Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI BINA INSAN GURU (BIG) FASA 3

NAMA : ROZAINA BINTI HAMMA


OPSYEN : PISMP PRASEKOLAH (SEMESTER 4)
AMBILAN : JANUARI 2013

Pada 10 Oktober 12 Oktober 2014 yang lalu, program Bina Insan Guru (BIG)
fasa 4 (Kembara Sosial) telah dijalankan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sook,
Keningau oleh para pelatih PISMP Prasekolah dan Tesl (Ambilan Januari 2013).
Program Bina Insan Guru (BIG) ini merupaan program yang wajib disertai oleh semua
pelatih ambilan januari 2013. Oleh yang demikian, program tesebut telah dirancang
diperingkat kelas dengan pantauan dan bimbingan daripada penyelaras BIG sendiri
iaitu Puan Bawani dan Unit Kokurikulum IPG Kampus Keningau.

Dalam fasa perancangan , saudara Masjahidi Bin Armas telah dilantik sebagai
pengerusi program kali ini. Pada awalnya, kami memilih untuk melaksanakan program
ini di Pulau Banggi Kudat, namun atas beberapa faktor terutamanya keselamatan,
tempat tersebut tidak dapat dijadikan sebagai tapak program pada kali ini. Dalam fasa
perancangan ini, saya sendiri telah di lantik sebagai ajk peralatan. Dalam menjalankan
tugas sebagai ajk peralatan, saya serta ajk yang lain telah berhubung dengan
penyelaras BIG sendiri berkenaan dengan segala peralatan yang diperlukan sepanjang
program ini berlansung temasuk peralatan memasak, khemah dan sebagainya.

Apabila kertas kerja telah diluluskan, sesi taklimat oleh penyelaras BIG telah
dilaksanakan bertempat di gymnasium IPG Kampus Keningau. Dalam taklimat tersebut
juga sesi pembahagian kumpulan memasak dan kumpulan kecil untuk kembara sosial
juga dilaksanakan. Selepas taklimat tersebut, semua peserta dikehendaki untuk
memastikan peralatan yang ingin digunakan untuk memasak lengkap dan masih
berfungsi dengan baik mengikut kumpulan. Taklimat ringkas juga diberikan oleh wakil
kem koman iaitu Encik Ismail Bin Thani berkenaan dengan perjalanan program tersebut
dan aktivti akan berlansung sepanjang 3 hari 2 malam. Nasihat juga turut diberikan
sebelum mengikuti program tersebut.

Pada hari kejadian,semua peserta mula berkumpul di gymnasium seawal pukul


6.30 pagi untuk upacara flag-off. Upacara ini disempurnakan oleh timbalan pengarah
Encik Baharom bin Mohd Noor. Upacara ini merupakan upacara wajib sebelum
memulakan sesuatu program luar yang mana timbalan akan menyerahkan amanah
untuk menjaga kesemua peserta kepada kem koman. Sebagai seorang pemimpin di
sekolah kelak, amanah yang sedemikian merupakan sesuatu yang sukar untuk dipikul
tanpa kerjasama daripada semua pihak.

Setibanya di Sekolah Kebangsaan Sook, segala persiapan berlansung dengan


begitu baik dan lancar sekali. Ini termasuklah persiapan tempat memasak, tempat
penginapan dan sebagainya. Tempat yang disediakan oleh pihak sekolah juga sangat
kondusif. Setelah segala persiapan siap dilakukan, sesi taklimat oleh kem koman yang
dilantik iaitu Encik Shamrin berkenaan dengan peraturan yang telah ditetapkan
sepanjang program tersebut berlansung. Sebagai seorang guru pelatih yang
berintegeriti, segala peraturan yang ditetapkan sedaya upaya dipatuhi terutama
berkenaan dengan pengurusan masa.

