Anda di halaman 1dari 7

SOALAN TEMUBUAL

1. ‘Guru berkualiti ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan
masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kekal berkualiti, guru
perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang.’

(Utusan Malaysia, 14 Mei 2009)

Apakah pandangan puan tentang konsep profesionalisme keguruan?

Pada pendapat saya, konsep profesionalisme keguruan ialah nilai yang


berkaitan rapat dengan pekerjaan guru dan perlu ada pada seseorang guru,
contohnya amanah, integriti, kreatif, inovatif, sabar, berkemahiran
interpersonal, berketerampilan serta peka kepada isu semasa khususnya isu
pendidikan dan sebagainya.

2. Pada pandangan puan, apakah ciri-ciri guru yang professional?


Guru berprofesional perlulah amanah, integriti, kreatif, inovatif, sabar,
berketerampilan, berkemahiran interpersonal, peka kepada isu semasa
khususnya isu pendidikan dan sebagainya.sebagai contoh, guru perlu
amanah dan melaksanakan tugasan yang diberi dan penuh dedikasi. guru
perlulah sentiasa kreatif dalam mengatur strategi pengajaran dan
pembelajaran, berkomunikasi dengan murid, ibubapa, rakan sejawat dan
masyarakat. Keterampilan guru dalam sekolah juga perlu diutamakan kerana
tingkah laku guru akan mempengaruhi persepsi murid terhadap guru tersebut.
Guru juga harus peka kepada isu semasa agar guru dapat
memperkembangkan diri dari segi ilmu, kemahiran, dan sahsiah pada masa
ke semasa.
3. Apakah cadangan puan yang dapat membantu guru-guru supaya menjadi
guru yang berprosionalisme tinggi?
Antara usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap profesionalisme,
guru perlu sentiasa peka dan memahami setiap perubahan dasar yang
berlaku dalam sistem pendidikan disamping memahami matlamat yang ingin
dicapai. Demikian kerana, dalam usaha Negara untuk melahirkan ‘modal
insan’ ,mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah adalah medium
yang melengkapi kearah matlamat tersebut. Pelajar yang cemerlang secara
bersepadu perlu diperkukuhkan dari aspek rohaninya melalui penghayatan Al-
Quran dan memahami konsep Sunnah agar potensi diri yang dimiliki
menjurus kearah kebaikan.
Usaha yang kedua ialah sentiasa berfikiran kreatif untuk mencipta
inovasi-inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan
perubahan zaman. Dalam kemajuan teknologi maklumat contohnya,
penggunaan ICT dalam mata pelajaran boleh dilaksanakan dengan jayanya .
Contohnya menghasilkan bahan bantu mengajar dalam bentuk interaktif agar
P&P yang dijalankan menjadi lebih menarik dan berkesan sesuai dengan
kecenderungan pelajar di abad ini. Kemahiran dalam bidang ICT pula perlu
diteroka melalui kursus-kursus multimedia dan komunikasi. Bidang agama
tidak menghalang seseorang guru untuk mencapai tahap kemahiran yang
sama tinggi dengan bidang akademik lain seperti sains dan matematik.
Malah, bidang agama sangat fleksibel untuk disesuaikan dalam apa jua
bentuk teknik dan kaedah selagi tidak mengubah nilai dan disiplin ilmunya.
Kaedah ‘Lesson Study’ yang diperkenalkan pada tahun ini merupakan
pendekatan berkesan untuk melatih diri menjadi seorang guru yang
perfesional. Kaedah yang berkonsepkan pementoran dan perkongsian
kepakaran memberi peluang kepada guru untuk mencari kelemahan dan
membuat penambahbaikan melalui teguran serta cadangan membina yang
diberikan oleh rakan sekerja lain. Malah, guru dapat berkongsi pengalaman
dan kepakaran guru lain dalam mencari kaedah paling berkesan bagi P&P
yang dijalankan. Lantaran itu, penglibatan dalam program ‘Lesson Study’
perlu dibudayakan secara konsisten dari masa ke semasa.
Guru yang mencapai tahap pakar perlu menguasai mata pelajaran
yang diajar sepenuhnya. Bagi meningkatkan tahap penguasaan, saya perlu
sentiasa bersedia sebelum menjalankan PdP dari aspek isi pengajaran
dengan memperbanyakkan sumber. Antaranya mengkaji kitab-kitab asal yang
berkaitan dengan tajuk supaya input tambahan dapat dikongsikan bersama
pelajar. Pergantungan kepada penggunaan buku teks perlu dikurangkan
supaya P&P menjadi lebih menarik. Ada ketikanya, pelajar tidak berminat
dengan penggunaan buku teks kerana dianggap rigid dan membosankan.
