembahan yang
menarik. Semua ini dapat menghasilkan cara pembelajaran yang berkesan.
4.3.2

Murid-murid Seronok Membina Ayat Apabila Menguasai Dengan Baik Tajuk Kata
Sendi
Semua responden menyatakan mereka sangat seronok menulis ayat yang berkait rapat

dengan kata sendi. Mereka telah menyatakan bahawa sebab mereka sangat menyukai teknik yang
digunakan oleh guru adalah kerana mereka telah diberi peluang untuk mengakses sendiri
komputer atau paparan power point itu di hadapan kelas. Selain itu mereka juga menyatakan
tidak bosan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana paparan power point yang
ditunjukkan sangat menarik dan telah berjaya menjadikan mereka lebih fokus dalam
pembelajaran mereka.
Saya seronok menulis ayat yang menggunakan kata sendi kerana saya telah pun menguasai
kata sendi dengan baik. Paparan power point yang cikgu sediakan membuatkan saya lebih
faham
Murid 1
Saya sempat berbincang dengan rakan sebelah sebelum ke hadapan untuk klik jawapan pada
soalan ogjektif itu. Kami berdua sangat teruja dengan power point yang dipaparkan oleh cikgu
Murid 2
Saya seorang murid yang agak lemah dalam bahasa. Dengan paparan yang cikgu gunakan,
lebih mudah untuk saya menguasai kata sendi ini
53

Murid 3
Saya seorang yang agak lemah dalam penulisan. Kelemahan yang ketara dalam penulisan saya
adalah penggunaan kata sendi yang kurang sesuai dalam ayat. Apa yang cikgu paparkan sangat
membantu saya. Terima kasih cikgu
Murid 4
Saya sering bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan tentang tajuk kata sendi ini. kami
seronok kerana ingin menjawap dengan betul semasa di hadapan kelas nanti. Kami semua
tertunggu-tunggu waktu Bahasa Melayu kerana teruja untuk klik pada butang komputer di
hadapan kelas
Murid 5
Murid-murid ini menyatakan mereka seronok ketika membuat perbincangan. Ketika
paparan power point ditayangkan di hadapan, murid-murid berbincang dalam suasana yang
seronok. Mereka dilihat seolah-olah bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan yang paling
sesuai bagi ayat yang telah diberikan. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
berpusatkan murid.
Semua responden menyatakan persetujuan bahawa penggunaan komputer dalam
pengajaran penulis amat membantu mereka dalam menguasai kata sendi ini. Ketika penulis
memaparkan power point di hadapan kelas, semua murid dilihat memberikan fokus sepenuhnya.
Bahan paparan yang menarik seperti gambar animasi, peta minda serta teknik hyperlink yang
digunakan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran penulis lebih interaktif serta berjaya
menarik minat mereka untuk member tumpuan sepenuhya.
54

4.3.3

Murid-murid Memperoleh Pengetahuan Baru (Aplikasi Power Point)


Saya memperoleh pengalaman baru daripada sesi pembelajaran hari ini
Murid 1

Gambar yang cikgu sediakan dalam paparan ini sangat menarik dan ia merupakan perkara baru
bagi penulis terutamanya gambar animasi pada setiap paparan tersebut
Murid 2
Kawan membantu membetulkan ayat yang saya buat. Paparan yang ada di hadapan kelas sangat
membantu kerana ia jelas dan sangat interaktif
Murid 3
Saya ingin mempelajari lebih lanjut tentang aplikasi power point ini. Ia sangat menarik kerana
sebelum ini saya jarang sekali melihat paparan power point
Murid 4
Saya banyak berkongsi perkara baru seperti cara-cara mengembangkan isi karangan dengan
bantuan paparan yang cikgu sediakan
Murid 5
Berdasarkan hasil temu buat yang penulis adakan, didapati responden telah menyatakan
bahawa aplikasi yang dipaparkan oleh guru merupakan pengalaman baru bagi mereka.
Responden menyatakan mereka memperoleh pengalaman baru hasil teknik yang penulis
gunakan. Dapatan kajian ini turut mendapati bahawa semua peserta amat berminat dengan teknik
55

yang penulis gunakan kerana adanya unsur inovasi dalam pengajaran. Hal ini sejajar dengan
Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan
menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan
ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita
rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
4.3.4

