Anda di halaman 1dari 2

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama

lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan
perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai
lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab


memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-
kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul
sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji
sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan
bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi
Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang
Kura-kura bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia
memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di
belakang.

Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk
menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada,
adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah
format perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan
ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit
berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas
dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer
diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa
yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan
perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya
berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang anda. Tinggalkan bidang itu dan
cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam sesuatu bidang,
ceburi bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda
berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.

Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib.
Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan
kepantasan perlumbaan mereka.

Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu
pasukan.

Perlumbaan dimulakan. Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan


memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula
berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai,
mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum
ini.

Anda mungkin juga menyukai