Anda di halaman 1dari 4

IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK JALAN DATO MOHD MUSA 94300 KOTA SAMARAHAN.

KERTAS KERJA PROGRAM KELAS BIMBINGAN MEMBACA TAHUN 5


TEMPAT:

PUSAT SUMBER
TARIKH :

3 Julai 2013 25 Julai 2013

ANJURAN:

GURU PELATIH PISMP PM 1110 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK SEMESTER 8

1.0 PENDAHULUAN

Program kelas bimbingan membaca bagi tahap dua di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dan efektif dijalankan bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid tahap dua malah dapat memupuk semangat membaca dalam diri murid. Di samping itu, program yang dijalankan ini juga mampu memberi pengalaman kepada guru pelatih dalam mengendalikan kelas bimbingan bagi tahap dua ini. Selain itu, program ini boleh melahirkan murid yang aktif dan minat dalam membaca malah aktiviti membaca boleh dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang murid.

2.0 MATLAMAT

Malamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang mahir, aktif dan memupuk minat murid dalam membaca setiap hari dan seterusnya untuk jangka masa yang panjang dalam kehidupan mereka. Menerusi program ini, setiap murid yang terlibat akan meningkatkan kemahiran dalam membaca kerana membaca ini merupakan kemahiran yang sangat penting. Tambahan pula, program ini juga akan membantu membina keyakinan diri murid yang kurang mahir membaca.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran membaca. 3.2 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan minat membaca di peringkat awal. 3.3Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru. 3.4Mengisi masa terluang murid. 3.5Meningkatkan keyakinan diri semasa program ini dijalankan. 3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 3 Julai 2013 25 Julai 2013. 4.2 Dilaksanakan selama sebulan oleh guru pelatih sempena Internship. 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan setiap hari sebelum jam 7.30 pagi.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Minggu 3 Julai 2013 5 Julai 2013 8 Julai 2013 12 Julai 2013 15 Julai 2013 19 Julai 2013 22 Julai 2013 25 Julai 2013

Perkara Membaca perkataan (digraf) Membaca perkataan (diftong) Membaca ayat mudah. Membaca petikan pendek.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

5 orang murid tahun 5 di SK. St. Patrick Tangga, Serian. i) Jong Siaw Hui ii) Sante Anna iii) Melwell iv) Melzeri v) Nollan

7.0 ANGGARAN KOS

Bil : 1. 2. 3.

Bahan Kertas A4 Dakwat Pencetak Kos Binding Jumlah :

Harga Seunit RM 13.00 RM 28.00 RM 5.00

Kuantiti 1 2 3

Jumlah RM 13.00 RM 56.00 RM 15.00 RM 84.00

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat Penyelaras Pengerusi Setiausaha

: En. Lawen @ Lawin ak Katat : Pn. Noor Hashimah bt. Rambli : Pn. Fauziah Abdullah : Cik Azalea Chulin

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, . ( AZALEA CHULIN ) Setiausaha, Program Kelas Bimbingan, SK ST. Patrick Tangga, Serian.

Disemak oleh,

.................................................. ( PN. FAUZIAH ABDULLAH ) Pengerusi Program Kelas Bimbingan, Sekolah Kebangsaan St. Patrick, Serian.

Disahkan oleh,

---------------------------------------(ENCIK LAWIN ANAK KATAT) Penasihat, Program Kelas Bimbingan, SK ST. Patrick Tangga, Serian.

Anda mungkin juga menyukai