Perubahan-perubahan Dalam Aspek Penulisan Karangan Murid


Dalam analisis yang penulis jalankan, terdapat lima orang responden yang menyatakan

bahawa mereka dapat menulis karangan dengan baik serta dapat mengembangkan isi karangan
dengan baik setelah beberapa kali melalui sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan BBM
berbantukan komputer ini. Tiga orang respon pula menyatakan mereka tidak ketandusan idea
semasa membuat karangan serta mereka juga dapat memperbaiki ayat yang mengandungi kata
sendi agar lebih sesuai dan relevan dengan konteks setiap ayat.
Saya tidak ketandusan idea dan pendapat semasa menulis karangan
Murid 1
Markah karangan saya mulai meningkat semenjak memahami konsep kata sendi dengan baik
Murid 2
Cikgu kata karangan saya lebih mantap sekarang berbanding dahulu
Murid 3
Penggunaan kata sendi dalam karangan yang saya buat lebih betul dan tepat:
Murid 4
56

Berdasarkan temu bual di atas, jelas menunjukkan kesan yang amat positif daripada
proses pengajaran berbantukan komputer ini. Mereka menyatakan bahawa mereka

tidak

ketandusan idea semasa membina karangan. Ukuran secara kualitatif juga jelas apabila ada
seorang responden menyatakan bahawa markah karangannya mulai meningkat sejak cikgu
menggunakan teknik ini dalam pengajara beliau.
4.3.5

Murid-murid Mahu Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Diteruskan
Saya suka cara cikgu mengajar kami menggunakan komputer
Murid 1
Kalau boleh cikgu gunakan komputer untuk mengajar kami lepas ini. Sangat untuk memahami
apa yang cikgu ajar
Murid 2
Kami tidak bosan dengan kelas cikgu. Karangan kami juga lebih mantap sekarang. Kami harap
agar cikgu kekalkan cara ini di dalam kelas cikgu
Murid 3
Kelas nampak lebih ceria kerana kami tidak bosan. Paparan yang cikgu gunakan sangat
menarik minat kami di dalam kelas
Murid 4
Saya suka berbincang dengan rakan sambil melihat soalan yang terpampang pada skrin di
hadapan kelas. Fokus perbincangan kami hanya kepada soalan tersebut. Tidak ada yang lain
57

Mutid 5
Berdasarkan jawapan-jawapan di atas, jelas menunjukkan bahawa teknik pengajaran
berbantukan komputer ini amat sesuai digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran kepada
murid-murid dalam kelas ini. mereka menyatakan bahawa teknik pengajaran seperti ini
menjadikan mereka tidak bosan serta membolehkan mereka membuat perbincangan secara
terbuka dengan rakan-rakan.
4.4

Cara Murid-murid Menjalani Pembelajaran Berbantukan Komputer


Dalam hal ini, penulis telah menjalankan pemerhatian secara berterusan bagi

mendapatkan data yang tepat serta relevan. Semasa pengajaran dan pembelajaran, keadaan
murid-murid yang memberi fokus kepada isi pelajaran yang disampaiakn diperhati secara
menyeluruh. Penulis melaporkan dapatan pemerhatian tersebut berdasarkan tema-tema berikut:
4.4.1

Kesungguhan Memberi Fokus Kepada PdP


Berdasarkan pemerhatian oleh penulis semasa sesi pengajaran tersebut, penulis

mendapati bahawa responden amat berminat dengan pembelajaran mereka. Hal ini demikian
kerana adanya tarikan di hadapan kelas mereka. Antara laporan yang boleh penulis rangkumkan
adalah seperti berikut:
Murid-murid kelihatan memberi perhatian sepenuhnya semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Mereka dengan penuh minat membincangkan soalan serta sangat tertarik
dengan paparan yang ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas mereka itu. Mereka juga kelihatan
sentiasa bersedia dengan soalan-soalan yang bakal guru mereka ajukan. Aktiviti perbincangan
berbentuk berpasangan sangat aktif kerana masing-masing mereka ingin mendapatkan jawapan
58