Aktiviti utama dalam program Kembara Sosial ini ialah sehari bersama keluarga.
Aktivti ini memerlukan semua peserta pergi ke rumah keluarga angkat yang telah
ditetapkan mengikut kumpulan dan klu yang diberikan untuk mencari rumah tersebut
hanyalah nama salah seorang anak daripada kelurga tersebut yang juga merupakan
murid di Sk Sook. Kumpulan saya sendiri telah mendapat keluarga Encik Syahidin Naili
dan Puan Azilah Sidek. Aktiviti ini bermula seawal pukul 8.00 pagi dan semua peserta
dikehendaki kembali ke sekolah selewat-lewatnya pukul 5.00 petang.

Pada awalnya agak sukar untuk kami mencari rumah keluarga yang terletak di
Perumahan Safoda. Namun, kami bertanya kepada penduduk yang yang berada
disekitar tempat tersebut dan Syukur ke hadrat Ilahi, kami sampai ke destinasi yang
ingin dituju dengan selamat.
Setibanya kami dirumah tersebut, kami disambut dengan begitu baik oleh Encik
Syahidi sekeluarga. Namun, sebelum bergerak ke rumah keluarga angkat kami telah
dibekalkan satu sampul surat yang mengandungi panduan pelaksanaan sehari
bersama keluarga. Ini menjadi panduan utama untuk kami dalam melaksanakan aktiviti
in dengan efisyen. Sesi perkenalan ringkas telah berlansung diawal pertemuaan.
Pelbagai soalan yang diajukan kepada pihak keluarga sebagai langkah untuk lebih
mengenali keuarga tersebut.

Setelah selesai sesi perkenalan ringkas, kami menyediakan juadah dan makan
tengah hari bersama. Aktiviti yang kami banyak laksanakan sepanjang sesi ini ialah
berkongsi pengalaman dan sesi perkongsian. Dalam konteks ini, amat penting kami
sebagai bakal guru untuk mengaplikasikan komunikasi berkesan. Contohnya,
pertanyaan yang diajukan kepada ahli keluarga perlulah menggunakan bahasa yang
sopan dan ayat yang sesuai.

Antara aktiviti lain yang berlansung sepanjang program Kembara Sosial ini
antara termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti ini sebenarnya dapat
melatih peserta untuk lebih yakin pada diri sendiri. Ini kerana pelbagai tugasan yang
perlu dilaksanakan. Selain itu, kerjasama dalam kumpulan juga amat penting. Antara
aktivti yang menarik perhatian saya ialah, setiap kumpulan diberikan satu situasi yang
mana kami diminta untuk berfikir di luar kotak fikiran untuk menyelesaikan masalah ke
atas situasi yang diberikan.

Selain itu, aktiviti Malaysia Cergas. Sebagai guru yang cemerlang perlu lah
memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas dan aktiviti ini merupakan salah satu
aktiviti yang dapat menjadikan tubuh badan peserta sentiasa dalam keadaan sihat..

Kelemahan yang dapat dilihat sepanjang program ini berlansung ialah dari aspek
pengurusan masa iu sendiri, Contohnya, masa untuk memasang khemah sahaja agak
panjang kerana berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya semua peserta
hanya tidur di kelas sahaja kerana tapak perkhemahan gelap. Sebagai cadangan
penambahbaikan mungkin, ajk pelaksana boleh semak terlebih dahulu tapak
perkhemahan tersebut sebelum program berlansung.
Kesimpulannya, tanggungjawab kita sebagai pendidik ialah mendidik anak
bangsa sehingga menjadi insan yang berguna. Namun, jangan kita abaikan
tanggungjawab kita dalam hidup bermasyarakat. Justeru, kita seharusnya lebih peka
dan tahu bagaimana untuk menjadikan setiap pengalaman yang kita lalui itu sebagai
sesuatu yang bermakna untuk kita.

Oleh :

______________________________
ROZAINA BINTI HAMMA

(PELATIH PISMP PRASEKOLAH SEM 4)

Anda mungkin juga menyukai