Situasi ini merupakan cabaran bagi guru untuk menggarap minat pelajar
terhadap mata pelajaran. Justeru, keperlbagaian sumber perlu digunakan
supaya pemikiran pelajar dapat dikembangkan.
Saban tahun, setiap guru akan ditawarkan dengan program kursus
dan bengkel yang bertujuan untuk memantapkan kemahiran. Contohnya
Kursus Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan, Kursus
Penataran Instrumen Mata Pelajaran dan Kursus Aplikasi Teknologi
Maklumat dalam P&P. Sebagai guru yang komited, penyertaan dalam setiap
kursus atau bengkel yang ditawarkan adalah digalakkan sebagai medium
yang mengukuhkan lagi kemahiran dalam proses PdP. Sekembalinya dari
kursus, sesi ‘in-house-training’ perlu dilaksanakan dengan melibatkan guru
panitia lain supaya segala input yang diperolehi dapat dikongsi dan
dikembangkan secara menyeluruh.
Budaya Perkongsian Ilmu juga perlu dilakukan melalui lawatan-
lawatan penanda aras atau ’benchmark’ ke sekolah-sekolah cemerlang.
Tujuannya ialah untuk melihat bidang-bidang kecemerlangan yang dicapai
terutama dalam bidang akademik. Melalui program tersebut, guru dapat
melaksanakan integrasi ilmu dan mendapatkan khidmat pementoran daripada
guru-guru cemerlang dari sekolah lain. Perkongsian dalam bentuk kepakaran
juga dapat dilaksanakan lalu diaplikasikan di sekolah sendiri seterusnya
menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.
4. ‘Integriti adalah sifat “jati diri” yang merangkumi  juga keikhlasan,
keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang  kepada prinsip, tidak
mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan lain-lain. ‘
Pada pendapat puan, nyatakan kepentingan integriti dalam pendidikan.
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Mengurangkan kesilapan.
Mengurangkan masalah pelajar.
Mencapai kesetiaan lebih tinggi.
Mencapai fokus yang sama.
Meningkatakan kepuasan pelanggan/pekerja.
Membendung gejala negatif/menipu.
Menjaga imej profesion keguruan.
Meningkatkan keimanan.
Mengawal tingkah laku warga pendidikan. 
5. ”Selain itu, bolehkah saya tanya apakah isu-isu yang dihadapi oleh puan
semasa puan berkhidmat sebagai PK1 di sekolah ini?”
Isu yang serius ialah masalah keluarga yang menyebabkan budak tidak
berminat untuk belajar dan selalu ponteng sekolah kerana pihak ibu bapa
tidak mengambil berat tentang pendidikan mereka tetapi membenarkan
mereka ponteng dan tidak mengambil tahu tentang kelakuan mereka di
sekolah. Hal ini menyebabkan anak mereka terlibat dalam masalah displin
besar dan selalu menyebabkan pergaduhan kecil di sekolah yang
menyebabkan komplain daripada ibu bapa lain kerana ibu bapa tersebut tidak
mengambil berat tentang hal anak mereka.”
6. Apakah tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepada guru yang gagal
mematuhi perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru?
7. ‘Seorang guru lelaki didakwa kerana membaling kasut kepada seorang murid
perempuan sehingga menyebabkan kecederaan di dahi.’
Pada pandangan puan, apakah pendapat puan terhadap tindakan guru
tersebut? Apakah tindakan yang wajar dilaksanakan oleh pentadbir sekiranya
kejadian ini berlaku di sekolah?
Bagi saya, perbuatan guru memang tidak betul sebab dalam kes di atas guru
tersebut harus mengawal keadaan kelas dengan segera dan memastikan
tiada kesan yang seterusnya yang menyebabkan kecederaan pada murid dan
menghentikan perbuatan murid yang tidak terkawal itu dan mengelakkan
murid-murid lain daripada tercedera dan jadi mengsa. Pertama, kena hubungi
ibu bapa dan menemu bual ibu bapa. Hal ini untuk memberitahu ibu bapa
kelakuan anak di sekolah dan minta bantuan ibu bapa untuk memberi
perhatian kepada murid itu dan selalu memerhatikan murid tersebut. Cuba
hantarkan murid tersebut ke sesi kaunseling. Pada pihak ibu bapa pula, saya
akan cadangkan mereka jumpa guru kaunseling di sekolah atau di luar untuk
mencari jalan penyelesaian. Sekiranya tidak boleh menyelesaikan masalah,
saya akan merujuk kepada guru besar dan juga bantuan bapa angkat sekolah
iaitu polis angkat sekolah untuk memberi amaran ataupun cadangan baik
kepada ibu bapa kerana ibu bapa akan rasa perhatian jika nampak perlibatan
pihak polis.

Anda mungkin juga menyukai