yang paling tepat dan betul. Selepas itu, mereka bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan
yang diberi kerana penulis mendapati peningkatan penguasaan mereka kepada kata sendi
menjadikan mereka lebih seronok untuk membina karangan atau ayat-ayat yang gramatis.
Pemerhatian 1
Murid-murid kelihatan menyukai apa yang guru paparkan. Dengan kata yang lain, murid-murid
kelihatan menyukai teknik yang digunakan, iaitu penggunaan komputer dalam menyampaikan isi
pelajaran. Murid-murid dilihat sangat tertarik dengan animasi serta gambar-gambar yang
disertakan dalam paparan guru itu tadi.
Pemerhatian 2
Responden juga menunjukkan mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan bersungguh-sungguh. Melalui pemerhatian penulis sendiri, murid-murid sentiasa
bersedia mengikuti setiap peringkat pembelajaran mereka. Semasa paparan power point
ditayangkan, responden dilihat mencatat maklumat sambil berbincang dengan rakan sebelah bagi
menjelaskan lagi pemahaman mereka kepada konsep kata sendi ini.
Murid-murid juga dilihat menunjukkan minat yang mendalam dengan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer ini. Mereka bukan sahaja berminat
dengan teknik yang guru gunakan bahkan juga juga bahan yang digunakan oleh guru dalam
paparan power point tersebut. Pada akhir sesi PdP, murid-murid dilihat dapat menyiapkan
tugasan karangan mereka dengan baik dan ayat yang mereka gunakan juga lebih baik dan idea
mereka juga dilihat lebih tersusun.

59

4.4.2

Penglibatan Aktif Murid-murid


Murid-murid kelihatan lebih aktif ketika perbincangan, juga mengeluarkan pendapat dan

membetulkan jawapan rakan. Tiada murid yang pasif. Murid-murid kelihatan sangat ceria dalam
pembelajaran mereka.
Pemerhatian 3
Murid-murid menyukai paparan yang guru tunjukkan di hadapan kelas mereka. Gambar serta
animasi yang menarik membuatkan mereka teruja serta dapat mengelakkan mereka daripada
mengantuk semasa PdP berlaku.
Pemerhatian 4
Berdasarkan pemerhatian di atas, jelas menunjukkan responden melibatkan diri secara
aktif sepanjang kajian ini dijalankan. Sesi perbincangan dengan rakan sebelah berjalan dengan
lancar serta lebih menyeronokkan. Dalam masa yang sama juga, penulis mendapati ada
perubahan kepada murid yang sebelum ini sangat pasif dan suka menyendiri. Kumpulan yang
dahulunya sangat pasif sudah menunjukkan minat kepada sesi pembelajaran mereka. Penulis
berpendapat perubahan ini berlaku disebabkan peneguhan positif dalam diri mereka. Kumpulan
ini dilihat telah tertarik dengan apa yang dipaparkan di hadapan kelas. Ini menjadikan timbulnya
keinginan mereka untuk mencuba sendiri mengakses komputer di hadapan kelas mereka tersebut.
4.4.3

Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dieksploitasi Secara Optimum

Murid-murid merujuk soalan pada paparan power point di hadapan kelas. Murid-murid dilihat
sangat meminati animasi yang dipaparkan. Walaubagaimanapun, fokus sebenar mereka adalah
kepada soalan yang dikemukakan pada paparan tersebut. masing-masing ingin mencuba untuk ke
60

hadapan kerana mereka berpeluang untuk ke hadapan dan klik pada jawapan yang dirasakan
tepat dan betul.
Pemerhatian 5
Murid-murid secara nalurinya akan menyukai objek yang bewarna-warni. Mereka kelihatan
sangat teruja dengan gambar yang penulis paparkan pada setiap halaman power point tersebut.
selain itu, penggunaan peta minda pada halaman power point juga sangat menarik minat mereka.
Pemerhatian 6
Sepanjang kajian ini dijalankan, penulis telah menyediakan beberapa Bahan Bantu
Mengajar (BBM) yang menjurus kepada penggunaan komputer. Ternyata penggunaan komputer
ini sangat membantu penulis melicinkan setiap peringkat pengajaran penulis serta ia sekaligus
dapat membantu penulis dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Selain itu, terdapat juga responden yang memberikan komen selepas pusingan pertama
dijalankan. Responden tersebut menyatakan bahawa setiap paparan yang ditunjukkan oleh guru
sangat membantu mereka dalam membina ayat yang betul. Mereka juga menyatakan bahawa
gambar-gambar (yang berkaitan dengan isi karangan) serta animasi yang dipaparkan sangat
membantu serta memudahkan mereka menulis karangan.
4.4.4

Murid Menyukai Ganjaran


Sepanjang kajian ini dijalankan juga, penulis turut menyediakan ganjaran sebagai

motivasi kepada responden. Ini sesuai dengan teori pembelajaran yang sebelum ini telah
diutaraka oleh B.F Skinner (1958) dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam Teori ini
beliau menyatakan tingkah laku itu dipengaruhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau
61

dendaan. Dengan adanya ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku positif dapat
dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif murid-murid akan diubah. Menurut Skinner,
pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu, peneguhan, denda, prinsip premack
dan pelupusan.
Peneguhan positif juga ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Menurut Rahil
Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku
dengan adanya rangsangan tertentu. Sesuatu peneguhan itu boleh merupakan benda, sosial
(seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan
kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu akan disifatkan sebagai peneguhan positif.
Murid-murid kelihatan gembira menerima pensel, pemadam dan coklat. Mereka masing-masing
aktif bercakap, berbincang serta memberikan pendapat kepada rakan-rakan.
Pemerhatian 7
Murid-murid terharu dan bangga apabila menerima ganjaran daripada penulis. Mereka sangat
bersemangat untuk mencuba ke hadapan dan sangat bersemangat untuk membuat tugasan yang
diberi.
Pemerhatian 8
Berdasarkan pemerhatian di atas, didapati murid-murid suka dengan ganjaran yang
diberikan. Mereka masing-masing dilihat sangat bersungguh-sungguh dalam membuat tugasan
mahupun menjawab soalan di hadapan kelas kerana ingin mendapat ganjaran seperti pensel,
pemadam dan coklat yang disediakan oleh guru. Ganjaran akan diberikan kepada murid-murid
62

yang berjaya mendapat markah yang tinggi dalam karangan, kertas objektif serta berjaya
menjawab soalan dengan betul di hadapan kelas.
4.4.5 Prestasi Penulisan Dan Ujian Objektif (Soalan Berkaitan Kata Sendi)
Pencapaian kemahiran menulis murid-murid dalam penulisan dan ujian objektif selepas
pengajaraan berbantukan komputer ini didapati telah meningkat. Pencapaian ini jelas dilihat dari
segi markah semasa mereka melakukan tugasan yang diberi serta markah yang dikutip semasa
ujian objektif dilaksanakan. Markah yang dikutip telah dikira dan dijumlahkan dalam kiraan per
seratus.

Murid
Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
Murid 5
Murid 6
Murid 7
Murid 8

Markah Tugasan Pada setiap Pusingan (%)


Pusingan 1
Pusingan 2
Pusingan 3
Pusingan 4
45
45
42
63
24
35
40
42
45
55
48
60
45
47
52
60
60
70
80
82
48
50
55
64
60
66
72
80
60
72
80
88
JADUAL 3: Markah murid-murid dalam lima pusingan PdP

Pusingan 5
64
60
66
72
88
78
88
92

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan tren peningkatan markah bagi murid-murid
tersebut secara keseluruhan. Pada pusingan pertama, markah kesemua murid yang dikaji adalah
sekitar 45 hingga 60 markah sahaja. Murid pertama contohnya, hanya mendapat 45 per seratus.
Markah murid ini telah meningkat pada pusingan yang terakhir walaupun berlaku penurunan
pada satu peringkat pusingan tersebut. perkara yang sama juga berlaku kepada murid 8 yang
mana murid ini merupakan antara murid yang cemerlang dalam kelas ini. Pada pusingan
pertama, markahnya adalah sekitar 60 peratus sahaja. dia telah menunjukkan peningkatan dari
segi pemarkahannya apabila mendapat 72 peratus pada pusingan yang kedua, 80 peratus pada
63

pusingan yang ketiga, 88 peratus pada pusingan yang keempat seterusnya telah memperoleh 92
peratus pada pusingan yang ke lima.
Prestasi murid-murid ini didapati meningkat pada pusingan ketiga hingga pusingan yang
ke lima, walaupun markah yang diperolehi tidaklah besar (mencapai A) dan tidak ramai yang
mendapat skor cemerlang. Namun, dalam situasi ini, penulis boleh membuktikan bahawa dengan
aplikasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini, dapat meningkatkan
penguasaan mereka dalam aspek tatabahasa terutamannya kata sendi.

4.6

Kesimpulan
Bab ini telah membentangkan dapatan kajian tentang kesan aplikasi pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan penguasaan kata sendi dalam


kalangan murid-murid tahun lima dengan menjawab tiga persoalan dan dapatan kajian turut
dihuraikan berdasarkan tema-tema dalam objektif kajian ini.

64

BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian, kesimpulan dan mengandungi
cadangan-cadangan penulis berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh penulis sendiri.
Dalam masa yang sama, bab ini juga merumuskan kajian ini secara keseluruhannya.
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Aspek Tatabahasa Yang Sering Menjadi Masalah Kepada Murid-murid
Dapatan kajian oleh penulis telah mendapati aspek tatabahasa yang selalu menjadi masalah
kepada murid-murid aadalah berkenaan kata sendi atau kata depan. Dalam hal ini, ramai murid
kelas tahun lima telah menyatakan mereka sangat keliru apabila membina ayat menggunaakan
kata sendi ini. Melalui tugasan serta ujian yang diberikan juga, penulis mendapati antara
65

kesalahan kata sendi yang sering menimbulkan kekeliruan adalah penggunaan kata di. Ini adalah
bersesuai dengan kajian yang dilakukan oleh Izani Hj. Daud (1996) telah mendapati bahawa
terdapat enam kesilapan penggunaan kata sendi di yang sering dilakukan oleh para pelajar. Enam
kesilapan yang dimaksudkan ialah kesalahan penggunaan kata sendi nama di pada kata pasif,
kata sendi nama di ditulis rapat dengan kata yang menunjukkan arah, kata sendi nama di juga
ditulis rapat pada kata nama yang menunjukkan tempat. Kesalahan lain ialah kesalahan
menggunakan kata sendi nama di untuk merujuk ruang abstrak dan bahagian tertentu dan
kesalahan terakhir ialah kesalahan untuk menunjukkan masa atau waktu. Begitu juga dengan
kata sendi nama dari dan daripada. Pengguna keliru untuk membezakan kata sendi nama ini
kerana tidak mengetahui fungsi sesuatu kata sendi nama dengan jelas. Oleh itu, kajian ini akan
menumpukan kepada kata sendi nama yang mengelirukan penggunaannya yang boleh
menyebabkan kesalahan dalam ayat secara keseluruhannya.
Selain itu, murid-murid tahun lima sekolah ini juga dilihat tidak memahami fungsi kata sendi
nama yang mana ia menjurus kepada kesalahan dalam membina ayat seterusnya membawa
kepada bayak kesalahan yang berlaku dalam karangan yang mereka bina. Awang Sariyan (1984)
dalam kajianya telah menyatakan kesilapan penggunaan kata sendi nama disebabkan oleh para
pelajar tidak dapat membezakan fungsi kata sendi nama dalam membentuk ayat. Dalam masa
yang sama, pengaruh bahasa ibunda bagi pelajar bukan Melayu misalnya menyebabkan
kesalahan tatabahasa. Pelajar secara lahiriahnya akan menterjemah gaya bahasa ibunda mereka
secara terus ke dalam bahasa Melayu. Ini akan menyebabkan berlakunya kesalahan sendi nama
yang boleh menggangu konteks tatabahasa sesuatu ayat yang dibina itu.
5.2.2 Pandangan Murid Kepada Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer
66

Dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid menyukai teknik yang digunaka oleh
penulis. Semua responden telah menyatakan sebab mereka menyukai teknik yang digunakan ini.
antara sebab utama adalah kerana teknik ini sangat menarik minat mereka untuk lebih
memahami konsep kata sendi serta fungsi kata sendi itu sendiri dalam ayat. Terdapatnya gambargambar serta animasi pada paparan menjadikan mereka seronok. Di samping itu, mereka juga
bersemangat untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan kerana mereka sendiri diberi
peluang untuk ke hadapan seterusnya mencuba sendiri untuk klik butang komputer berdasarkan
jawapan yang telah mereka pilih. Dalam sesi temu bual yang telah dijalankan, jelas menunjukkan
bahawa teknik yang paling sesuai bagi menerangkan penggunaan kata sendi dalam kalangan
murid tahun lima ini adalah melalui teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
5.2.3 Adakah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer Sesuai?
Pada pendapat penulis, teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini
sangat sesuai diamalkan dalam PdP kelas ini. Melalui permerhatian yang dijalankan, jelas
menunjukkan bahawa murid-murid sangat seronok semasa PdP dijalankan. Selain itu, penulis
telah mendapati tren yang meningkat dalam markah responden ini. Dapatan daripada kajian ini
juga mendapati sebab-sebab murid berasa seronok dengan teknik pembelajaran berbantukan
komputer ini adalah kerana teknik ini membolehkan mereka mengakses sendiri komputer di
hadapan kelas untuk mendapatkan jawapan. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Zaceriya
(1995) yang mana beliau menyatakan bahawa kombinasi grafik, bunyi, video, teks dan animasi
dapat menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia mempunyai interaktif yang
tinggi maka ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi guru. Pelajar sekolah
berinteraksi melalui multimedia untuk memperoleh pengetahuan yang berguna dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka.
67

5.3 Implikasi Kajian


Berdasarkan daripada kajian yang telah dihasilkan oleh penulis ini, dapat penulis
bincangkan kepada dua, iaitu seperti berikut:
5.3.1 Implikasi Kepada Murid
Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ini jelas menunjukkan aspek kognitif murid itu sendiri banyak
memainkan peranan dalam melahirkan penggunaan kata sendi yang baik sekaligus dapat
meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid. Justeru aspek kognitif ini perlu
dititikberatkan oleh guru dalam memastikan agar murid sentiasa bersedia menerima isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Dari segi afektif pula, dapatan kajian juga
menunjukkan semua murid mempamerkan perasaan serta situasi yang terkawal ketika
berlakunya PdP dan semasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kepada mereka.
Secara keseluruhannya, bolehlah penulis rumuskan bahawa teknik pengajaran
inimemberikan implikasi yang positif dalam kestabilan emosi murid. Hal ini member petanda
bahawa apa yang penulis cadangkan ini dapat digunakan untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, khususnya pengajaran tatabahasa pada masa akan datang. Teknik ini juga dilihat
berpotensi untuk melahirkan murid yang celik komputer serta berketrampilan serta berdisiplin
tinggi sekiranya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.
5.3.1 Implikasi Kepada Guru
Dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini, guru berperanan sebagai
fasilitator sahaja. Peranan guru adalah untuk mengaktif atau menggalak aktiviti pembelajaran.
68

Dalam hal ini guru akan memberikan bantuan atau penerangan kepada murid-murid yang masih
keliru dengan apa yang dipaparkan. Selain itu, guru perlu menunjukkan hubungan yang mesra
kepada murid agar mereka lebih seronok. Ini sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer kerana ia juga seperti teori pengajaran yang lain, yang mana keseronokan
dalam pembelajaran murid amat penting bagi memastikan mereka sentiasa fokus dan bersedia
untuk menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

5.4 Rumusan Kajian


Sebagai rumusannya, dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan bahan bantu
mengajar berbantukan komputer untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata
sendi yang betul dan tepat. Semua murid-murid yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian
dijadikan sebagai sampel dan responden.
Antara kekuatan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah dapat
mewujudkan situasi pembelajaran aktif serta terkawal di dalam kelas. Murid-murid juga dilihat
belajar dalam keadaan yang sangat seronok dan tidak membosankan. Aktiviti pengajaran ini
membolehkan mereka aktif berbincang bersama rakan. Selain itu, ia juga membolehkan mereka
mengakses sediri komputer untuk mendapatkan penerangan tentang tajuk kata sendi yang
mereka pelajari.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) menjadi elemen penting dalam pengajaran dan
pembelajaran murid. Mereka perlu disediakan dengan kemudahan yang mencukupi agar
pembelajaran mereka lebih bermakna dan tidak membosankan. Justeru pihak Kementerian
Pendidikan itu sendiri seharusnya lebih proaktif dalam menyediakan guru dengan kursus-kursus
69

profesionalisme terutamanya teknik, strategi serta kursus berkenaan Bahan Bantu Mengajar
(BBM). Ini sangat penting bagi memastikan guru-guru sentiasa bersedia dengan pengajaran yang
baik dan berkualiti untuk murid-murid. Apabila murid-murid belajar dalam keadaan yang
menyeronokkan, akan memudahkan guru mencapai objektif yang diharapkan.

BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mahmood. 1992. Ayat Pasif Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdullah Hassan. (1993). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Allen, H.B. 1964. Reading In Applied English Linguistic. New York: A Merind Publication.
Arbak Othman. 1981. Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Asiah Idris. 1989. Penggunaan Sendi Nama Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj.Omar. 1980. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan pustaka.
Azman Wan Chik. 1986. Mengajar Bahasa. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

70

Awang Mohamad Amin. 1992. Satu Kajian Khusus Penguasaan Bahasa Malaysia Peringkat
Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Adam, G.R dan Schvaneveldt, J.D (1985). Understanding Research Methods. New York :
Longman.
Arpan Shahbudin Haji Laip. (1998). Bahasa Melayu : Kesilapan Tatabahasa : Satu Analisis.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (1981). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Edisi Permulaan.
Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana Enterprise.
Brown, H. D. 1980. Principles Of Language Learning And Teaching. Englewood Cliffs, New
Jersey: Prentice. Inc.
Corder. 1977. Analisis Kontasis Dan Analisis Kesilapan. Jurnal Dewan Bahasa. Jil 1 (21)
Okt: 256.
Darwis Harahap. 1991. Persoalan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1982. Laporan Jawatan Kuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
71

Erdogan V. (2005). Contribution of Error Analysis to Foreign Language Teaching. Mersin


University Journal of the Faculty of Education, 1 (2), 261-270.
Farid M. Onn. 1986. Kaedah Mengajar Pengkayaan Bahasa. dlm Azman Wan Chik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
George. 1972. Dlm. Izani Hj. Daud (pnyt) Kesilapan Penggunaan Sendi Nama di- Dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu: Satu Kajian Kes. Jurnal Dewan Bahasa Jil 21(3) Jun :
418.
Haji Khaidir (2009) Julai. Kajian Analisis Kesalahan Dalam Bahasa Melayu. Diperoleh pada
24 Julai 2013 daripada http://hajikhaidir.blogspot.com/2009/07/analisis-kesalahandalam-bahasa-melayu.html
Izani Hj. Daud. 1996. Kesilapan Penggunaan Sendi Nama di Dalam Pemelajaran Bahasa
Melayu satu Kajian Kes. Jurnal Dewan Bahasa 40 (5) hal. 418-427.
Institut Bahasa. 1994. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ismail Dahaman. 1997. Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. 1980. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jais Sahok 1990. Tinjauan Kesalahan Bahasa Di Kalangan Pelajar. Jurnal Dewan Bahasa Jil
2 (34) Mac: 189-200

72

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofiah Hamid. 1994. Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. 1994. KBSM Dan Strategi Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lutfi Abas. 1986. Sendi Nama Dan Arah. Jurnal Dewan Bahasa Jil 2 (30) Jan: 37-59.
Lufti Abas (1986). Kata Sendi Nama dan Arah. Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 30 : 1 Januari hal.
37-59.
Md. Daud Taha. (1992). Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu
di Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam. Serdang : Universiti Putra
Malaysia.
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohamad Naja Abdullah. 2000. Kesalahan Penggunaan Frasa Sendi Nama di Di Kalangan
Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah Dato Haji Hussein, Selama, Perak. Tesis Ijazah
Sarjana Muda: Universiti pendidikan Sultan Idris.
Moghimizadeh R.P (1998). The Study of Syntatic Avoidance on the Written Production of
Persian University Students Majoring in Teaching English as a Foriegn Language.
Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

73

Mohd Shahril Rajain. (1996). Analisis kesalahan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelar
Tingkatan Enam di sekolah menengah: satu kajian kes. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Muhammed Salehudin Aman. (1993). Analisis kesalahan tatabahasa bahasa Melayu di
kalangan pelajar sekolah menengah agama atas. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Nadzeri Hj. Isa. (1997). Bahan pengajaran bahasa: Persoalan tentang kesesuaian, ketepatan
dan keberkesanannya sebagai fokus utama dalam pengajaran. Jurnal Bahasa. 41(1).
Jan 1997.
Nik Safiah K, Farid M.O, Hashim M, A.H Mahmood (1993). Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dn Pustaka.
Nor Asmah Abd. Aziz. (2009). Penggunaan kata hubung bahasa Malaysia dalam kalangan
pelajar sekolah menengah: satu analisis kesilapan. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Richard J.C, Platt J.T, Weber H & Candin C.N (1992). Longman Dictionary of Apllied
Linguistic. Essex : Longman.
Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam. 1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

74

Siti Hajar Abd. Aziz. 1996. Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Zainal Abidin Ahmad. 1965. Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
______________________. 1988. Sendi Nama Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
____________. 1989a. Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
____________. 1989b. Nahu Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
_____________dan Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

75

Anda mungkin juga menyukai